Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI


Waktu Malaysia

TUKAR PASWORD YES

Sinar Harian

LOGIN AKAUN YES

Sinar Harian

e-Operasi

Sinar Harian

LOGIN SPLG

Sinar Harian

SAPS NKRA

Sinar Harian

HRMIS

Sinar Harian

APDM

Sinar Harian

PAJSK

Sinar Harian

LOG IN FROG VLE

Sinar Harian

E-FILING LHDN

Sinar Harian

e-Penyata Gaji

Sinar Harian

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket

Rujukan

Kenapa rasuah tidak reda?

December 29, 2020

Kes-kes rasuah dalam negara tidak pernah dapat ditumpas dengan tuntas. Ia telah membarah dan menular ke segenap pori dan urat nadi perjalanan pemerintahan dalam negara. Berpuluh-puluh tahun isu ini diperkatakan sehingga terkuras segala upaya fikir dan tenaga, namun rasuah tetap menyubur juga. Kenapa ini berlaku?

Aku teringatkan kisah yang berlaku di zaman Amirul Mukminin Umar Al-Khattab. Ketika dibawakan kepadanya harta-harta rampasan perang dari negara Parsi ke Kota Madinah, beliau pun merasa kagun dengan harta yang melimpah ruah dan sampai kepadanya tanpa berkurang sedikitpun.

Kata beliau:


إنّ قوماً بعثوا هذا لأمناء


Sesunguhnya mereka yang menghantarkan semua ini adalah orang yang sungguh amanah!



Ali bin Abi taliub yang bersama Umar ketika itu menitipkan sebuah falsafah untuk ditafakkurkan. Buat kita boleh menjadi renungan dan menguraikan sebab musabab perkara yang terjadi. Kata Ali:




يا أمير المؤمنين: عففتَ فعفوا، ولو رتعت لرتعوا



Wahai Amirul Mukminin, semua ini adalah kerana kau menjaga diri (daripada makan harta rakyat), lalu mereka pun jadi terpelihara. Andainya kau songlap, mereka pun akan songlap!




Di sini, kita akan menemui jawapan kepada permasalahan yang menyelubungi kita ini. Kenapa Rasuah tidak tuntas? Kenapa?

Rasuah yang cuba dibanteras itu adalah rasuah kakitangan awam dan orang-orang kerdil dalam masyarakat. Apakah pernah diselak rasuah apakah yang dilakukan oleh para pemimpin sehingga ke tahap yang teratas. Mereka akan menjadi cerminan kepada perilaku rakyat!




Kalau pemimpin rasuah, rakyat akan rasuah.

Kalau pemimpin khianat, maka pengkhianatan rakyat akan berleluasa.

Kalau pemimpin makar, rakyat pun makarlah.



Melihat keadaan masyarakat, anda boleh kenal pada tahap mana pemimpin anda!



RAZEKI PAGI SABTU

November 7, 2020


Namanya Ramli. Dulu, masa saya mula-mula menjadi pengunjung solat jemaah di Masjid Nurus Sa'adah Lunas, dia telah pun menjadi jemaah tetap di sana. Sehinggalah, aku melihatnya kian uzur dan solat atas kerusi. Kemudian, dia pun hilang tidak kelihatan lagi. Rumahnya hanya berhadapanb dengan masjid. Kata orang-orang masjid, dia sakit dna tidka mampu lagi keluar ke masjid. Sehingga ke hari ini, aku tidak sempat menziarahinya. Tidak diberikan ilham mahupun kekuatan untuk menjenguknya.

Pagi ini Hj. Syaari memmaklumkan sebelum solat subuh, bahawa Hj Ramli itu telah pun berpulang ke rahmatullah. Innalillah...

Selepas dengar Kuliah Subuh oleh Ust Zakaria Hamzah, aku melihat jam di dinding masjid telah menujukkan jam 7.28 pagi. Waktu Syuruq hari ini adalah jam 7.02 pagi. Sejak lepas solat Subuh, aku tidka berganjak daripada tempat dudukku. Dalam hatiku, pagi ini, selaras dengan hari cuti, baik aku tegakkan satu Sunnah yang jarang sekali aku buatkan. Aku mahu solat Sunat Syuruq. Satu solat sunat yang besar faedahnya. Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmizi, no 586, nabi telah bersabda:


مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ , تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

" Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian dia duduk mengingatiu Allah sehinggalah terbit matahari, kemudian dia solat dua rakaat, maka baginya pahala haji dan umrah yang sempurna,3 kali".



Alhamdulillah, pagi ini dapat tegakkan satu Sunnah. Siapa yang mengakkan sunnah, dia telah membunuh bid'ah.

Selepas tegakkan sunnah solat sunat yang semacam dikatakan dalam hadis, saya mengambil kesempatan menziarahi jenazah Hj. Ramli.



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ 
وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ
 
Nama: RAMLI BIN ABDULLAH
450423-07-5169
Tarikh meninggal: 1 pagi ( 7Nov 2020)

Bila Mati Seorang Anak Adam

October 17, 2020

Bila mati seorang anak Adam, dia membawa bersamanya segala dosanya. Dosanya yang dia tidak bertaubat daripadanya. Lebih-lebih lagi dosa yang dibuatnya ke atas orang lain yang dia tidka sempat mohon maaf daripadanya. Dosanya itu akan jadi beban buatnya di hari kemudian. Hari yang tidka berguna segala yang dia punya di dunia. Pangkatnya, pengikutnya, gelaran namanya, harta dan kemuliaan bangsawannya, semua itu tidka akan dapat membantuinya sedikitpun.

