Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Showing posts with label Fatwa. Show all posts
Showing posts with label Fatwa. Show all posts

MENINGGALKAN SOLAT, ANTARA KAFIR DAN DOSA BESAR.

July 16, 2013


Banyak sekali dalil Al-Quran maupun hadis yang menisbahkan kafir ke atas orang yang meninggalkan solat. Tidak perlu disebut semuanya. Cukuplah sekadar beberapa dalil yang boleh dijadikan renungan orang yang mahu mengambil iktibar. Orang yang tidak mahu ambil iktibar, dibawa sejuta dalil pun tidak memberi makna juga.

Firman Allah SWT:

ما سلككم في سقر؟ 
قالوا لم نك من المصلين، ولم نك نطعم المسكين، وكنا نخوض مع الخائضين وكنا نكذب بيوم الدين

"Apa yang menyebabkan kalian masuk ke dlaam neraka Saqar? Mereka berkata: Ia adalah lantaran kerana kami tidakl mendirikan solat dna tidka memberi makan kepada orang miskin serta kami hanyut bersama ornag yang hanyut. Kamu juga mendustakan hari kiamat".

(Surah Al-Mudatsir: Ayat 42)

Nabi SAW menyebutkan:

بين الرجل وبين الكفر ترك الصلاة

" Antara seseorang itu dengan kekafiran adalah meninggalkan solat"
(hadis Riwayat Muslim)

Sabda nabi lagi tentang orang yang meninggalkan satu solat iaitu solat Asar:

 من ترك صلاة العصر حبط عمله


" Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka musnahlah amalnya".

(Hadis riwayat Bukhari dan Ahmad dan Nasai daripada Buraidah)


وعن عبد الله بن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه ذكر الصلاة يوما فقال: من حافظ عليها كانت له نوراً وبرهاناً ونجاةً يوم القيامة، ومن لم يحافظ عليها لم تكن له نوراً ولا برهاناً ولا نجاةً، وكان يوم القيامة مع قارون وفرعون وهامان وأبي بن خلف

" Daripada Abdullah bin Umar beliau mengatakan bahawa Nabi SAW pada satu hari menyebut mengenai kepentingan solat lalu baginda bersabda: Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu akan menjadi cahaya buatnya, bukti dan keselamatan di hari Qiamat. Sebaliknya, sesiapa yang tidak memeliharanya, tiadalah baginya cahaya, tiada bukti dan tiada keselamatan di hari akhirat. Pada hari akhirat kelak dia akan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf". (Hadis Riwayat Ahmad dan menurut Haithami, perawinya adalah Tsiqah)

Ibn Qayyim Al-Jauziyah menyebut:


يقول ابن القيم رحمه الله: "من شغله عن الصلاة ملكه حشر مع فرعون، ومن شغله عنها ماله حشر مع قارون، ومن شغله عن الصلاة جاهه حشر مع هامان، ومن شغله عنها تجارته حشر مع أبي بن خلف
فإذا كان من لم يحافظ على الصلاة يحشر مع هؤلاء الكفرة العتاة -وهم أشد أهل النار عذابا فما بالكم بمن تركها تركا كليا وعاش عمره لم يركع لله ركعة ولا سجد له سجدة؟

Sesiapa yang disibukkan dari solat oleh kerajaannya, dia akan dihimpunkan kelak bersama Firaun. Sesiapa yang disibukkan oleh hartanya, dia akan bersama Qarun. Sesiapa yang disibukkan dari solat oleh pangkat kemuliaan, dia akan bersama Haman. Sesiapa yang  disibukkan oleh perniagaannya, dia akan bersama Ubai bin Khalaf. 

Jika hanya kerana tidak menjaga solatnya seseorang itu dihimpunkan bersama manusia derhaka itu, sedangkan mereka adalah manusia yang paling teruk mendapat siksa neraka, maka bagaimana halnya jika seseorang  itu meninggalkan seluruh solatnya dan hidup tanpa rukuk dan sujud kepada Allah SWT?

Hadis-hadis yang menyifatkan kekafiran ke atas orang yang meninggalkan solat banyak dan tidak diragui kesahihannya. Para ulama punya tafsiran yang berbeza mengenai haids-hadis tersebut dengan mengaitkan sama ada perbuatan meninggalkan itu kerana menafikan kewajipannya atau kerana kemalasan, kesibukan serta meringankan kepentingannya.

1) Jika seseorang itu meninggalkan solat kerana menganggapnya tidak wajib, sepakat para ulama mengenai kakafirannya. Ini kerana kewajipan solat adalah mutlak dan tsabit secara dharuri dalam nas Al-Quran maupun Hadis. Menolak satu hukum yang dharuri kerana ingkar ada kafir tanpa khilaf.

