Satu orangpergi Makkah buat haji. Selepas balik kampung berubah dia. Kalau dulu jahat dan banyak maksiat, lepas balik Makkah jadi baik dan banyak amal soleh. Itu mungkin jadi tanda hajinya mabrur. Tapi itu bukan muktamad dan semestinya. Ramai juga orang yang poergi makkah buat haji tapi menyalahi haji yang Sunnah mahukan. Balik kampung berubah juga. Apakah perubahan itu hendak kita jadikan ukuran hajinya mabrur sedangkan hajinya berjalan tidak atas petunjuk nabi?
Kekadang satu orang banyak solat dan mendapat alamat dengan limpahan nikmat selepas solatnya. Dia dapat razeki murah, hati lapang dan kehidupan bertambah rukun. Itu satu tanda amalnya maqbul. Tapi ia bukan kata putus. banyak juga orang yang buat ibadat tapi berasaskan bid'ah. Amal ibadahnya menyalahi sunnah Rasulullah. Orang kafir pun buat amal ibadat ikut kepercayaan mereka dan mereka juga dapat yang disifatkan sebagai wujdan hasil taqarrub kepada Tuhan. Maka ukuran kebenaran amal bukan pada hasilnya.
Ia diikat dengan Ittiba' kepada cara Rasulullah SAW.
Sekali lagi ditegaskan, maqbulnya amal bukan dilihat pada hasilnya. Ia dilihat pada caranya, samada menepati kehendak agama atau tidak. Dengan lain kata, apakah ia atas dasar ittiba' dan bukan Ibtida'.
0 comments:
Post a Comment