Nabi Yusuf menerangkan kepada dua sahabat banduan dalam penjara bahawa ikutannya adalah kepada millah moyangnya nabi Ibrahim A.S, datuknya nabi Ishak A.S dan bapanya nabi Yaakob A.S. Millah mereka adalah millah  yang menjauhkan daripada kesyirikan dan hanya kepada Allah mereka  mentauhidkan. Sesungguhnya, keberadaan nabi Yusuf di atas garisan yang  pernah dilalui moyangnya nabi Ibrahim itu merupakan satu kelebihan  anugerah Allah kepadanya. Tidak ramai yang mengikuti jalan tersebut.  Kebanyakan manusia adalah adalah mereka yang tidak bersyukur.
Nabi Yusuf selanjutnya berhujah kepada dua sahabat banduannya itu tentang kepincangan agama yang dipegang oleh mereka yang menyembah pelbagai Tuhan. Adalah satu yang menghairankan bagi golongan kafir untuk menjadikan Tuhan itu satu sebagaimana yang pernah diucapkan oleh golongan kafir Makkah apabila nabi Muhammad saw mengajak mereka kepada ketauhidan. Ini sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam firmannya:
Nabi Yusuf selanjutnya berhujah kepada dua sahabat banduannya itu tentang kepincangan agama yang dipegang oleh mereka yang menyembah pelbagai Tuhan. Adalah satu yang menghairankan bagi golongan kafir untuk menjadikan Tuhan itu satu sebagaimana yang pernah diucapkan oleh golongan kafir Makkah apabila nabi Muhammad saw mengajak mereka kepada ketauhidan. Ini sebagaimana yang dinyatakan Allah SWT dalam firmannya:
أجعل الآلهة إلها واحدا إن هذا لشيء عجاب
“Adakah dia (Muhammad) mahu menjadikan Tuhan hanya satu? Sesungguhnya ini adalah satu yang ganjil”.
(Surah Sood: Ayat 5)
Ketika mentafsirkan ayat ini para Mufassirun menyebutkan:
لما  أسلم  عمر بن الخطاب  شق ذلك على قريش  وفرح المؤمنون . قال الوليد بن  المغيرة  للملأ من قريش   - وهم الصناديد والأشراف - : امشوا إلى أبي طالب  .  فأتوه ، فقالوا له : أنت شيخنا وكبيرنا قد علمت ما فعل هؤلاء السفهاء ،  وإنا أتيناك لتقضي بيننا وبين ابن أخيك . فأرسل أبو طالب  إلى النبي - صلى  الله عليه وسلم -  [ ص: 191 ] فدعاه ، فقال [ له ] : يا ابن أخي ، هؤلاء  قومك يسألونك ذا السواء ، فلا تمل كل الميل على قومك . فقال : " وماذا  يسألوني ؟ " قالوا : ارفضنا وارفض ذكر آلهتنا ، وندعك وإلهك ، فقال النبي -  صلى الله عليه وسلم - : " أتعطوني كلمة واحدة تملكون بها العرب وتدين لكم  بها العجم ؟ " فقال أبو جهل   : لله أبوك ، لنعطينكها وعشر أمثالها ، فقال  النبي - صلى الله عليه وسلم - : " قولوا لا إله إلا الله " . فنفروا من ذلك  ، وقاموا ، فقالوا : أجعل الآلهة إلها واحدا كيف يسع الخلق كلهم إله واحد
Ketika  Umar Al-Khattab masuk Islam,orang-orang Quraisy merasa sempit dada  sedangkan orang-orang beriman merasa gembira. Lalu Al-Walid bin Mughirah  berkata kepada pembesar-pembesar Quraisy yang terdiri daripada  orang-orang kaya dan bangsawannya: “Pergilah mengadu kepada Abu  Talib”.Lalu mereka pun mendatangi  Abu Talib dan berkata kepadanya: “  Wahai Abu Talib, kamu adalah pemimpin kami dan orang yang tua di  kalangan kami. Sesungguhnya kamu pun tahu apa yang dibuat oleh  orang-orang bodoh itu (kaum muslimin). Kami datang kepadamu supaya kamu  menyelesaikan masalah yang berlaku antara kami dan anak saudaramu”.  Abu Talib telah menjemput nabi Muhammad SAW supaya datang bertemunya  dan dia bertanya kepada nabi SAW:” Wahai anak saudaraku, kaummu itu  meminta keadilan, maka janganlah berlebih-lebih sangat terhadap mereka”.  Nabi SAW bertanya: “apakah yang mereka minta daripadaku?”. Mereka  berkata:” Jangan ganggu kami dan jangan ganggu Tuhan kami, kami pun  tidak akan ganggu kamu dan Tuhanmu”. Maka jawab nabi SAW:” Adakah kamu  mahu memberikan aku satu kalimah sahaja yang mana dengannya kami akan  memerintah bangsa Arab dan dipatuhi bangsa Ajam?”, Maka Abu Jahal  berkata: “ Demi Allah dan demi bapamu, kami akan berikan kamu dan   sepuluh kali ganda daripada apa yang kamu minta”. Maka jawab nabi  SAW:”Katakanlah Lailahaillalah”. Lalu mereka enggan mengatakannya dan  bangun berlalu sambil mengomel: “Adakah patut Muhammad menjadikan Tuhan  hanya satu? Bagaimana satu Tuhan akan mentadbir makhluk seluruhnya?”.
Kepelbagaian  nama-nama Tuhan yang disembah oleh orang-orang kafir itu hanya rekayasa  nenek moyang yang kemudiannya dipanut oleh anak cucu secara membuta  tuli.  Bertaqlid kepada nenek moyang menjadikan mereka sesat dan Allah  mengutuskan para nabi untuk mencabut keluar ikutan membuta tuli terhadap  nenek moyang ini. Islam menggesa supaya digunakan akal untuk berfikir  dan mencari hujah dan dalil.Dengan  sebab hilang fungsi akal, manusia kafir mempercaya wujudnya banyak  Tuhan. Tuhan-tuhan sembahan mereka wujud dalam bentuk "syuraka" yang  berkongsi sandaran keyakinan mereka. Meyakini ada sesuatu yang  mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan selain Allah SWT adalah  perbuatan syirik. Ia seolah-olah menyembah perkara tersebut miski secara  fizikal ia tidak disembah.  Mereka yang percaya kepada tangkal azimat,  pelaris, pengasih,susuk dan sebagainya yang diyakini sebagai sekutu  dalam kuasa memberi manfaat dan menolak mudarat selain Allah adalah  musyrikin sekalipun secara lahiriah mereka muslim dan menyembah Allah  SWT.
Sebab itu, setiap yang bernama muslim jangan rasa selesa dengan keislamannya. Kalimah tauhid yang dituntut oleh nabi SAW itu tentu punya efek besar sehingga kafir Quraisy itu enggan mengucapkannya. Mengucap secara gambalang sedang diri terus bergelumang kesyirikan tidak ada gunanya. Kafir Quraisy mengerti makna mengucapkan kalimah tauhid lalu enggan mengucapkannya.
 
 

%20-%20Google%20Chrome.png)






































































%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )
 


























































0 comments:
Post a Comment