"Sembahlah mana-mana Tuhan, asalkan kamu jadi baik!", ungkap seorang yang bukan akidahnya Islam.
Baiklah...kalau kamu anggap hidup di dunia ini segalanya, dan tiada lagi kehidupan sesudah mati, kata-katamu itu mungkin boleh diterima. Namun, jika di dunia kau sembah Tuhan B, C , F dan seterusnya, lalu di hari akhirat, ternyata Tuhan A yang paling berkuasa. Tuhanan B, C, D, F dan lain-lain itu semuanya palsu belaka, apakah nasibmu pada hari itu? Masa hidup di dunia kau tak mahu sembah Tuhan A, selepas mati kau mahu minta balasan baikmu daripada Tuhan A? Kau benar-benar tidak tahu diri. Mintalah pada Tuhan yang kau sembah!
Kerana itu hidup dalam dunia adalah ujian. Dengan secetek akal yang diberi, gunakan untuk mencari hakikat siapa Tuhan yang sebenar. Kerana hidup dunia singkat, hidup panjang dan kekal abadi itu adalah akhirat, maka persiapkanlah bekalan untuk hari itu.
Dalam dunia bolehlah berbuat baik sesama manusia. Tetapi berbuat baik kepada Tuhan adalah dengan meyembahnya. Jika silap sembah tuhanan lain, sia-sia sahaja. Tuhanan yang disembah rupanya bukan Tuhan. Hanya diri yang tertipu. Ditipu oleh manusia yang berkepentingan dan makar. Tidak sembah Tuhan yang betul adalah perbuatan derhaka kepada Tuhan. Tuhan yang akan berikan balasan di hari akhirat, bukan oleh manusia yang menerima kebaikan kita.
Memang susah nak fahamkan jika hidayah tidak menembusi. Jika hati benar-benar mencari, Tuhan yang sebenar akan bukakan jalan. Bebaskanlah diri dari belenggu yang dibuat oleh Tuhan-Tuhan palsu.
0 comments:
Post a Comment