"Saya tidak tahu apakah sebabnya Tuhan membuat begitu banyak pilihanraya kecil. Saya terlalu kerdil untuk mengetahui apakah misteri di sebalik semua ini...", Tian Chua mengeluh sinis ketika menyampaikan pidatonya dalam sebuah ceramah kelompok di Batu Sapi.
Pilihanraya kecil Batu Sapi menyaksikan bagaimana penduduk Batu Sapi mendapat nikmat. Pemimpin-pemimpin dari pelbagai peringkat bertumpu di sana. Pemimpin kerajaan datang dengan membawa pelbagai kelulusan segera projek yang kekadang menelan angka jutaan. Banyak jambatan uzur di perkampungan nelayan diluluskan peruntukan semerta untuk pembaikan. Rumah-rumah penduduk yang bocor atap dan memerlukan zink baru segera dibantu. Projek pembinaan jalan Batu Sapi yang sebelum ini bergerak lambat, kini rancak dijalankan.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri meluluskan projek pembinaan SMK Batu Sapi 2 ketika berucap kepada kakitangan awam di SMK Agama Taman Mawar, Sandakan.
Barangkali inilah misteri yang sukar dimengerti oleh Tian Chua mengapa Allah menjadikan banyak sekali pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum yang lalu. Apabila berlaku pilihanraya kecil, dengan keadaan terpaksa, wang rakyat dikembalikan kepada rakyat. Perkampungan miskin yang terabai selama puluhan tahun diberi perhatian oleh pihak pemerintah. Rintihan kaum marahen dan keluhan mereka dilunaskan segera.
Andainya rakyat meminta jambatan emas di kampung mereka, para pemerintah yang menagih sokongan itu akan berharap untuk menunaikannya. Mintalah apa sahaja, mereka tidak berani menolak mentah-mentah sebagaimana sebelum pilihanraya kecil ini diumumkan. Kelihatan benar kuasa rakyat. Betapa rakyat boleh membuatkan para pemimpin meleleh air liur menagih simpati rakyat.
Andainya rakyat meminta jambatan emas di kampung mereka, para pemerintah yang menagih sokongan itu akan berharap untuk menunaikannya. Mintalah apa sahaja, mereka tidak berani menolak mentah-mentah sebagaimana sebelum pilihanraya kecil ini diumumkan. Kelihatan benar kuasa rakyat. Betapa rakyat boleh membuatkan para pemimpin meleleh air liur menagih simpati rakyat.
Jika ada satu-satu kawasan miskin dan mundur, usahakan agar MP atau ADUNnya meninggal, nanti akan datang pembangunan melimpah. Rakyat, berdoalah kepada Allah agar mengambil nyawa MP atau ADUN kawasannya yang daif dan mundur. Setelah itu, akan bergentayanganlah para pemimpin dengan membawa projek jutaan untuk dilonggokkan di kawasan tersebut.
Rakyat perlu bijak berpolitik di depan ahli politik yang menjadikan pembangunan sebagai modalnya.
0 comments:
Post a Comment