Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Rehlah Usariyyah

January 30, 2009

Aku mengambil kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina untuk melakukan safar keluarga ke Kota Kinabalu. Sudah agak lama aku tidak memberikan masaku untuk keluarga dan mengisi masa-masa cuti dengan keluarga. Sama ada kerana tugas berkaitan kerjaya sebagai guru atau sebagai anggota jemaah, aku tidak dapat menghiburkan keluargaku dengan sebuah rehlah. Oleh sebab itu, kali ini aku hadiahkan kepada keluargaku satu kebersamaan sepenuhnya dengan mereka.
Pagi Ahad, bersama keluarga ust. Syukri dan keluarga ust. Yazid, kemi memulakan perjalanan. Singgah sebentar di Poring, persinggahan yang tidak menghiburkan. Poring bukan satu tempat santai keluarga yang sesuai dengan jiwaku. Dengan bayaran masuk RM3 seorang, kami hanya melihat kolam-kolam mandi air panas yang dipenuhi manusia yang yang kurang segannya bermandi manda di tempat terbuka.
Untuk masuk ke beberapa tempat di dalam kawasan tersebut, tiket-tiket perlu dibeli semula. Akhirnya kami berlepas ke Kundasang.
Kundasang memang tempat yang nyaman dan sentiasa menggamit kunjunganku. Saban kali aku dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, aku pasti singgah solat jamak zuhur dan asar di masjid Kundasang. Aku suka sekali singgah solat di sana. Airnya sesejuk air gunung dan udaranya dingin dan selesa.
Pada mulanya aku bercadang untuk bermalam di Kundasang sebelum menuju Kota Kinabalu tetapi akhirnya memutuskan untuk terus ke Kota Kinabalu. Bersama ust Yazid sekeluarga kami mendapatkan penginapan di Komplek Sukan Likas. Sebuah bilik De-Lux berharga RM54.50. Hotel Tabung Haji yang menjadi kegemaranku setiap kali bertandang ke Kota Kinabalu penuh.
Tidak ada aktiviti penting di Kota Kinabalu. Aku memberikan safar ini untuk keluargaku dan oleh itu aku membawa mereka berjalan ke Pantai Tanjung Aru, Pantai Teluk Likas dan membeli belah di Pasar Filipin.
Anakku Zamila Salsabila sangat riang bermain di Pantai yang dijaga dengan baik oleh pihak perbandaran. Andainya di Sandakan ada pantai tempat reakreasi seperti ini....Namun, entah apa sebabnya Majlis Perbandaran Sandakan tak pernah mengendahkan pantainya. Pantainya penuh sampah sarap dan berselerak dengan pertempatan haram.
Dua malam di Kota Kinabalu, aku pulang dahulu. Kami singgah di Kundasang dan hanya ada penginapan di Fairy Garden Resort dengan kadar bayaran RM126 satu malam. Sebuah penginapan yang dilitupi kabus gunung.
Anakku merenggek kesejukan di malamnya.
Pagi Rabu aku mendaki sehingga ke Mesilau. Bayaran RM3 dikenakan untuk masuk sehingga ke kawasan Resort di mana merupakan kawasan paling hampir ke kaki gunung. Sehingga kini Mesilau masih merupakan kawasan yang menarik untuk dikunjungi oleh para Pelancung.
Asar hari Rabu, aku tiba di Sandakan. Alhamdulillah segalanya selamat.

اللهم هب لي أسرة سعيدة

"Wahai Tuhan...kurniakan daku keluarga yang bahagia".

