Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Wida'an Ya Ramadhan...

August 19, 2012

Iftor Wida', demikianlah dinamakan untuk sebuah majlis berbuka puasa yang diadakan di masjid Al-Fajr pada hari ini. Wida' dalam bahasa Arab bermaksud selamat tinggal. Untuk siapa siapa selamat tinggal tersebut? Untuk Ramadhan, tentunya. Ramadhan adalah tetamu agung yang datang sebagai murabbi, melatih kita selama sebulan. Esok adalah hari Eidul Fitri. Maka berakhirlah kebersamaan kita dengan Ramadhan pada tahun ini. Tahun 1433. Entahkan dapat lagi kita memesrai Ramadhan pada tahun hadapan.

Dengan kerjasama padu para asatizah masjid Al-Fajr, majlis Iftor Wida' senja terakhir Ramadhan ini berjalan dengan lancar. Menu nasi hujan panas dengan lauk ayam masak kari serta pelbagai kuih muih dan buah-buahan menjadi santapan yang hadir.  Apa yang menarik, para asatizah bekerjasama menyiapkan juadah. Ada yang mengambil tanggungjawab memasak sendiri untuk mendapat pahala berganda menyediakan jamuan berbuka buat orang berpuasa.





Majlis seumpama ini akan menjadi kenangan manis buat manusia yang sentiasa merindui Ramadhan. Kerjasama yang sebegini juga adalah antara mayyizah para perantau yang kelak sukar dilakukan di kampung halaman sendiri. Marilah sama-sama kita hargai nilai baik pada takdir Tuhan buat para perantau berpuasa dan seterusnya berhari raya di perantauan.

Ini akan menggamit senyum di senja terakhir kita.

KEMBARA MUSTAHAQQIN 1433

August 18, 2012

Kembara Mustahaqqin ialah bergerak masuk kampung mencari orang faqir dan miskin yang berhak menerima zakat. Ia adalah rutin tahunan yang kulakukan bersama beberapa sahabat. Faqir dan miskin merupakan dua golongan di antara lapan golongan yang berhak menerima zakat. Bagi tujuan memenuhi hikmah dari zakat fitrah itu sendiri, maka dua golongan inilah yang seharusnya diutamakan untuk menerima zakat fitrah berbanding para mustahaqqin yang lain. 

Kepada siapakah zakat fitrah perlu diserahkan, ia menjadi masalah fekah yang diperselisihkan. Ada pandangan yang menghukumkan tiada beza antara mustahaqqin bagi zakat harta dengan zakat fitrah. Siapa sahaja yang layak menerima zakat harta, maka dia juga layak menerima zakat fitrah. Walau bagaimanapun, sisi pandangan lain yang membezakan antara mustahaqqin zakat fitrah dan zakat harta. Antaranya adalah sebagaimana pandangan Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah yang menyebutkan dalam kitabnya Majmu' Al-Fatawa (73/25):

ولهذا أوجبها الله طعاما كما أوجب الكفارة وعلى هذا القول فلا يجزئ إطعامهما إلا لمن يستحق الكفارة وهم الآخذون لحاجة أنفسهم فلا يعطى منها المؤلفة قلوبهم ولا الرقاب ولا غير ذلك وهذا القول أقوى في الدليل

" Dan kerana itu, Allah mewajibkan makanan (untuk zakat fitrah) sebagaimana mewajib makanan (untuk kifarat). Berdasarkan pandangan ini, maka tidak boleh zakat fitrah melainkan kepada mereka yang boleh diberikan makan kerana denda kifarat. Dan mereka itulah yang mengambilnya kerana keperluan dirinya. Maka tidak diberikan zakat fitrah kepada mu'allaf, hamba berhutang dan selainnya. Pandangan inilah yang paling kuat berdasarkan dalil".

