Pemilik Blog

Ust Kama (PerenungLangit)
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
Israel attacks Gaza aid fleet
May 31, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 9:30 PM 0 comments
Labels: PETIKAN
Ohh...harga minyak akan naik lagi?
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:03 PM 0 comments
Labels: keluhan hati
Dualisme najis sekularisme.
Posted by PERENUNG LANGIT at 10:22 AM 0 comments
Labels: Pendapat
Jika judi bola sepak dilesenkan...
May 30, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 6:31 AM 0 comments
Labels: kritikan
Negara akan bankrap pada 2019-salah siapa?
May 29, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 8:37 PM 0 comments
Labels: kritikan
Demokrasi yang kufur atau manusia yang kufur?
May 25, 2010Kalau begitu, khalifah-khalifah Islam yang anda sendiri akui keabsahannya sesudah Khulafaur Rasyidun bermula daripada Yazid bin Muawiyah adalah dibina atas sistem kufur yang ditiru daripada kerajaan Parsi dan Rom. Anda menolak demokrasi tetapi menerima sistem pewarisan sedangkan kedua-duanya bukan sistem Islam. Saya bercakap tentang demokrasi dalam pemilihan pemimpin dan bukan demokrasi dalam pembentukan undang-undang.
Aku pernah menimbulkan satu sudut pemikiran dengan beberapa syabab HT bahawa sistem bai'ah pada zaman sekarang boleh diterjemahkan dalam bentuk baru. Undi yang diberikan rakyat dalam pilihanraya mungkin boleh difikirkan sebagai satu mekanisma bai'ah. Apakah pelantikan yang dibuat oleh YDPA tidak boleh diperkemaskan agar menjadi seperti bai'ah. Bukankah pernah terjadi dalam zaman khalifah Islam yang lalu, pelantikan seorang khalifah pernah dibai'ah oleh seorang ulama sahaja yang dikatakan mewakili ummat. Siapa pula mewakilkan ulama itu untuk membai'ah khalifah itu? Apakah bai'ah itu sah?Mungkin sahaja ulama itu ulama yang ditolak sebahagian ummat Islam yang lain pada zaman itu.
Ambil contoh khalifah Harun Ar-Rasyid yang meminta kebenaran Imam Malik untuk menggantungkan kitab Muwatta' di Ka'abah. Jika itu terlaksana, jadilah undang-undang negara bahawa setiap orang perlu bersandarkan sumber hukum sebagaimana imam Malik sahaja. Dengan kata lain, mazhab maliki akan menjadi mazhab yang diperakukan dan mazhab lain tidak dibernarkan. Namun, Imam Malik menolak hasrat khalifah itu.
Kita juga pernah dengar kisah khalifah Al-Makmun dalam zaman Abbasiyyah memaksakan rakyat akidah salah mengatakan Al-Quran adalah makhluk. Ramai ulama dipaksa untuk itu dan ada yang disiksa kerana enggan mengakuinya. Bukanklah Al-Makmun adalah salah satu khalifah yang diakui Hizbut Tahrir. Kenapa boleh dia membuat undang-undang yang bertentangan dengan hukum Allah? Pada zaman tersebut, kemahuan khalifah menjadi undnag-undang tak langsung.
Bagiku, jelas sekali bahawa ia kerana bukan masalah sistem yang melantiknya tetapi masalah manusia yang dilantik. Jika buruk manusia itu, buruklah yang lahir. Jika baik, baiklah yang lahir.
Aku tidak boleh menerima kaedah memboikot pilihanraya atas alasan ia terbit daripada sitem demokrasi kufur. Ia seperti lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya. Kalau menyertai pilihanraya itu haram, dengan jalan apa hendak menegur para penguasa yang menzalimi rakyat dan meninggalkan hukum Allah? Aku pernah dengar bahawa Hizbut Tahrir menggunakan kaedah meminta nusrah. Nabi pernah meminta nusrah daripada penduduk Yathrib melalui perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Dalam kontek zaman sekarang, nusrah boleh diperolehi daripada negara tertentu. Dalam sebuah negara seperti Malaysia, nusrah mungkin boleh didapat daripada panglima Angkata Tentera Malaysia. Kalau boleh daripada Yang Dipertuan Agung selaku ketua Angkatan Tentera.
Aku katakan Yang Dipertuan Agung di Malaysia tak boleh mengubah sistem yang ada di Malaysia. Sama ada dari segi track recode maupun bidangkuasa. Kalau mahu dapatkan nusrah untuk membongkar sitem jahiliah di Malaysia, mintalah daripada perdana menteri Malaysia. Cubalah kalau dapat. Hantar delegasi jumpa Datuk Sri Najib Tun Razak dan bincang untuk tukar perlembagaan Malaysia kepada perlembagaan Islam. Buang perlembagaan Lord Reid yang kufur dan ganti dengan perlembagaan Islam. Minta tegakkan undang-undang hudud di Malaysia.
Saudara...Allah tidak akan soal kamu di akhirat tetang idelisma kamu. Tentang falsafah-falsafah perjuangan yang meniti dibibir. Tetapi Allah akan tanya kamu tentang apa yang kamu lakukan untuk menegakkan idealisma itu. Tentang bagaimana usaha kamu untuk realisasikan falsafah perjuangan itu. Biar sekecil zarrah, jika diusahakan dengan amal, ia akan bererti di akhirat kelak.
