Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Akibat menolak lelaki baik

October 18, 2011

Dulu, sewaktu perempuan itu berusia 17 tahun, seorang ustaz telah masuk meminangnya. Kini, usia perempuan telah mencecah 27 tahun. Ibu bapa perempuan itu sudah mula merasa risau dengan keadaan anak perempuan mereka itu. Dia telah bekerja di saloon sejak beberapa tahun terakhir ini. Dalam enam tahun terakhir ini, dia sering dilihat bersama dengan seorang lelaki berbangsa Cina. Kehidupan sosialnya mencurigakan ramai adik beradik. Bila ditanya oleh ibu bapanya tentang apa sudahnya berkawan dengan lelaki Cina ini, dia menjawab bahawa dia belum lagi mahu kawin. Padahal, dia sering dihantar pulang lewat malam oleh lelaki Cina itu. Apa yang berlaku di sebaliknya, saat di luar kawalan ibu bapanya,wallahu a'lam.

Wajahnya bukan tidak cantik. Kalau nak dibandingkan, seiras macam watak bernama Mari Mar dalam telenovela Filipina bertajuk Mari Mar yang ditayangkan dalam TV3 setiap Isnin hingga Khamis. Malah, kata sahabat yang menceritakan kisah ini kepadaku, wajahnya lebih cantik daripada Mari Mar itu. Aku sendiri tidak tahu macam mana rupa Mari Mar kerana aku bukannya minat dengan telenovela itu atau mana-mana telenovela pun. Aku amat tak suka menonton drama bersiri kerana ia merampas banyak masaku.

Aku teringat apa yang nabi Muhammad SAW sabdakan sebagai peringatan buat ibu bapa.
 
إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
 "Apabila datang meminang (anakmu) kepada kamu seorang lelaki yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka hendaklah kamu kahwinkannya dengan anakmu.Jika kamu tidak melakukannya,akan terjadilah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar".
(Hadis riwayat Turmizi dan Ibn Majah)

Kini, teman itu bercerita bahawa kehidupan anak gadis pasangan ibu bapa tersebut  menempa jalan berdosa. Dia bekerja di saloon. Pakaiannya jangan diceritakan lagilah.Tanpa segan silu, dia sudah membudayakan skirt singkat. Bukan lagi pakaian wanita timur. Jauh sekali busana muslimah.  Rambutnya sentiasa berwarna. Berteman (mungkin bercinta) pula dengan lelaki bukan Islam berbangsa Cina. Sudah enam tahun mereka begitu.  Amal Islam seperti solat tidak payah ceritalah. Jauh panggang dari api.

Apa yang menimbulkan rasa kasihan, bapanya adalah seorang yang rajin mengerjakan solat. Bapa yang baik. Malangnya, hilang kendali untuk membetulkan ketempangan anak gadisnya yang seorang ini. Maka, jadilah jalan yang diambil oleh si bapa dan si anak terpecah bagai dua cahaya yang tidak akan menemui titik yang sama. Kalau ikut hukum agama, kesolehan seorang bapa tidak ada maknanya kalau dibiarkan anaknya bergelumang dengan dosa. Sementelahan anak gadis dan tidak pernah pula diberi teguran. Di akhirat, sekalipun si bapa sudah berada di ambang syurga, dengan sebab permasalahan anak, kemasukannya ke syurga akan terhalang.

Aku fikir fitnah telah menimpa ibu dan bapa perempuan itu. Fitnah juga terjadi dalam masyarakatnya. Entah apa lagi fitnah yang bakal terjadi seterusnya. Kerosakan yang besar sedang membiak. Menyelak sejarah silam, keengganan ibu bapa menerima pinangan sang ustaz untuk anak mereka dahulu adalah satu pelanggaran terhadap peringatan Nabi. Andaikanlah ustaz itu orang yang baik agamanya dan akhlaknya. Maka, beginilah akibatnya. 

Justeru, ibu bapa yang ada anak perempuan, perhatikan siapa yang datang meminang anak perempuanmu. Jika kamu lihat kebaikan pada agama dan akhlaknya, usah pedulikan tentang dunianya. Biarlah hartanya tiada, orangnya tiada rup(tidak kacak), semua itu dunia belaka. Kayu ukur Islam adalah agama. Jika lelaki itu baik budi bahasa, menegakkan solat..memadailah. Itulah harta yang tiada tolak bandingnya. Itulah secantik rupa dalam dunia.

Allahumma ameen...berikan pasangan lelaki yang baik agama dan akhlaknya buat anak perempuanku di satu masa kelak.

Bagaimana menyelamatkan generasi ini?

October 16, 2011

Di sebuah perkampungan miskin, penduduknya bercampur kaum pendatang, bergantung hidup dengan kerja nelayan dan buruh kasar, aku "paparrazi'kan gambar ini. 


Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain judi bernilai  kecil-kecilan. Orang dewasa berada di sekitar memerhati dan tidak mempedulikan. Kelak, bila dewasa, apa akan jadi kepada anak-anak kecil ini? Bi'ah mereka adalah bi'ah perjudian. Orang-orang tua di kalangan mereka tidak bersifat murabbi. Inilah wajah generasi yang merisaukan. 

