Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

EMOSI JAHILIAH LAWANNYA KALIMAH TAQWA

March 4, 2014

(Ekstrak Daurah 514)

Semangat Asobiah itu terbit dari emosi Jahiliah. Setiap puak merasa ta'asub dengan puaknya. Itulah konsep asas kepada semangat Asobiah. Sang Melayu dengan semangat kemelayuannnya. Untuk Melayu dan demi Melayu. Pak Arab dengan hamasah ke'arabannya. Menganggap kemuliaan pada bangsanya dan memandang rendah bangsa yang lain.

Selanjutnya, Asobiah itu melewati batas-batas yang lain. Lahirlah semangat kepartian melampau. Semangat kemazhaban. Ta'asub kepada Syeikh. Mengkultuskan pemimpin sehingga ke tahap menggangapnya maksum atau mendekati sifat maksum. Demi sesuatu yang diidolakan, rentak perjuangan hidup diatur. Itulah asobiah. Asobiah akan memejamkan mata terhadap hujjah dan kebenaran.

Firman Allah SWT:

إِذْ جَعَلَ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي قُلُوبِهِمُ الْحَمِيَّةَ حَمِيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوَىٰ وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا

Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan Jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

(Surah Al-Fathu: Ayat 26)

Ta'asub membuta tuli itu adalah emosi yang terpancar dari watak jahiliah. Lawannya adalah keteguhan yang bersendikan kalimah tauhid, iaitu bersandarkan keyakinan kepada ketauhidan Allah dan kebenaran jalannya.

Melawan emosi Jahiliah adalah dengan menegakkan konsep "La Ilaha Illallah" dalam diri. Bersihkan diri dari kekotoran pencemaran keyakinan. Jika berjuang, perlu ikhlas kerana Allah. Jika mencintai seorang syeikh, perlu ikhlas kerana Allah. Jika meladeni jalan satu mazhab, juga perlu ikhlas kerana Allah. Jika menyertai sebuah parti, perlu ikhlas kerana Allah. Jika tumpuan beralih kepada yang lain selain Allah, masuklah asobiah dna suburlah emosi jahiliah.

Keikhlasan kepada Allah ditandai dengan kecintaan kepada hujah yang bersendikan kebenaran dari Al-Quran dan juga Hadis. Jika telah datang hujah itu, tetapi masih tegar dengan jalan yang menyongsangi hujah tersebut, itulah tanda tidak wujud keikhlasan sekalipun lidah meratibkan ikhlas.

Berhikayat Bagai Mahabrata Ramayana.


Ajaran yang sesat selalu menjadikan cerita luar biasa sebagai daya penarik untuk mempengaruhi para pengikut. Kepada para pengikut, diriwayatkan cerita hebatnya sang guru, syeikh dan pimpinan jemaah. Memang itulah modal pendokong jalan sesat untuk memperdaya para pengikut.

Salah satu ajaran sesat berskala besar dewasa ini adalah ajaran Syiah. Dalam dunia Syiah, akan kita temui banyak sekali cerita luar biasa mengenai imam-imam mereka. Cerita luar biasa itu adalah untuk menjadi justifikasi kebenaran ajaran Syiah.

Dalam sebuah kitab Syiah bertajuk Madinah Ma'ajiz karya Sayyid Hasyim Al-Bahrani, diriwayatkan sebuah cerita ajaib lagi pelik mengenai salah seorang imam mereka bernama Al-Baqir. Beliau diceritakan telah membuat gajah dari tanah dan ia hidup lalu boleh terbang. Al-Baqir telah naik gajah terbang itu ke Makkah.

Begitulah kalau ajaran sudah sesat. Akan banyak cerita ajaib berlegar. Ajaran Ayah Pin juga kaya dengan cerita luar biasa. Membaca hikayat Mahabrata dan Ramayana, kita akan melihat bagaimana putera raja digambarkan dengan kuasa kesaktian yang hebat.

