Hari ini, aku menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Jannatun Naim, Sri Taman.
Pemilik Blog

Ust Kama (PerenungLangit)
TAQWIM HIJRI
Waktu Malaysia
WAKTU SOLAT
Rujukan
Khutbah
Download Pelbagai
SUMBER FATWA
Senjata Blogger
Khutbah Jumaat: Jangan mendustai Rasulullah
June 26, 2009Posted by PERENUNG LANGIT at 8:21 PM 0 comments
Labels: Khutbah
Biarkan hujan teduh sendiri
June 20, 2009Biarkan hujan teduh sendiri. Nanti katak berhenti menyanyi.
Posted by PERENUNG LANGIT at 12:14 PM 0 comments
Labels: Ulasan
Siapa Ulil Amri?
June 17, 2009Posted by PERENUNG LANGIT at 12:52 AM 1 comments
Labels: Pendapat
Kepimpinan ulama-pandangan menyongsang arus
June 16, 2009Ulama memang ada dan ia thabit berdasarkan nas Al-Quran dan Hadis. Tetapi
kepimpinan ulama adalah satu ijtihad politik. Ijtihad yang betul, akan diganjari
dua pahala manakala ijtihad yang salah akan diganjari satu pahala. Ijtihad tidak
pernah tertutup pintunya kerana pembukanya tidak pernah menutupnya.
Posted by PERENUNG LANGIT at 11:31 PM 0 comments
Labels: kritikan
kerajaan perpaduan
June 8, 2009Sepatah kata
Setelah gendang dipalu sekali
Kerajaan perpaduan
Para syua'ra turut berdendang
Kata mereka...
yang tak mungkin diulang semula.
Posted by PERENUNG LANGIT at 7:19 AM 0 comments
Labels: Puisi
Ya Laital Izzah
June 7, 2009Pada satu hari Khalifah harun Ar-Rasyid menatap segumpal awan mendung yang sarat lalu berkata:
"Wahai hujan, turunlah di mana sahaja yang kau mahu... aku pasti menerima hasilmu...".
Awan mendung itu akan menurunkan hujan. Jika ia turun dalam wilayah kekuasaan Islam, orang-orang Islam akan mendapat manfaat daripada airnya. Jika ia turun dalam wilayah kafir, negara Islam akan mendapat faedah daripada bayarn jizyahnya.
Kata-kata khalifah ini adalah satu pancaran izzah keimanan yang bersemadi dalam jiwanya. Alangkah indahnya ummat pada masa tersebut yang memiliki izzah. Izzah yang kini hilang dan ummat puas mencar-carinya, namun tak ketemui.
Izzah? apa itu izzah?
Izzah dari segi bahasa adalah kekuatan dan kemenangan. Ia adalah ketinggian dan keuggulan yang mengelakkan seseorang daripada dikalahkan atau dihinakan.
Sebagai orang yang beriman, kita wajib meyakini bahawa izzah adalah milik Allah, rasulnya dan orang yang beriman. Inilah hakikat sebuah izzah.
Firman Allah swt:
وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ
"Izzah(kekuatan) itu hanyalah bagi Allah, bagi rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin”.
(Surah al-Munafiqun:Ayat 8)
Orang-orang kafir juga mencari izzah, namun izzah yang mereka cari hanyalah kehinaan buat mereka. Firman Allah swt:
وَاتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ آلِهَةً لِيَكُونُوا لَهُمْ عِزّاً * كَلاَّ سَيَكْفُرُونَ بِعِبَادَتِهِمْ وَيَكُونُونَ عَلَيْهِمْ ضِدّاً
Dan mereka Telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka, Sekali-kali tidak. kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka.
(Surah maryam: Ayat 81-82)
Ramai orang yang tersilap dalam memperhitungkan kemuliaan diri.