Itulah pandangan Syeikul Islam Ibn Taimiyyah. Ia tidak wajib dipatuhi. Siapa yang mahu mengambil pandangan tersebut silakan. Namun mari kita lihat pandangan tersebut yang disandarkan kepada hadis nabi SAW yang diriwayatkan dan disahihkan oleh Abu Daud, Ibn Majah dan Al-Hakim bahawa Ibn Abbas Radhiallahu 'anhuma telah berkata:

فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر طهرة للصائم من اللغو والرفث وطعمة للمساكين فمن أداها قبل الصلاة فهي زكاة مقبولة ومن أداها بعد الصلاة فهي صدقة من الصدقات

" Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah untuk penyucian bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan lagha dan kata cela serta sebagai makanan buat orang miskin. Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum solat (Eidil Fitri), maka ia menjadi zakat yang diterima dan sesiapa yang menunaikan selepas solat Eidul Fitri, jadilah ia sedekah di antara bermacam-macam sedekah (sunat).

Pandangan ini juga berdasarkan apa yang disabdakan nabi SAW:


أغنوهم عن الطواف هذا اليوم

 " Kayakan mereka (golongan fakir dan miskin) daripada bertawaf (keliling kelalang) pada hari ini (hari raya)."
(Hadis Riwayat Al-Hakim, Daru Qutni dll)


Aku lebih suka meberikan zakat fitrahku sendiri kepada mustahaqqinnya. Mustahaqqin itu pula aku lebih suka kalau faqir dan miskin kerana itulah tujuan utama di sebalik kewajipan zakat fitrah. Dalam hadis nabi, disebutkan bahawa zakat fitrah itu sebagai "tu'mah" untuk orang miskin.  Pada hari raya di mana orang bersuka ria, tidak harus ada orang yang kelaparan sehingga ada yang masih menjalankan aktiviti meminta-minta untuk sesuap nasi pada hari tersebut.  Meleraikan kelaparan itu, maka amat tepat kalau diberikan makanan rujinya. Kalau kita di Malaysia, beraslah. Namun, tidak salah juga berikan duit kerana dengan duit itu boleh menyempurnakan lagi makanannya untuk hari raya.

Namun, siapa yang malas membebankan dirinya dengan persoalan ini, terpulanglah ke atasya kepada siapa zakat fitrahnya mahu diberikannya. Berikan zakat kepada amil yang dilantik badan agama adalah pilihan kebanyakan orang. Namun, perlu diingat, jika pendapat yang memasukkan amil sebagai mustahaqqin zakat fitrah digunapakai, ia masih salah satu daripada lapan golongan. Jolokan sesetengah pihak yang mewajibkan zakat hanya kepada amil adalah keterlauan dan mengecilkan fungsi zakat dalam masyarakat.

Kita semua berpuasa dan mahu melengkapkan puasa kita dengan ibadah zakat yang paling sempurna dan paling menepati hikmah berzakat fitrah sebagaimana yang diwajibkan. Bukan tujuanku mahu memanjangjelakan persoalan hukum di sini. Persoalan ini boleh dirujuk dalam kitab-kitab yang mutatawwilat.

Kembara Mustahaqqin kali ini, aku ditemani oleh Ust Sukri Mat, Haris Bin Bahar dan Khairuddin Daud. Selepas solat Subuh berjemaah di masjid, kami bersiap-siap untuk keluar dengan zakat fitrah masing-masing. Di samping itu, terdapat juga beras fidyah yang diamanahkan oleh orang lain kepada kami untuk disampaikan. Sasaran yang kami rancangkan keluarga miskin di perumahan flat Taman Mesra, Kampung TB Wad dan juga Batu Sapi. Namun, kerana kesuntukan masa dengan hambatan tugas lain, perjalanan harus disingkatkan dan kami tidak jadi ke Batu Sapi. Sebagai gantinya kami melencong ke kawasan perbukitan di Jalan Maktab Perguruan yang menyusur di sebelah SMK Pangeran Galpan.

Kami membawa sejumlah 105 kg beras untuk zakat dan termasuk juga fidyah. Di samping itu ada juga wang zakat. 

