Ibrahim bin Adham, pada satu ketika, dia bermusafir dengan dagangan dan kafilah perniagaannya. Dalam musafir itu, dia telah melihat satu kejadian kecil yang mengubah sikapnya. Seekor burung yang cedera, patah sayap tergeletak di satu tempat. Ibrahim bin Adham berazam untuk meliohat apa akan jadi pada burung itu. Dia bersembunyi dan memerhati. Ternyata ada seekor burung lain terbang kepada burung yang sakit itu dan memberinya makan.
Dari kejadian itu, Ibrahim mendapat keyakinan bahawa razeki adalah kurnia Allah dan tidka perlu dirisaukan. Lalu, dia pun tinggalkan kerjayanya dan menumpukan ibadat kepada Allah SWT. Dia tidak menghiraukan lagi tentang dunia dan raekinya. Semuanya dia serahkan kepada ALlah SWT.
Kisah IBrahim ini didengari oleh Syibli dan beliau telah pergi bertemu dengannya dan berkata kepada Ibrahim bin Adham:
" Kenapa engkau memilih untuk menjadi burung yang sakit dan tidak memilih untuk menjadi burung yang sihat memberinya makan?".
Demikianlah, Syibli menyebutkan kefahamannya yang saheh terhadap agama sebagaimana yang nabi ajarkan. Seornag mukmin yang kuat lebih mulia dan lebih baik daripada seorang mukmin yang lemah. Nabi tidka mengajar ummatnya membuang dunia dan menjadi seorang petapa yang mengayam tawakkal tanpa usaha. Itu bukan jalan petunjuk nabi. Walau itu hakikatnya boleh diamalkan, tettapi ia bukan pilihan.
Jadilah yang memberi, bukan yang diberi.
Jadilah yang menolong, bukan yang ditolong.
Jadilah yang memerintah, bukan yang diperintah.
Jadilah yang dihormati, bukan yang menghormati
Jadilah yang menyampaikan, bukan yang disampaikan.
0 comments:
Post a Comment