Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Mohd. Faiz Syahmi

September 5, 2014

 Aku tidak tahu tentang apa yang dikatakan pemuda Melayu bernama Mohd Faiz Syahmi, 23 tahun,  isytihar murtad di laman twitter sehinggalah mendapat jemputan di surau taman yang aku tinggal ke rumahnya. Ada majlis doa selamat. Rupanya kedua orang tuanya berumah di kejiranan yang kuhuni ini sahaja. Kedua-kedua mereka adalah bekas guru. Sungguh trajis mendengar anak menjadi murtad sedangkan ibu bapa bukan kalangan yang longgar agama.



Mereka telah lakukan yang terbaik dalam pendidikan agama buat anak-anak. Dari Sekolah Rendah Lunas Jaya, kemudian melanjutkan pelajaran peringkat menengah di SM Agama Baling dan seterusnya ke KLMU, apa yang dapat kukatakan, bekalan yang diberi sudah cukup untuk menenangkan perasaan ibu bapa tentang keselamatan akidah sang anak.

Tetapi, bayang-bayang hitam kekufuran itu menyelinap bagai sang pencuri di malam hari. Tidak ada rumah yang boleh merasa selamat sekalipun rumah ulama di balik pagar pasentren. Bahana apakah sampai iman generasi kita tidak lagi terjamin?

Aku berbual sendiri dengan ayahnya mengenai musibah yang menimpa anaknya. Menurutnya, lewat terakhir sebelum anaknya itu membuat kenyataan kontroversi itu di lama twitter, anaknya mendapat rawatan jiwa dari doktor dan diberi makan ubat. Maka, bagi para pembaca di luar sana, mengenai kedudukan Mohd Faiz Syahmi ini, masih belum ada kejelasan mengenai status kesedarannya. Jika berdasarkan pengakuan ayahnya yang menyatakan anaknya mungkin mengalami gangguan jiwa dan pernah mendapat rawatan paqkar, beliau tidka harus dicemuh atas kenyataan-kenyataan kufrawiyyahnya,

Semoga Allagh mengembalikannya kepada iman dan memulang permata hati ayah bondanya. Sementara kita semua yang menyaksikan, jangan rasa selamat. Anak, adik, abang dan kakak kita bukan insan-insan yang dijamin terpelihara. Berdoalah untuk kelangsungan iman, dan bermujahadahlah mempertahankannya. 

Semoga Allah memberikan penawar buat keimanan Mohd Faiz Syahmi.

Perobohan Maqam Rasulullah: Berita Semberang Selat

Tersebar berita di pagi buta, kerajaan Arab Saudi sedang merancang untuk memindahkan maqam Rasulullah SAW. Bukan berita dari tanah hijaz, tetapi berita datang dari semberang Selat Inggeris. Pastinya ia sesuatu yang sangat menggugahkan nurani seluruh ummat yang cintakan Rasulullah. Memindahkan maqam baginda adalah satu pencerobohan yang merobek dan mengoyak hati semua pencinta baginda.

Sudah lebih satu alaf Rasulullah disemadikan di tempat di mana baginda melepaskan dunia fana bersatu dengan Rafiqul A'la. Tempat yang merupakan rumah Saidatina A'isyah r.a. Generasi sebelum kita tidak pernah cuba mengubah tempat di mana kubur baginda berada. Berapa banyak orang yang lebih jahat dan lebih kejam menguasai tanah haram sepanjang sejarah, kubur baginda tetap di sana menjadi mercu sejarah dan pautan hati ummat.

Allah memelihara jasad baginda.

Kini, setelah berlalu lebih satu alaf, ada cerita tentang upaya memindahkan kubur baginda Rasulullah. Aneh. Muslihat apa ini?

Adakah Allah sedang amanahkan tanah haram buat kaum yang Dia benci? Jika demikian, ummat sedang berada dalam fasa terburuk sepanjang sejarah. Sedangkan, kita membaca sejarah, ada fasa yang lebih buruk dari yang sedang kita hadapi. Tanah Hijaz pernah digerogoti oleh penguasa zalim penumpah darah. Pernah juga Mongol si penjarah melewatinya. Tetapi, mengapa tidak kita dengar mereka berusaha membongkar kubur Rasulullah SAW?