Demikian, kita akan lihat bagaimana kalangan sufi menyimpang, banyak sekali bergantung hayat gerakan mereka dengan cerita keramat wali sehingga kekadang mencapai tahap fantasi dewa dewi. Para wali digambarkan pelbagai tingkat dan punya kerajaan para wali yang mentadbir alam.

Kita boleh lihat bagaimana tumbangnya jema'ah Al-Arqam gara-gara keyakinan salahnya mengenai imam mahdi, bertemu Rasulullah secara yaqazah dan sebagainya. Hatta, selepas Ust. Ash'ari meninggal pun, dikatakan beliau masih hidup.

Kerana itu, kita perlu sentiasa waspada dengan dongeng keramat yang sering diriwayatkan oleh para qushas. Ia tidak lebih dari manhaj golongan sesat yang cuba mempengaruhi masyarakat. Kita akan lihat bagaimana cerita ajaib itu kekadang dikisahkan melebihi ajaibnya kisah sirah Rasulullah sendiri. Kerana kisah Rasulullah telah ditambat dirayah dan riwayahnya dengan kriteria kesahihan, mereka sukar memutarbelitkannya.

Namun, kisah-kisah orang soleh dengan mudah dicemar dengan cerita ajaib kerana tiada pagar ilmu dirayah dan riwayah mengawalnya. Maka, tapislah cerita yang sampai ke telinga anda dan jangan termakan dengan pesona hikayat bak Mahabrata dan Ramayana.

JANGAN BERANDILKAN PEMIMPIN DAN SYEIKH

March 2, 2014

Taqlid, ada yang mahmud (dipuji) dan ada yang mazmum(dicela). Taqlid yang yang mahmud itu adalah mengikut seseorang berdasarkan kebenaran hujahnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Manakala taqlid yang mazmum itu adalah mengikut seseorang yang lain sekalipun bertentangan dan nas Al-Quran dan hadis.

Dengan kata lain, sandarannya adalah perkataan orang itu dan tidak diselak lagi lembaran Quran dan hadis untuk mengetahui apa yang dibicarakan mengenainya.

Sesungguhnya bertaqlid kepada pemimpin yang menyesatkan akan mendatangkan penyesalan yang besar di hari kemudian. Ramai orang tersesat kerana pemimpinnya. Kerana itu kerap kali Allah memperingatkan bahayanya mengikut pemimpin tanpa dicerminkan kepada sumber wahyu.

Firman Allah SWT:

يَوْمَ تُقَلّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النّارِ يَقُولُونَ يَلَيْتَنَآ أَطَعْنَا اللّهَ وَأَطَعْنَا الرّسُولاَ * وَقَالُواْ رَبّنَآ إِنّآ أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلّونَا السّبِيلاْ * رَبّنَآ آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْناً كَبِيراً

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". Dan mereka berkata;:"Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar".
(Surah Al-Ahzab: 66-68)

Menurut Ibn Kathir" Pemimpin dan pembesar" yang dimaksudkan itu ialah Syeikh-syeikh yang disangkakan oleh pengikutnya memiliki sesuatu kebenaran dan mereka sedang meniti kebenaran dengan mengikut syeikh-syeikh mereka, sedangkan mereka jauh dari titian kebenaran.

Memang ada kalangan rakyat yang disesatkan oleh pemimpin negara mereka. Namun, sebahagian kesesatan tersebut adalah dalam hal ehwal 'siasatud dunya'. Sebaliknya para masyaikh yang menyesatkan pengikutnya, mereka menyesatkan dalam tanggungjawab "mengiqamahkah agama". Agama yang sepatutnya dipasakkan kepada Sunnah baginda Rasul dialihkan agar memenuhi kehendak masyayikh.

