Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

AL-MUBARAK SANG BAPA SOLEH

November 26, 2017

Kisah Bapa kepada Abdullah bin Al-Mubarak seharusnya membawa kita berfikir. Bagaimana orang yang baik akan menrunkan zuriat yang baik. Kerana itu jagalah kebaikan diri agar kekal baik sampai bila-bila. Berbuat baiklah kerana Allah taala. Kelak, Allah akan membalas kebaikan itu dengan mewariskan zuriat yang baik pula.


Al-Mubarak adalah seorang hamba kepada seorang pedagang di Hamzan dari kalangan bani hanzalah. Dia ditugaskan menjaga kebunnya yang mana didalamnya ditanam pokok-pokok delima. Pada satu hari, tuan kepada Al-Mubarak telah datang ke kebun itu dan meminta Al-Mubarak mengambilkan untuknya buah delima yang manis untuk dimakannya. Al-Mubarak pun pergi memetik dan diberikan kepada tuannya. Bila tuan memakannya, didapati delima itu masam. Diapun rasa marah. disuruh ambil semula. Demikian berulang tiga kali. Semuanya masam. Lalu ditanya kepada Al-Mubarak kenapa dia tidak pandai menemukan buah manis. Al-Mubarak memberitahu bahawa dia belum pernah merasanya. Sebab itu dia tidak tahu. Tuannya sangat takjub.

Oleh kerana kagum dengan keperibadian Al-Mubarak yang begitu amanah, tuannya pun mengahwinkan Al-Mubarak dengan anak gadisnya yang selama ini jadi rebutan orang. Hasil perkahwinan itu lahirnya Abdullah bin Al-Mubarak, seorang ulama terkenal yang lahir pada tahun 118H.

Hasil perkahwinan yang direncanakan bersama orang soleh oleh seorang bapa yang gadis yang punya wawasan, lahirlah tokoh ulama yang nama disebut dalam sejarah. Jika kita menelusuri riwayat para ulama dan orang-orang soleh sepanjang sejarah, kita akan menemukan hakikat ini. Hakikat bahawa bapa yang soleh akan menurunkan zuriat yang soleh.

Bapa Imam Bukhari pernah berkata:


والله لا أعلم أني أدخلت على أهل بيتي يومًا درهمًا حرامًا أو درهمًا فيه شبه


" Demi Allah, aku tidak pernah masukkan dalam keluargaku satu haripun dirham yang haram atau yang syubhat".



Demikian soleh sang bapa, lahirlah Imam Bukhari yang hebat.

Kerana itu, dalam surah Al-Kahfi, Allah menyebutkan alasan yang diberikan oleh khidir kepada Musa a.s mengapa ditegakkannya dinding yang mahu roboh. Kata Khidir , dibawahnya ada harta tersimpan kepunyaan dua orang anak yatim. Bukan sebab dia anak yatim maka harta itu perlu diselamatkan daripada terbongkar untuk dimangsai oleh penduduk yang jahat. Kalau kerana membantui anak yatim, tentu dalam sebuah negeri seperti itu banyak lagi anak-anak yatim. Alasan kenapa anak yatim itu dibantu dinyatakan oleh Khidr dengan katanya:


وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا

" Adapun kedua ibu bapa mereka berdua adalah orang soleh"
Nah! itulah sebabnya kenapa anak yatim itu ditolong oleh nabi Khidir. Kerana mereka anak orang soleh. Mereka sudah mati dan tidak sempat membesarkan anak mereka. Kerana itu Allah memelihara pusaka tinggalan mereka iaitu anak mereka dengan menjaga harta yang merupakan hak mereka.

Orang soleh dalam hidupnya akan berada dibawah pemeliharaan Allah. Anak-anaknya juga akan dipelihara. Itu berkat daripada sebuah kesolehan. Kelak, di hari akhirat, ibui bapa yang soleh ini akan didekatkan dengan anak-anak mereka yang tidak sedarjat dengan mereka dalam syurga.

Allah berfirman adalam surah At-Toor, ayat 21:


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ


" Dan orang-orang yang beriman serta anak-anak mereka yang menuruti jejak langkah mereka dengan beriman seperti juga, kami akan jadikan mereka bersama dengan zuriat mereka dalam syurga dan Kami tidak kurangkan sedikitpun pahala amal mereka (apabila zuriat mereka didekatkan darjat dalam syurga dengan darjat mereka)".


0 comments:

Post a Comment