Ada yang mencari kemuliaan dengan harta kekayaan. sangkanya, bila dia kaya, dia akan mendapat kemuliaan yang dicari. Tetapi, harta kekayaan yang dicari itu tidak menambahkan kemuliaanya, malah dia hanya akan bertambah hina.
Berkata Hasan Al-Basri:
"Demi Allah, tiada seorang pun yang mencari kemuliaan dengan dirham, melainkan dia akan dihinakan Allah swt. Kita telah saksikan berapa ramai manusia yang dihinakan oleh harta bendanya".
Sesetengah orang pula mencari kemuliaan dengan pangkat dan nama. Berapa ramai pula kita lihat pemimpin-pemimpin yang dulunya dimuliakan semasa dia berkuasa, akhirnya dihina setelah matinya. Ada kalangan mereka pula yang dibicara dan dipenjarakan pada akhir usianya dan dikutuk oleh rakyatnya.
Ada pula kalangan orang Islam, cuba mencari kemuliaan dengan bersekongkol dengan orang kafir. Inilah jalan berbahaya yang ditempuh dalam mencari kemuliaan. Tiada kehinaanlah yang akan diperolehi melainkan kehinaanlah yang akan ditempuhi. Sejarah telah memperlihatkan kepada kita berapa banyak pemimpin Negara umat Islam yang bersengkokol dengan barat untuk menyelamatkan diri dan negaranya. Tetapi dirinya terhina dan Negaranya tetap terjajah.
Firman Allah SWT:
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً * الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعاً
Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah.
(Surah An-Nisak: Ayat 138-139)
Justeru, kemuliaan, keagungan dan kemenangan adalah bagi Allah dan Allah yang memberikan kepada penolong-penolong agamanya.
Sesungguhnya kehinaan dan hilangnya izzah yang meliputi ummat Islam hari ini adalah kerana meluasnya bid’ah, kemaksiatan dan jauh daripada mengikut syariat Allah swt. Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sabdanya:
وجعل الذلة والصَّغَار على من خالف أمري
“Dan Allah menjadi kehinaan dan kekerdilan ke atas mereka yang menyalahi perintahku”.
Posted by PERENUNG LANGIT at 3:03 PM 0 comments
Labels: karya 1
Kenduri kahwin-gulai sulung dan mandi buang sial
June 3, 2009Apabila bercakap mengenai perkahwinan, tak lari daripada walimah iaitu majlis perkahwinan.
Aku bernostalgia tentang sebuah episod kenduri kahwin yang pernah keluargaku adakan.
Ketika keluargaku mengadakan kenduri perkahwinan salah seorang adik perempuanku, seekor kerbau tumbang. Kerbau yang dibela bertahun-tahun oleh ibuku. Apabila selesai kerja-kerja melapah yang dilakukan oleh beberapa orang kampung, datanglah seorang makcik dengan sebuah bekas.
"Din...ibu kamu suruh ambil sedikit daging...", kata makcik itu.
"Daging sedang dilapah...lepas tu nak bawa ke tempat menyiang daging...", balasku.
"Ambil kat tempat melapah sana lah...nak buat gulai sulung", ujar makcik itu.
"Apa? gulai sulung?", aku tidak puas hati dan pergi mencari ibuku. Istilah gulai sulung tersebut telah aku dengar semasa kenduri di rumah salah seorang bapa saudaraku dahulu. Aku tidak menyukai amalan itu kerana melihatnya sebagai mengandungi unsur-unsur khurafat dan tahyul.
"Mak...apa mak ada suruh ambil daging untuk buat gulai sulung?", tanyaku kepada ibu yang sedang duduk bersama kakakku di salah satu sudut.
"Ambik ajalah...amalan orang tua-tua...", ibuku berbisik perlahan.
"Tidak...kan dan saya terangkan pada mak...kita orang Islam dilarang buat gulai sulung...itu khurafat", kataku perlahan, mengingatkan ibuku tentang kritikanku atas apa yang dibuat semasa kenduri di rumah bapa saudaraku dulu.