Persinggahan pertama ialah flat Taman Mesra. Di Blok 16, tingkat 5, tinggal di  dalam sebuah unit rumah 3 keluarga yang hidupnya susah. Sememangnya kebanyakan orang yang tinggal di Flat Taman Mesra itu bukanlah orang senang. Mereka itu, dulunya berasal dari kampung setinggan BDC yang dirobohkan kerajaan untuk tujuan pembangunan kawasan perhotelan yang dinamakan "Equatorial". Di Flat Taman Mesra itu pula, mereka hanya diberikan hak menyewa. Perjuangan warganya untuknya mendapat hak sewa beli tidak diberi perhatian.

Penghuni Blok 16 Flat Taman Mesra.

Di Flat Taman Mesra, blok 10, tingkat 3, juga kami santuni seorang pekerja pembersihan yang bekerja di Sk. St. Mary. Dia seorang usia emas yang hidupnya juga miskin.

Penghuni blok 10 Flat Taman Mesra.


Bapa seorang murid St Mary Bandar, orang miskin.

Seterusnya, kami meninjau pula ke kampung TB Wad. Ia merupakan perkampungan setinggan yang terletak di pinggir jalan dan bersebelahan tapak projek perhotelan Equatorial yang sudah sekian lama tidak juga siap dibina. Di sana kami singgah di rumah sebuah keluarga miskin yang di dalamnya tinggal seorang "nenek bidan" yang sudah tua amat bersama dengan anak cucunya. Tahun lalu kami telah datangi rumahnya. Kehidupan mereka memang daif dan dalam sebuah rumah berasak banyak keluarga. Sumber pergantungan hidup pula sangat tidak menentu.

Meniru Saidina Umar Al-Khattab, pikul beras sendiri.


Rumah nenek Bidan, orang Sugut.
Situasi kampung TB Wad sebenarnya menterjemahkan untuk mata yang melihat bagaimana rakyat dilayan secara tempang dalam sebuah negara yang merdeka. Itu bukan sebuah perkampungan tetapi setinggan haram. Mereka tidak punya geran perkampungan sebagaimana perkampungan air di Sim Sim dan Tunusa 1.  Nasib kampung mereka bergantung kepada perancangan kerajaan. Andai kata satu masa kelak kawasan tersebut mahu dibangunkan, akan berlakulah ke atasnya sebagaimana yang telah berlaku terhadap perkampungan BDC.
Cikgu Haris dan Cikgu Khairudin di depan Jambatan Panjang TB Wad.

" Kekadang yang tinggal di sini bukan semuanya miskin, kita tidak boleh sembarangan berikan zakat kepada mereka, jangan-jangan dia lebih kaya dari kita. Ada kapal di laut dan ada lori di darat...mahu tanya orang sini siapa yang amat memerlukan...", cerita Khairuddin yang mahu bertanya seorang lelaki yang rumahnya berdepan dengan sebuah masjid di Kampung TB Wad mengenai orang miskin yang layak menerima zakat.  

Namun lelaki tersebut nampaknya sibuk dengan persiapan hari raya dan tidak ada masa hendak melayan pertanyaan Khairuddin. Maka, kami meninggalkan kampung TB Wad dan menyusur ke arah jalan mendaki bukit pinggir SMK Pengeran Galpan. Ada lagi beberapa kampit beras yang perlu dihabiskan.

Sampai jalan mati, kami berpatah balik. Singah di pinggir jalan, kami menyapa seorang lelaki bernama Mohd Saleh, dari suku kaum Sungai. Dia mencadangkan beberapa rumah warga miskin untuk kami berikan beras zakat dan fidyah. Seorang anak muda bernama Raslan yang tinggal di atas tanah milik Cina adalah salah seorang penerima yang dianjurkannya. Terdapat jejeran bilik-bilik sempit dan dihuni insan-insan miskin. Kami tinggalkan zakat beras zakat fitrah di sana. 

Raslan dan Mohd Saleh, rumah menumpang atas tanah Cina.
Menurut Mohd Saleh, Tanah tapak rumah yang mereka huni sekarang sebenarnya milik seorang Cina. Dia anggarkan keluasan tanahnya di situ mencakup sekitar 6 ekar. Ada sebuah rumah Cina berdekatan yang menyewa satu lot tapak rumah atas tanah Cina pemilik tanah. Cina pemilik tanah itu katanya tiada di Malaysia. Dia tinggal di Landon. Orangnya sudah cukup kaya. Mohd Saleh bersama keluarga Sungai yang lain menumpang tanpa bayaran atas tanah Cina tersebut. Aku kurang pasti apakah maksud "menumpang" yang dikatakannya. Adakah dengan izin atau secara haram.

