Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

NASIHAT BUAT PARA GURU YANG MOHON TUKAR.

October 3, 2012

Sahabat-sahabat guru Semenanjung...

Sudah berapa lama khidmatmu sebagai guru kau tebarkan di bumi Sabah ini? Apakah sudah berbuah pohon generasi yang kau semaikan? Kalau pun tidak berbuah, sudahkah ia berbunga? Barangkali, perasaanmu merasakan sudah lama benar di bumi perantauan. Tiga tahun tidak lama. Lima  tahun pun belum cukup lama. Sepuluh tahun mungkin lama. Namun, berapa lama pun dirimu terlantar di bumi orang, jangan sampai hilang pertimbangan. Tindak tanduk hendaklah dipandu dengan akal dan keimanan.

Di kala lama masa sudah mula dirasai, berbondong-bondonglah para guru asal Semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan juga Sarawak mengemukakan borang permohonan untuk perpindahan balik berkhidmat di Semanjung. Hal yang sama juga berlaku bagi mana-mana guru yang berkhidmat di negeri Semenanjung yang mahu kembali lebih dekat dengan rumah tempat ibunya melahirkannya. Memang begitulah, tinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya ke belakang kerbau juga tempat hinggapnya. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

Apa yang mengesalkan, dalam proses memohon balik ke Semenanjung ini, terdapat sebilangan para guru yang hilang pertimbangan. Demi melunaskan keinginannya untuk balik ke negeri sendiri, terdapat guru yang mencalit diri dengan dosa besar melakar rasuah dalam tugas sucinya. Mungkin ada alasan-alasan yang menyandarkannya kepada konsep darurat dan sebagainya. Namun, rasuah tetap dosa dan darurat tidak boleh menjadi jalan keluar gamblang untuk mengghalalkannya. Lebih-lebih lagi darurat digunakan untuk kepentingan peribadi yang sempit.

Apa maknanya jika pegawai atau individu tertentu yang bertugas di bahagian pertukaran disogok sejumlah wang agar pertukaran menjadi lestari? Dengan sewenang-wenangnya, sogokan tersebut ditafsirkan pula sebagai wang pengurusan. Apa yang mahu diuruskan lagi dengan wang tersebut padahal pegawai tersebut telah dibayar gaji untuk menjalankan kerjanya? Hanya kerana dia akan membuat kerja luar biasa, mungkin, maka wang pengurusan diperlukan. Kalau sudah kerja luar biasa yang akan dia buat, itu ertinya dia telah khianat dengan amanah tugasannya. Jika kita bayar untuk dia khianat dalam tugasannya, apakah kita boleh merasa selamat dari dosanya khianat dalam tugasannya?

Itulah adalah rasuah! Ia tetap rasuah sekalipun tujuannya adalah untuk mendekatkan suami isteri yang telah sekian lama berjauhan. 

Ada pula kecenderungan kalangan guru-guru yang minta tukar untuk dapatkan sokongan dari orang politik. Pertolongan itu ditafsirkan sebagai istighasah yang merupakan amalan yang dibenarkan syarak. Surat sokongan tokoh poilitik dikepilkan bersama surat permohonan pertukaran. Tanpa rasa bersalah, perbuatan tersebut dibuat oleh ramai pemohon pertukaran.

Kenapa minta tolong ahli politik? Kenapa tidak minta tolong dengan pegawai yang menguruskan pertukaran itu sendiri kerana menukarkan orang memang tugas dan kerjanya yang diamanahkan kepadanya! Apabila ada surat sokongan ahli politik disertakan dalam permohonan pertukaran, ia merupakan satu perbuatan campurtangan orang yang tidak berkenaan dalam tugasan pegawai. Ahli politik itu menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mengubah sesuatu keputusan yang sepatutnya berlainan. Pegawai yang menjalankan tugas pertukaran juga tidak bebas dan dibayangi ketakutan, malu alah, tekanan dan sebagainya. 

