Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jangan jadi pembela kepada pengkhianat

July 7, 2009

Firman Allah swt:

إِنَّا أَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ وَلا تَكُنْ لِلْخَائِنِينَ خَصِيماً وَاسْتَغْفِرِ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُوراً

رَحِيماً وَلا تُجَادِلْ عَنِ الَّذِينَ يَخْتَانُونَ أَنْفُسَهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ مَنْ كَانَ خَوَّاناً أَثِيماً

Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), Karena (membela) orang-orang yang khianat. Dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan janganlah kamu berdebat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelimang dosa.

(Surah An-Nisak: Ayat 105-107)

Si pengkhianat itu mengaku dirinya Islam. Mungkin juga mendakwa sebagai pembela dan pendokong perjuangan Islam. Tetapi, dia sebenarnya mencalar nama Islam dengan sebab angkaranya. Ia menyababkan Islam dilihat tidak adil, menindas dan orang kafir semakin jauh dari Islam. Mereka merasakan kerana mereka islam, mereka mendapat hak dan kehormatan yang lebih berbanding orang kafir. Sebenarnya, merekalah pengkhianat kepada agama dalam tidak sedar.Allah tidak membela pengkhianat sekalipun dia Islam.

Pada zaman Rasulullah SAW di Madinah, terdapat sebuah keluarga yang dikenali sebagai Bani Ubairaq. Mereka terdiri daripada Basyar, Basyir dan Mubassyar. Basyar adalah seorang lelaki munafiq. Dia kerapkali mengarang syair yang mencela Rasulullah SAW dan mengatakan bahawa syair itu adalah karangan seorang lelaki Arab yang lain. Katanya dia cuma meriwayatkannya. Syair-syair yang diungkapkannya itu akhirnya sampai kepada pengetahuan para para sahabat Rasulullah SAw. Mereka sudah tahu onar si Basyar ini dan tidak percaya kata-katanya. Malah mereka mengatakan bahawa syair itu adalah cetusannya sendiri dan menggunakan nama orang lain.

Lalu, terjadi satu peristiwa. Si Basyar, sang munafiq ini, satu ketika telah mencuri di rumah seorang sahabat ansar bernama Qatadah bin Nu’man. Menurut riwayat, barang yang dicuri itu adalah makanan dan senjata. Dalam sesetengah riwayat mengatakan makanan itu adalah tepung dan senjata itu adalah baju besi.

Qatadah bin Nu’man dan keluarganya menyelidiki kehilangan tersebut dan mengesyaki ia berada di rumah keluarga Ubairaq. Menurut satu versi cerita, tepung yang dicuri itu, karungnya bocor di bawah. Oleh itu, terdapat kesan tepung berceceran menuju ke rumah Ibnu Ubairaq. Sebab itulah Qatadah bin Nu’man dan keluarganya amat cenderung mempertangungjawabkan keluarga Ubairaq sebagai tertuduh dalam kes kecurian ini.

Di depan Rasulullah, Qatadah mengadukan hal tersebut dan kecurigaanya terhadap keluarga Ubairaq. Keluarga Ubairaq telah mengetahui bahawa mereka disyaki, lalu menghantar wakil bertemu Rasulullah SAW untuk membersihkan tuduhan tersebut. Mereka berhujah bahawa rumah Ubairaq adalah rumah orang Islam dan tidak ada barang curi di sana. Dalam masa yang sama, Si Basyar merencana tindakan melepaskan diri. Barang curi tersebut di bawa ke rumah seorang lelaki Yahudi bernama Zaid bin Samin dan disimpan di sana.

Pendek kata, dia mahu mengkabinghitamkan lelaki Yahudi tersebut.

Pada peringkat mula, rancangannya itu hampir berjaya. Apabila barang curi tersebut ditemui berada di rumah lelaki Yahudi tersebut, Rasulullah hampir menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ditambah pula dengan hujah-hujah dari keluarga Ubairaq yang menggunakan nama Islam dan sentimen kebencian kepada Yahudi.

Namun, Allah memberikan kelebihan dan rahmat kepada RasulNya. Allah memperlihatkan hakikat sebenar kepada Rasulullah bahawa dalang sebenar semua ini adalah Basyar dari keluarga Ubairaq yang mengaku Islam.

Mengenai lelaki bernama Basyar ini, ada cerita mengatakan bahawa setelah kejadian tersebut, dia telah lari ke makkah dan menggabungkan dirnya bersama musyrikin Makkah.



0 comments:

Post a Comment