Hai Anak Adam, demikianlah berakhirnya hayatmu. Hayat yang kau leka dengannya. Dengan hayat yang diberikan itu, kau seperti lupa bahawa satu hari kau akan diterpa kematian. Saat kematian telah datang merenggut nafasmu, dunia terlepas dari tanganmu sebelum sempat kau lambaikan tangan. 

 Pergilah...pergilah menghadap Rabmu. Tiadalah dapat kami yang hidup dapat membelamu sedikitpun.

Hadis "Zatu Anwat".

September 3, 2020

Teks hadis mengenainya disebutkan dalam Sunan Tarmizi yang disifatkannya sebagaio Hasan Soheh dan juga disahehkan oleh Albani:

 

 عن أبي واقد الليثي أن رسول الله صلى الله عليه وسلم لما خرج إلى حنين مر بشجرة للمشركين يقال لها ذات أنواط، يعلقون عليها أسلحتهم، فقالوا: يا رسول الله! اجعل لنا ذات أنواط، كما لهم ذات أنواط. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: سبحان الله، هذا كما قال قوم موسى: {اجعل لنا إلها كما لهم آلهة}. والذي نفسي بيده لتركبن سنة من كان قبلكم

 

Ceritanya, selepas peristiwa pembukaan Kota Makkah oleh Rasulullah SAW pada tahun ke-8H. Ketika baginda Rasulullah SAW bersama tentera Islam sedang dalam perjalanan menuju ke Hunain untuk berperang dengan Bani Tsaqif, mereka lalu di laluan yang ada satu pokok yang disebut sebagai "Zatu Anwat". Pokok itu menjadi pokok suci orang Arab Jahiliyyah, di mana mereka menjadikannya tempat menggantung senjata mereka setelah pulang dari peperangan. Mereka juga menggantung sesuatu yang lain dengan tujuan mencapai hajat mereka.

 

Ada kepercayaan dan amalan seperti ini dalam pelbagai masyarakat. Dalam filem-filem Hindustan maupun Tamil, kita didedahkan dengan kewujudan pokok suci sebegini. Pada pokok itu mereka menggantungkan benang dan bertafakur memohon hajat. 

Jika kita menoleh ke rantau kita ini, di bumi Sabah pada zaman dahulu kala ada sebatang pokok agam yang menjadi pokok suci bagi masyarakat Kadazan-Dusun. Pokok itu dinamakan Nunuk Ragang yang kononnya menjadi central berkembangnya masyarakat Kadazan Dusun di Sabah.

Perbuatan sahabat-sahabat nabi meminta "zatu anwat" kerana mahu menjadi seperti bangsa Arab Jhailiah yang mempunya "zatu anwat" mereka  ditempelak oleh Rasulullah SAW dengan menyamakan permintaan mereka dengan permintaan Bani Israil kepada nabi Musa. Pada zaman nabi Musa, selepas selamat daripada lautan dan buruan Firaun, Bani Israil minta kepada nabi Musa dibuatkan untuk mereka Tuhan. Ini kerana mereka melihat berhala sembahan satu kaum dalam laluan perjalanan mereka. 

Nabi Musa menempelak mereka dan mengatakan permintaan sedemikian adalah permintaan orang bodoh

Tuhan yang namanya Allah itu tidak dapat dilihat dengan mata. Bahkan membina berhala lalu menyembahnya, hanya akan mengundang kecelakaan dan hukuman daripada Allah kerena kesesatannya.

Ketika nabi SAW menyamakan permintaan sahabatnya dengan permintaan Bani Israil, kita hendaklah jangan memahami dua pengikut nabi ini ada persamaan total. Persamaan mereka hanyalah dalam bentuk permintaan dan bukan apa yang diminta. Bani Israil meminta satu yang syirik kepada Allah sedangkan sahabat nabi itu meminta sesuatu yang masih boleh diuzurkan keadaannya. Permintaan itu tidak sampai kepada permintaan yang syirik.

Kita boleh lihat satu contoh yang lain disebutkan dalam hadis nabi SAW:

شرب الخمر كعابد وثن


Penagih arak itu seperti penyembah berhala.


Apakah boleh difahamkan bahawa peminum arak itu sama sahaja dengan penyembah berhala dan tiada bezanya. Jika sama dari semua seginya, tentulah menagih arak itu hukumnya kafir, kerana menyembah berhala adalah kafir!

Tentu, jika kita banding antara dua jenayah itu, ada bezanya. Jadi mengapa nabi membuat persamaan antara keduanya. Persamaan dari sudut mana? Di sinilah para ulama menjelaskannya dengan cermat berdasarkan prinsip bahawa tidak semua yang menyerupai dan yang diserupakan itu sama.

Ia perlu dilihat kepada konteks ucapan.

Melihat konteks ucapan ini yang gagal diladeni ramai orang, sehingga kekadang kita boleh menghukumkan seseorang berdasarkan kata-katanya di luar kontek ucapannya!