Firman Allah SWT:
وَلَوْ شَآءَ رَبّكَ لَجَعَلَ النّاسَ أُمّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ  إِلاّ مَن رّحِمَ رَبّكَ وَلِذَلِكَ خَلَقَهُمْ
Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu, dan untuk Itulah Allah menciptakan mereka.
(Surah Hud Ayat 118-119)
Perselisihan di kalangan manusia  sering berlaku. Perselisihan itu terjadi dalam pelbagai aspek samada  agama, pegangan,  mazhab, pendapat dan sebagainya.  Ikrimah mengatakan bahawa perselisihan yang dimaksudkan adalah dalam  aspek hidayah. Hasan Al Basri menambah, perselisihan itu juga berlaku  dalam soal razeki yang tidak sama rata. Namun, dalam konteks ayat  sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Kathir, perselisihan itu adalah  dalam aspek agama.
Semua manusia berselisih kecuali  mereka yang memilih untuk mengambil jalan para rasul dan berpegang  dengan perintah agama. Merekalah golongan yang mendapat rahmat Allah SWT  sebagaimana ditegaskan dalam ayat. 
Golongan tidak berada di atas  landasan petunjuk Allah SWT, walaupun mereka mereka satu negeri, satu  bangsa dan satu agama, mereka sebenar berpecah. Kesatuan yang mereka  pamerkan kepada kita hanyalah palsu. Namun, golongan yang berada di atas  landasan petunjuk Allah, biarpun mereka berbeza negeri, berlainan  bangsa dan berbeza mazhab, mereka adalah bersatu. Merekalah golongan  yang mendapat rahmat yang mana terkecuali daripada penyakit perpecahan  sebagaimana dapat difahami daripada ayat.
Jika dilihat daripada aspek  perjuangan, hanya mereka yang berjuang untuk Islam sahaja yang  benar-benar bersatu. Perjuangan untuk selain Islam tidak bersatu. Jangan  terpesona dengan penampilan bersatu yang ada pada perjuangan selain  Islam. Selama perjuangan Islam menjadi manhaj perjuangan, maka selama  itulah kesatuan sejati akan menyertai.
Penyatuan  dalam Barisan Nasional yang menyerlahkan seolah-olah ada penyatuan yang  teguh antara komponen di dalamnya adalah solekan sahaja. Di dalamnya,  hakikatnya berbirat dengan retakan dalam segala bentuk rupa. Perlumbaan,  dengki, prasangka, pesimis dan opurtunis bergentayangan dalam kesatuan  palsu mereka. Ini kerana perjuangan kebangsaan tidak pernah boleh  diasosiasikan dengan Islam.
Dengan rahmat Allah, mereka yang  berjuang untuk Islam akan diselamatkan daripada perpecahan itu.  Peliharalah perjuangan Allah, nescaya Allah akan memelihara perjuangan  anda. Inilah renungan yang amat penting buat para pejuang yang  bersenandung lagu perjuangan dalam Pas. Biarpun sudah bertahalluf siasi dalam Pakatan Rakyat, Pas tidak boleh mengambil sikap "mudahanah" kerana  ia akan meleburkan istiqamah. Bila istiqamah telah lebur, tiadalah lagi  karamah dalam perjuangan kerana istiqamahlah semulia-mulia karamah.  Jika karamah istiqamah sering mengiringi, rahmat Allah akan sentiasa  bersama. Kesatuan pun menjadi mantap. 
Manusia tanpa istiqamah dengan perjuangan bukan wali Allah walau sederet khawariqul 'adah  dapat dipamerkannya. Demikian juga sebuah jemaah atau parti Islam,   tanpa istiqamah, tidak bermakna siri-siri kemenangan yang diraih atau  sokongan padu yang menakjubkan. Tanda sebuah jemaah atau parti Islam itu  terpilih menjadi wali Allah di bumi adalah apabila ia kekal istiqamah  dengan jalan-jalan hidayah yang digariskan nabi dalam perjuangan.
 
 

%20-%20Google%20Chrome.png)






































































%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )
 


























































0 comments:
Post a Comment