Ada baki beras lagi 10 kg. Dalam perjalanan kami melihat dua kanak-kanak sedang berjalan di tepi jalan.

Syuaib dan temannya.
"Assalamualaikum!", Ust. Sukri Mat menyapa.
"Wa'alaikumussalam!", jawab seorang kanak-kanak yang lebih besar.
"Islam ni...", bisik Ust. Sukri Mat kepada kami. Dua kanak-kanak tersebut kami suruh tunggu sementara kami letakkan kereta di tepi jalan. 
" Siapa nama?", aku bertanya kanak-kanak yang lebih besar.
" Syuaib", balasnya.
"Sekolah di mana?", 
"SMK Sandakan"
"Tingkatan berapa?", 
" Satu"
" Anak murid ust Rashid lah ni", Ust. Sukri menduga.Ust. Rashid adalah salah seorang guru agama di SMK Sandakan.
" Ayah dan mak kerja apa", Khairuddin lontarkan pertanyaan madah berhelah. Status ekonomi perlu dicungkil.
" Mak suri rumah, ayah kerja kepiting di kem", jawab kanak-kanak bernama Syuaib itu jujur.
"Oh...banyak duit ayahnya ni...", Khairuddin menyimpulkan.

Kepiting dalam bahasa tempatan bermaksud kerja membawa jentera yang mengangkat kayu  balak ke atas lori. Mungkin berasal dari kata dasar kepit yang bermaksud kayu balak dikepit dengan jentera pengangkat dan diletakkan atas lori. Pendapatan bagi kerja yang sedemikian pada umumnya lumayan.

"Adik ada kenal keluarga miskin di kawasan ini?" Khairuddin bertanya.
"Err...ada...kat bawah sana", balas Syuaib.
"Bawakan kami ke sana", aku meminta." Bangsa apa dia?",sambil berjalan ke tempat yang dikatakannya, aku melanjutkan pertanyaan.
" Orang Suluk", balasnya.

Mengetahui suku biasanya kita sudah cukup untuk mengetahui agamanya. Sebagaimana orang memahami bahawa semua Melayu adalah Islam, di Sabah, kalau sebut kaum Suluk, semuanya adalah Islam. Kalau bukan Islam, murtadlah namanya. Bajau dan Bugis juga semuanya Islam.Suku Sungai dan  kadazan belum tentu semuanya Islam. Sudah termaklum ada suku yang keseluruhannya Islam dan ada yang berpecah kepada agama yang berlainan. Ada yang Pagan, Kristian dan Islam.

Kami sampai di sebuah rumah bekas runtuhan bangunan lama yang ditinggalkan dan dibuat daripada konkrit. Di satu bahagiannya dijadikan tempat tinggal dan diletakkan atap zink. Sebahagian besar yang lain tidak beratap dengan dinding berlumut dan tidak bertingkap dan runtuh di sana sini.

"Assalamualaikum...", kami lontarkan salam. Kelihatan sepasang suami isteri sedang berada di luar rumah. Si suami sedang sibuk menyusun gelen air dan si isteri sedang menyapu sampah. 

"Wa'alaikumussalam", sambut si suami yang tidak berbaju. Namanya Abdul. Tidak jauh ada anak-anaknya yang melihat dengan kehairanan kedatangan kami.

Terus kami nyatakan maksud kehadiran dan  kampit beras fidyah kami sampaikan. Wang zakat aku hulurkan. Dia mengucapkan terima kasih. 

" Semoga boleh menambahkan gembira di hari raya", aku sempat membisikan kepada En. Abdul.

