Kantung yang sarat
dengan mantera laknat
kini jadi beban berat
untuk mendaki langit malaikat.
Langkah jadi lambat
roda pun telah berkarat
kafilah rasa penat
melirik tempat istirehat.
Satu kata cemuh musibat
yang pernah jadi ayat
waktu rancak bersilat
akan dibawa ke akhirat.
Setelah ditanggal selendang berdarah
kemudian memakai tanjak Pak Lurah
dosa semalam tetap berbarah
taubat lidah tidak mudah.
Telah terluka banyak jiwa
dalam dunia tiada penawarnya
membawa cerita ke hari muka
di sanalah cuba diri kau bela.
KEMBAR TASYRIF ADALAH TAKLIF
-
Tasyrif adalah kemuliaan, keutamaan dan kehormatan. Orang mahu dirinya
dihormati dan penghormatan itu dicapai dengan pelbagai jalan. Ada yang
mendapatny...
13 hours ago
0 comments:
Post a Comment