Pemilik Blog

Ust Kama (PerenungLangit)
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
Wang sumber judi dipulangkan
September 30, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 3:45 PM 0 comments
Labels: kritikan
Bantuan dari wang judi, halal.
September 27, 2010
Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penajaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.
“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.
Posted by PERENUNG LANGIT at 2:54 PM 0 comments
First Lady atau Ummul Watan?
September 26, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 2:18 PM 0 comments
Labels: Pendapat
Merantaulah: Kata Imam Syafie
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة ً لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى ً في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Pergilah bermusafir, pasti kamu akan mendapat ganti apa yang kau tinggalkan dan bersusah payahlah kerana sesungguhnya lazatnya hidup itu apabila bersusah payah.
Sesungguhnya kulihat berhentinya mengalir air itu akan merosakkannya, sebaliknya bening dan segar ia jika terus mengalir.
Singa tak akan mendapat mangsanya kalau ia hanya tetap di gubuknya dan anak panah tak akan mengenai sasarannya kalau tak lepas dari busurnya
Matahari, andaikan tetap tersangkut di dada langit, tentulah jemu kepadanya oleh orang Arab maupun Ajam.
Jika seseorang ini tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia dapatannya dan jika seseorang itu tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia seperti emas.
Posted by PERENUNG LANGIT at 6:41 AM 0 comments
FIDYAH BERGANDA
September 23, 2010Ulasan:
(Surah Al-Baqarah: Ayat 185)
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:29 PM 0 comments
Labels: Feqah-puasa
Sabah dan kesultanan Sulu
September 21, 2010Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei menganugerahkan Sabah Timur kepada Kesultanan Sulu kerana di atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.
Ketika penjajahan Inggeris, Sandakan telah dipajakkan oleh Sultan Sulu kepada Inggeris. Pajakan tersebut dikatakan untuk satu tempoh tanpa had yang diungkap dalam serangkai ayat "selagi ada bulan dan bintang".Ketika Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sabah dimerdekakan daripada Inggeris dan dimasukkan ke dalam persekutuan Malaysia. Dengan itu, pajakan kepada Inggeris itu pun beralih tangan kepada Malaysia pula. Dikatakan sehingga kini harga pajakan itu dibayar oleh kerajaan Malaysia kepada waris Sultan Sulu sebanyak RM5300.00 setahun. Namun, berikutan terdapat beberapa individu yang mendakwa dirinya sebagai pewaris sah kesultanan Sulu, bayaran tersebut diserah kepada pemegang amanah.
Rantau pemerintahan Sulu yang menganjur dari pulau Mindanau sehingga ke wilayah-wilayah pantai Barat negeri Sabah, kini hanya tinggal kenangan sejarah. Pusat pemerintahannya di kepulauan Sulu telah dijajah oleh kerajaan Filipina. Rakya Sulu telah bertebaran. Sebahagiannya menjadi pelarian ke Sabah, dan sebahagian tinggal di negeri dalam keadaan dijajah. Sebahagian yang lain pula bangkit memikul senjata dan membentuk kumpulan pejuang. Sementara Sabah, telah tertulis dalam undang-undang antarabangsa sebagai milik Malaysia. Sekurang-kurangnya demikianlah yang diterima oleh masyarakat dunia sehingga kini.
Kini, individu-individu yang mendakwa sebagai waris sah kesultanan Sulu itu tidak punya wilayah pemerintahan sendiri. Ada yang memegang pasport Filipina dan ada yang memegang Maykad Malaysia. Sungguhpun mereka tidak punya negeri, mereka masih bercita-cita untuk mendapat hak pemerintahan ke atas Sabah. Tuntutan mereka ke atas Sabah menjadi bahan tawa ramai orang termasuk rakyat Sabah sendiri kerana negeri pusat pemerintahan mereka pun masih dicengkam pemerintahan kerajaan Filipina, tiba-tiba mereka melontarkan tuntutan ke atas negeri Sabah.
Sekarang bukan lagi zaman antara dua darjat untuk menentukan siapa yang berkuasa. Ada rakyat yang lebih kaya dari Sultan yang bertahta dalam istananya. Ada rakyat yang lebih pintar dan belajar lebih tinggi dari kalangan kerabat istana. Ada rakyat yang lebih berpengaruh dari Sultan yang dilantik. Dulu, puteri rajalah wanita isteri paling berprestij dan menjadi impian mat jenin untuk dikahwini rakyat. Kini wanita-wanita penyanyi lebih diminati para dato' berbanding puteri para sultan!
