Pemilik Blog

Ust Kama (PerenungLangit)
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
BULAN OH BULAN
April 27, 2013Bulan terang di malam purnama
pungguk berlagu sayu merindu
bulan lambang terang cahaya
Kenapa nyiru dibuat lampu
Orang menghitung bilangan hari
dari bulan mencecah tahun
mana untung mana rugi
hari bulan diramal susun.
Tiba Ramadhan bulan agung
ke tempat tinggi meninjau mega
anak bulan lalu diteropong
mencari hari Ramadhan bermula.
Hari raya menjelang tiba
bulan juga jadi timbangan
supaya sempurna hari berpuasa
tidak diguna kati warisan.
Perempuan dilanda uzur syar'i
dikata orang datang bulan
masjid di bina dalam negeri
kubah berbintang dihias bulan.
Roket dibina harga berjuta
buat menjelajah mendarat di bulan
kenduri kendara kuih aneka
turut ditempah kuih bulan.
Mata celek menatap langit
malam hari mencari bulan
sungguh molek untuk dicatit
Roket menuju bulan di awan.
bulan dan manusia sudah lama
sejak berzaman sering bersama
nyanyi seloka di bawah purnama
kepada bulan hati bergulana.
Kalau sudah demikian adanya
mengapa bulan bukan pilihan
mengapa resah masih bertanya
tetaplah teguh tangan menanda.
Posted by PERENUNG LANGIT at 6:22 PM 0 comments
Labels: Puisi
GURINDAM:Buatlah Pilihan
Jika anda tinggi pelajaran
baru jumpa mencari jalan.
Baru mampu menentu pilihan
mana satu gerombolan ikutan.
Antara barisan juga pakatan
mana medan orang budiman.
Jalan mana banyak ulama?
itulah dia pilihan utama.
Mana kumpulan orang durja?
orang mulia jangan bersama.
Ke mana mengalir para cendikia?
di sanalah zahir jalan bercahaya.
di mana berkumpul manusia bejat
itulah simbol gerombolan maksiat.
di mana tempat orang berjaya?
di sana kuat Pakatan berkuasa.
di mana orang senang berharta?
di sana orang susah diperdaya.
Nun jauh di ulu desa
masih jenuh rakyat buta
Di sana jahil menyerkup warga
masih terkabil di takuk lama.
Gerombolan mana jika berkumpul
melompat terkenja bergoyang inul?
Gerombolan mana jika berhimpun
menjaga budaya melayu serumpun?
Para pemimpin mencegah maksiat
pendokong rajin menegak solat!
Jika di dunia berteman syaitan
di akhirat sana menjadi teman.
Jika di dunia berwali ulama
nanti di syurga bersama mereka.
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:19 AM 0 comments
Labels: Puisi
Ulama Pewaris Nabi
April 26, 2013Memanglah ulama pewaris nabi
tapi mengapa jadi begini
Ilmu di dada tidak berfungsi
mudahnya ilmu mati dikasi
Walaupun nama hebat disebut
depan penguasa hatinya kecut
memburu harta pangkat direbut
keluarlah fatwa minda serabut.
Ulama dulu pernah berwasiat
orang berilmu janganlah bangsat
dunia diburu maruah disebat
janganlah ilmu diam berkarat.
Ulama itu bersama rakyat
bersih nawaitu menggerak harakat
bukan berteleku membaca riwayat
duduk di bangku mengayam hikayat.
Bukanlah tabiat ulama nabi
asyik munajat sepanjang hari
derita rakyat tidak peduli
politik siasat sentiasa dihindari.
Hidup ulama bukan petapa
bukan pendeta bijak bicara
bukan perantara Yang Maha Kuasa
bukanlah idola kelompok buta.
Dalam dunia dialah da'i
berdiri dia umpama nabi
bukan ulama sebagai paderi
tempat pendosa bersihkan diri.
Ulama itu tauladan rakyat
menyebar ilmu menggerak harakat
membersih kalbu merungkai karat
sebagai lampu orang melihat.
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:14 AM 0 comments
Labels: Syair
BERPRINSIPKAH?
Berprinsipkah?
pada saat diri terpinggir
baru bangkit melaung takbir
sedang dulu berkubang hanyir
dalam kelompok politik makir.
Konon dia orang berprinsip
miski berkubang kolam najis
harumkan diri atar direnjis
walau bersidang bersama iblis
watak malaikat dia persis.
harta rakyat tidak dihabis
menjadi pemimpin tidak mengemis
salah laku rakan sebaris
ditegur keras berhunus keris
tidak takut diri ditangkis.
Apa guna sebuah prinsip
jika tegak di dataran khianat.
masakan tumbuh semaian padi
jika ditanam di atas ombak
masakan rumah tegak berdiri
jika tiang bilahan lidi
masakan ada gerombolan malaikat
bersimpuh zikir di rumah bejat!
Tiada guna menanam bunga
untuk dipetik menghias kera.
Masa lalu dicalon parti
setelah diri tidak diperhati
bangkit bingkas calonkan diri
walau bebas tidak berparti
apakah itu langkah berani?