Ini satu pencerobohan terhadap bidang kuasa orang lain dengan menggunakan  pengaruh dan kedudukan diri. Siapa yang minta sokongan ahli politik untuk tujuan tersebut, dia telah menyuburkan budaya ahli politik menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk tujuan yang salah. Ahli politik tersebut tidak ada kena mengena dengan bidang pertukaran. Hanya kerana dia menteri, setiausaha politik kepada menteri dan sebagainya, maka dia dirasakan boleh menggunakan pengaruh dan kedudukannya ke atas penjawat awam. Ini salah dan ini menjahanamkan negara.

Jika semua orang mengamalkan budaya ini, negara tidak perlu lagi peraturan pertukaran. Kuasa dan pengaruh orang politik menjadi jawapan kepada semuanya. Jika itu terjadi, rasuah akan merajalela. Ahli politik akan merasakan kedudukan dan pengaruhnya sangat bermanfaat dan tentunya akan sampai satu peringkat dia merasakan perlu mengurusniagakannya. Kala itu, rasuah akan menyubur dan membarah dalam masyarakat.

Subhanallah!Ppara guru mendidik generasi jadi manusia baik, beriman dan generasi pemimpin negara akan datang. Bagaimana akan lahir generasi yang baik dari didikan guru yang menyemai watak ahli politik perasuah dan menyalahgunakan kuasa?

Meneliti secara cermat dan lebih dekat, kita akan dapat mengenal pasti ada perbuatan rasuah tersirat di sebalik surat sokongan orang politik ini. Sudah tentu sokongan ahli politik itu mengharapkan bayaran.  Pemohon pertukaran minta surat sokongan dan secara tersirat menawarkan harapan kepada orang politik itu bahawa dia akan menyokongnya dalam pilihanraya (sekalipun nantinya parti atau ahli politik lain yang diundinya). Orang politik berikan sokongan pertukaran guru dengan bayaran harapan tersebut. Sudah ada pertukaran barang di sini biarpun kita tidak nampak zat barangnya. Duit harapan sokongan dalam pilihanraya dihulurkan guru dan orang politik pula serahkan projek pertukaran kepada guru berkenaan.

Tidakkah hal ini menyerupai amalan rasuah politik yang sering kita dengar?  Seorang ahli perniagaan jumpa menteri minta projek. Patut projek tersebut milik orang lain. Tapi kerana dihulur sejumlah wang, dengan kuasa, pengaruh dan kedudukan menteri itu, projek tersebut diberikan kepada ahli perniagaan tadi yang mana sebenarnya sedang bersaing mendapatkan projek tersebut dengan rakan-rakan perniagaannya.

Seorang guru jumpa atau telefon menteri atau orang politik. Minta tukar. Dengan muka kasihan, janji muluk untuk sokong menteri tersebut dalam pilihanraya, atau tunjuk muka baik dengannnya hingga menteri itu merasakan orang ini ada harapan jadi pengundinya, maka itulah huluran rasuah. Apabila menteri atau orang politik itu keluarkan surat sokongan dan ditambah pula telifon pegawai pertukaran guru supaya orang ini dipindahkan balik Semenanjung, maka itulah umpama projek yang diberi secara salah, bawah meja, pintu belakang dan khianat oleh menteri itu. Kalau kelak, dengan sokongan ahli politik itu, guru berkenaan dapat ditukarkan ke tempat yang diingininya, guru itu akan berkecenderungan untu merasa terhutang budi kepada ahli politik tersebut. Perasaan terhutang budi orag lain merupakan harta yang sangat penting buat para ahli politik.

Maknanya, kalau minta tukar, guna pengaruh menteri dan orang politik, itu adalah salah. Salah. Salah. Salah. Ia adalah rasuah. Ia khianat dalam proses pertukaran yang sepatutnya telus dan adil. Ia subhat dalam pekerjaan dosa. Ia bukan usaha mendapat hak diri sendiri tetapi upaya pintu belakang mengambil hak yang entahkan sepatutnya milik orang lain.

Pertukaran yang ditentukan Allah adalah terbaik. Keimanan yang sejati, tahan godaan dan sabar merupakan ramuan-ramuan untuk menongkah kecenderungan ramai menggunakan cara salah untuk menukarkan dirinya balik ke Semenanjung. Jika sudah sampai takdir Allah SWT, kita akan ditukarkan. Boleh jadi yang kita suka itu buruk untuk kita. Boleh jadi pula yang kita tidak suka itu, ia baik untuk kita. 

