Tahun lepas, majlis bacaan doa  akhir tahun dan awal tahun dibuat di Masjid Negara dan diraikan secara  rasmi dengan kehadiran Yang Dipertuan Agung serta ramai pimpinan utama  negara. Timbul pertanyaan di kalangan tertentu, apakah doa akhir tahun  dan awal tahun itu sunnah? Dengan kata lain, apakah nabi Muhammad SAW  melakukannya? Atau, apakah para sahabat mengamalkannya?
Jika  dicermati dengan minda pencerahan, dengan mudah kita dapat menarik  kesimpulan bahawa doa awal dan akhir tahun itu bukanlah sunnah. Ia  dikatakan mudah kerana kita maklum bahawa di zaman nabi SAW tidak ada  kalender hijrah yang dikira bermula daripada Muharram. Penggunaan taqwim  hijrah yang memulakan Muharram sebagai bulan pertama dan tahun hijrah nabi SAW  ke Madinah sebagai tahun pertama hanya bermula pada  zaman pemerintahan Umar Al-Khattab. Justeru bagaimana harus dikatakan ia  sebagai sunnah?
Rangkaian  doa yang dikatakan doa akhir tahun dan awal tahun itu pula bukanlah  daripada nabi. Fadhilat yang dinyatakan untuk mereka yang membacakan doa  tersebut di mana di katakan syaitan akan kecewa, diampunkan dosa untuk  setahun itu dan aman daripada tipudaya syaitan untuk setahun mendatang  adalah satu rekayasa yang tidak bersandarkan nabi SAW. Bagaimana kita  boleh mempercayai bahawa nabi  SAW menitipkan satu doa dengan fadhilat  tertentu dan ia dikaitkan dengan awal Muharram sedangkan Muharram pada  zaman nabi SAW belum lagi dijadikan bulan pertama dalam taqwim Islam?
Berdoa  memang bagus. Namun mengamalkan doa akhir tahun dan awal tahun  seolah-olah ia adalah sunnah Rasul dan diberi pahala dan fadhilat  tertentu bagi yang mengamalkannya adalah satu pencemaran kepada keaslian  agama. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang boleh menjanjikan fadhilat  untuk sesuatu amal. Orang lain hanya membuat rekaan belaka! Rekaan atas nama nabi adalah jenayah!
Umar  Al-Khattab meletakkan taqwim Islam bermula daripada bulan Muharram dan  menjadikan tahun nabi berhijrah ke Madinah sebagai tahun pertama  bukanlah untuk disambut. Lebih-lebih lagi , bukan untuk diritualkan  dengan amalan yang disandarkan kepada agama seperti doa akhir tahun dan  awal tahun. Ia adalah untuk memperlihatkan kebesaran peristiwa hijrah  dan menjadi lambang tajdid hayat bagi setiap Muslim melaui konsep  hijrah.
Bukan  budaya Islam merayakan awal tahun seperti mana golongan kuffar meraya  penghujung Disember dan awal Januari. Justeru, jika ditanya tentang  apakah sunnah Rasulullah SAW sempena akhir tahun dan awal tahun, ia  adalah persoalan yang perlu diketepikan dan tiada  jawapan untuknya.  Islam tidak  menginstitusikan awal dan akhir tahun untuk diritualkan dengan amalan  tertentu. Tiada sunnah khusus untuknya! 
 
 

%20-%20Google%20Chrome.png)






































































%20to%20Inch%20-%20Google%20Chrome.png )
 


























































0 comments:
Post a Comment