Bila mati seorang anak Adam, dia membawa bersamanya segala dosanya. Dosanya yang dia tidak bertaubat daripadanya. Lebih-lebih lagi dosa yang dibuatnya ke atas orang lain yang dia tidka sempat mohon maaf daripadanya. Dosanya itu akan jadi beban buatnya di hari kemudian. Hari yang tidka berguna segala yang dia punya di dunia. Pangkatnya, pengikutnya, gelaran namanya, harta dan kemuliaan bangsawannya, semua itu tidka akan dapat membantuinya sedikitpun.
Hai Anak Adam, demikianlah berakhirnya hayatmu. Hayat yang kau leka dengannya. Dengan hayat yang diberikan itu, kau seperti lupa bahawa satu hari kau akan diterpa kematian. Saat kematian telah datang merenggut nafasmu, dunia terlepas dari tanganmu sebelum sempat kau lambaikan tangan.
Pergilah...pergilah menghadap Rabmu. Tiadalah dapat kami yang hidup dapat membelamu sedikitpun.
0 comments:
Post a Comment