Berkenalan singkat, kami tanyakan mengenai kehidupannya. Rupanya rumah tempatnya berteduh itu adalah bekas bangunan kerajaan yang ditinggalkan. Rumah sewanya yang katanya terletak tidak jauh dari situ dalam proses pembaikan. Maka, buat sementara mereka berteduh di situ. Tiada sumber elektrik, hanya berpelita ayam di malam hari. Tiada bekalan air paip dan untuk mendapatkan air, itulah gunanya gelen yang banyak bersusun di depan pintu rumah. Air diangkut dari tempat lain.
En. Abdul, penghuni bangunan usang.

Kehidupan semacam itu memang susah bagi mata yang memandang. Namun, aku percaya bagi orang seperti En. Abdul, alah bisa tegal biasa. Keluarga Suluk itu, sudah tentu telah menelan kepahitan cara kehidupan mereka itu dan membiasakannya. Jika kita menela'ah cerok rantau bumi Sabah, amat banyak nasib warga yang seperti En. Abdul dan keluarganya. Tidak perlu menerjah pendalaman yang sememang sarat dengan derita rakyat kebanyakan, cukup dengan meninjau cerok-cerok tersembunyi kawasan bandar Sandakan, kita akan temui kisah masyarakat yang menyayat. Apakah yang boleh ditafsirkan dari semua itu kalau ia bukan natijah pengabaian pihak yang diberi amanah membela rakyat?

Abd Karim, 55 tahun, belum kahwin-dakwanya.
Sebelum meninggalkan lokasi terakhir kami, seorang lelaki yang lengannya penuh tatu menyapa. Tanpa diminta, dia perkenalkan diri sebagai bernama Abd Karim dan hidup sendirian tanpa isteri. Mungkin dia mengharapkan sedekah zakat. Kami keberatan melayan harapannya melihat kepada penampilan tatunya. Lagipun harta zakat telah habis dibahagikan untuk masakin yang hidup mereka sangat memerlukan.

Di sini kami menamatkan kembara Mustahaqqin kali ini. Aku noktahkan catatan ini sebagai kenangan dan renungan. Jauh sekali untuk tujuan menunjuk. Ia adalah sebuah perkongsian buat para penziarah blog. Semoga Allah menerima ibadah kami. 

Ya Allah terimalah puasa kami pada tahun ini dan tampungilah kekurangannya dengan ibadah zakat turun lapangan yang kami ikhlaskan. Semoga ia diterima Allah.


Allahumma Amin!

IFTOR WIDA'

August 17, 2012


Jangan Tinggalkan Daku!

August 15, 2012

Ramadhan kian menginjak ke penghujungnya. Dari kiraan minggu menjadi hari. Dari hitungan hari akan menjadi helaan jam demi jam. Di kala takbir Eidul Fitri mula berkumandang, itulah saatnya Ramadhan melabuhkan tirainya. Gerbang syurga yang terbuka luas kembali tertutup. Tidak ada lagi pintu Rayyan yang dibukakan khusus buat insan berpuasa. Pintu-pintu neraka yang selama ini ditutup, pun dibuka semula. Maka, syaitan-syaitan dan jin derhaka pun kembali bercempera mencuri peluang tipu daya.

Sejurus Ramadhan yang kembali ke perkampungannya, tinggallah kita meneruskan perjalanan menempa bulan demi bulan sehingga kalau ditakdirkan Tuhan, akan bertemu lagi Ramadhan saat ia kembali semula. Oleh itu, dengarlah suara-suara teriak tangis yang bersenandung bersama sirnanya Ramadhan.

"Jangan tinggal daku!".

Segala amalan mulia sepanjang Ramadhan pun merintih. Puasa itu pokok amalan sepanjang Ramadhan.  Ia pun takut ditinggalkan. Maka lanjutkanlah dengan puasa 6 hari di bulan Syawal sebagai lambang dirgahayu buat Ramadhan. Menjaga lidah, amarah, pandangan mata, pendengaran telinga dan juga lintasan hati dari terjerumus noda, semua itu jangan ditinggalkan. Sebulan itu cuma latihan dan ia bukan cerminan diri. Sesiapa yang menghadam maksud, maka tertempalah pada amalan diri untuk 11 bulan berikutnya.

