Jika ada orang yang dikatakan wali Allah, dia mendakwa bahawa ada jalan lain daripada jalan nabi SAW yang membawa ke syurga, maka dia bukan wali Allah. bahkan dia adalah wali syaitan. Syarat menjadi wali Allah adalah sebagaimana yang dirakamkam dalam Quran:
أَلَا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (62) الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ (63)Bukankah para wali Allah itu adalah mereka yang tidak merasa takut apa yang akan menimpa mereka dan tidak berduka apa yang telah hilang daripada mereka. Mereka BERIMAN dan BERTAKWA".
(Surah Yunus: 62-63)
Seorang yang tidak percaya jalan nabi SAW bukan orang beriman. Mereka adalah orang kafir. Percaya separuh dan menolak separuh juga bukan beriman. Itu samalah seperti kaum Yahudi, Musyrikin dan munafiqin. Mereka itu sekali-kali bukan wali Allah. Betapa baik mereka dan betapa banyak khawariqul adah yang zahir pada mereka.
Perhatikan baik-baik perkara ini. Sebahagian daripada orang yang dikatakan wali Allah, mereka ada ciri ini. para pengikut membuat alasan yang berbagai-bagai untuk mewajarkan syeikh sanjungan itu.
Pokoknya, sayarat jadi wali Allah mesti ikut nabi dan tidak membuat jalan lain. Apa lagi mencipta bid'ah. Para pembuat bid'ah tidak mungkin jadi wali Allah. Ini kerana bid'ah menyalahi jalan nabi. Orang yang buat bid'ah tidak benar-benar beriman dengan nabi Muhammad SAW.
Orang macam itu bukan wali Allah, tetapi WALI SYAITAN.
Prinsip ini dihuraikan dengan jelas dan tuntas oleh Syeikh Taqiyyudin Ibn Taimiyyah dalam kitabnya "Al-Furqan baina Auliyaa' Ur Rahman Wa Auliyaa' Usyaiton".
0 comments:
Post a Comment