Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Yang Paling Membenci Muslim adalah Yahudi dan Musyrik

January 16, 2009

Bumi Gaza dibom Zionis setiap hari
Dalam Sessi Daurah Al-Quran yang diadakan di Surau Al-Fajar baru-baru ini, kami membincangkan tentang sikap terhadap perkembangan terkini berkaitan pencerobohan Zionis di Gaza. Walaupun sikap ummat Islam rata-rata telah jelas, di mana-mana wujud perbahasan, perbincangan, persidangan dan apa sahaja demi memuhasabah dan membangkitkan kesedaran ummat tentang kebejatan terbaru Zionis.
Seorang ahli Daurah menyebutkan tentang kebencian Yahudi kepada muslim sebagaimana yang disaksikan di Amerika Syarikat sewaktu beliau belajar di sana. Menurutnya dalam satu acara yang disertainya, dia bertemu dan berkenalan dengan sekeluarga Yahudi. Keluarga Yahudi tersebut melayannya dengan mesra sebelum mengetahui bahawa dia adalah seorang muslim. Namun setelah mendapat tahu dia seorang muslim kerana menyahut salam seorang sahabatnya dari Turki, keluarga Yahudi tersebut mula bersikap lain dan menjauhkan diri daripadanya seolah-olah benci kepadanya.
Sesungguhnya, demikianlah sikap Yahudi sepanjang zaman kepada orang Islam. Sebab itulah Allah berfirman dalam A-Quran, Surah Al-Maidah: Ayat 82
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا
Maksudnya: Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
Kebencian Yahudi terhadap muslim ini dijelmakan dalam misi penaklukan bumi Palastin yang berlangsung sejak dahulu lagi. Telah ramai muslim Palastin yang menjadi mangsa askar-askar Zionis. Yahudi memang sombong dan angkuh dan para rabbinya bukan kalangan orang yang bertuhan. Yahudi adalah manusia yang paling cinta kepada dunia dan benci kepada akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
ماخلا يهودي بمسلم قط إلا همّ بقتله
Maksudnya: "Tidak duduk berduaan seorang yahudi dengan seorang muslim melainkan si Yahudi itu menyimpan harapan untuk membunuh si Muslim".(hadis Gharib)
Kalau mahu bicara mengenai derita yang ditanggung rakyat Palastin, sudah tak terungkap lagi dengan kata-kata.
Terbaru, penyerangan ke atas Gaza adalah bukti api kebencian ini. Sememangnya Yahudi sentiasa membenci orang Islam setiap zaman. Kebencian ini hanya dapat diselesaikan mengikut cara apa yang telah nabi Muhammad selesaikan. Sejarah telah mengajar kita bagaimana nabi menguruskan permasalahan kaum-kaum Yahudi yang tinggal di Madinah.
Apa yang telah nabi lakukan kepada Yahudi Bani Nadhir, Bani Qainuqa', dan Bani Qairuzah?
Kaum lelaki mereka dihukum bunuh atau dihalau keluar dari Madinah sehingga Madinah telah bersih dari Yahudi
Maka wahai para pemimpin Islam....begitulah cara kalian memimpin ummat ini menyelesaikan persoalan Yahudi ini!

لن يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها
"Tidak akan menjadi baik ummat ini melainkan dengan cara apa yang telah baik ummat ini pada awalnya".
Yahudi di Palastin perlu diperangi sehingga bumi Palastin seluruhnya kembali menjadi milik orang Islam. Inilah penawar kepada segala konflik yang berlarutan di Palastin. Sesungguhnya Yahudi tidak pernah punya negara dan mereka perlu selamanya menumpang di negara orang sebagai kaum tanpa negara. Apabila Yahudi punya negara, terjadilah apa yang sedang kita saksikan. Pembunuhan dan penindasan. Kemusnahan dan kerosakan.
Kembalikan solidariti ummat. Di bahu kalian terpikul amanah ini wahai para pemimpin Islam!

Sabarlah wahai penduduk Gaza...

January 12, 2009

Ketika mana Rasulullah melihat keluarga Yasir disiksa kerana mempertahankan keimanan mereka, maka Rasulullahpun mengungkapkan kata-kata pujukan yang hingga hari ini terngiang-ngiang di telinga para pejuang yang mempertahankan agama:

صبرا آل ياسر إن موعدكم الجنه

"Bersabarlah wahai keluarga Yasir, sesungguhnya janji untuk kamu adalah syurga".


Pada hari ini kita menyaksikan penduduk Gaza dikepung oleh Zionis dengan segala kekuatannya. Mereka bagai dipenjarakan di satu bandar lalu dibantai semahu-mahunya oleh Yahudi itu. Sehingga saat aku menulis ini, jumlah yang gugur syahid telah menjangkau 900 dan kira-kira 4100 lagi luka cedera. Kebanyakannya adalah orang awam yang tidak berdaya.

Air mata telah tandus, kecamuk resah dalam jiwa dengan segala api kemarahan dan kebencian kepada kekejaman Yahudi ini sudah sampai kemucaknya, namun ia hanya mampu tergapai-gapai keletihan. Apa yang mampu dibuat untuk menghentikan kekejaman ini?Hari demi hari nyawa penduduk Gaza tetap melayang.

Aku sudah letih mengharapkan kekalahan yahudi. Letih memikirkan solidariti ummah yang goyah. Letih menjadi sebahagian dari buih-buih yang banyak.Aku tak mampu lagi mengutuk kedungguan Arab yang tak mampu berbuat apa-apa. Mereka lebih dekat dengan penduduk Palastin dari segi tempat dan darah keturunan bangsa. Namun mereka hanya melihat dengan mata terbeliak saudara sebangsa bermandi darah saban hari.

