Tidak membunuh seorang manusia akan manusia lain pada hari ini melainkan dosa bunuhnya itu akan dikongsi bersama oleh Qabil yang membunuh Habil. Ini kerana Qabil telah merintis perbuatan bunuh. Justeru, pembunuhan berikutnya dalam sejarah manusia adalah dianggap menikut tauladan Qabil dan oleh itu Qabil mendapat dosa pencetus dosa.
Hal ini dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW:
لَا تُقْتَلُ نَفْسٌ ظُلْمًا إِلَّا كَانَ عَلَى ابْنِ آدَمَ الْأَوَّلِ كِفْلٌ مِنْ دَمِهَا لِأَنَّهُ أَوَّلُ مَنْ سَنَّ الْقَتْلَ
" Tidak dibunuh satu jiwa dengan zalim melainkan anak Adam yang pertama akan menanggung tumpah darahnya kerana dialah yang pertama mensunnahkan pembunuhan".
" Tidak dibunuh satu jiwa dengan zalim melainkan anak Adam yang pertama akan menanggung tumpah darahnya kerana dialah yang pertama mensunnahkan pembunuhan".
Kegilaan baru hari ini adalah tuduhan "iftira" yang dibuat oleh orang tertentu untuk menjatuhkan maruah seseorang. Beberapa lama dahulu, dunia laman sosial dikejutkan dengan laporan polis oleh seorang pelajar universiti yang mendakwa pensyarahnya yang agak terkenal sebagai mencabul kehormatannya dengan gangguan seksual. Tuduhan tersebut tentunya memalukan pensyarah tersebut. Ada kalangan yang melatah dan mempercayai laporan polis pelajar wanita terbabit.
Kemudian, entah berapa banyak lagi tuduhan seumpamanya bertebaran. Seorang personaliti TV Al-Hijrah juga terpalit dengan tuduhan yang mengaibkan maruahnya.
Kelmarin, tersebar pula "iftira" baru yang mengaibkan Ust. Azhar Idrus yang dikatakan sebagai mengajak pengadu (seorang gadis laman sosial FB) melakukan zina. Kini cerita dusta tanpa bukti menjalar membarah dalam masyarakat. Orang-orang terhormat sudah tidka selamat lagi.
Masihkah ingat ketika pertama kali negara digemparkan dengan tuduhan Liwat yang dilemparkan ke atas DS Anwar Ibrahim? Sejak itu, banyak sekali orang terhormat dalam masyarakat menjadi mangsa cemar nama baiknya. Cerita dusta tanpa bukti berbaur seks ditaburkan. Ketika hal tersebut terkena DS Anwar Ibrahim, sebahagian orang melihatnya sebagai masalah beliau dan seteru politiknya. Ada yang antara percaya dan tidak. Ada yang meminta suapaya beliau bermubahalah. Simpati kepadanya berbelah bagi.
Kini, mangsa yang menanggung aib sepertinya sudah mencecah pelbagai orang. Ahli agama, daie, ustaz, ustazah dan semuanya tidak selamat lagi. Entah esok, hal seperti itu akan terpalit kepadaku, kamu dan sesiapa sahaja!
Inilah yang malang buat pencetus pertama budaya ini dalam negara. Orang yang telah merintis cerita dusta dengan mengaibkaan seseorang dengan tuduhan liwat, zina dan seumpamanya akan memikul beban dosa perintis bagi setiap jenayah qazaf yang dibuat kemudiannya. Tidak membuat dosa "iftira" oleh seorang rakyat Malaysia melainkan dosanya akan dikongsi oleh perintisnya.
Sebab itu, berwaspadalah, jangan merintis dosa. Padamkan dosa dengan taubat dan perbetulkan sedaya mungkin agar ia tidak menjadi teladan buat orang lain. Jika tidak, bawalah gumpalan dosa yang bertambah itu ke akhiratmu.
0 comments:
Post a Comment