Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Masihkah tidak mengenal syaitan?

August 25, 2012

Kalau bercakap tidak berpandukan Al-Quran, maka terpacullah kalam yang amat keliru seperti diungkapkan Dr. Mahathir Muhammad yang menyatakan: lebih baik syiatan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Seorang yang telah menyatakan keimanan yang tidak berbelah bagi terhadap isi kandungan Al-Quran tidak akan lagi ragu-ragu tentang kejahatan syaitan dan menolaknya dalam semua aspek kehidupan. Demikian, seorang yang beriman penuh dengan Al-Quran, tidak akan samar-samar lagi tentang malaikat sebagai makhluk contoh dan tauladan dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Amat tidak patut seorang muslim, setelah diceritakan Allah SWT panjang lebar tentang perbandingan antara syaitan dan malaikat, masih tidak mengenali dua makhluk yang punyai aliran yang jauh berbeza itu. Syaitan yang lebih dikenal berbanding malaikat, adalah satu keadaan yang sangat tempang bagi insan muslim. Manusia kafir pun jika ditanya tentang siapa syaitan, mereka pun tahun tahu siapa dia. Itulah makhluk yang mewakili dunia kegelapan dan kejahatan. 

Allah telah berfirman:

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu).

(Surah Fathiir: Ayat 6)
Sudah terang lagi bersuluh bahaya syaitan itu musuh manusia. Apa lagi mahu diragukan? Malaikat pula hamba Allah yang taat. Sudah jelas juga disebut dalam Al-Quran:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلائِكَةٌ غِلاظٌ شِدَادٌ لا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.
(Surah At-Tahrim: Ayat 6) 

Insan yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup tidak akan mengucapkan kata-kata yang tidak berpedoman seperti itu. Khabarnya ia dipetik daripada peribahasa Inggeris. Ada pula orang yang cuba mempertahankannya dengan mengatakan ia adalah kata-kata falsafah. Kalau pun ia ungkapan falsafah, itulah falsafah yang sesat serangkai dengan falsafah yang ditentang oleh Imam Al-Ghazali. Boleh berfalsafah, tetapi haruslah berpandukan Al-Quran dan Hadis. 

Kalau besi yang ditukul, masakan menjadi emas tempawan. Sesiapa yang meninggalkan Al-Quran, maka demikianlah Al-Quran meninggalkannya. Sesiapa yang tidak bercakap bahasa Al-Quran di masa lalu, maka bagaimana kini Al-Quran akan memimpin bahasanya. Akan terjadilah kelencongan dan kelancangan yang hanya menjatuhkan maruah diri dan mendedahkan kerendahan hadam ilmu agama. Ternyata, imam kita adalah para ulama kerana merekalah yang mencanai akal kita agar seiring dengan kebenaran.

Semoga Allah kekalkan kita di atas jalanNYa!.

0 comments:

Post a Comment