GENERASI YANG AKAN MERAIH KEMENANGAN

January 29, 2009

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang Telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya),
(Al-Ahzab:23)
Ketika ditanya para wartawan, kanak-kanak seusia 7 -10 tahun berbicara dengan fasih sekali mengenai perjuangan dan mati syahid. Kanak-kanak seusia tersebut di Malaysia hanya mampu berbicara tentang Utramen, Doremon, Power Ranger, Dragon Ball dan seribu satu khayalan yang diciptakan menerusi racun filem. Itupun dengan kata-kata yang tergagap-gagap dan bahasa yang rendah mutunya. Berbeza dengan anak-anak Palastin yang berbicara dengan bahasa yang indah, tersusun dan penuh idealisme. Sesungguhnya mereka adalah anak-anak kelahiran asam garam perjuangan intifadhah yang makan masa bertahun. Kalangan mereka ada yang telah mencecah usia kepemudaan yang sudah matang dengan perjuangan.
Sedang para ibunya berbicara tak seperti suri rumah yang kita kenali di Malaysia. Malah tidak seperti wanita-wanita berpendidikan tinggi dan berkerjaya yang banyak berbicara tentang resipi makanan dan alat perhiasan kewanitaan.
Aku sungguh terpesona menonton kata-kata seorang ibu yang kehilangan anaknya sebagai bunga bangsa dan agama yang syahid.
"Mereka (yahudi) boleh membunuh anak-anak kami, tapi kami akan melahirkan ratusan lagi anak-anak yang akan meneruskan perjuangan, kami berbangga anak kami syahid...!".
Subhanallah....Sesungguhnya mereka adalah para ibu yang hebat. Ibu kepada para pejuang dan syuhada.
Alangkah berbezanya dengan ibu-ibu kita yang mengisi kerana kaki anak tercucuk duri! Ibu-ibu yang menangis kerana anak yang gagal dalam peperiksaan!
Sesungguhnya kita jauh lebih rendah dari seorang anak kecil Palastin yang mara dengan berani di hadapan kereta perisai Israel dengan menggengam batu di tangan.
Sedarlah kerdilnya diri kita dalam perjuangan...wahai sahabat. Semoga Allah mengangkat harkat perjuangan kita setara generasi baru Palastin!

Mereka, generasi Palastin sedang mara di medan juang. Mereka sedang mengungkapkan dengan lisanul hal mereka:

اللّهُمَّ أَنْتَ عَضُدُنا، وَأَنْتَ نَصيرُنا، بِكَ نحولُ وَبِكَ نصولُ وَبِكَ نقاتِل
"Ya Allah...Kaulah sandaran kami, Kaulah Penolong kami, dengan namaMu kami berusaha, dengan namaMu kamu mencapai matlamat kami, dan dengan namaMu kami berperang".

POHON GHARQAD

January 22, 2009

Inilah pohon Gharqad. Pohon Yahudi...disebutkan dalam hadis...
Bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود فيقتلهم المسلمون ، حتى يختبئ اليهودى من وراء الحجر والشجر ، فيقول الحجر أو الشجر : يا مسلم يا عبد الله هذا يهودى خلفى فتعال فاقتله ، إلا الغرقد فإنه من شجر اليهود
Maksudnya:
Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang Islam akan memerangi Yahudi lalu orang Islam akan membunuh orang yahudi. Sehingalah orang yahudi akan bersembunyi di belakang batu dan pokok, maka berkatalah batu dan pokok: wahai orang Islam, di belakangku ada seorang Yahudi bersembunyi, marilah bunuh dia. Melainkan pokok Gharqad kerana ia adalah pohon yahudi.

(Hadis Riwayat Muslim)

Gelisah di Tanah Haram...

January 17, 2009


Tahun ini aku telah bersama kira-kira 4 juta ummat Islam seluruh dunia melaksanakan ibadah haji sebagai meneyempurnakan rukun Islam yang kelima. Dari Malaysia sahaja sebanyak 26 ribu jemaah haji telah terpilih untuk mengerjakan haji.Aku cukup gembira dan merasa bertuah kerana termasuk dalam orang-orang yang terpilih mengerjakan ibadah yang mulia ini.

Namun dalam kegembiraan aku kerana dapat mengerjakan haji, kesedihan menggigit perasaan kerana ketika itu juga aku menyaksikan dari kaca televisyen yang terdapat di bilik hotel melalui saluran Al-Jazeera tragedi yang menimpa bumi Gaza dan saudara seagamaku di sana.Tentera Zionis sedang melancarkan serangan sebaik sahaja gencatan senjata selama 6 bulan antara Israel dan Hamas tamat.

Gelisah, marah, sedih dan berbagai bagai perasaan yang tak terungkap menghimpit jiwa dan nurani.

Ironinya, dalam jutaan jemaah haji yang sedang berkumpul di tanah suci, tidak kedengaran laungan sentimen kemarahan atas tindak tanduk Israel tersebut. Aku memasang telinga mendengar khutbah jumaat di Masjidil Haram, mencari kata-kata yang membakar semangat menetang pencerobohan yahudi di bumi Gaza, namun...percuma.

Mekah memang aman dan tenteram...setenteram hati para syeikh dan ulamanya. Tenteram yang memalukan itu menjalar dan menutup hati sebahagian besar para jema'ah haji.

Di Masjidil haram aku sering menyusur celah orang ramai selepas solat subuh mencari tempat para syeikh menyampaikan kuliah. Memang aku mengakagumi keilmuan seorang syeikh yang bernama Syeikh Syatri yang menyampaikan kuliah subuh mengupas persoalan haji. Tetapi...apabila aku kembali sendirian dan merenung kegawatan yang sedang melanda bumi Gaza, aku terkedu untuk terus menghargai kuliah ilmiah di Masjidil Haram daripada para masyayeikhknya.