Buat para du'at...Mereka ini perlu diselamatkan. Tetapi bagaimana? Sesungguhnya dakwah itu sangat meletihkan Jalannya perit dan merampas keselesaan diri. Namun, jika setiap pemuda agama yang sedar mengambil peranannya, dakwah itu akan lestari. Kerja berat akan menjadi ringan.

Sebab itu, keletihan ini sudah berada di puncak untuk mendengar keluhan dan rintihan mengenai kerosakan masyarakat daripada mereka yang yang enggan berbuat apa-apa. Kuabaikan segala kerisauan yang bersiponggang dari siulan margastua agamawan yang bertasakku'.

Ulama agama atau ulama kerajaan?

October 7, 2011

Perkataan ulama seharusnya menjadikan pemilik gelaran itu berkhidmat kepada agama Islam. Dokongannya adalah Islam. Dendanganya adalah Al-Quran dan Hadis. Bukan pemerintah yang berkuasa. Inilah dilema sebahagian insan yang digelar ulama yang bersepah di seantero alam dewasa ini.

Ketika rakyat ditindas penguasa, ulama tersebut berdiam diri. Mereka sibuk menfatwakan halal haram sesuatu yang menimpa rakyat tetapi tidak berani menyentuh kebejatan yang dilakukan oleh penguasa.  Apakah perbuatan penguasa yang menindas rakyat itu bukan kemungkaran. Perbuatan menyonglap wang negara itu, apakah ia bukan satu kemungkaran?

Ketika Pemimpin-pemimpin Arab seperti di Yaman dan Syria  sekarang ini membunuh rakyat yang bangkit menentang mereka, kepada siapakah kesalahan dipulangkan. Anehnya, ada ulama yang menuduh rakyat menjadi bughat sedangkan kemungkaran pemerintah itu selama ini tidak ditentang.

Maka, persoalannya, ulama apakah mereka? Ulama agama atau ulama kerajaan?

Akibat tidak tafaqquh

Kerana tidak bertafaqquh dalam agama, ada kalangan yang Islam mendakwa wanita muslimah boleh dilantik menjadi pemimpin (sekalipun wilayah 'uzma) dengan sebab berpegang kepada sebuah hadis:

خذوا نصف دينكم عن هذه الحميراء

" Ambillah separuh agamamu daripada si putih kemerahan ini (Aishah r.a)". 

Hadis tersebut adalah batil sebagaimana telah ditahqiqkan oleh para ulama. Sedangkan hadis yang saheh jelas disebutkan oleh Imam Bukhari dalam sahehnya:
لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة

" Tidak akan berjaya satu kaum yang menyerahkan urusan (kepimpinan) mereka kepada wanita".

Kerana malas bertafaqquh dalam agama, lahir golongan wanita muslimah yang memperjuangkan hak-hak wanita sehingga melewati batasnya. Mereka mencipta bid'ah dan terdapat pula kalangan lelaki yang menuruti jejak mereka. Inilah akibat tidak bertafaqquh dalam agama. Ia menatijahkan kesesatan dan bid'ah.

Tafaqquh dalam agama boleh dilakukan dengan tiga cara berikut:

a) Banyak membaca.

Membaca hendaklah menjadi budaya setiap orang Islam. Namun, dalam membaca buku-buku agama, hendaklah diperhatikan bahaya-bahaya yang terkandung di dalamnya. Setiap buku hendaklah diukur dengan Al-Quran dan hadis. Kedapatan banyak buku dalam pasaran yang bersepah dengan kepalsuan hadis dan riwayat. Ada cerita Israiliyyat, hadis palsu dan bid'ah yang menyesatkan.  Para ualama yang ahli hendaklah menjadi rujukan untuk mengetahui buku mana yang berfaedah dan menapis buku-buku yang hebat untuk menyingkirkan kekeliruan di dalamnya. Kitab Ihya' Ulumuddin adalah sebuah kitab yang hebat tetapi membacanya sebelum yang ditahqiqkan akan membawa kita percaya dan berpegang dengan longgokan hadis daif dan maudhu' yang termasuk di dalamnya. Setelah membuang kekeliruan itu, kitab itu menjadi sangat bermanfaat.


b) Melazimi majlis ilmu.

Majlis ilmu disebut sebagai majlis zikir. Majlis zikir bukan majlis para ahli sufi sebagaimana difahami sesetengah pihak dewasa ini. Para sahabat dan salafus soleh memahaminya sebagai majlis ilmu di mana seseorang boleh mendalami halal haram dalam hukum dan juga menambahkan faham mengenai isi kandungan kitab Allah SWT.


c) Sentiasa bertanya kepada "ahlu zikr" jika tidak memahami isu-isu agama.

Ketika seseorang itu sakit, maka dia akan merujuk kepada doktor. Maka sakit yang lebih kronik daripada sakit tubuh badan adalah sakit rohani dan jiwa. Sudah tentu ada doktor untuknya. Mereka adalah para ulama yang memahami kitab Allah. Pada asalnya ahlu zikr merujuk kepada ulama Yahudi yang menjadi rujukan kuffar musyrikin Makkah. Ini kerana mereka menguasai ilmu tentang kitab-kitab  terdahulu. Justeru, hendaklah menjadi budaya seorang muslim untuk merujuk kepada para ulamanya setiap berhadapan dengan masalah dalam kehidupan.