Oleh itu, kita hendaklah bersungguh mencari kebenaran melalui rujukan nas, terutama hadis yang merupakan tafsiran unggul buat Al-Quran. Setelah itu, kita menilai perkataan generasi salafus soleh sebagai andil dan berwaspada dengan perkataan muta'akhirin. Penyimpangan dari kefahaman orang mutaqaddimin dari kalangan salafus soleh adalah jalan kabur yang berpotensi besar membawa kepada kesesatan.

LELAKI HARURI ITU

February 27, 2014

Pada satu ketika, Saidatina A'ishah radiallahu anha telah didatangi oleh seorang perempuan dan bertanyakan tentang mengapa wanita yang berhaid diwajibkan mengqadha puasa Ramadhan tetapi tidak pula diwajibkan mengqadha solatnya. Lantas, pertanyaan Saidatina A'isyah kepadanya ialah:

"Apakah anda seorang wanita Haruriyah?",

Lantas, wanita menafikannya dan mengatakan beliau hanya bertanya.

Di Kufah ada satu daerah bernama Harura'. Pada zaman pemerintahan Saidina Ali, dari daerah tersebutlah mula keluarnya kelompok Khawarij yang menentang Saidina Ali. Mereka punya satu selogan iaitu "La Hukma Illa Lillah". Mereka hanya menerima apa yang ada dalam Quran dan tidak menerima apa yang diriwayatkan menerusi hadis.

Pengecualian bagi wanita berhaid daripada solat tiada dalam Quran. Kalau mengikut hukum umum perintah mendirikan solat, maka wanita berhaid adalah wajib mengqadhakan solat. Malah adalah kalangan yang pendokong pendapat Haruri mewajibkan solat bagi wanita yang berhaid. Hanya menerusi hadis hukum pengecualian qadha solat bagi wanita berhaid boleh didapati.

Para Haruri itu tidak mahu menerima hadis sebagai sumber hukum. Mereka berlagak pembela Al-Quran. Sebenarnya Quran yang mereka baca tidak lebih dari dengkur di halkum mereka sahaja.

Membaca jalan pemikiran Haruri bukan sukar. Sebagaimana dalam kes wanita berhaid itu, mereka juga mempertikaikan kewajaran hukum rejam bagi penzina yang muhson. Ini kerana hukum sedemikian tidak ada dalam Quran. Dalam Quran hanya ada hukum sebat 100 kali bagi penzina.

Maka, dalam sebuah tulisan di Blog Tun Dr. Mahathir, beliau menyifatkan hukum rejam tiada dalam Quran. Merujuk kepada kenyataannya yang terdahulu, beliau menyifatkannya sebagai rekaan para fuqaha. Sebenarnya, kalau kita mempercayai Hadis sebagai sumber hukum Islam, kita tidak akan lancang menuduh hukum rejam sebagai rekaan para fuqaha. Ia wujud dalam hadis dan para ulama berijmak mengenainya.

Sebagai pengkagum Kasim Ahmad yang selamat bertahun-tahun memproklamasikan pendapatnya yang menolak keabsahan hadis, tidak menghairankan jika bekas Perdana menteri itu menganut sebahagian dari ajaran "anti hadis" Kasim Ahmad. Ia sangat malang untuk ornag yang diberikan Allah kemegahan dalam pemerintahan dan kebijaksanaan dalam berfikir, untuk memilih jalan pemikiran para Haruri.

Manusia Haruri telah pun muncul zaman para sahabat masih hidup. Idealisma mereka kononnya membela Al-Quran. Sebenarnya mereka tidak pun memahami Al-Quran. Bertanyalah kepada para Haruri itu, berapa banyak ayat Quran yang dihafal mereka? Ia tidak melewati sejengkal pun dari hafalan para ulama pembela hadis Rasulullah SAW. Mereka sering menjadikan laungan merujuk Quran sebagai panduan sebagai modal ketulinan Islam mereka, tetapi...Percayalah bahawa mereka hanya berdusta.

Sesungguhnya, zuriat Haruriyyin itulah sebenarnya Khawarij ummat ini.