Pemilik Blog

Ust Kama (PerenungLangit)
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
Aliran Kiri dianggap komunis
August 31, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 9:15 AM 0 comments
HASIL KUTIPAN JARYAH 'ISYRIN
Posted by PERENUNG LANGIT at 5:50 AM 0 comments
Labels: Makluman
Eidul Fitri 1432
August 30, 2011Selamat menyambut Eidul Fitri, maafkan kesalahan saya, sama ada yang saya sedari maupun tidak.
Posted by PERENUNG LANGIT at 4:50 AM 0 comments
Labels: ucapan
KHUTBAH EIDULFITRI 1432
August 29, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 10:34 PM 0 comments
Labels: Khutbah
KEMBARA MENCARI MUSTAHAQQIN 1432
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:23 AM 0 comments
Labels: Catatan (Lokasi)
Sudut lain Menilai Peristiwa Bukit Kepong
August 28, 2011Hari ini, banyak sejarah yang serupa dan senada ini diceritakan kepada kita. Kita disogok dengan cerita kepahlawan Leftenen Adnan. Sedangkan Leftenen Adnan itu adalah seorang askar British sungguhpun bangsa melayu. Melayu belum ada pemerintahan di zaman itu untuk dikatakan dia askar Melayu. Mungkin hanya boleh dikatakan sebagai askar berbangsa Melayu dalam askar British. Matinya Leftenen Adnan sepatutnya lebih ditangisin oleh British berbanding bangsa Melayu. Andainya Leftenen Adnan berjaya mempertahankan kawasannya daripada serangan Jepun, yang untung adalah British. Jika itu berlaku, selepas kepulangan British, Leftenen Adnan akan dianugerahkan pingat keberanian dan ketatannya akan kembali bersimpuh di kaki British.
Kita tidak pernah mendengar dalam sejarah ada polis atau askar Melayu zaman itu bunuh pegawai penjajah. Itu kerana mereka adalah asuhan dan kader penjajah. Tetapi, kita banyak membaca sejarah pegawai penjajah yang mati diserang komunis.
Posted by PERENUNG LANGIT at 6:07 PM 0 comments
Labels: komentar isu
Balada Negara Merdeka
August 19, 2011Beratus tahun negaraku dijajah
Maruah bangsa habis dijarah
Hasil bumi habis dipunggah
Buat membagunkan negara Eropah.
Telah mengalir air mata
Nenek dan Moyang sebelum kita
Mengenang diri dalam hina
Di bumi sendiri tiada kuasa.
Wahai anak negara bertuah
Kenanglah segala penat dan susah
Merdeka negara bukannya mudah
Banyak darah telah tumpah
Sejak Melaka dijajah Pertugis
Bangsa kita dilayan bengis
Hilang harga Melayu dan Bugis
Hanya dianggap kertas secebis
Telah bangkit pejuang bersilih
Kesenangan hidup mereka sisih
Rela sakit dalam merintih
Demi maruah kembali pulih
Setelah negeri kita merdeka
Kini masanya ramai yang leka
Telepas dari penjajah celaka
Dijajah pula syaitan derhaka
Generasi merdeka lupa diri
Budaya Barat dijunjung tinggi
Nilai Timur di telapak kaki
Hidup gemar menari-menari.
Penyanyi Barat lebih dikenali
Lebih dari kenal nabi
Tidak kenal pejuang pertiwi
Bintang bola lebih dihargai.
Sambut Merdeka dengan maksiat
Bekasih asmara dalam zulmat
kononnya sempena hari keramat
Lupalah sudah hari kiamat.
Merdeka dikait dengan raya
Seronak suka hiburan segala
Demikianlah diajar sekian lama
Sambutan dibuat menyemai alpa.
Bila perjuangan bersulam susah
Demi merdekakan tanah bertuah
dipintas oleh bangsawan mewah
beroleh merdeka dengan musyawarah.
Kisah merdeka disulam cerita
Pejuang silam lalu dilupa
Peluh dan darah bukan harga
Akal diplomasi jadi gantinya.
Tiada nama Datuk Bahaman
Tok Janggut tiada dalam bahagian
Bukan termasuk pejuang kemerdekaan
Maharaja Lela penderhaka kerajaan.
Hizbul Muslimin disebut jangan
Tokoh pejuang bukan sehaluan
Mereka bukan dalam catatan
Sejarah palsu kisah kemerdekaan.
Pejuang sebenar tidak bernama
dalam dunia sering dilupa
Pengorbanan diri tidak diharga
Biarlah di akhirat dibalas syurga.
Posted by PERENUNG LANGIT at 5:10 PM 0 comments
Labels: Puisi
Anti Islam
August 15, 2011Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami Ini orang Nasrani". yang demikian itu disebabkan Karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) Karena Sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri.
(Surah Al-Maidah: Ayat 82)
Mereka yang enggan menjaga sosiologi masyarakat dalam batas Islam, malah merobeknya dengan budaya rosak dari negara bukan Islam, sebenarnya juga anti Islam.
Sementara Islam punya perundangannya tetapi masih bergayut kepada perundangan kafir, itu juga sifat anti Islam!
Feminis yang bencikan jilbab, poligami dan hukum faraid Islam adalah anti Islam!
Politikus oppurtunis, sekularis dan nasionalis yang bencikan para ulama dan meremehkan kepentingan mereka dalam bernegara adalah anti Islam!
Posted by PERENUNG LANGIT at 4:45 PM 0 comments
Labels: kritikan
Suara bingit dari masjid
August 14, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 12:20 PM 1 comments
Labels: komentar isu
Kempen kibar bendera kurang sambutan.
August 13, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 5:03 PM 0 comments
Labels: Pendapat
JARYAH 'ISYRIN
Namun, apa yang penting, kesempatan Ramadhan ini hendaklah kita ambil peluang seoptima yang mungkin untuk mendapat gandaan pahala sedekah. Bagi kalangan rakyat alam maya yang ingin menyalurkan sumbangan di bawah program "Jaryah 'Isyrin" ini, dapatlah terus berurusan dengan nombor akaun masjid iaitu: 560027000108 (Maybank)
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:22 AM 0 comments
Labels: IKLAN
Bingkisan Ramadhan
August 1, 2011Posted by PERENUNG LANGIT at 3:38 PM 0 comments
Labels: catatan