Agak lucu dan bersimpang siur jalan fikir yang dikemukakan apabila dinyatakan bahawa seandainya melalui jalan demokrasi PAS dapat memenangi pilihanraya di Malaysia dan semua parti Islam di seluruh dunia dapat memenangi pilihanraya, lalu sistem khalifah dapat ditegakkan hasil kemenangan tersebut, Hizbut Tahrir akan menerima khalifah itu sebagai khalifah yang sah sekalipun jalannya haram.
"Hasilnya diterima tetapi jalannya tak mahu diterima...", seorang teman mengeluh sewaktu kami dalam perjalanan meninggalkan seminar.
Cuma, ketika pemimpin Hizbut Tahrir itu mengatakan, untuk Hizbut Tahrir jalan yang akan ditempuhnya bukan melalaui penyertaan pilihanraya, aku merasa lapang dada. Untuk Hizbut Tahrir...untuk gerakan Islam lain, terpulang kepada pendekatannya.Cuma Hizbut Tahrir menyampaikan nasihat agar membetulkan jalan saudara seperjuangan daripada gerakan yang lain.
Kalau begitu, bagiku kita perlu berlapang dada jalan yang difikirkan betul oleh Hizbut Tahrir. Apa yang mereka fikirkan betul belum tentu betul. Jalan yang dipersalahkan itu juga digariskan oleh pejuangnya bersandarkan hujah. Inilah ijtihad politik. Siapa berijtihad lalu betul, baginya 2 pahala. Siapa yang berijtihad lalu salah, baginya satu pahala. Banyak persoalan ijtihadi dalam pelbagai bidang ilmu Islam kekal neutral , tak dapat dibuktikan salah atau betulnya sehingga hari ini.
Maka, biarlah parti politik Islam yang menyertai pilihanraya menjalani ijtihad politiknya dan jangan katakan ia salah pada perkara yang bersandarkan hujjah. Tentangilah musuh sebenar dan jangan disibukan persoalan ijtihadi yang akan membuang masa dan tenaga sehingga menghilangkan fokos sebenar.
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:35 PM 10 comments
Labels: Pendapat
Untung bukan pada nilai wang ringgit
May 24, 2010Aku hantarkan printerku ke sebuah kedai menjual alatan komputer dan servis peralatan komputer yang nama sudah popular di kalangan penduduk Sandakan iaitu Digital Wise. Setelah beberapa hari, hari ini, juruteknik yang ditugaskan membaiki masalah printerku itu menalifonklu dan mengatakan black cartridge sudah rosak dan perlu diganti baru. Aku suruh dia ganti sahaja. Harganya, menurutnya RM75 termasuk service charge. Aku setuju sahaja kerana padaku hasil yang dapat aku perolehi daripada printer itu kelak nilainya melebihi jumlah tersebut.
Petang ini, aku setelah habis tugas rutinku di sekolah, aku mengunjungi kedai tersebut untuk mendapatkan semula printerku. Setelah diuji dan aku berpuas hati dengan hasil cetakannya, aku mahu menjelaskan bayaran di kaunter. Pekerja kaunter bayaran mengambil resit yang ditampalkan di atas printer tersebut dan membuat keep in data kos perkhidmatan.
Posted by PERENUNG LANGIT at 3:45 PM 0 comments
Labels: Catatan (Lokasi)
Judi bola sepak cetusan penyembah bola sepak
May 23, 2010Tidak adakah sensitiviti ummat dalam jiwa pengkagum David Beckham? Siapa David Beckham? Seorang pemain bola sepak dunia. Tidak adakah sensitiviti ummat dalam jiwa peminat bola sepak piala dunia?
Posted by PERENUNG LANGIT at 9:52 PM 0 comments
Labels: Pendapat
Guruku Tok Wan Ali
May 17, 2010Bila disebut guru, ramai yang nampak guru sekolah. Ucapan selamat hari guru banyak ditujukan kepada guru-guru sekolah. Drama-drama yang ditayangkan dalam TV sempena hari guru juga berkisar pengorbanan seorang guru sekolah. Tergambar, dalam minda ramai orang bahawa sambutan hari guru adalah sebagai mengenang jasa guru-guru sekolah.
Di belakang dinding serambi rumah Tok Wan Ali berceretek pelita ayam. Botol-botol minyak gas sering disembunyikan di belakang almari. Seringkali minyak gas murid Tok Wan Ali dikebas sesama sendiri.
Posted by PERENUNG LANGIT at 12:47 AM 1 comments
Labels: Nostalgia
ABU HUZAIFAH BIN UTBAH: LIDAH TIDAK BERTULANG
May 15, 2010
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:13 PM 0 comments
Labels: Kisah Sahabat
Mari Hayati Lagu Arab ini (terjemahan melayu)
May 9, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 7:33 PM 0 comments
Labels: Lagu
Politik Islam Dalam Masjid
May 7, 2010Posted by PERENUNG LANGIT at 2:25 AM 2 comments
Labels: Pendapat