2) Sementara seseorang yang meninggalkan solat kerana malas, sibuk atau meringan-ringankannya, maka para ulama punya perbezaan pandangan mengenai hukumnya iaitu:

a) Imam Ahmad bin Hambal mengatakan dia adalah kafir dan murtad dari Islam dan dihukum bunuh.

(Inilah fatwa para sahabat nabi dan generasi salafus soleh ke atas orang yang meninggalkan solat dengan sengaja. Perihal mengkafirkan orang yang meninggalkan solat telah masyhur di kalangan mereka dan tidak ada kalangan sahabat yang menyalahinya.)

b) Imam Abu Hanifah berpandangan orang yang tidak solat kerana malas hendaklah dipenjarakan sehingga dia kembali solat.

c) Pandangan dari Imam Syafie dan Malik pula, orang yang meninggalkan solat tidak menjadi kafir tetapi hendaklah dihukum hudud bunuh jika berterusan meninggalkan solat sekalipun setelah diberi amaran dan disuruh bertaubat.

Meneliti kepada perbezaan pandangan mengenai ornag yang meninggalkan solat dengan sengaja kerana malas, meringan-ringankan kewajipannya, jelas bahwa tiada pandangan ulama yang meremehkan orang yang meninggalkan solat. Sekalipun ada pandangan yang tidka mengkafirkannya seperti pandangan  Abu hanifah, Malik dan Syafie, mereka menetapkannya sebagai satu jenayah kesalahan sama ada ta'zir atau hudud dan pemerintah punya tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ke atas mereka.

Sekalipun jika mengambil pandangan yang mengatakan bahawa meninggalkan solat itu tidak menjadi kafir tetapi hanya dosa besar (Sebagaimana pandangan Abu Hanifah, Malik dan Syafie), perlulah dijelaskan prinsip mengenai dosa. Sesuatu dosa itu adalah saling mempengaruhi. Dosa kecil jika dibuat berterusan akan membawa kepada dosa besar. Dosa besar jika dilakukan berterusan, ia akan membawa kepada kekafiran. Maka, seorang yang meninggalkan solat secara sengaja untuk sekali sekala, itu mungkin boleh dikatakan berdosa besar. Tetapi, jika berterusan meninggalkan solat, dosa besarnya telah membawanya kepada kekafiran.

Imam Ibn Taimiyyah menyifatkan orang yang meninggalkan solat itu tidak layak dijawab salamnya dan tidak perlu ditunaikan jemputannya. Demikianlah seorang bapa tidak harus mengahwinkan anak perempuannya dengan orang yang tidak solat kerana orang itu bukan seorang muslim dan bukan layak untuk muslimah dan tidak boleh dipercayai untuk diserahkan anak perempuan dan melahirkan zuriat-zuriat dengannya.

Sebagai kesimpulan, dapatlahlah dirumuskan bahawa:

1) Seorang yang meninggalkan solat kerana ingkar kewajipannya, dia adalah kafir murtad secara sepakat di kalangan ulama.

2) Jika dia meninggalkan solat kerana malas, sibuk atau apa sahaja alasannya dan perbuatan itu disengajakan, maka ada khilaf ulama mengenainya kepada dua pandangan. Ada yang mengkafirkannnya sama seperti yang meninggalkan kerana ingkar tadi. Ada pula yang menjatuhkan sebagai fasiq, derhaka dan berdosa besar. Namun, pandangan kedua ini tidak meninggalkannya tanpa sebarang tindakan. Dia perlu disuruh bertaubat dan kembali solat. Jika tidak, hukuman menantinya sama ada dipenjara atau dibunuh.

Wahai orang yang meninggalkan solat!
Dengan jalan apa lagi kalian hendak melepaskan diri? Anda tidak akan menemui pembela di kalangan ulama muktabar kaum muslimin. Jika anda mati sebagai orang yang tidak solat, anda akan masuk neraka.  Meninggalkan solat adalah meruntuhkan agama kerana tiang agama itu adalah solat.



Bantuan dari wang judi, halal.

September 27, 2010


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penajaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.




Dr. Asri telah mengulas mengenai bantuan kepada warga emas dan fakir miskin yang dikatakan hasil dari judi. Katanya, wang hasil jadi yang diterima oleh penerima itu tidak haram kerana transaksi yang berlaku antara pemberi dan penerima adalah bantuan dan bukan perjudian. Kesalahan adalah ditanggung oleh kerajaan atau syarikat perjudian tersebut. Penerima tidak berdosa. Dengan kata lain wang itu halal kerana penerima bukan berjudi tetapi penerima melakukan aktiviti mencari razeki yang halal.