Kalau pun ada usaha membongkar kubur nabi SAW, ia adalah pakatan sulit oleh kalangan Zindiq yang sering digagalkan. Namun, mendengar kerajaan penguasa tanah Haram menajanya, tidak sekali-kali. Allah yang mencipta tanah Haram dan Allah yang memelihara isinya yang mulia.


Ketika saya safar haji 2008, saya merasa sungguh terharu dengan layanan pemerintah Arab Saudi terhadap para hujjaj. Para hujjaj yang baru sampai dibawa ke Madinatul Hujjaj dan di sana mereka disambut dengan edaran air zam-zam dan buah kurma. Ketika itu , saya terfikir, mampukan kerajaan negara saya Malaysia melakukan hal yang sama jika ditakdirkan seandainya Ka'abah itu berada di Malaysia? Apa yang kerajaan Arab Saudi lakukan untuk menjaga kebajikan para hujjaj adalah sangat besar ertinya. Ia melewati kebajikan yang pernah dibuat oleh Qusai dan juga pemuka Quraisy di zaman sebelum fathu Makkah.

Segala kemudahan yang dibuat hari ini telah memudahkan para hujjaj. Lapangan tawaf yang dibuat bertingkat, tempat sa'ie yang dibuat bertingkat, komplek melontar Jamrah, Mina, Arafah dan banyak lagi perubahan yang meyalahi apa yang ada di zaman Rasulullah telah mempermudahkan para hujjaj. Kita ada pilihan antara dua. Kekal dengan keaslian sejarah masa lalu, atau kita berdepan dengan masalah semasa melaksanakan haji. Kita sudah jenuh mendengar peristiwa tragedi yang menimpa para hujjaj akibat kesasakan melampau. Apakah kerana sayangkan tinggalan sejarah kita menahan diri untuk hidup susah? Rumah kita di kampung, dulu berdinding buluh, beratap nipah. Kini sudah berdinding batu mar-mar dan beratap genting. Kita padamkan warisan sejarah yang tidak perlu dipertahankan demi keselesaan kita. Mengapa kita perlu marah jika kota suci jantung hati kita dibangunkan demi kemudahan kita?

Penulis yang menimbulkan polimik perpindahan kubur nabi SAW itu jugalah yang memainkan isu titik-titik sejarah yang dihilangkan di kota Makkah. Barangkali, baginya rumah Khadijah perlu abadi selamanya. Bukit Safa dan Marwah perlu kekal keasliannya. Jika demikian, Masjidil Haram juga perlu sebagaimana asalnya. Penambahan dan peluasan adalah merobek keaslian sejarah. Apa jadi jika kejumudan ini dibiar mendominasi?

Kita seharusnya berterimakasih kerana yang menguasai Arab Saudi itu bukan kelompok seperti yang sedang merajai tanah Syam, Iraq dan Iran. Mereka sedang mencemburui dan mengintai peluang. Bayangkan seandainya Syiah pencaci sahabat itu bertempat sebagai penjaga Haramain. Apakah selamat kubur Abu Bakar dan Umar? Selamatkah tanah perkuburan Baqi' sebagaimana hari ini? Apa guna jika kubur Rasulullah dibangunkan "adhrihah" mencakar langit dan bertatah emas sekalipun jika kubur para sahabat yang lain dibongkar dan dibakar menjadi debu?

Kerajaan Arab Saudi sering dilihat sebagai sebuah lambang kewahabian. Tidak semua yang datang dari Arab Saudi itu wahabi. Dan tidak semua yang didendangkan oleh kelompok wahabi itu menyalahi jalan ahli sunnah. Demikian pula, tidak semua yang kita amalkan di Nusantara kita ini mengikut galur Ahli Sunnah.

Tempat kita jauh beribu batu dari "masdar" wahyu. Bi'ah kita juga berbaur gelap warisan Sriwijaya dan Majapahit. Bagaimana kita boleh membanggakan diri lebih dari warga yang menempati dua kota suci?

