Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Datanglah memikul dosa sebesar langit...

October 18, 2008


"Saya amat nakal masa muda saya...saya suka menyabung ayam, minum arak, main perempuan....sebab itu saya tak mahu pergi haji biarpun isteri saya sudah pergi....", lelaki itu menceritakan kisahnya.

Aku bersama beberapa pakcik bakal haji yang lain mendengar ceritanya.Cerita dia mengubah haluan hidupnya dengan menanamkan hasrat ingin melaksanakan haji pada tahun ini.

Kami sedang duduk bersantai sambil berbual di tangga masjid seusai solat zohor sementara menunggu sesi Kursus Perdana Haji yang akan bersambung semula jam 2 petang nanti.

"Sekarang saya sudah tinggalkan semua...segala dosa masa lalu itu, saya tak mahu lagi...pandang pun tak teringin lagi...", lelaki itu meluahkan isi hatinya.

"Biar sebanyak mana dosa kita...Allah maha pengampun...", pakcik yang seorang lagi memberi komen.

"Bersyukurlah...Allah pilih pakcik...", aku menambah ulasan."Allah akan memilih pakcik di antara sekian banyak jemaah haji jika hati ikhlas benar-benar untuk kembali kepadanya", sekadar memberi semangat tambahan kepada lelaki tersebut.

Sesungguhnya lelaki-lelaki tua dan muda yang bakal mengunjungi baitullah itu punya cerita peribadi yang pelbagai. Cerita-cerita itu kebanyakannya menjadi rahsia hati masing-masing. Semuanya berangkat menghadap Allah, menjadi tetamunya dengan harapan yang sarat dan niat yang berselirat.

Namun, hanya mereka yang ikhlas sahaja yang akan diterima Allah. Mereka yang datang mengharapkan keampunan akan diampunkan. Mereka yang datang mengharapkan islah, akan diislahkan oleh Allah swt.

Bakal Menjadi Tetamu Allah

October 16, 2008

Tatkala Nabi Ibrahim menyeru...sebagai firman Allah:

واذن في الناس بالحج يأتوك رجالا وعلي كل ضامر يأتين من كل فج عميق‏

Kita semua masih bersenandung di alam ruh. Lalu kita mendengar seruan itu.

Alhamdulillah...syukur tak terhingga kupanjatkan kepada Allah swt.
Aku terpilih untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Aku mendapat tahu keputusan tersebut setelah membuat semakan status permohonanku di Pejabat Lembaga Haji Sandakan petang tadi. Aku sememangnya amat berharap permohonanku untuk mengerjakan haji pada tahun ini berjaya memandangkan musim haji tahun ini masih berada dalam cuti persekolahan. Sementelahan, aku dapat menemani ibuku yang amat mendambakan ibadah haji pada tahun ini. Tanpa perlu memohon cuti haji, aku mensasarkan untuk menggunakan cuti tersebut bagi ibadah haji berikutnya bersama anak dan isteri menjelang umurku 40 tahun kelak.
Maklumat awal yang aku dapat, tarikh lapor diri adalah pada 19 November dan tarikh sampai semula ke Malaysia adalah pada 30 Disember.
Wahai Tuhan...aku akan datang berlari kepadaMu. Terimalah hambamu...

لبَّيْكَ الَّلهُمَّ لَبَّيكْ..

Di Sebalik Khawariqul 'adah...waspada...

October 15, 2008

Seorang rakan setugas bercerita kepadaku.


"Pada satu ketika Tun Mustapha datang ke Sandakan, hari Jumaat...dia solat di Masjid Daerah Sandakan....saya ada bersama pada hari itu...saya melihat Tun Mustapha...tapi...yang menghairankan, pada hari itu ipar saya di Kudat menalifon saya bahawa dia ada program bersama Tun Mustapha selepas solat Jumaat...",


"Bagaimana seorang manusia boleh berada di dua tempat dalam satu masa ustaz...", rakan itu melontarkan persoalan.


Aku terdiam. Tak tahu untuk memberi komen. Aku tak kenal sangat Tun Datu Mustapha.


"Anta lihat dengan mata sendiri di masjid daerah itu...?", aku bertanya untuk menetapkan kepastian.


"Ya...saya melihatnya lalu atas carpet merah...tak syak lagi itulah dia...",balas raka itu dengan yakin.


"Ipar di sana pun pasti juga Tun Datu Mustapha?",


"Ya...dia mempegurusikan majlis bersama Tun Mustapha itu...",


Jadi...apa nak kata lagi. Kalau sudah begitu meyakinkan dan kedua-duanya bercakap benar, Tun Datu Mustapalah itu.


Bagaimana ia mungkin terjadi, itu terpulanglah kepada jawapan siapa Tun Datu Mustapha itu. Kalau dia dari kalangan muqarrabin dengan Allah, Allah akan berikan dia kelebihan.


Namun perlu diingat bahawa seseorang yang bersahabat dengan jin juga boleh berbuat hal yang sama.


