Kitab "Tasheh Ad-dhu'a" oleh Bakar bin Abdullah Abu Zaid |
Apa yang Syiah lakukan pada hari 'Asyura sememangnya bid'ah yang keji. Mereka meratapi peristiwa kematian Saidina Hussain di Karbala dan mereka mencipta perlbagai ritual yang dianggap mendekatkan diri kepada Tuhan.
Sebagaimana ghalibnya, amalan Syiah mempengaruhi kalangan ahli Sunnah. Lalu ditukar dengan pakaian yang lain dan amalan yang lain. Galakan memberi makan , beribadat khusus, doa-doa khusus yang dijanjikan ganjaran besar, tidak bersumberkan hadis nabi dan amalan generasi awal ummat ini.
Termasuklah apa yang dikatakan Doa hari 'Asyura yang menyelamatkan diri daripada kematian pada tahun tersebut. Sayang sekali, doa ini ada dalam kitab-kitab yang dipelajari oleh para penuntut. Tanpa soal, kewujudan doa ini dalam kitab diterima sebagai saheh sedangkan di kalangan para ahli hadis, mereka menilainya maudhuk.
Amalan yang saheh pada hari Asyura adalah puasa pada harinya. Kemudian disisipkan bersamanya puasa pada hari Tasu'a. Jika tidak, hari ke sebelas. Itu, demi membezakan puasa yang dilakukan oleh kaum Yahudi.
Ada persimpangan yang perlu diwaspadai. Jika anda menunjukkan kegembiraan pada hari tersebut selain yang diajar nabi SAW iaitu berpuasa, umpamanya amalan menzahirkan perhiasan, buat kenduri dan sebagainya, ia mungkin warisan amalan para nawasib. Mereka bergembira dengan kematian Saidina Hussain. Jika anda bersedih pada itu, anda terjebak dengan amalan warisan Rawafid, itu golongan Syiah.
A'syura diraikan oleh Syiah mau pun nasibah! Di pertengahannya ada Sunnah. Berhati-hatilah dan ambillah jalan pertengahan. Itu jalan yang berdasarkan petunjuk nabi SAW.
Syaitan menembak dengan satu peluru, lalu kena dua sasaran. Satu sasaran namanya duka. Satu sasaran namanya suka. Sasaran itu adalah A'syura.
Syaitan menembak dengan satu peluru, lalu kena dua sasaran. Satu sasaran namanya duka. Satu sasaran namanya suka. Sasaran itu adalah A'syura.
0 comments:
Post a Comment