Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya Kemudian bertemu, Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing
(Surah Ar-Rahman: Ayat 19-20)
Ayat ini menjadi bukti betapa benarnya Al-Quran dari sudut ilmiah. Manusia baru mencapai kemajuan dalam ilmu oceanology dan mengatahui adanya sempadan-sempadan antara lautan di dunia. Mereka baru menemukan hakikat yang menakjubkan bahawa antara lautan itu saling terpisah dan tidak bercampur airnya. Selain penemuan yang dibuat oleh para ahli dalam ilmu kelautan, gambar satelite seperti di atas juga membuktikan kewujudan sempadan tersebut.
Namun, Al-Quran telah mendahului penemuan ilmu moden lebih seribu tahun apabila menyebutkan bahawa antara lautan itu 'barzakh' (pemisah) yang mendidingi antara lautan.
Subhanallah...maha suci Allah yang menurunkan Quran....
Tidak perlu membicarakan Islam sebagai sebuah cara hidup dalam ruanglingkup falsafah yang sukar dimengerti. Memadailah melaksanakan Islam dalam sudut-sudut kehidupan yang kita miliki, itulah makna sebuah terma, "Islam sebagai cara hidup'.
Ramai yang berbangga kerana dia adalah muslim. Tetapi apakah dia telah menjadi muslim yang mengambil Islam sebagai cara hidup?Inilah persoalan yang lebih penting daripada hanya mengakui sebagai muslim.
Kita lihat orang-orang kafir keluar bekerja mencari razeki di pagi hari. Kita juga keluar mencari razeki.Malah burung-burung dan segala hidupan liar dalam rimba juga keluar mencari razeki.Apakah yang membezakan kita daripada golongan kafir itu? Apa pula yang membezakan kita daripada haiwan-haiwan itu?
Orang kafir itu bekerja secara halal. Mereka tidak merompak bank. Mereka tidak menipu dalam perniagaan. Mereka juga menolak rasuah. Mereka mencari harta mengikut lunas-lunas undang-undang. Apa istimewa kita sebagai muslim berbanding mereka. Kita jadi guru, orang kafir juga ada yang menjadi guru. Dapat razeki daripada kerjaya guru. Kita jadi pegawai kerajaan, orang kafir juga ada yang jadi pegawai kerajaan.Dapat razeki daripada kerjaya masing-masing. Dalam hal bekerja mencari razeki, kita dan orang kafir mempunya banyak persamaan. Sukar dibezakan.
Kita katakan kita ada Islam sebagai 'the way of life'!. Apa maknanya ini? Apakah sembahyang lima waktu itu cara hidup yang kita maksudkan. Apakah puasa bulan Ramadhan itu yang memberi makna islam sebagai 'the way of life'?Kemudian bayar zakat setahun sekali. Kemudian pergi haji sekali seumur hidup. Orang kafir pun sembahyang. Orang kafir menderma. Orang kafir pun buat haji, seperti kaum Hindu berkumpul di batu cave di hari Thaipusan.
Justeru, apa beza kita dengan mereka? Kita katakan kita muslim yang menjadikan Islam sebagai the way of life!
Tapi cara hidup kita sama sahaja dengan orang kafir. Orang kafir ada yang jahat ada yang baik. Kalangan kita pun ada yang jahat dan ada yang baik.
Yang baik di kalangan kita, apakah yang membezakan dengan yang baik di kalangan orang kafir?
Ada kalangan kita yang rutin hariannya sama sahaja dengan rutin harian si Ah Kaw, jiran sebelah rumahnya. Keluar pagi pulang senja. Hari-hari subuk bekerja. Malam hari berkurung dalam rumah, tengok tv atau tidur. Esok, sebelum matahari terbit, sudah keluar bekerja. Hidup membangunkan diri dan keluarga. Kata hidup dan mati untuk Allah, tetapi masa mana Allah diperjuangkan?Diri dan keluarga lebih banyak diperjuangkan. Sama juga dengan Ah Kaw, dia pun perjuangkan dirinya dan keluarganya.
Di manalah untuk dikatakan islam sebagai 'the way of life'?
Satu waktu dahulu, ramai yang memburu palaburan saham internet. Mengejar kekayaan dunia. Muslim dan kafir sama-sama menggali sumber kekayaan yang sama itu. Tiba-tiba ia diharamkan oleh kerajaan dan diharamkan pula oleh Majlis Fatwa. Terkesimalah para pelabur, muslim maupun kafir.