Satu ketika yang lain, seorang rakan lain pernah bercerita kepadaku tentang seorang yang bernama Hj. Muda, namanya terkenal terutama di kawasan Lahad Datu, telah dilihat berada dalam dua tempat dalam satu masa. Dia dilihat di Lahad Datu dan di Filipina dalam masa yang sama. Itulah menurut laporan dua orang yang berhubung sesudah melihat kejadian tersebut. Hal mengenai kehebatan Hj. Muda ini pun diceritakan kepadaku. Namun, menurut rakan pertama tadi, terdapat sekumpulan jemaah tabligh yang berhasrat ingin pergi ke rumah Hj. Muda namun amirnya membatalkan hasrat bila sudah sampai ke pintu pagar rumahnya. Menurut cerita yang disampaikan, amir itu melihat bayangan ular besar di atas bumbung rumahnya.


Itu semua adalah cerita-cerita yang aku dengar. Individu yang menjadi subjek itu telah meninggal dunia.

Aku mengingatkan bahawa tidak semua khawariqul 'adah itu melambangkan kewalian. Ingatlah Firman Allah :


فذرني ومن يكذب بهذا الحديث سنستدرجهم من حيث لا يعلمون، وأملي لهم إن كيدي متين


(Maksudnya: Maka biarkan Aku (Allah) denganmereka yang mendustakan peringatanku, akan aku berikan mereka istidraj sekira-kira mereka tak sedar dan kami humbankan mereka ke dalam neraka, sesungguhnya tipudayaku amat teguh..",)


رب اغفر لي ولوالدي رب ارحمهما كما ربياني صغيرا

Shah Rukh Khan dianugerah gelaran Datuk

October 12, 2008

Demikianlah yang berlaku di Malaysia kita. Gelaran dan pangkat disebarkan oleh ketua-ketua negeri dan negara pada hari ulang tahun kelahiran mereka. Berita hari ini meriwayatkan sebuah cerita menggelikan hati apabila Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 70, mahu anugerah gelaran Datuk" diberikan kepada seorang pelakon bollywood bernama Shah Rukh Khan.


Shah Rukh Khan yang kononnya berjasa dalam dalam memberi sumbangan terhadap industri hiburan antarabangsa merupakan antara 77 orang yang menerima bintang Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM).

Ini sungguh memalukan. Gelaran "Datuk" dinugerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kepada seorang yang mempunyai sumbangan dan jasa di peringkat antarabangsa. Sejak bila pula Malaysia, lebih-lebih lagi negeri sekecil Melaka dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan penghargaan kepada seseorang yang berjasa di peringkat antarabangsa? Gelaran-gelaran dari bintang yang dikurniakan adalah untuk nusa bangsa yang berjasa. Sudah terlalu tanduskah warga berjasa dalam negara kita lalu mencari pelakon bollywood untuk dianugerahkan gelaran itu. Itu menjatuhkan lagi nilai dan dignity sebuah gelaran "Datuk'" yang telah sedia jatuh.

Aku teringat satu masa dahulu, aku ada adik perempuan yang amat meminati Shah Rukh Khan. Jika filem Hindustan yang dibintangi pelakon ini, di depan tvlah dia berteleku menonton. Habislah kerja rumah terbengkalai. Aku pernah mengingatkannya bahawa Shah Rukh Khan itu seorang Islam namun isterinya seorang hindu dan mereka berkahwin di kuil. Sebuah artikal dari majalah Al-Islam menjelaskan bahawa status agama Shah Rukh Khan tidak dapat diketahui lagi berikutan gaya hidupnya yang bercampur-campur. Sejak itu, bihamdillah, adikku tidak lagi meminati Shah Rukh Khan.

Sesetengah orang, terutama suri rumah dari kalangan makcik-makcik yang mempunyai minat tinggi kepada filem Hindustan, menangis mengalirkan air mata kerana sentimen filem tersebut.

Bukan sentimen apa pun. Sintimen perasaan cinta sahaja. Kalau boleh...aku gambarkan bahawa filem Hindustan mengajar penontonnya mempertuhankan cinta. Filem-filem melayu juga, sesetengahnya terikut-ikut mempertuhankan cinta!

Siapa yang menganugerahkan Datuk kepada Shah Rukh Khan amat tidak relevan sama sekali. Tiada jasa apapun Shah Rukh Khan kepada nusa dan bangsa ini. Menghiburkan manusia, itukah jasa? Kalau asal menghiburkan manusia sudah dikira berjasa, sungguh berjasalah sang pelacur jalanan yang berkerja menghiburkan para lelaki jalang.

Sesungguhnya, menghibur manusia bukan jasa!Para penghibur yang hanya mahu menghibur manusia, ia tidak berjasa malah membinasa manusia. Kecuali, jika dia menhiburkan manusia sebagai medium untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dan mulia. Mahu menyebarkan risalah Allah misalnya. Atau sekurang-kurang menyebarkan wawasan negara.

Aku curiga...minat sangatkan si fulan kepada Shah Rukh Khan?

Tambahan: Saiful Islam lebih sinis dalam memberikan response kepada perkembangan ini. Katanya, inilah "kemuncak dogol". Dogol dalam Kamus Dewan membawa dua maksud iaitu botak kepala dan bodoh. Dengan kata lain, menganugerahkan gelaran "Datuk" kepada Shah Rukh Khan adalah sehabis-habis bodoh yang dilakukan oleh pemimpin. Inilah bencana yang disebutkan dalam hadis:

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh lagi hina). Maka sebaik-baik manusia pada hari seperti itu adalah mukmin yang diapit oleh dua orang mulia” [Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Ausath dengan dua sanad dan perawi-perawi salah satu sanadnya adalah perawi-perawi kepercayaan Majma'uz Zawaaid 7: 325]