Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Manusia makhluk pembantah

July 28, 2011

Firman Allah SWT:

وكان الإنسان أكثر شيء جدلا

"Dan adalah manusia itu sangat suka membantah".
(Surah Al-Kahfi: Ayat 54)

Manusia sememangnya makhluk yang suka membantahi perintah. Bantahan itu termasuklah ke atas perintah-perintah dari Allah SWT sebagai pencipta dan juga perintah-perintah Rasul Allah. Sikap suka membantah ini menjadi perangai manusia semasa di dunia, malahan akan juga menjadi pembawaan sehingga ke hari akhirat.

Dalam keadaan tententu,di luar sedar, perangai ini akan terbit. Seorang sahabat agung, Saidina Ali R.A juga pernah dilihat sebagai membantahi perintah Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis.


حدثنا أبو اليمان قال: أخبرنا شعيب، عن الزهري قال: أخبرني علي بن الحسين: أن الحسين بن علي أخبره: أن علي بن أبي طالب أخبره: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم طرقه وفاطمة بنت النبي عليه السلام ليلة، فقال: (ألا تصليان). فقلت: يا رسول الله، أنفسنا بيد الله، فإذا شاء أن يبعثنا بعثنا، فانصرف حين قلنا ذلك ولم يرجع إلي شيئا، ثم سمعته وهو مول، يضرب فخذه، وهو يقول: وكان الإنسان أكثر شيء جدلا


Telah menceritakan kepada kami Abul-Yamaan, ia berkata : Telah mengkhabarkan kepada kami Syu’aib, dari Az-Zuhriy, ia berkata : Telah mengkhabarkan kepadaku Ali bin Al-Husain : Bahwasannya Al-Husain bin ‘Aliy pernah mengkhabarkan kepadanya : Bahwasannya Ali bin Abi Thaalib pernah mengkhabarkan kepadanya : Bahwasannya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi dan membangunkannya dan Faathimah di satu malam, lalu bersabda : “Tidakkah kalian berdua akan shalat (tahajjud) ?”. Lalu aku (‘Ali) menjawab : “Wahai Rasulullah, jiwa-jiwa kami berada di tangan Allah. Seandainya Dia berkehendak untuk membangunkan kami, niscaya Dia akan membangunkan kami”. Maka beliau berpaling ketika kami mengatakan hal itu dan tidak kembali lagi. Kemudian kami mendengar beliau membaca firman Allah sambil memukul pahanya : ‘Manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah’ (QS. Al-Kahfi : 54)” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1127. Lihat juga no. 4724 & 7347 & 7465].

Tentunya perbuatan Ali bin Abi Talib yang menjawab sebegitu kepada Rasulullah SAW tidak menjatuhkan kedudukannya sebagai sahabat yang mulia. Namun ia menjadi bukti bahawa beliau juga insan biasa yang kekadang diruntun oleh sifat asal manusia yang suka membantah. Secara tidak langsung dapat menjadi dalil untuk renungan golongan Syiah yang keterlaluan dalam meletakkan Ali bin Abi Talib r.a di atas semua sahabat utama nabi yang lain.

Sikap suka membantah ini bukan sahaja di dunia. Di akhirat, manusia akan terus membantah prosedur pembuktian yang telah Allah letakkan buat mereka di mahsyar. Berapa banyak saksi yang dibawa kepada manusia untuk menunjukkan kelancangan mereka terhadap perintah Allah SWT, mereka akan mencari jalan dalih. Sehingglah saksi itu datang dari pihak diri sendiri dan tidak ada lagi jalan berdolak dalik.

Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:



يؤتى بالرجل يوم القيامة من الكفار فيقول الله له ما صنعت فيما أرسلت إليك فيقول رب آمنت بك وصدقت برسلك وعملت بكتابك فيقول الله له هذه صحيفتك ليس فيها من ذلك فيقول يا رب إني لا أقبل ما في هذه الصحيفة فيقال له هذه الملائكة الحفظة يشهدون عليك فيقول ولا أقبلهم يا رب وكيف أقبلهم ولا هم من عندي ولا من جهتي فيقول الله تعالى هذا اللوح المحفوظ أم الكتاب قد شهد بذلك فقال يا رب ألم تجرني من الظلم قال بلى فقال يا رب لا أقبل إلا شاهدا علي إلا من نفسي فيقول الله تعالى الآن نبعث عليك شاهدا من نفسك فيتفكر من ذا الذي يشهد عليه من نفسه فيختم على فيه ثم تنطق جوارحه بالشرك ثم يخلى بينه وبين الكلام فيدخل النار وإن بعضه ليلعن بعضا يقول لأعضائه لعنكن الله فعنكن كنت أناضل فتقول أعضاؤه لعنك الله أفتعلم أن الله تعالى يكتم حديثا فذلك قوله تعالى : " وكان الإنسان أكثر شيء جدلا