Apa untungnya buat rakyat untuk melantik Sultan Sulu menjadi Sultan Sabah? Selain ia membazirkan wang negara, ia hanya tindakan pusing belakang. Faedahnya pula, kalau pun ada, hanya sekadar teori. Ada dakwaan mengatakan bahawa dengan adanya Sultan ia menjadi lambang bahawa tanah ini milik siapa. Sekadar berbangga siapa milik tanah ini, apalah gunanya. Semua orang tahu kaum Red-Indian adalah pemilik asal bumi Amerika Syarikat. Tapi, apalah gunanya title pemilik asal tersebut kalau merempat di bumi sendiri. Sesetengah orang memberi alasan wujudnya sultan akan menjadi pelindung kepada ketuanan bangsa. Kononnya, akan terpeliharalah hak milik tanah-tanah di Sabah dan tidaklah berjatuhan ke tangan Cina sebagaimana sekarang. Dakwaan sebegini boleh dipertikaikan. Jika kita melihat kepada negeri-negeri di Semenanjung yang ada Sultan sekalipun, pindah milik tanah kepada bangsa asing tetap berlaku. Di negeri Pahang, sudah berapa banyak puncak bukit di Cameron Highland yang menjadi milik taukeh judi Cina. Di negeri Johor, tanah yang luasnya berekar-ekar diperuntukkan untuk dibangunkan sebagai bandar Iskandar yang pemiliknya tentu bukan lagi Melayu. Sesetengahnya, kerabat istanalah yang membuat angkara menyebabkan hilangnya pegangan pribumi terhadap tanah negeri mereka sendiri.
Para pemuka tersebut, disokong oleh para pendokongnya yang disuap dengan harta atau didorong oleh kepentingan ataupun ketakutan. Barangkali pemuka itu hanya ketua sekumpulan peneroka yang memugar tanah baru. Barangkali dia adalah ketua sekumpulan perompak dan lanun yang merampas dan merompak rakyat. Rakyat takut kepada mereka dan memerlukan perlindungan daripada mereka. Untuk kemananan, ditumpahkan taat setia kepada mereka. Proses sejarah telah menukar status pemuka-pemuka 'gedebe' dalam masyarakat ini menjadi bangsawan yang kemudiannya dirajakan. Kedatangan Islam mempermolek mereka dengan lebel kesultanan.
Justeru, para sultan bukan makhluk dewata yang turun dari langit. Itulah gambaran golongan istana pada zaman hindu di alam Melayu. Dewata itu hanya metos orang Hindu. Kemudian, setelah Islam, dibina metos baru.Kononnya asal-usul keturunan raja-raja Melayu adalah dari Bukit Sigungtang Mahameru. Dari keturunan Sang Sapurba yang dikatakan berketurunan dari Iskandar Zulkarnain dan puteri Aqtabul Bahri dari negara sebelah India sana. Hikayat itu rekayasa pembodek istana buat mengangkat darjat tuannya.
Bukankah pengasas kerajaan Sulu pertama itu adalah bangsa Arab dan dari Johor pula? Siapa dia, sejarah tidak mendetailkan. Barangkali pedagang. Barangkali orang buangan. Asalnya nama Arab, orang Melayu zaman dulu sangat kagum dan hormat. Kita lebih mengenali watak dan perangai orang Arab dalam dunia terbuka pada hari ini.
Posted by PERENUNG LANGIT at 6:16 AM 0 comments
Labels: komentar isu, Pendapat
Pemerintahan Ala-Firaun
September 19, 2010Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir Ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai Ini mengalir di bawahku; Maka apakah kamu tidak melihat(nya)?
Pada setiap projek yang sedang atau akan dijalankan, anda akan saksikan papan tanda besar tertulis "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL". Seolah-olahnya kerajaan yang memerintah itu ingin memberitahu rakyat sebagaimana gaya Firaun mewar-warkan kepada rakyatnya. Tidakkah kamu lihat berapa banyak projek yang kami lakukan buat kamu!Maka hendaklah kamu menyokong pemerintahan kami kerana hanya kami yang pandai memerintah untuk kamu.
Posted by PERENUNG LANGIT at 6:58 AM 2 comments
Labels: kritikan
Kutipan JARYAH 50
September 14, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 10:27 AM 0 comments
Labels: IKLAN
Bapa borek anak tak rintik
Omar kembali ke Arab Saudi dan tinggal di sana serta terlibat dengan perniagaan Saudi Binladen Group, syarikat perniagaan keluarganya sehinggalah berlakunya peristiwa 11 September.