Itukah dinamakan pemimpin sejati?
atau hanya memimpin diri?
Pemimpin muda idea bernas
berani menyongsang pemimpin atas
Tidak gentar diri dicantas
orang kata prinsipnya jelas
aku kata prinsipnya hampas
kerana menanam bunga kertas
mengharap tumbuh dalam bekas...
Posted by PERENUNG LANGIT at 1:50 AM 0 comments
Labels: Sajak
Motivasi buat Gerombolan Ababil
April 25, 2013di tangan kami batu dari Sijjil
akan kami gempur Ashabul Fil
hancur Abrahah tegakkan Islam nan adil
Kami bukan banjingan ditunggang
bawalah harta penuh segudang
mata kami tidak nyalang
perjuangan kami tidak menyimpang.
kami berimam kandil agung
Al-Quran Hadis sentiasa disenandung
Kami ikhlas menabur peluh
mengharap pahala akan tumbuh.
Lillahi Ta'ala berlagu zikir
terbenam kemas di dasar dhamir
liriknya meniti menghias bibir
azam teguh tidak mungkir
Kami zuriat putera Habil
Walau berdepan bengisnya Qabil
Kami rela menerjuni Mu'tah
walau musuh banyak jumlah
Sungguh kami dihasut tewas
kami teguh tidak cemas.
Jika hilang satu peluang
kami percaya seribu yang datang
berjuang kami bukan sekangkang
kami menanti bulan mengambang
biar beribu tahun bersilang.
Akan hancur dedaun jahiliah
dihambur lontaran Sijjil Allah
kamilah Ababil tidak akan menyerah
Menumbang Abrahah merata jalan Fathul Makkah!
Posted by PERENUNG LANGIT at 1:55 PM 0 comments
Labels: Sajak
TAUBAT SANG PEMIMPIN
April 24, 2013Posted by PERENUNG LANGIT at 2:49 AM 0 comments
Labels: Pendapat
Masjid Al-Fajr Kurnia Allah buat orang beriman.
April 11, 2013Aku, secara peribadi, sentiasa ingat usaha gigih yang dilakukan untuk mengumpul dana memperbaiki surau Al-Fajr. Dari surau yang daif, tidak selesa dan tidak terurus, sehinggalah kini menjadi sebuah masjid. Dananya datang dari sumber derma orang ramai yang pelbagai. Di samping itu ia juga datang dari kesedaran dan kegigihan pengerusi Hj. Ayong bin Hasan yang sanggup bertukang sendiri dan mencari tukang yang sanggup melakukan kerja dengan harga terendah.
Kempen Infaq Ramadhan 2009 menghasilkan dana sebanyak RM6207.10. Jaryah 50 yang dilancarkan pada Ramadhan 2010 mengumpulkan dana sebanyak RM11,361.00. Jaryah Isyrin yang dilancarkan pada Ramadhan 2011 mengumpulkan RM16431.00. Pada tahun 2012 kempen infaq tidak dibuat kerana kewangan masjid sudah semakin kukuh berikutan naik taraf sebagai masjid. Ada kutipan derma setiap jumaat yang dapat dimanfaatkan untuk menampung pengurusan masjid.
Atas Inisiatif para ustaz dan guru khasnya dari Semenanjung yang tinggal dalam "qaryah" taman Fajar serta dibantu jemaah tempatan yang ikhlas, majlis korban dapat dilaksanakan tahun 2011 dan 2012 dengan jayanya. Bukan sahaja ia memudahkan masyarakat beribdat korban, malah ia juga menghasilkan pulangan dana lebihan korban untuk masjid. Sebanyak RM5657.00 telah dimasukkan ke dalam akaun masjid.
Selain daripada kempen dan jumlah dana terkumpul seperti di atas, terdapat kempen-kempen khusus lain. Pada satu ketika, ketika masjid memerlukan LCD, dibuat kempen khusus untuk membeli peralatan tersebut. Hasilnya sebanyak RM2120.00 telah berjaya dikumpul untuk menyediakan peralatan tersebut di sumbangan skrin LCD daripada individu. Terdapat individu yang mendermakan penghawa dingin. Ada yang sanggup mendermakan mosac untuk lantai dewan. Derma permaidani solat dan berbagai bagai lagi.
Siapakah semua penderma itu?
Menghitung secara kasar jumlah-jumlah yang telah disenaraikan itu, maka jumlah semua adalah RM31776.10. Tidaklah berlebih-lebihan untuk dikatakan bahawa wang tersebutlah yang digunakan untuk menambah baik keadaan masjid sehingga terlihat hari ini. Derma orang ramai yang penuh berkat, dari usaha gigih para guru membawa risalah kempen ke sekolah masing-masing, kakitangan pejabat ke pejabat mereka, serta anggota jemaah kerdil yang membawanya untuk jiran-jiran telah melestarikan kerja pembaikan surau. Duit siapakah semua itu? Duit parti tertentu atau orang tertentukah atau duit pelbagai insan?
