1. Apabila tenggelam matahari akhir Ramadhan, masuklah 1 Syawal maka disunatkan memperbanyakkan takbir sehinggalah waktu solat sunat hari raya hendak didirikan.
2. Tiada kelebihan khusus menghidupkan malam hari raya dengan amal ibadat. Dakwaan kelebihannya adalah bersandarkan hadis yang tidak saheh.
3. Haram berpuasa di hari raya.
4. Solat sunat hari raya adalah muakkad bagi lelaki mahupun perempuan.
5. Solat sunat Eidul Fitri sunat dilambatkan sedikit berbanding solat sunat Eidul Adha.
6. Disunatkan makan buah tamar mengikut jumlah ganjil sebelum keluar untuk solat hari raya.
7. Disunatkan mandi, pakai wangian dan pakai pakaian baru untuk keluar solat hari raya.
8. Disunatkan berjalan kaki menuju tempat solat jika dekat.
9. Disunatkan pergi dan pulang melalui jalan yang berbeza.
10. Disunatkan keluar ke tempat solat hari raya beramai-ramai, lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
11. Melakukan solat sunat mengikut kaifiatnya iaitu 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua. Diselangi antara setiap takbir tersebut ialah tasbih.
12.Tidak disunatkan azan maupun iqamah sebelum solat sunat hari raya. Memadai dengan menyebut “Assolatul Jami’ah”.
13. Tidak ada solat sunat qabliah maupun ba’diah kecuali solat sunat tahiyyatul masjid jika dilakukan dalam masjid.
14. Mendengar khutbah adalah sunat. Siapa berkelapangan disunatkan duduk mendengar dan siapa punya urusan boleh beredar.
15. Jika tidak sempat solat hari raya hari pertama, boleh qadha pada hari kedua, secara sendirian atau berjema’ah dan tiada khutbah.
16. Jika hari raya jatuh pada hari Jumuat, gugurlah kewajipan jumuat untuk mereka yang sudah solat hari raya tetapi solat zohor tidak gugur sekali-kali.
17. Digalakan untuk berbelanja lebih untuk keluarga, beri mereka makan atau pemainan (yang halal) dengan tujuan menzahirkan kegembiraan di hari raya.
18.Apabila bertemu antara satu sama lain, ucapkan tahniah. Ucapan terbaik adalah “taqabbalallahu minkum”. Dijawab: “minna wa minkum…”.
19. Janganlah berhari raya dengan mengunjungi tempat maksiat atau melakukan perkara yang haram seperti pergaulan bebas lelaki perempuan, bersalaman sesama bukan muhram dan meninggalkan solat fardhu.
20. Tidak disunatkan ziarah kubur pada hari raya. Amalan adat menzirahi kubur di hari raya sehingga terzahir semacam pesta ziarah kubur di hari raya adalah menyalahi sunnah. Bukan masanya di hari raya untuk bersedih mengenangkan orang mati.
21. Gunakan hari raya untuk menziarahi mereka yang hidup, menghubungkan silaturrahim dengan ibu bapa, kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain. Zahirkan rasa gembira dalam ziarah yang dilakukan.

PANDUAN SOLAT SUNAT EIDUL FITRI
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram
(Allahuakbar) berserta niat
2. Membaca doa Iftitah.
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:
4. Membaca surah al- Fatihah.
5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain).
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.
3. Membaca surah al-Fatihah.
4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang
lain).
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
TAKBIR RAYA
Takbir Muqayyad: Iaitu takbir yang menyusul selepas selesai solat. Waktu bermulanya adalah selepas solat fajar hari ke 9 Zulhijjah (hari Arafah)dan berakhir bila tenggelam matahari 13 Zulhijjah. Ini adalah bagi yang bukan mengerjakan haji. Bagi yang mengerjakan haji, waktu mulanya ialah dari waktu Zohor hari 10 Zulhijjah (hari Nahar).
Takbir Mutlak: Takbir mutlaq dinamakan juga takbir Mursal. Ia adalah takbir yang tidak menyusul solat. Ia boleh dilakukan semasa di rumah, masjid, jalan-jalan dan sebagainya. Bagi hari raya Adha, ia bermula dari jatuh matahari 1 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari hari tasyriq terakhir. Sementara bagi hari raya Puasa, waktu bermulanya ialah dari tenggelam matahari hari terakhir Ramadhan dan tamat apabila solat hari raya dilaksanakan.
* Pada hari raya Fitrah, tiada takbir Muqayyad. Maka tidak disunatkan bertakbir menyusul solat.
LAFAZ TAKBIR
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
LIMA PERKARA UNTUK DIAMALKAN SESUDAH RAMADHAN
i) Memelihara solat lima waktu secara berjemaah di masjid terutamanya solat Subuh. Semasa Ramadhan kita mampu, kenapa tidak sesudah Ramadhan. Jika tidak mampu juga, dirikanlah solat tepat pada waktunya di mana anda berada dengan sunat rawatib sebagai pengapitnya. Amalkan ini dengan istiqamah sepuluh hari selepas Ramadhan, insya Allah akan tetaplah hati minggu-minggu sesudah itu.
ii) Teruskan membaca al-Quran. Al-Quran bukan untuk Ramadhan sahaja tatapi untuk semua bulan. Bacalah setiap hari satu, dua atau tiga juzuk. Jika tidak mampu, bacalah walau satu muka surat setiap hari. Anda sekarang ingin memperlihatkan kepada Syaitan bahawa anda telah berubah dan dengan itu kecewalah sang Syaitan.
iii) Bersungguh-sungguhlah sesudah Ramadhan untuk mengamalkan zikir pagi dan petang. Amalkanlah zikir sebelum tidur, keluar rumah dan sebagainya. Pergunakanlah waktu lapangmu di tempat kerja atau dalam perjalanan ketempat kerja untuk berzikir.
iv) Pilihlah sahabat sesudah Ramadhan dari kalangan yang dapat membantumu ke arah kebaikan dan taat. Sesungguh orang beriman itu seumpama batu bata bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain. Pepatah pujangga ada menyebut bahawa barang siapa bersahabat dengan penjual wangian dia akan mendapat bau wangian itu, tetapi barang siapa bersahabat dengan tukang besi, dia akan mendapat percikan apinya. Tanamkan niat yang baik dalam dirimu, nescaya Allah kurniakan sahabat yang baik untukmu.
iv) Jadikan berdoa sebagai amalan setiap hari. Khususkan waktu-waktu tertentu untuk berdoa.

Berkata Basyr Al-Hafi:
Seburuk-buruk manusia adalah yang tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya melainkan pada bulan Ramadhan. Sesungguhnya orang yang soleh adalah yang beribadat dan bersungguh-sungguh dalam ibadatnya sepanjang tahun.
0 comments:
Post a Comment