Kematian kerana Covid19 berjatuhan bagaikan bunga sakura. Kalau dulu saya dengar dari kejauhan. Kini berita kematian itu sudah berlegar disekeliling. Kalau dulu sebelum dikhabarkan siapa yang meninggal, sudah dapat ditelah umurnya. Tentunya orang tua atau yang berpenyakit kronik. Namun kini, keadaan sudah berubah. Kekadang yang diberitakan meninggal kerana Covid19 itu orang yang masih muda dan sihat wal afiat sebelumnya. Masya Allah. Dunia benar-benar diselubungi bau kemiyan!
Jumlah kematian kerana Covid19 dalam negara tercinta ini sudah melewati 9 ribu orang. Angka kes harian sudah tidak lagi berlegar pada puluhan atau ratusan orang. Ia juga bukan lagi dalam lingkaran ribuan. Ia sedah menapak ke belasan ribu. Kemungkinan yang menakutkan, ia mungkin akan melonjak ke angka puluhan ribu kes setiap hari.
Situasi Covid19 ini benar-benar sebuah bencana yang membingungkan. Jika mahu dinilai, bencana alam yang berlaku pun tidak memakan korban sebegini dahsyat. Tanah runtuh, Tsunami, banjir dan kemalangan jalanraya, angka korban masih lagi dalam hitungan yang terkawal. Kematian kerana Covid 19 ini sudah di luar kawalan.
Allah sedang menghukum kita, bukan sekadar menguji. Kerana kebobrokan yang dilakukan sebahagian daripada kita megundang murka Allah. Tepuk dada tanya hati. Apa yang telah kulakukan atau masyarakatku lakukan. Banyak pihak boleh dituding jari. Dari elit atas hingga rakyat terbanyak. Namun, menuding jari kepada diri sendiri lebih akmal. Lebih aslam.
Pun begitu, dalam setiap bencana yang ditimpakan Allah, terdapat akabira mujrimin.Firman Allah buat renungan:
0 comments:
Post a Comment