Perhatikan diri masing-masing wahai para guru yang mendapat pertukaran secara salah. Memberi rasuah dan menunggangi pengaruh orang politik untuk pertukaran tidak boleh diterima sebagai usaha ikhtiar yang halal. Bahawa, sebarang khilaf, duka nestapa dalam tugas di tempat baru serta sebagainya yang dilihat merugikan diri, adalah natijah daripada menyongsang takdir secara paksa. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tempat kita panjatkan permohonan. Isi borang online, hantar secara manual kepada pegawai bertugas, pergi Putrajaya atau Cyberjaya bertemu pegawai bertanggungjawab untuk minta pertimbangannya dengan tulus ikhlas, adalah usaha dan ikhtiar yang berada dalam landasan yang betul. Ia betul kerana mereka adalah ahli dalam menukarkan guru. Mereka memang ditugaskan untuk itu. 

Apabila kita dapat pekerjaan secara khianat, apakah hukumnya gaji yang kita makan saban bulan. Fikirkan, jika kita rampas dusun duiran seseorang, lalu kita makan hasilnya, apakah halal untuk kita? Demikian hal jika kita bertukar tempat bertugas dengan cara yang salah, rasuah dan khianat orang politik menggunakan pengaruh dan kedudukannya, maka apakah kedudukan pendapatan pekerjaan di tempat baru itu?

Tepuk dada tanya iman. Tidaklah aku paksakan lontaran ini dianut oleh guru-guru yang mohon pertukaran. Namun, lapangkan dada dan fikirkan dengan fikiran yang jernih. Usah didorong kepentingan diri yang amat terdesak mahu lunaskan impian diri. Iman dan takwa akan menjawab duduk perkara dalam persoalan ini.

Semoga Allah pelihara daku dan saudara-sadaraku para pendidik....

6 comments:

Anonymous said...

Padat,bernas,dan wajar direnungi bersama..Bertugaslah dimana sekali pun,sebab ilmu yang diberi adalah saham kita diakhirat...jika sekiranya dapat berpindah,hubungilah saya...

Anonymous said...

patut jadi renungan semua guru yg mohon pindah dan juga pihak2 bertangungjawab terhadap perpindahan...

Anonymous said...

Sebagai guru diperantauan sabah dan sarawak, kami ada perasaan, kami bukanya robot. Manakan boleh menahan perasaan rindu pada keluarga, isteri, anak yang berjauhan. Apatah lagi fokus pada org lain sedangkan diri sendiri tidak terurus. Sedangkan org lain balik boleh melihat anak dan isteri dirumah, kami hanya membujang bertahun diperantauan. Adakah ini dimaksudkan dengan keadilan. Mungkin tuan ada anak bini di sini jadi cakap boleh la..just human,says when they are satify with their life and compare with others. Pergi jumpa diputrajaya pun belum tentu berguna, silap2 lepas keluar ja hantar surat rayuan tgk2 dah masuk bakul sampah.

Anonymous said...

Kerajaan patut tetapkan had perkhidmatan seseorang guru di sabah dan sarawak, paling lama pun 4 tahun sudah la. Kau ingat 3 , 4 tahun tu x lama ke...kau ingat masa yang lepas tu boleh amik balik ke..kalau sambung belajar ijazah pun dah boleh habis 3, 4 tahun..xkan la mau tunggu 10 tahun baru dikatakan lama. Apa punya bangang la. Kalau kau ada anak dari dia baby sampai masuk darjah 4 baru dikatakan lama. Toyarah...cakap ja pandai. Cuba realistik sedikit, berpijak dibumi nyata, kalau mereka tidak zalim kenapa kami nak zalimi diri kami sendiri..

Mustaffa Koffi said...

Cara lebih halal adalah guru mesti ada persatuan yang betul2 membela nasib guru...bukan menjilat ampu orang atasan..

Mustaffa Koffi said...

Cara lebih halal adalah guru mesti ada persatuan yang betul2 membela nasib guru...bukan menjilat ampu orang atasan..

Post a Comment