"Jangan tinggal daku!"

Masjid dan surau paling acap dizalimi. Ramadhan menjadi tempo singkat buatnya dikerumuni. Laksana artis terkenal atau pemimpin terkemuka, masjid dan surau menjadi kerumunan manusia untuk mendapat autograf rahmat, maghfirah dan kelepasan dari azab neraka. Sebagaimana saban tahun juga, manusia teramai hanya mengenali masjid dan surau di masa Ramadhan. Sudah menjadi madah pepatah, awal Ramadhan manusia penuh dan surut di penghujungnya. Akhirnya sirna bersama hilangnya hembusan Ramadhan.Hanya manusia yang terpilih sahaja yang Allah kekalkan dia menjadi pengunjung masjid dan surau untuk masa-masa seterusnya. Namun, itu sangat kecil jumlahnya.

"Jangan tinggal daku!"

Masa Ramadhan, lembaran Quran paling banyak dibelek dan dibaca. Tidak cukup dengan belek dan baca di atas sajdah, ia dilanjutkan dalam kereta dan ditempat kerja. Di masjid dan surau pula, berdengung suara alunan tadarus. Meriah amat orang meraikan Al-Quran. Tetapi, apakah pada Ramadhan sahaja Al-Quran dikenali? Padahal Al-Quran adalah kitab bacaan dan juga petunjuk sepanjang hayat. Quran jangan ditinggalkan walau sehari. Sehari ia dimahjurkan, tiga hari ia menyingkir dari kita!

"Jangan tinggalkan daku!"

Perempuan ini makhluk yang punya satu hal juga. Masa Ramadhan ramai yang pakai bersopan. Hormatkan Ramadhan katanya. Macam juga sesetengah orang perempuan hormatkan hari Jumuat dengan berpakaian menutup aurat atau separa menutup aurat. Tujuan menutup aurat bukan kerana Ramadhan, tetapi kerana Allah. Ramadhan pergi, Allah tetap hidup selama-lamanya. Amalan baik menutuo aurat masa Ramadhan itu janganlah ditinggalkan setelah Ramadhan. Sayang sekali penyucian diri yang dibuat sepanjang Ramadhan, akhirnya jadi percuma dan sia-sia.Hidup sebagai orang baik bukan hanya untuk sehari, tetapi ia seharusnya selagi hayat dikandung badan.

"Jangan tinggalkan daku!"

Bangun awal pagi, bersahur, itulah sunnah yang mulia. Ia juga baik untuk kesihatan. Di awal pagi, asid dalam perut dineutralkan dengan makanan yang masuk ke perut. Lepas sahur sempat pula ke masjid dan surau solat subuh berjemaah. Sahur melatih kita bangun pagi. Ia juga menjadi lambang jatidiri sebagai muslim yang sentiasa membedakan diri dari kelompok Yahudi dan Nasara.  Kalau sudah berlalu Ramadhan, amalan ini masih boleh diteruskan. Kalau pun tak mahu puasa, apa salahnya bangun waktu sahur. Makan waktu sahur itu sendiri punya kebaikannya. Kebaikan itu berganda dengan meraih pahala qiam sepanujang malam bila solat Subuh berjemaah di masjid. Amalan istimewa ini seharusnya diteruskan selama-lamanya.

"Jangan tinggalkan daku!"

Jangan tinggalkan puasa, lanjutkan dengan yang sunat. Jangan tinggalkan semangat 'ismah diri dari dosa, teruskan waspada.Jangan tinggalkan masjid dan surau, terus kunjungi untuk solat berjemaah lima waktu di sana. Jangan tinggalkan amalan baca Quran, ia adalah teman karib selagi hayat dan juga sesudah mati. Perempuan-perempuan, teruskan tutup aurat kalian. Sumber fitnah dunia banyak datang dari kalian. Amalan pemakanan yang baik seperti bersahur, boleh jadi amalan yang ditradisikan buat diri. Moga sihat dan dapat berbuat amal sebanyak mungkin semasa hayat ini.

Latihan Ramadhan jangan ditinggalkan!