Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Siapa Ulil Amri?

June 17, 2009

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
(Surah An-Nisak: Ayat 59)
Mufti Perak berkata:
Sultan Perak adalah ulil Amri
Ramai mentafsirkan ulil Amri sebagai pemimpin.
Ketika mengulaskan ayat 59 surah An-Nisak dalam sessi ke-87 dauratul Quran, persoalan siapakah ulil amri ditimbulkan. Siapakah Ulil Amri? Apakah Sultan Perak itu layak digelar ulil amri menurut maksud ayat tersebut? Apakah ulil amri boleh ditafsirkan secara pukal sebagai pemimpin?
Kalau negitu, bagi rakyat Islam di negara-negara kafir, apakah pemimpin negara mereka sebagai ulil amri? Bagi rakyat Islam US, apakah layak Obama digelar sebagai ulil amri? Bagi rakyat Islam filipina, apakah patut dikatakan Arroyo itu ulil amri mereka? Bagi rakyat Islam di selatan Thailand, apakah patut Abisit dikatakan ulil amri mereka?
Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa bagi rakyat Islam di negara bukan Islam, ulil amri mereka adalah badan agama yang bertanggungjawab atas mereka. Tapi bagi negara-negara umat Islam, pemimpin mereka adalah ulil amri mereka.
Ini pendefinisian yang terumbang ambing dan tidak konsisten.
Dalam tafsir Ibn Kathir, terdapat riwayat Ali bin Abi Talhah daripada Ibnu Abbas, mentafsirkan ulil amri sebagai ahlul fiqhi wad-din (Ahli Fiqih dan agama).
Menurut Mujahid, 'Ata', Hasan Al-Basri dan Abu Al-'Aliah, ulil amri adalah ulama.
Aku merumuskan dalam daurah:
Ulil Amri adalah umarak dan ulama yang mengendalikan urusan ummat Islam berdasarkan ketetapan Allah dan rasulnya. Perkataan al-amri adalah merujuk kepada urusan yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya untuk dilaksanakan atas ummat ini berupa siasatuddunya wa iqamatuddin (Memerintah dunia dan menegakkan agama). Siapa yang melaksanakan dua perkara tadi mengikut aturan Allah dan Rasulnya, meneruskan kesinambungan pemerentahan berdasarkan peraturan dan syariat Allah, dialah ulil amri. Jika tidak, dia bukan ulil amri yang kita diperintahkan taat kepadanya.
Dia mungkin pemimpin, tapi bukan ulil amri. Taat kepadanya tidak diperintahkan. Taat kepadanya bukan diikat dengan nas tersebut. Taat kepadanya bukan rukun dalam agama tetapi hanya rukun dalam negara. Nas tersebut bukan untuk pemimpin seperti itu. Tidak mati sebagai jahilliah jika keluar daripada ketaatan kepadanya.

1 comments:

Unknown said...

Salam. Izinkan saya memberikan pandangan yang mungkin sedikit berbeza dalam ruangan blog ust.

Saya lebih suka jika UG ini diulas oleh kebanyakan ramai, termasuk kawan dan lawan. Jika orang lain memilih untuk diam, maka saya suka untuk lebih tahu dan mahu tahu.

Pada awalnya, saya tidak berani untuk mengulas dan berfikir lebih lanjut mengenai UG ini. Tetapi setelah menelaah isu UG dalam laman web [http://www.zaharuddin.net], minda saya terbuka untuk terus mengulas dan berfikir.

Teruskan berkarya, saya kita akan jemu untuk bertandang.

Post a Comment