Omar bin Laden telah berkahwin dengan Jane Felix-Browne atau nama Islamnya Zaina Mohamed Al-Sabah pada April 2007 di United Kingdom dan perkawinan mereka dikendurikan di Arab Saudi dan Mesir. Sebelum berkahwin dengan Omar bin Laden, Zaina dikatakan telah berkahwin sebanyak 5 kali dengan beberapa orang bermula dengan seorang lelaki Arab Saudi pada usia 16 tahun. Zaina telah mempunyai 5 cucu dan 24 tahun lebih tua daripada Omar ketika mereka berkahwin. Omar pula sudah berkahwin dan dengan isteri pertamanya mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.
Dengan Zaina, Omar tidak dikurniakan anak. Mereka telah menyewa rahim Louise Pollard, sahabat baik Zaina, untuk mengandungkan anak mereka secara pemanian beradas.
Sumber: Wikipedia, Harian Metro
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:37 AM 0 comments
"Allahu Akbar" ganti "Daulat Tuanku".
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:10 AM 2 comments
Labels: Ulasan
Kaifiat Solat Hari Raya
September 10, 2010Solat sunat hari raya, sama ada Idul Fitri ataupun Idul Adha sama sahaja. Ia dilakukan 2 rakaat. Boleh dilakukan secara berjemaah dan boleh secara bersendirian. Waktunya bermula bila matahari sudah naik kadar segalah hingga gelincir matahari. Kaifiatnya adalah seperti berikut:
1) Selepas takbiratul ihram baca doa iftitah.
2) Kemudian bertakbirlah sebanyak 7 kali.
3) Selang antara setiap takbir, dengan posisi qiam, bacalah tasbih ini:
11)Kemudian rukuk dan sujud sebagaimana biasa.
12) Setelah beri salam dan berdoa, khatib akan naik membar dan berkhutbah.
Posted by PERENUNG LANGIT at 6:53 AM 0 comments
Labels: Ibadah
KHUTBAH KHAS IDUL FITRI 1431
September 9, 2010
Hari ini, setelah sebulan kita berpuasa di siang hari bulan Ramadhan, kita bertemu dengan satu hari yang dinamakan hari raya Idul Fitri. Inilah hari di mana mereka yang telah berjaya berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT dikembalikan kepada fitrah, iaitu kembali suci bersih dari dosa. Beruntunglah bagi orang-orang yang kembali kepada fitrahnya pada hari ini.
Pada hari ini, Ramadhan telah meninggalkan kita. Sebahagian orang bergembira dengan perginya Ramadhan kerana Ramadhan telah membebankannya dan membataskan banyak kebiasaannya. Sebahagian orang pula bersedih dengan berlalunya Ramadhan kerana dia memahami besarnya kelebihan Ramadhan dan banyak sekali nostalgia amal ibadat yang telah dia lalui sepanjang Ramdhan. Salah satu dari dua jenis manusia ini, mana satunya adalah kita? Jawapannya tergantung kepada tahap iman kita dan nilai taqwa yang telah kita raih di penghujung Ramadhan.
Pada hari ini, hari Idul Fitri, kita merayakan kemenangan kita kerana selama sebulan dapat berpuasa menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu. Hari ini kita menzahirkan kegembiraan kita kerana selama sebulan kita dapat menghidupkan Ramadhan dengan Qiam, Tadarus, beriktikaf, bersedekah dan berbagai-bagai amalan yang telah menjana dan mempertingkatkan taqwa kita. Kita mengharapkan fitrah yang dijanjikan Allah SWT pada hari ini menjadi milik kita. Hari ini, kita kembali bersih sebagaimana fitrah kejadian kita sebagaimana sabda nabi SAW:
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
(Untuk Seterusnya sila klik Download)
Posted by PERENUNG LANGIT at 3:00 PM 0 comments
Labels: Khutbah
IDUL FITRI JUMUAT
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada Jumuat, 10 September 2010".
Posted by PERENUNG LANGIT at 11:48 AM 0 comments
Labels: IKLAN
RISALAH RAMADHAN (SIRI 4)-SURAU AL-FAJR
September 7, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 7:09 AM 0 comments
Labels: Ramadhan
ZAKAT DENGAN NILAI DAN BENDA
September 6, 2010Pernah timbul perbincangan di kalangan sekelompok kami tentang keharusan menukarkan wang zakat kepada barangan. Persoalan ini menjadi kemusykilan kerana wang zakat itu mungkin disalahgunakan. Umpamanya murid-murid sekolah, kalau diberi wang, mereka mungkin joli sahaja. Beli handphone baru kemudian menimbulkan masalah pula kepada para guru dengan penyalahgunaannya. Yang dewasa pun mungkin berbuat hal yang sama. Golongan faqir miskin bukan semuanya baik dan kuat iman. Bagaimana kalau wang zakat itu digunakan buat menikam nombor ekor, beli arak, beli rokok atau beli peralatan hiburan yang tidak membantunya dalam agama? Apakah kita harus memberi wang kepadanya jika kita pasti atau hampir pasti bahawa wang tersebut akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang haram?