Kalau sumber haram mahu diambil kira, gaji yang diterima oleh kakitangan kerajaan itu, termasuk di dalam sumber-sumber haram seperti judi, arak, kelab malam, pusat penternakan babi dan sebagainya. Tetapi, kakitangan awam menerima gaji itu adalah halal kerana gaji tersebut diterima atas pekerjaan mereka. Samalah juga dengan warga emas yang menerima wang yang didakwa sebagai hasil judi itu. Ia diterima atas nama bantuan dan bantuan adalah transaksi yang tidak bertentangan dengan syarak!

Inilah jawapan yang cukup faqih sejak beberapa hari ini aku dengar. Dalam kebisuan para mufti dan kebingungan ramai orang untuk mengulas isu ini dari segi hukum, kenyataan Dr. Asri itu menjadi tamparan kepada pemuda UMNO yang hebat mewar-warkan isu itu.

Maka kesalahan adalah ke atas kerajaan dan syarikat perjudian yang terlibat dengan transaksi judi. Dosa syarikat perjudian adalah kerana mencari razeki dengan cara haram iaitu berjudi.  Manakala dosa kerajaan adalah menerima sumbangan dari sebuah syarikat perjudian. Kalau kerajaan itu terlibat sekali dalam perniagaan judi seperti meluluskan lesennya, maka bertambahlah dosanya.

Dalam konteks kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guang Eng yang kita maklum bahawa dia bukanlah seorang muslim, masakan kita mahu katakan dia telah berdosa. Orang bukan Islam mana boleh dituduh berdosa? Hanya orang Islam sahaja yang terikat dengan hukum dosa dan pahala! Yang berdosa adalah perdana menteri Malaysia dan menteri berkenaan, yang beragama Islam  tetapi meluluskan  lesen syarikat perjudian dan dengan itu negara menerima cukai-cukai perjudian. Demikian mereka yang meluluskan kilang-kilang arak dan mendapatkan cukai untuk negara dari kilang-kilang arak tersebut. Yang menjalankan perniagaan berasaskan judi dan arak berdosa. Yang menerima bayaran atau sumbangan dari syarikat perjudian dan arak juga haram. Setelah wang itu menjadi hak milik kerajaan dengan tanggungan dosanya, penerima ketiga tidak menanggung dosanya jika transaksi yang berlaku adalah halal. Umpamanya transaksi melalui bayaran gaji, hadiah, sumbangan, bantuan dan sebagainya.

Kalau kita seorang petani yang menjual sayur, lalu datang kepada kita seorang taukeh judi mahu beli sayur, apakah kita haram menjual sayur kepadanya sekalipun sayur untuk makanannya sekeluraga? Kita sedia maklum bahawa bayaran harga sayur itu tentunya daripada pendapatanya dalam perniagaan judi. Dalam kes ini, bayaran yang kita terima tidak ada sangkut paut dengan judi. Transaksi kita adalah jual beli. Kalau kita pergi ke pasaraya membeli sesuatu barang dan kemudian beratur untuk membayar harga barang yang kita mahu beli. Tiba-tiba di depan kita ada seorang cina dengan troli yang penuh dengan arak. Dia pun nak bayar harga arak yang dibelinya. Kita nampak dia bayar dengan wang pelbagai not. Kemudian kita pula membayar harga barangan yang kita mahu beli. Juru jual di kaunter menerima wang kita dan mengembalikan wang baki yang di antara kita pasti diambil daripada wang yang dibayar oleh cina pembeli arak tadi. Apakah kita akan menolak duit tersebut dan minat duit lain  kerana duit itu haram?

Kita tak berdosa kerana terima duit itu. Yang berdosa adalah 10 golongan yang terlibat dengan perniagaan arak yang nabi sebut dalam hadis termasuk juru jual di kaunter tersebut. Kalaupun kita berdosa, bukan kerana terima wang baki dari transaksi arak yang kita tidak terlibat di dalamnya. Kita berdosa kerana melihat kemungkaran tetapi tidak mencegahnya, sekalipun dengan benci dalam hati!

Dalam dompet anda ada duit. Dalam bank juga ada duit. Apakah anda berani mengatakan duit dalam dompet dan bank anda tidak pernah melintasi satu proses transaksi haram seperti perjudian, jual beli arak, jual beli babi dan sebagainya?

Buat Pemuda UMNO, tak perlulah pukul gendang halal haram kalau diri sendiri bergelumang dengan perjuangan yang menghalalkan perniagaan judi dan arak di peringkat Persekutuan. Ibarat ayam jantan, berkokok berderai-derai tetapi ekor berlumuran najis.