Sementara itu, projek pembaikan atap surau yang kononnya RM50, 000 dan disalurkan dari projek tender kerajaan hanya melahirkan atap yang selalu bocor dan terpaksa ditampal semula oleh pengerusi. Jumlah yang banyak tetapi keberkatannya kurang akibat pecah amanah dan khianat dalam perlaksanaan.
Aku menyenaraikan semua ini agar orang tahu bahawa tidak ada pihak yang boleh bermegah-megah bahawa keberadaan masjid Al-Fajr di tahap sekarang adalah dari usahanya. Segala perkembangan mengenai masjid Al-Fajr untuk tempoh beberapa tahun terakhir ini, samada kempen kutipan dana maupun program telah aku abadikan dalam blog Dauratul Quran. Ia, agar menjadi bukti yang tidak boleh dibohongi sesiapa.Sementara apa yang berlaku sebelumnya adalah pengetahuan orang-orang lama di Taman Fajar.
Kutipan dermalah yang menyokong pembangunan masjid Al-Fajr. Derma datang dari poket orang UMNO, PKR, PAS atau lain-lain parti maupun yang tidak berparti. Inilah hakikat dan tidak boleh ada yang mendakwa bahawa duit aku atau parti aku yang digunakan. Maka, atas justifikasi apa untuk menghalang individu tertentu dari solat di masjid Al-Fajr? Orang itu sama ada dari parti kerajaan, pembangkang atau tidak berparti, tidak ada individu tertentu yang ada wewenang untuk menghalangnya.
Posted by PERENUNG LANGIT at 2:27 PM 0 comments
LARI MENINGGALKAN JAMA'AH
April 9, 2013(Hadis Rwayat Muslim)
“Sesiapa yang keluar dari ketaatan dan berpisah dari Al-Jama’ah, maka lalu mati olehnya, jadilah dia mati dalam jahilliah”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Posted by PERENUNG LANGIT at 4:43 PM 0 comments
Labels: Pandangan
Wahai jelmaan Zul Quwaishirah!
April 7, 2013Posted by PERENUNG LANGIT at 3:08 PM 0 comments
Labels: keluhan hati, Pandangan
Menyalahkan orang lain tabiat nifaq
April 5, 2013Justeru, melelehkan kesalahan diri kepada pihak yang lain adalah lambang seorang yang enggan mengaku kesalahan diri secara ikhlas, berjiwa kerdil dan jauh sekali memiliki watak murabbi. Bagaimana hendak dikatakan berjiwa besar jika meletakkan diri ditarbiah secara salah oleh parti menyebabkan diri terlahir berakhlak buruk. Seorang berjiwa besar akan mendidik manusia lain dan bukan mengharapkan diri dididik oleh pihak lain. Gagal meladeni kehidupan mulia dan terhormat, berakhlak tinggi dan terpuji, orang lain dipersalahkan. Sahabat handai dipersalahkan. Parti dipersalahkan.
Kenapa ada sekian banyak orang yang terlahir menjadi baik, santun lidah dan menghadam agenda tarbiah yang dibekalkan, sedangkan diri tidak? Itu yang perlu ditanya. Bukan semua ustaz dalam Pas menjadi pencela sembahan orang kafir. Mereka yang menjadi faqih melalui pendidikan agama yang menelusuri dakwah Al-Quran tidak berpolitik pencela. Hanya segelintir, termasuk orang seumpama Zulkifli Nordin sahaja yang gagal memahami uslub dakwah Al-Quran. Maka, jangan disalahkan Pas kerana kebrutalan diri.
Perkara yang sama juga sedang dimainkan oleh seorang bernama CN Afghani yang mendakwa pernah dihinggapi semangat melampau dalam Pas sehingga merancang untuk membunuh Dr. Mahathir Muhammad semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Lantas, kelancangan sikapnya itu dibebankan kepada Pas. Pas yang mentarbiahnya menjadi pembunuh kerana kebencian politik.
Sekali lagi ditegaskan bahawa berapa ramai pahlawan Pas yang hebat berpolitik tetapi tidak pernah terlintas sampai membunuh musuh politik. Kenapa lahir orang seperti CN Afghani tersebut. Apakah ia hasil tarbiah Pas ataupun tarbiah kesyaitanan yang bersarang dalam diri yang tidak ikhlas ketika menyertai perjuangan?
Hari ini, kita menyaksikan orang-orang pernah berjuang dalam parti Islam tersebut dan membawa watak algojo, sombong bongkak, keras dan penuh kebencian serta budaya mengkafirkan telah berjejeran masuk menyertai parti yang satu ketika sangat dibenci di matanya. Maka, para pendokong muda perjuangan Islam hari ini harus beringat, kemelampauan yang maksima akan menatijahkan keciciran dan kegelinciran. Mereka yang bertukar arah tersebut adalah gerombolan melampau dalam Pas satu masa dulu dan kini Allah SWT mencabut mereka dan tipudaya yang mereka rancangkan dalam perjuangan dulu kini makan diri sendiri.
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:14 PM 0 comments