Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

PAJSK

Sinar Harian

LOG IN FROG VLE

Sinar Harian

E-FILING LHDN

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

REVOLUSI MAKAN DIRI

March 26, 2020



الثورة تأكل أبناءها

" Revolusi akan membaham anak-anak revolusi" 

Revolusi itu seperti seekor singa. Apa bila singa yang lemah menjadi kuat, maka singa itu akan menerkam orang yang pernah menolongnya. Pepatah Melayu menyebut, bagai melepaskan anjing tersepit. Telah kita lihat dalam sejarah , bagaimana nasib yang menimpa para pejuang revolusi. Apabila revolusi telah berjaya menumbangkan sesebuah pemerintahan, lalu naik pemerintahan baru akibat revolusi tersebut, mangsa-mangsanya adalah para pejuang revolusi itu sendiri.

Perhatikan hukum sejarah ini. Di seluruh dunia dan juga yang pernah berlaku dalam episod sejarah. Revolusi selalu makan diri.

Kata-kata ini menjadi popular ketika berlaku Revolusi Prancis. Apa yang berlaku selepas revolusi Prancis 1789? Sila baca. Apa yang berlaku selepas revolusi Bolshevik 1917?

Bukankah telah dikatakan: Revolusi itu memakan anak-anaknya. Bagai kucing jantan makan anak-anaknya.

BERKOTA DALAM RUMAH

March 21, 2020

Kita yang hidup pada tahun 2020 ini diserang penyakit akibat Corona Virus. Belumlah kita pasti berapa banyak korban yang akan berjatuhan diseluruh dunia. Belumlah juga kita pasti, sejauh mana dahsyatnya virus ini. Namun, kelihatannya penangan virus ini telah mengancam seluruh manusa segenap pelusuk dunia.

Lebih 600 tahun yang lalu, telah tersurat dalam sejarah manusia satu jenis penyakit yang menelan korban yang bukan kepalang lagi banyaknya. Itulah wabak yang disebut sebagai Taun Hitam (Black Death). Taun ini dikatakan bermula daripada Asia barat dan merebak ke Benua Eropah. Ia mengamuk selama 5 tahun bermula daripada tahun 1347M sehingga 1351M . Sejumlah antara 75 juta sehingga 200 juta jiwa dianggarkan terkorban kerana wabak ini.

Inilah wabak yang dicatat dalam sejarah Eropah sebagai wabak paling dahsyat dalam sejarah manusia. Penduduk Eropah telah surut dengan teruk dan 1/3 warganya telah maut.

Jika kita buat bacaan tentang wabak-wabak yang menyerang manusia sepanjang sejarah, tahulah dan sedarlah kita bahawa manusia amat lemah berdepan dengan kuasa pencipta. Manusia banyak mati ketika Allah SWT dengan jabarutnya menggempakan bumi atau meletuskan gunung berapi maupun membawa hentaman tsunami. Namun kematian itu jika dibandingkan dengan kamatian akibat makhluk seni bernama virus, adalah kecil!

Hanya dengan makhluk seni yang tidak kelihatan oleh mata itu, manusia tewas. Manusia banyak terkorban. Allah mahu kita sedar bahawa di atas langit ada langit. Tiada makhluk yang gagah melainkan akan tewas dengan makhluk yang lemah. Itu kerana yang sejati gagah perkasa adalah yang mencipta makhluk yang lemah itu.

Apalah sangat dengan virus itu. Ia lemah berbanding manusia. Tetapi kerana ia ciptaan yang Maha Gagah, ia boleh mengalahkan manusia! Ia boleh menelan korban ratusan juta hanya dalam beberapa hari. Takut kepada virus tersebut hendaklah menjadi lambang takut dan gerun kepada penciptanya.

Kita berdoa agar korban Covid19 ini dapat dikurangkan. Mungkin belajar daripada kesilapan ummat manusia dahulu dapat membantu. Kitab-kitab dan catatan sejarah banyak menyebut bahawa orang dulu-dulu ketika diserang wabak, mereka berkumpul dan beribtihal beramai-ramai. Disangka dengan cara itu dapat menolak bencana wabak, sebaliknya dengan cara itu mereka dengan mudah dilibas wabak.

Kerana itu, jauhi ijtimak, perkumpulan atau bersentuhan. Patuhi arahan kerajaan yang telah mengambil nasihat para pakar dan pengalaman sejarah.


Kelak, sewaktu Yakjuj dan Makjuj mengamuk, tiada yang selamat kecuali yang mengurungkan dirinya dalam kota. Yang berpeleseran di luar, mati semuanya. Nabi Isa pun, ketika itu berlindung di balik kota!

Jadi, untuk serangan Corona Virus, rumah anda adalah kota anda.

KHUTBAH JUMAAT: AWASI BERITA ORANG-ORANG FASIQ

March 6, 2020

Hari ini saya menyampaikan Khutbah di Masjid Nurus Saadah.

Download Teks:

https://www.mediafire.com/file/qh5ny0i9p87a033/Awasi_Berita_Orang-orang_Fasiq.pdf/file
https://www.mediafire.com/file/qh5ny0i9p87a033/Awasi_Berita_Orang-orang_Fasiq.pdf/file

Pendusta di zaman kini

February 29, 2020

Banyak cakap, banyak salah. Banyak salah, banyak dosa. Banyak dosa dibalas neraka!

Dalam dunia hari ini, dengan adanya media sosial, ramailah orang suka membebel dengan menggunakan jemarinya. Diketiknya keyboard tanpa henti. Lalu mengalirlah segala tulisan yang beraneka. Mungkin ada yang menjadi pahala, dan banyak sekali yang menjadi dosa.

Siapa yang sayangkan diri, tahanlah. Orang lain bersengketa, kita tumpang mengata. Orang lain sudah berdamai kita masih mamai.Orang lain dapat habuan, kita tak keruan!

Aku peringatkan diri, dalam seratus berita di media sosial, 99 aku pandangn sebelah mata. Cuma satu aku ambil perhatian. Pendusta sangat banyak. Bukan lagi musang yang menjadi haiwanun makir, tetapi dajajah juga tumpang sekaki. Jangan terpedaya dengan penampilan luaran. Jangan lahap mengambil pandangan sekalipun orang bernama Dr atau professor. Masing-masing berlumba menebar kecenderungan dan kepentingan. Keadilan bukan lagi jadi timbang tara.

Saya pernah menegaskan....jika orang menabur pahala di jalanan, janganlah pula kau tiru. Seharusnya kau kutip pahala dan membuang dosa.

Bersenda dengan para pelakun pentas politik buatkan anda hilang banyak dosa. Anda mengata si fulan. Anda menuduh si fulan. Anda tengok ada tangkap layar tentang seseornag, anda kongsi. Anda dengar , sebelum benar-benar faham, anda sudah menyeranah. Anda dihasut, terus anda telan hasutan itu.  Yakinlah ...anda sedang menempa kerugian. Jauhilah, supaya di hari perhitungan anda tidak terkesima.

Sebilangan orang rajin berkomentar. Semua khabar yang sampai kepadanya, diriwayatkan. Sabda Rasulullah SAW dalam Saheh Muslim:


كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

" Cukuplah untuk menjadi pembohong jika seseorang itu menceritakan semula apa sahaja yang didengarnya".


Banyak yang anda baca dalam FB, Whatsapp, Blog, Portal dan seumpamanya. Jika anda share semuanya, andalah pendusta. 

Adab seorang mukmin yang cakna sabda Kanjeng Junjungan, tidak meriwayatkan kecuali yang baik dan pasti.