Aku malu untuk menulis tentang lain-lain dalam keadaan penduduk Gaza sedang berpalit derita. Segala yang lain menjadi kecil dan sepele ketika berhadapan dengan isu Gaza ini.


Semoga, sebagaimana derita penduduk Gaza, Yahudi juga menderita. Firman Allah SWT:

إن يمسسكم قرح فقد مس القوم قرح مثله وتلك الأيام نداولها بين الناس وليعلم الله الذين آمنوا ويتخذ منكم شهداء والله لا يحب الظالمين

"Jika kamu ditimpa kesakitan maka sesungguhnya kaum tersebut juga menanggung kesakitan seperti yang kamu deritai. Demikianlah hari-hari yang kami silih gantikan antara manusia supaya Allah mengenatahui orang yang benar-benar beriman di kalangan kamu dan supaya dia memilih yang gugur shahid di kalangan kamu dan ingatlah, Allah tidak suka orang yang zalim."


Bersabarlah wahai penduduk Gaza...sesungguhnya kamu dijanjikan syurga.


Itulah kata-kata yang mampu kuungkapkan buat saudara-saudaraku di Gaza.
اللهم انصرهم على اليهود الكفره
اعداء الدين
اللهم ثبت اقدام
اهل غزه وفلسطين
اللهم انصرالاسلام واعز المسلمين
اللهم زلزل الارض من تحت اليهود

Catatan Safar Haji 1

January 10, 2009

Kembaraku ke Tanah Suci pada musim haji tahun ini merupakan satu kembara kerohanian yang amat bermakna dalam hidupku. Selain sebagai melaksanakan tuntutan agama bagi rukun Islam yang kelima, ia juga merupakan kebaktianku sebagai seorang anak kepada seorang bonda yang tercinta. Aku memang sudah lama berazam untuk membawa ibuku melaksanakan ibadah haji. Azam itu bertambah kukuh dan sentiasa menghantuiku setelah bapaku meninggal tahun 2003 sebelum sempat melaksanakan ibadah haji. Justeru, aku tak sempat memberikan kegembiraan kepada bapaku untuk membawanya ke tanah suci, aku bertekad secepatnya membawa ibuku. 
 Ibuku...
Alhamdulillah...Allah kabulkan hasratku. Semoga aku telah berbuat baik kepada ibuku.
Sememangnya aku selalu berbuat baik kepada ibuku. Aku telah terdidik untuk itu dan aku sedang mengotakan segala yang aku tahu tentang cinta kasih seorang anak kepada ibu. Setiap orang hanya punya seorang ibu dan jika hilang ibu yang seorang itu, tiada lagi gantinya. Dengan penuh keyakinan, aku ingin berbakti sebaiknya kepada ibuku kerana jika sebaliknya yang aku lakukan, anak-anakku juga akan berbuat sebaliknya. 
Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

بروا آباءكم تبركم أبناؤكم
Maksudnya: "Berbuat baiklah kepada ibu bapamu, nescaya anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu"
Aku mendaftarkan diriku dan ibuku untuk melakukan ibadah haji dengan Tabung Haji pada penghujung tahun 2005. Mengikut giliran  yang dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji, kami dijadualkan akan melaksanakan haji pada tahun 2011. Aku merasakan tahun itu amat lama dan mengharapkan lebih cepat dari itu. Oleh sebab itu, pada awal tahun 2007 aku memanjangkan satu surat rayuan kepada pihak Tabung Haji, memohon agar dipercepatkan giliran itu ke tahun 2008 dengan alasan usia ibuku telah menjangkau 60 tahun dan aku ingin merebut peluang musim cuti persekolahan.
Apabila mendapat surat tawaran melaksanakan haji pada awal 2008, aku rasa amat bersyukur dan berfikir bahawa Allah sentiasa melunaskan kehendakku.Terasa betapa besarnya rahmat Allah kepadaku selama ini. Syukur buatMu ya Allah...!
Safar hajiku bermula pada tanggal 19 hb November 2008. Bermula dengan urusan melapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya pada jam 9.30 malam, kemudian bertolak ke KLIA menjelang tangah malam, seterusnya menaiki penerbangan Arab Saudi menuju ke Jeddah. Para bakal jemaah haji telah siap berpakaian ihram semenjak di Kelana Jaya lagi. Penerbangan memakan masa sekitar 8 jam sebelum sampai di Lapangan Terbang Jeddah menjelang subuh iaitu kira-kira jam 5.30 pagi waktu Arab Saudi.
Tempat menginap sementara di Kompleks Haji Kelana Jaya
Jam 5.30 di Arab Saudi menyamai jam 10.30 pagi waktu Malaysia.

Sekembali dari Tanah Suci

January 7, 2009

Ahlhamdulillah...kini aku dapat kembali menjengah tanah sekangkang kera ini kembali, buat menabur benih menanam pepohon karya yang telah agak lama aku tidak menanamnya. Dalam safarku mengunjungi Baitullah dan menziarahi kubur Rasulullah, aku melakarkan catatan demi catatan buat kuabadikan dalam blog ini. Aku menulis pengalaman, pengamatan dan cetusan sepanjang perjalananku.
Semoga dalam masa-masa terluang nanti akan dapat aku perturunkan di sini.
Kini aku belum cukup bersemangat menulis dalam blog ini kerana banyak urusan pekerjaan yang perlu distabilkan.Minda sedang dihimpit dengan tugas-tugas yang menuntut penyelesaian segera.
Semoga Allah permudahkan. Sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Wahai Tuhan...mudahkan urusanku.