Kalau razeki kita melimpah ruah, razeki orang kafir juga melimpah ruah. Maka, untuk membezakan dengan orang kafir, belanjakan razeki itu untuk fi sabilillah. Jangan jadi kedekut dengan mengatakan beri anak isteri makan itulah fi sabilillah. Tukar sport rim kereta atau renovate rumah, dihujahkan sebagai fi sabilillah.Nak tahu makna fi sabilillah lihat bagaimana para sahabat nabi mengamalkannya. Untuk perang Tabuk, Saidina Abu Bakar mendermakan seluruh hartanya. Saidina Uthman Affan mendermakan sebahagian besar hartanya bagi menjayakan misi itu. Misi itu untuk Islam dan ummat. Bukan misi peribadi.
Hari ini, perjuangan untuk Islam dan ummat masih terus berlangsung dan sedang dipikul oleh mereka yang menjunjung fikrah perjuangan. Islam dan taghut sedang bersaing dan akan terus bersaing sepanjang zaman. Menjadi tanggungjawab kita membantu Islam dengan mengorbankan razeki kurniaan Allah kepada kita untuk perjuangan.
Jika kita boleh membelanjakan harta kita fi sabilillah, kita telah jmengambil alan yang membezakan kita dengan orang kafir dalam pengurusan kekayaan!
Banyak perkara yang harus kita lakukan untuk membezakan kita dengan orang kafir. Nabi tak suka melihat kita sama dengan kalangan kafir.
Maka datanglah sesudah mereka generasi (yang jahat) yang mewarisi Taurat, yang mengambil harta benda dunia yang rendah ini, dan berkata: "Kami akan diberi ampun". dan kelak jika datang kepada mereka harta benda dunia sebanyak itu (pula), niscaya mereka akan mengambilnya (juga). Bukankah perjanjian Taurat sudah diambil dari mereka, iaitu bahwa mereka tidak akan mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar, padahal mereka Telah mempelajari apa yang tersebut di dalamnya?. dan kampung akhirat itu lebih bagi mereka yang bertakwa. Maka apakah kamu sekalian tidak mengerti?
(Surah Al-A’raf: Ayat 169)
Sabda Rasulullah SAW:
لاتعلموا العلم لتباهوا به العلماء ولالتماروا به السفهاء ولاتخيروا بالمجالس فمن فعل ذلك فالنار النار
“Janganlah kamu menuntut ilmu kerana hendak bermegah-megah di kalangan cerdik pandai, menunjuk-nujuk di kalangan orang-orang bodoh dan dipilih dalam sesuatu majlis. Sesiapa yang menuntut ilmu kerana tujuan tersebut, maka nerakalah…nerakalah”.
“Ustaz…kenapa apabila sesuatu bala bencana menimpa, termasuk yang dimusnahkan adalah para ulama? Bukankah para ulama adalah golongan yang baik-baik?”, Seseorang melontarkan persoalan itu di hujung Daurah Quran yang diadakan pada satu malam beberapa minggu yang lalu.
Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.
(Surah Al-A’raf: Ayat 165)
Terdapat satu cerita yang diketahui oleh kaum Yahudi tetapi mereka mkenyembunyikan cerita tersebut kerana ia memalukan bangsa mereka. Kisah itu adalah kisah ‘ashabus sabt’. Segolongan Yahudi yang menghuni sebuah negeri persisiran laut telah melanggar larangan Allah agar tidak bekerja pada hari Sabtu. Ini kerana, menurut ajaran Taurat, hari Sabtu adalah hari beramal. Pada hari itu, dkhusukan untuk beramal ibadat sahaja.
Allah telah menguji penduduk persisiran pantai tersebut yang mana menangkap ikan merupakan aktiviti utama mereka. Allah datangkan ikan yang banyak ke tepi pantai pada hari Sabtu dan pada hari-hari lain, ikan pun tiada. Keadaan ini telah menggoda kaum Yahudi tersebut menyebabkan mereka menggunakan ‘helah’ iaitu dengan menahan perangkap pada hari Jumuat dan memungut hasilnya pada hari Ahad. Perbuatan mereka dinasihati oleh sekelompok yang punyai kesedaran, bahawa apa yang mereka lakukan adalah satu kederhakaan yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT. Sekelompok yang lain mengambil jalan menyisih dan berdiam diri.
Lalu, golongan Yahudi derhaka tersebut, lama kelamaan semakin melampau. Dari mencicipi rasa, mula melahap semua. Mereka dengan terang-terangan menceroboh kehormatan hari Sabtu. Lantas, Allah menimpa hukuman buat mereka. Mereka telah di’transform’ (masakh) menjadi kera-kera yang hina.Sesetengah ahli tafsir menyebutkan bahawa para pemuda menjadi kera manakala kalangan yang tua menjadi babi.
Transformasi itu berlaku secara fizikal. Ia merupakan satu azab yang menghina kerana dari manusia yang mulia, jatuh darjat menjadi kera yang hina.
Golongan pendakwah Allah selamatkan. Golongan yang tidak berdakwah Allah diamkan mengenai kesudahan mereka. Sebahagian ahli tafsir memahami bahawa mereka termasuk golongan yang dibinasakan dan sebahagian mengatakan mereka turut terselamat. Wallahu a’lam.