Ketegasanku dalam soal itu diterima ibuku. Alhamdulillah. Akhirnya gulai sulung tak jadi buat.
Aku tidak tahu secara lengkap sejarah gulai sulung. Tetapi aku mengesan unsur kepercayaan tahayyul dan khurafat di sana. Kononnya, kalau binatang yang dipelihara seperti lembu dan disembelih untuk kenduri, dan gulai sulung tak dibuat, kenduri akan mengalami masalah. Mungkin lauk tak cukup atau ada yang akan sakit kemudiannya. Gulai sulung itu pula dimasak dengan cara tertentu dan tidak ramai yang tahu memasak gulai sulung.
Gulai sulung itu diangkat dan dihidangkan kepada pak lebai untuk didoakan.
Aku tak peduli hal itu. Biarpun ia didoakan atau tidak, aku merumuskan ia hanya sebuah adaptasi. Aku menduga, asal usulnya adalah kepercayaan paganisme nenek moyang terdahulu. Mereka membela lembu kerbau dan percaya kepada semangat yang ada bersama ternakan mereka. Kepercayaan kepada semangat, begitu kuat di kalangan petani-petani tradisioanal di Kedah. Sebagai contoh, bagi menyimpan padi dalam jelapang, ada satu sudut tersimpan botol air dalam bekas bersama gemal-gemal padi. Kononnya itulah semangat padi. Ibuku pernah menyimpannnya sehinggalah aku berjaya menghapuskannya.
Aku kira, dalam soal penternakan juga ada unsur kepercayaan terhadap semangat ini. Oleh itu, apabila sembelihan dibuat ke atas seseekor binatang ternak, demi menghormati semangat tersebut, gulai sulung dibuat. Mungkin zaman pagan dahulu, gulai sulung itu untuk jamuan semangat tersebut. Namun, bila Islam sudah dianut, ia diadaptasikan dengan bacaan al-Quran dan doa.
Bagiku adaptasi sebegini sudah sampai penghujungnya dan kini zamannnya ia dihapuskan.
Ketika menjelang tengahari hari majlis tersebut, adik bongsuku bergegas memberitahuku bahawa ada seorang pakcik sedang buat air mandian untuk adikku yang diraikan perkahwinannya.
"Air apa?"tanyaku sambil mengikutnya masuk ke dalam rumah.
"Entah....dia minta air setimba...katanya nak buat air mandian...buang siallah gamaknya...", adikku berkata perlahan.
Aku melihat seorang pancik yang amat kukenali sedang duduk bersila di depan sebaldi air seperti sedang membacakan sesuatu. Aku mengamati dari jauh dan tidak menganggunya. Aku pergi mendapatkan adikku yang diraikan perkahwinannya, dan memberi arahan kepadanya agar jangan mandi dengan air tersebut.
"Tiada sial yang perlu dibuang...", kataku.
Adikku akur. Aku memastikan dia menuang air jampian tersebut.
Bukan salah menjampi air. Lebih-lebih lagi membaca ayat-ayat suci al-Quran. Tak salah buat air penawar untuk tujuan tertentu. Tetapi, menjampi air untuk membuang sial adalah salah. Ia adalah kepercayaan karut yang dilarang oleh agama. Ia tak jauh daripada konsep mandi tolak bala yang dibuat orang pada bulan safar.
Demikian...biarpun aku tinggal dalam sebuah keluarga yang boleh dikatakan agak kuat beragama, unsur-unsur kepercayaan adat sekampung bukan satu hal yang mudah dipadamkan daripada meresap dalam keluarga. Aku berharap keluargaku terpelihara. Aku ingin mengubah dan menyingkirkan amalan-amalan khurafat seumpama itu di mana sahaja aku berada.
Posted by PERENUNG LANGIT at 8:05 AM 0 comments
Labels: Anekdot