"Bawakan kepadaku pakaian, khamis atau labis (jenis-jenis pakaian) ketika mengeluarkan zakat ganti daripada gandum atau bijian, ia lebih mudah buat kamu dan lebih bermanfaat buat penduduk Madinah".
Ulama-ulama Arab Saudi seperti Bin Baz dan Syeikh Uthaimin menfatwakan bahawa tidak harus menukarkan zakat fitrah kepada nilai kerana zakat adalah persoalan ibadah yang perlu dilaksanakan sebagaimana ia diperintahkan.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengulas dalam bukunya Fiqh Zakat dengan mengemukakan hujah-hujah yang mewajarkan zakat dalam bentuk matawang adalah lebih lebih memenuhi makna di sebalik zakat itu. Menurutnya, pandangan yang rigid meletakkan zakat hedaklah dikeluarkan dalam bentuk makanan asasi (bagi zakat fitrah) atau dalam bentuk harta yang seumpamanya bagi zakat harta adalah pandangan yang sesuai dengan struktur masyarakat masa lampau yang corak kehidupannya jauh berbeza dengan corak kehidupan masa kini.
Di sebuah bandar yang punya jutaan penduduk, mengatakan mereka semua wajib mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk bijirin adalah adalah luar biasa. Betapa kelak akan berlaku pembaziran dan dan bijian itu luput tempoh gunanya atau dirosakkan oleh makhluk perosak
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:04 AM 0 comments
Labels: Feqah-puasa
Buaya di bawah riak
September 5, 2010Sekumpulan rakyat Indonesia berdemontrasi di depan keduataan Malaysia di Jakarta. Mereka menginjak bendera Malaysia, membakarnya dan melemparkan najis ke dalam kawasan kedutaan. Kain rentang berisi kata-kata kesat dan pedas serta menyerukan perang fizikal dibawa. Melihat perkembangan ini, tidak sedikit rakyat Malaysia yang naik angin. Darah naik ke muka dan hati pun mula panas. Kata-kata kesat dibalas dengan kata-kata kesat. Sesetengah menulis dalam media mencadangkan kepada kerajaan menghalau pulang semua rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:30 AM 0 comments
Labels: Kritikan berkias
Status halal minyak sapi QBB diragukan.
September 2, 2010Ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.
CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini. Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu.
Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.
CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.
Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera.
Posted by PERENUNG LANGIT at 5:32 PM 2 comments
Labels: PETIKAN
Kaifiat solat witir
- Solat 2 rakaat satu salam dan kemudian ditambah 1 rakaat dengan satu salam.
- Solat 3 rakaat sekaligus dengan 1 salam dan hanya satu tahiyyat iaitu tahiyyat akhir.
Posted by PERENUNG LANGIT at 4:44 AM 1 comments
Labels: Ramadhan
Petua mencari malam Al-Qadar?
September 1, 2010Sesiapa yang beribadat lebih hebat pada malam-malam 10 yang terakhir, itu adalah suruhan sunnah. Amalan sebegitu punya sandaran sunnah. Namun merumuskan melaui kaedah tententu sehingga untuk semalam sahaja dengan mengatakan ia adalah malam Al-Qadar, ia bukanlah sunnah.
Ramai orang hanya beribadat pada bulan Ramadhan. Bulan-bulan lain tidak. Buktinya hanya hadir ke masjid hanya pada bulan Ramadhan. Sedangkan perintah datang solat di masjid bukan terhad pada bulan Ramadhan sahaja. Kalau sekadar taraweh, nabi pun buat di rumah selain 3 atau 4 malam pertama sebagaimana terdapat dalam riwayat yang saheh.
Manusia jenis yang suka beribadat pada bulan Ramadhan sahaja ini disebut sebagai ramdhani. Jadilah rabbani dan bukan ramdhani. Jika kita beribadat kerana Lailatul Qadar sahaja, apa pula akan dilebelkan kepada kita,? Mungkin qadari? Kalau begitu, bagaimanalah kita mahu menjadi hamba Allah yang rabbani?
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:43 PM 0 comments
Rendahkan suara wiridmu.
Posted by PERENUNG LANGIT at 5:38 PM 0 comments
Labels: Pendapat