Justeru, menjelaskan persoalan kenapa ada kalangan ulama yang turut musnah dalam sesuatu bencana yang menimpa, pertamanya, kita srahkan kepada Allah hikmahnya. Namun, berdasarkan beberapa dalil yang boleh difahami, sesiapa yang menjalankan amar ma’ruf dan nahi mungkar, dia akan diselamatkan oleh Allah. Bukan semua ulama menjalankan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
Sebahagian ulama, ada yang dipanggil ulama’ suu’ (jahat). Hadis nabi menyebutkan bahawa mereka yang menuntut ilmu kerana hendak bermegah dai kalangan orang pandai, menunjuk-nujuk kepada orang bodoh dan supaya menjadi pilihan dalam sesuatu majlis, maka dia di dalam neraka. Dalam erti kata lain, menuntut ilmu dengan tujuan duniawi, akan memnbawa tuannya ke dalam neraka. Biarpun tuannya itu, dengan usaha menuntut ilmu telah lahir sebagai ulama yang hebat.
Sebahagian ulama sanggup menjual agama dengan harga yang murah. Demi memenuhi kehendak penguasa dan pamrih dunia buat diri sendiri, dia mempergunakan ilmunya untuk tujuan tersebut. Tuntutan agama diketepikan. Ulama jahat seumppama ini banyak sekali bergentayangan di merata tempat dan mudah dikenal.
Ulama yang tidak menjalankan tugas dakwah juga termasuk ulama yang jahat. Dengan sebab itu Allah binasakan mereka dalam sesuatu bencana. Maka jangan merasa hairan kalau ada ulama yang binasa dalam sesuatu bencana yang menimpa.
Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan Ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya.
Hidup ini tidak lama. Cuma umpama sepagi atau keparuh hari. Allah berfirman:
كانهم يوم يرونها لم يلبثوا الا عشية او ضحها
" Seolah-olah mereka itu apabila melihatnya (azab Allah), merasakan bahawa mereka tidak pernah hidup di dunia dahulu melainkan sepetang atau sepagi".
(Surah An-Nazi'at: Ayat 46)
Perasaan singkatnya hidup ini amat dirasai apabila menemui penghujung sengsara yang bersulam kesal. Di waktu hilang segala nikmat yang pernah dicicipi, barulah terasa sekejap sungguh tempoh mencicip nikmat.Perasaan ini akan amat dirasai apabila nikmat hidup ini telah benar-benar meninggalkan kita dan menggung rasa kesal kerana salah menguruskan kehidupan dunia menyebabkan kita terpaksa memikul beban azab akhirat.
Marilah kita hayati kependekan hayat dunia ini...
Rasanya, baru kelmarin aku menjadi kanak-kanak yang berlarian di balik senduduk dan kemunting, bersembunyi sambil bermain tempak menembak bedil bambbu dengan kawan-kawan. Baru kelmarin, mandi di lubuk dan berterjunan dari dahan berjuntai. Baru kelmarin...segala kelihaian kanak-kanak aku lalui...
Tetapi kini...aku telah menginjak melepasi takah-takah dewasa menghapiri ketuaan. Sungguh singkat umur ini. Terasa sekejap sekali...Tidak lama lagi, tentu hidup ini akan aku mufaraqahkan. Dunia ini akan aku hijirkan.
Aku akan mendepani hidup baru yang kabur. Sengsara atau bahagia.
Satu kepastian yang tidak diragui, dunia akan kita tinggalkan. Mengapa harus kita sibuk memburu dunia sehingga lupa persediaan lengkap buat hidup sesudah mati?Betapa ramai manusia yang hidup di dunia seolah-olah tidak akan bersapa kematian. Otak fikir selalu berputar mencari jalan meningkatkan pencapaian dunia. Harta, degree dan pangkat dikejar siang dan malam. Tindak laku berpencak tari mengikut tuntutan dunia semata!
Ayuhlah melipatganda ganjaran...kita solat di masjid, kita bangun qiam di malam sunyi, kita menahan lapar di hari abyadh, kita mengorbankan harta buat perjuangan, kita ratibkan zikir dalam khulwah nafsiyyah, kita mujahadah membuang cinta dunia, kita pendamkan segala mazmumah di hati, kita gilap akhlak nabi dalam diri dan semua itu...di bawah motto, hidupku dan matiku bagi Tuhan sekalian alam. Semua itu disejajarkan prinsip ittiba' nabiy.
Sesungguhnya aku lemah...bantulah aku wahai Tuhan!
Abu Bakar bukan ceti dan Umar bukan penzina
-
Sesiapa yang banyak becakap, kalau tersalah cakap, hendaklah istighfar dan
minta ampun kepada Allah SWT. Kekadang kesilapan dalam percakapan itu
merupaka...