Orang-orang di sekitar kampungku ramai yang masuk dalam kumpulan yang dinamakan keturunan Wan Mustapha. Menurut Cerita, Wan Mustapha itu bersambung leluhurnya hingga ke Raja Visnu.Aku tidak tahu riwayat Raja Visnu itu dan raja negeri mana dia.Diceritakan juga, Wan Mustapha itu menikah ramai dan anak-anaknya pun ramai. Dia asal patani dan berpetualang sampai ke Kedah. Sekali berhimpun kelarga Wan Mustapha, bercampur aduklah antara ornag Malaysia dan dengan Selatan Thailand.
Aku tidak menganbil bahagian. Aku juga tidak tergerak untuk menghubungkan salasilahku dengan Wan Mustapha itu. Bagiku, hal itu tidak jelas. Apa yang jelas, aku adalah salah satu 8 orang anak Wahab dan Saudah. Adik beradik-beradiku seibu sebapa semua dan mereka bernama Zainun, Dahari, Kamariah, Aku (Kamaruddin), Noraini, Nurulhuda, Mohd Syahril dan Norkamalia.
Bapaku adalah anak Che' Mat yang bernikah dengan Zainab. Hasil pernikahan itu lahir bapaku selaku anak sulung. Anak kedua adalah Jusuh. Anak ketiga adalah Abd Rahman. Anak ke-4 adalah dipanggil makteh Mek, isteri paktih Mad. Anak ke-5 makcik Timah. Dia ada masalah mental dan kena makan ubat. Semua anak-anak Che' Mat dengan Zainab sudah meninggal. Terakhir meninggal dunia adalah Pak Lang Man (Abdurrahman) yang wafat tahun 2022.
Che Mat tokwanku itu menikah dua. Bini keduanya bernama Ramlah. Aku panggil Tok Melah. Dia orang Asal Guar Payang. Dengannya, dapat anak-anak lagi. Ahmad, Rohani, Bunyamin, Zulkifli dan Arif. Anak-anak Tok Wan Mat dengan Tok Melah itu masih hidup semuanya. Mereka adalah bapa saudara tiriku. Tok Wan Che Mat itu , ayahnya bernama Tok Tayib dan emaknya bernama Tok Sara. Tok Sara itu juga ada anak lain . Aku tak ingat namanya. Dia adalah emak kepada Paktih Akob pedu. Paktih Akob pun sudah meninggal tahun lepas.
Zainab itu bini tok wan Che Mat. Emak kepada bapaku. Dia mungkin asal Kubang Benban. Di Kubang Benban, ada orang nama Cikgu Mail. Dia masih hidup dan dulu dia baik dengan bapaku. Hubungan mereka adalah sepupu. Cikgu Mail itu aa beberapa beradik. Antaranya arwah imam Taib yang pernah jadi imam Tandob Besar.
Sebelah ibuku.
Ibuku saodah, satu-satunya anak perempuan Ismail. Ismail itu Tok Wan aku.Dia adalah anak Haji Saleh.
Haji Saleh itu dapat 5 anak. 3 lelaki dan dua perempuan. Sulung namanya Tok Piah. Kedua Ismail Tok Wan aku, ketiga Tokwan Hasan (Ayah Maklong Sarah) keempat namanya Tok Wan Ali dan ke-5 namanya Fatimah (Tok Timah) yang tinggal di Naka Nambuwa. Dia sudah meninggal dan anak-anaknya adalah antara lain Halim dan Rosdi
Ismail dapat 3 anak: Saodah, Mansur dan Mat Zain.
Tok Piah , anak-anaknyaalah: maklong Don, Pakgah Musa, Maklang Munah, Mak Ndak (Selangor), Pakcik Man Tolak, Paktam Ismail ( duduk kg masjid -ayah kepada ??-kawan sekelas aku dulu)
Anak-anak Tokwan Ali ialah: Pakcik Ghani, Idris dan Rokiah. Tok 'Ah bini Takwan Li masih hidup masa ini.
Anak-anak Tok Timah pula ialah: Mahmud, Yaakob, Halim, Rosdi.
Aku catat setakat yang aku tahu. Mungkin ada yang tersilap atau terlepas pandang. Dari semasa ke semasa aku akan baiki bila ada maklumat baru. Catatan ini buat bahan pengetahuan anak cucu.