Seorang lelaki kafir dibawa ke hadrat Allah SWT pada hari kiamat, lalu Allah bertanya kepadanya: Apakah yang telah anda lakukan dengan Rasul yang telah Kuutuskan kepadamu?Lalu, lelaki kafir itu berkata: Aku telah beriman denganMu, membenarkan Rasul utusanMU dan beramal dengan isi kandungan kitabMU. Lantas Allah SWT berkata kepadanya: Ini kitab amalmu, tidak pula menyebutkan sepertimana yang kamu katakan.Si kafir itu berkata: Wahai Tuhan, aku tidak menerima (sebagai hujah) catatan dalam kitab ini. Lalu dikatakan pula kepadanya: Ini malaikat "hafazah" yang menjadi saksi ke atasmu. Berkata orang kafir itu: Aku tidak menerima mereka sebagai saksi. Wahai Tuhan, apakah aku patut memerima mereka sedangkan mereka bukan saksiku dan bukan daripada pihakku? Allah berkata pula: Ini dia catatan di Luh Mahfuz menjadi bukti kekafiranmu. Lalu, si kafir itu berkata: Wahai Tuhan, apakah aku tidak boleh dibebaskan daripada kezaliman ini? Allah berkata: bahkan, kamu tidak akan dizalimi. Kata si kafir: Aku tidak akan menerima sebarang saksi melainkan dari pihak aku sendiri. Allah mengatakan kepadanya: Sekarang akan Kubawakan saksi daripada pihakmu sendiri.Maka, tertanya-tanyalah si kafir itu siapakah saksi dari pihaknya sendiri itu. Lalu ditutupkan mulutnya (daripada bicara) dan dipercakapkan anggotanya menyaksikan kesyirikannya.Kemudian kelulah kata-kata si kafir itu dan diapun dimasukkan ke dalam neraka. Maka saling melaknat dia dan anggotanya. Dia berkata kepada anggotanya: Celaka engkau, kerana kalianlah aku sesat. Lalu anggotanya pun mencelanya dan berkata: Celakalah engkau! Tidakkah kamu tahu bahawa hari ini Allah SWT telah menguncikan bicara mulut? Maka demikianlah maksud firman Allah: Adapun manusia itu sangat banyak perbantahannya".

(Hadis Riwayat Muslim)


Orang yang beriman akan sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang disampaikan melalui lidah rasulNya. Hanya ada satu pilihan bagi yang beriman iaitu mengikut kehendak Allah dan rasulNya. Tidak ada dolak dalik. Tiada khiyarah!

Siapa itu si pencela Al-Qaradhawi

July 21, 2011

Ada kalangan lulusan pengajian dari Arab Saudi yang pulang ke Malaysia membawa akhlak yang buruk sekali. Sayang sekali, mereka belajar di bumi yang baik dan selalu berkunjung ke tanah haram Makkah dan Madinah, tapi kembali membawa ilmu yang kontang dari islah. Mereka lahir sebagai pencela. Barangkali, kalangan yang mahu marah kepada "Wahabi" inilah watak sebenar Wahabi. Tidak semua orang seperti mereka. Tidak semua Salafi seperti itu. Namun, mereka ini adalah Salafi tempang. Sebenarnya mereka jauh sekali dari manhaj Salafi!

Tersebar dalam youtube video seorang pencela Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Dia seorang ustaz Melayu yang mungkin tidak dikenali dan sedikit sekali muridnya. Dengan beraninya menganut fahaman gurunya yang mungkin punya kecemburuan peribadi dalam persaingan ilmu. 

Setelah mendengar celaan-celaan tersebut, kemahuanku untuk mendalami tulisan dan karya-karya Al-Qaradhawi makin besar. Lawatilah lamannya selalu untuk mengenal ketempangan ilmu sang pencela:


AL_QARADHAWI



Tazkiah diri perangai Iblis

July 2, 2011

SEREMBAN, 2 Julai – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perkauman di Malaysia menjadi lebih buruk selepas kelahiran Pakatan Rakyat (PR) susulan pilihan raya umum 2008, menyebabkan begitu banyak kenyataan berbaur perkauman muncul.

Sebaliknya menurut bekas perdana menteri (gambar), sistem integrasi unik di kalangan pelbagai kaum yang dibawa kerajaan pusat memerintah telah membawa kepada kejayaan Malaysia.

“Saya telah memantau dan kita kena ingat bahawa sekarang hubungan antara kaum menjadi semakin buruk, lebih teruk daripada dulu. Pakatan Rakyat lahir, tetapi pada umumnya, lebih banyak kenyataan perkauman wujud,” kata Dr Mahathir.(Sumber: malaysiakini)

Kata Iblis, dia jadi derhaka selepas Tuhan menciptakan manusia. Kerana manusia diciptalah, dia dilaknat Tuhan, dia gelar "ar-rajim". Padahal sebelumnya dia adalah kalangan "muqarrabin" bersama-sama malaikat yang berkedudukan. Apa yang menimpanya dan apa yang bakal dilakukannya, adalah gara-gara terciptanya manusia. 

"alangkah baiknya kalau manusia tidak pernah dicipta!", mungkin demikianlah Iblis mengeluhkan kekesalannya.

Kejahatan dirinya dikambinghitamkan ke atas manusia. Itu memang perangai Iblis.  Kesalahan diri sendiri tidak mahu dimuhasabahkan. Perasaan bangga diri itu menyebabkan dia merasa dia cukup sempurna. hanya dia yang layak menjadi khalifah dunia dan bukan manusia. Manusia tidak mampu mentadbir dunia kerana yang pandai mentadbir dunia hanya dia, Iblis.

"Aku lebih baik daripada manusia!", sekali, melantun dakwaan lupa diri sang Iblis.

"Siapa paling pandai menguruskan negara?",
"Siapa paling pandai harmonikan hubungan antara kaum?",
"Hanya kami yang tahu memerintah",
"Kamilah yang terbaik!",

Nada-nada senada lantunan Iblis di langit ke tujuh masih bersiponggang di cerok rantau buana.