Berita ancaman terhadap maqam Rasulullah perlu dicermati. Daripada sumber mana ia datang? Kelompok alawi sudah lama membuat makar di dada sejarah. Nama baik alawi telah direbut dan dimahkotakan di kepala-kepala rafidhah yang bergentayang di pelusuk dunia. Jangan kita termakan racun yang ditembak jauh beribu batu dari tanah Sang Ratu.

DAGING PARA ULAMA BERACUN.

May 25, 2014

Ibn 'Asakir (Meninggal tahun 571 H) telah menyebutkan dalam kitabnya "Tabyinu Kazbil Muftara" sebuah ibarat yang masyhur:

لحوم العلماء مسمومة

"Daging para ulama itu beracun".

Sepanjang sejarah, ramai ulama yang daging diratah oleh para pelahap. Bukanlah bermaksud mereka makan daging ulama itu. Sebaliknya ialah mereka mengumpati para ulama. Mengumpat adalah seperti makan daging orang yang telah mati sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerena sebahagian dari prasangka itu dosa. Janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat keji satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hujrat: Ayat 12)

Mengumpat orang-orang yang bukan ulama adalah seperti makan daging mayatnya. Maka, mengumpat para ulama, mengejinya dan menuduhnya sesat adalah seperti makan daging mayatnya yang beracun. Maksudnya, bahayanya lebih besar. Ini kerana, jika orang biasa yang bukan ulama diumpatkan, maka, ia hanyalah mencemarkan nama baik orang tersebut. Tetapi, jika ulama yang diumpatkan, ia mencemar nama baik syariat Islam yang dibawa oleh ulama tersebut.

Sebab itu, mengumpat ulama adalah seperti makan daging mayat yang beracun.

Jika ada orang yang suka menyesatkan ulama panutan ummat atau panutan sebahagian besar ummat ini, makan janganlah anda tumpang sekaki makan hidangan daging mayat beracun yang sedang diratahnya. Menjauhilah dia dan jauhilah kenduri makan mayat beracun itu. Anda tidak akan mendapat kesembuhan dari sakit anda dengan makan makanan beracun.

Sementara yang disebut ulama itu boleh dipecahkan kepada tiga golongan:

a) Ulama Millah- yang membela Islam biarpun menyongsang kehendak daulah dan kemahuan ummat.

b) Ulama Daulah-Yang membela daulah dan berfatwa demi kepentingan daulah.

c) Ulama ummah-Yang membela ummah dan mencari fatwa supaya ummat merasa puas dan sukakannya.

Ulama Millah, itulah yang dagingnya beracun.  Berhati-hatilah ketika memperkatakan mengenai mereka.

Bangkai 13 Mei

May 24, 2014

Setelah lebih tiga dekad
bangkai 13 Mei dikuburkan
mengapa masih mencari pusaranya,
untuk dibongkar menghidu busuknya?

Generasi yang mengusung kerandanya
membenamkan ia ke lahad sejarah
telah berkhilaf di mana nesannya
telah lupa di perkuburan mana
tiada kemboja tumbuh mewangi
tiada maqam bertulis pasti

Hanya cerita bersulam ceriti
mayatnya tersimpan di belukar semak
mungkin terbenam di tanah rata
mungkin karam di selat Melaka.

Generasi pasca merdeka
yang hanya mendengar lara tua
mengapa menggali kubur lama?
mencari bangkai 13 Mei
untuk apa?
buat menghidu busuknya?
jemukah sudah haruman bunga
semerbak di taman paduan bangsa.

anak muda berbangsa ungka
rimbun rendang rimba belantara
mengapa dahan dikekah patah?
mengapa direjang runtuh teduh?

Bangkai 13 Mei
telah lama dikuburkan nenda
di pusara tidak bernama
cunda masih membaca mantera
menyeru kembali ruh durja
cunda menyelongkar kota lama
mencari bangkai busuk luka.

Apa guna jadi manusia
baik hidup sebagai panda!