Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

SAWWALA DAN AMLA DARI SYAITAN

February 19, 2014

(Ekstrak Daurah 509)

Bersyukurlah kalau anda mendapati jalan anda ke arah kemaksiatan itu sukar. Ada orang begitu mudah jalannya untuk bergelumang dalam maksiat. Kalau rasa nak minum arak, dia boleh sahaja minum arak tanpa segan silu. Perasaan malu kepada orang sekeliling itu juga merupakan halangan bagi orang yang dipersulitkan Allah untuk berbuat maksiat. Namun, malu kepada manusia belum cukup menyelamatkan. Ia perlu ditingkatkan hingga menjadi malu kepada Allah SWT.

Permainan syaitan ialah mempermudahkan jalan kemaksiatan. Dalam menjalankan misi ini, syaitan dibantu oleh jenteranya yang terdiri daripada kalangan pendokongnya sendiri. Dalam keadaan tertentu, sahabat kita sendiri yang mempermudahkan kita berbuat maksiat.

Keinginan untuk berhenti merokok telah cukup tinggi. Tetapi gara-gara sahabat hulurkan rokok, lalu kembalilah semula merokok. Banyak orang musnah kerana sahabat. Tetapi banyak juga orang jadi baik kerana sahabat. Sebab itu, Rasulullah SAW sangat menekankan pemilihan sahabat yang tepat.

Masa miskin susah nak buat maksiat. Duit tiada nak beli itu ini. Akhirnya jalan kemaksiatan jadi sempit. Sebab itu kemiskinan itu merupakan rahmat Allah juga bagi sesetengah orang. Orang itu bila kaya, dia mudah berbuat maksiat. Kalau sudah mudah buat maksiat, ertinya Allah sudah cabut rahmat daripadanya dan syaitan pula menaklukinya dengan mempermudahkan jalan maksiat buatnya.

Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ ارْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْهُدَى ۙ الشَّيْطَانُ سَوَّلَ لَهُمْ وَأَمْلَىٰ لَهُمْ

Sesungguhnya orang-orang yang kembali ke belakang (kepada kekafiran) sesudah petunjuk itu jelas bagi mereka, syaitan telah menjadikan mereka mudah (berbuat dosa) dan memanjangkan angan-angan mereka.
(Surah Muhammad: Ayat 25)

Selain dengan cara membentangkan jalan kemaksiatan, kekufuran dan kederhakaan, Syaitan juga memasangkan angan-angan dalam fikiran kita agar leka dan lalai.

Lihat bagaimana kita dikhayalkan angan-angan tentang panjang umur. Saat kita bekerja sebagai kakitangan awam, kita diangan-angankan untuk hidup sampai pencen. Kita disuruh bekerja kuat hingga lupa untuk mengutamakan agama Islam dan beramal untuk akhirat sebanyak-banyaknya sebagai bekalan akhirat. Kita dijanjikan kenaikan pangkat, pengembangan sumber pendapatan, pengurusan masa depan anak-anak hingga masa kita menjadi padat dan banyak terfokus pada kerjaya. Kita jadi sayang pada duit gaji dan kedekut untuk infaq ke jalan Allah.

Angan-angan panjang umur, jadi kaya dan hidup senang di hari tua adalah "amla" dari Syaitan.

0 comments:

Post a Comment