Mengapa tiada seorang ulama yang bangkit menyedarkan para jema'ah haji mengenai darah dan air mata saudara mereka yang sedang mencurah di bumi Palestin?

Saat menyaksikan tali arus manusia pelbagai bangsa yang menganut satu agama menuju Masjidil Haram dan bersurai sesudah solat, aku berandai, kalau sepakat semua jemaah ini menuju bumi Palastin, cukuplah dengan kaki-kaki mereka menginjak dan meligan Israel. Andainya ulamanya bangun dan menyeru solidariti ummat ini berperang melawan Israel dan suara laungan itu berkumandang keluar dari Masjidil Haram, alangkah indahnya...

Satu hari,aku berkenalan dengan seorang pencen daripada sebuah syarikat perkapalan di Mesir bernama Fauzi Taufiq Umar Khattab. Kami berbual pelbagai perkara dan dia melontarkan satu pertanyaan kepadaku. Pertanyaan yang menggambarkan tandatanya tentang sikap orang Islam di Malaysia dalam isu Palastin.

"Apakah sikap orang Malaysia terhadap Palastin dan Israel?" pertanyaan itu seolah-olah pendirian orang Islam di Malaysia terhadap isu Palastin masih samar atau dibayangi ketidakpedulian.

Aku menjawab dengan tegas kepadanya.

"Kami membenci Israel. Kami memahami penegasan Allah dalam Al-Quran bahawa kaum Yahudi tidak pernah redha kepadamu sehinggalah kamu menuruti millah mereka...",

Sesungguhnya kerisauan dan kegelisahan terpancar dalam pertanya lelaki Mesir tadi. Dia hanya rakyat biasa sebuah negara bernama Mesir sebagaimana aku rakyat kecil sebuah negara bernama Malaysia. Kami hanya mampu sedih, gelisah dan membenci Yahudi. Lebih tinggi sedikit, hanya mampu berdoa dan memberi sumbangan material di bawah tabung-tabung kemanusian.

Tabung kemanusiaan?

Sebenarnya ummat Islam Palastin memerlukan lebih daripada bantuan kemanusiaan. Mereka memerlukan bantuan persenjataan, kalaupun bantuan ketenteraan tak mampu disalurkan.

Kalaulah ada tabung senjata buat Palastin!

Berita terbaru hari ini lebih memalukan. Dua buah negara Arab memulau sidang Liga Arab yang berlangsung di Doha, Qatar, bagi mengutuk serangan Israel ke atas Gaza. Arab Saudi dan Mesir. Pemimpin kedua negara tersebut memang terkenal sebagai sekutu kepada Amarika Syarikat.

King Abdullah dan Presiden Hosni Mubarak. Mereka sepatutnya malu menjadi pemimpin negara ummat Islam. Semoga Allah menggantikan pemimpin lain buat dua negara tersebut. Pemimpin yang mampu meneraju rakyatnya melaksanakan aspirasi mereka!

Tidak hairan, sepanjang aku berada di Madinah dan bersolat di Masjid Nabawi, solat Jumaat di sana dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatibnya, pujian dan sanjungan diberikan kepada raja mereka.Raja mereka disanjung sebagai pemegang amanah Haramain yang bakal mendapat ganjaran besar daripada Allah swt. Raja merekalah juga yang memulau sidang untuk mengutuk Israel. Mungkin khatib tersebut telah diikat lidahnya.

Tapi,mengapa sebegitu banyak kuliah dalam Masjid Nabawi, di sana sini, semuanya tidak memperlihatkan keperihatinan terhadap penderitaan Gaza.

Aku hairan dengan para syeikh yang menabur ilmu di Masjid Nabawi!
Bicara mengenai haramnya memotong janggut. Sambil melurut janggutnya, dia tersenyum.
Bicara mengenai haramnya bertamassuh untuk bertabarruk di kubur Rasulullah.
Bicara mengenai harammnya bertawassul dengan para wali...
Sambil melupakan derita rakyat Gaza.

Semua yang mereka utarakan itu benar. Aku menyokongnya dan telah pun aku menganutnya lama sebelum aku menjejaki kaki ke Mekah...

Cuma, ku cuma ingin dengar sedikit bicara mengenai Palastin, buat menambah cinta dan imanku. Buat membangkitkan nostalgia Salehuddin al-Ayubi. Moga hati menjadi insaf dan sedar dan dengan itu benar-benar bermakna sebuah ibadah haji.

Apakah kita perlu menanti sehingga ada orang membawa bendera hitam ke Masjidil Haram?