Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Rumah Kuning Dalam Rumah

October 2, 2005

Penduduk Tanjung Batu Laut, sejauh yang aku tahu, membina sebuah rumah kecil daripada kain atau papan yang dicatkan warna kuning dan disimpan dalam rumah masing-masing. Konon cerita, rumah itu adalah untuk anak mereka dari jenis manusia ghaib atau dengan perkataan yang lain jenis orang halus. Aku, pada kali pertama melihat rumah kuning tersebut dalam sebuah rumah penduduk, menyangka ia adalah rumah-rumah buat anak mereka yang meninggal semasa kecil. Rupanya tidak. Rumah tersebut adalah untuk jenis makhluk ghaib yang dipercayai berdasarkan mimpi yang datang kepada mereka.

Aku kurang mengambil tahu mengenai rumah kecil berdinding kain kuning bersulam hijau itu sebelumnya. Namun, apabla satu hari, ketika lepak sambil menunggu kapal penumpang ke bandar, di rumah seorang warga penduduk Tanjong Batu Laut (Tuburan), aku berbua-bual dengan seorang kakak yang aku kenal sebagai isteri kepada Muhammad Nabi.

Semasa aku membuka beg mengandungi lap topku, dia terpandang kopiahku yang aku simpan di dalam salah satu poketnya. Dia pun bersuara mengadu.

"Cikgu sembahyang?...duit pun ada, kerja pun ada... bestnya cikgu kan?"Katanya .
"Kenapa?, kakak tak sembahyangkah?"soalku.
"saya tak boleh sembayang!"
"kenapa?" , aku ingin tahu.
"Anakku tak benarkan aku sembahyang..."beritahunya .
Aku terkejut mendengar sebab itu.
"Anak yang mana tak benarkan ibu sembahyang?"
"Itu..dalam rumah kuning tu..."dia menunjukkan
"Siapa di dalamnya?Anak kakak yang meninggalkah?"
"taklah, anak yang ghaib, orang halus..dia selalu datang dalam mimpi aku, dia tidak mahu aku sembahyang, susah katanya,"aku mendengar dan menarik nafas terkejut.
Rupanya sampai begitu Syaitan mempersendakannya.

"Itu bukan anak kakak.itu adalah syaitan yang menjelma ke dalam mimpi dan mengaku anak kakak!", aku terus menempelak.
Tempelakkanku membuat perempuan setengah baya itu terdiam dan aku membaca riak wajah kurang senang dia mendengar tempelakanku. Lalu aku pun kendurkan suaraku itu.

"Tak mengapalah...akak pujuklah anak kakak agar benarkan kakak sembahyang, bincang baik-baik dengan dia, mudahan-mudahan dia akan bersetuju..."Aku menukar approachku.

Begitulah kepercayaan di sebalik rumah kuning yang dibina dan disimpan dalam sebahagian rumah di kampung Tanjong Batu Laut ini.

2 October 2005
1:15:41 AM

Amalan Nenek Moyang

"Ini amalan nenek moyang kami yang dulu-dulu", demikianlah jawapan simplistik yang sering dikemukakan kepadaku apabila aku bertanya atau mempersoalkan beberapa amalan yang diamalkan oleh orang-orang kampong di Tanjong Batu.

Aku bertanya mempersoalkan mengenai amalan mandi safar yang mereka amalkan, mereka kata itu amalan nenek moyang. Aku bertanya kenapa mesti kubur diterangi dengan lampu pada malam-malam sesudah dikebumikan ?
Itu sudah diamalkan oleh nenek moyang kami dulu-dulu lagi.
Itulah jawapan yang mampu mereka pasakkan dalam setiap amalan mereka.
Mereka mengasapkan setanggi pada setiap upacara.
Mereka membuat kenduri tahlil pada saat waktu maghrib.
Mereka mengikat kain putih atau kuning di nesan kubur.
Mereka bermain judi sambil berjaga sampai pagi di rumah yang ada kematian.
Mereka berubat dengan cara perbomohan walau pun pada sakit yang jelas dari segi saintifik.

Siapa yang mereka sandarkan semua amalan mereka ini? Nenek moyang mereka yang dulu-dulu. Itulah sandaran mereka.

Aku sering bertanya begini kepada murid-muridku.
"Di antara kamu dan nenek moyang kamu yang dulu-dulu itu, siapa yang lebih pandai?".

Pada mulanya sukar juga mereka menjawab soalan aku yang berbaur cabaran buat nenek moyang mereka itu. Maka aku berikan kepada mereka logik begini.

"Kamu bersekolah, nenek moyang kamu tidak bersekolah. Kamu pandai membaca, nenek moyang kamu tidak tahu menbaca. Kamu dapat melihat tv mendengar rodio dan memperolehi ilmu dari ustaz-ustaz dan guru-guru secara terus, nenek kamu, mereka tinggal jauh di pulau-pulau pada masa dahulu yang tidak ada kemudahan dan susah memperolehi sumber pengetahuan, mereka hidup di kelilingi laut dan kepercayaan terhadap kuasa laut seperti hantu dan jembalang serta berbagi-bagai lagi,nenek moyang kamu tidak boleh berfikir sebagaimana kamu sekarang dapat berfkir.Siapa yang lebih cerdik? kamu atau nenek moyang kamu?".

Demikianlah aku mencabar dan mengajak mereka berfikir. Umumnya sesudah itu, mereka akan menjawab serentak.

"Kami yang lebih cerdik ustaz!"mereka menemui satu hakikat yang memuaskan hatiku.

Lantas, sesudah itu aku akan bermantik begini pula.
"Patutkah orang yang cerdik menuruti orang yang kurang cerdik?Patutkan orang yang bersekolah mengambil tauladan dari orang yang tidak bersekolah?

Di sana hujah-hujahku menemui satu matlamat. Iaitu matlamat membebaskan diri mereka dari cengkaman nenek moyang dan kepercayaan serta amalannya. Murid-murid yang aku ajar di sekolah yang aku suntikkan dengan jalan fakir sebegitu, serentak akan menggeleng kepala, menanda mereka tidak setuju kalau orang cerdik menurut orang kurang cerdik. Orang yang bersekolah mengambil contoh kehidupan dari yang tak bersekolah.

Kepada yang sudah dewasa aku menceritakan tentang sikap kafir musyrikin Mekah dengan jawapan mereka bila nabi Muhammad mengajak mereka kepada Islam dan meningalkan amalan penyembahan berhala yang mereka amalkan. Orang-orang kafir Mekah kebanyakannya menolak seruan nabi.

Lihatlah reaksi mereka sebagaimana yang di rakamkan dalam Al-Quran:

Firman Allah:

Terjemahannya:
"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata, berkatalah mereka (sesama sendiri): "Orang ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang lelaki yang hendak menghalang kamu daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kamu"; dan mereka berkata lagi: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah kata-kata dusta yang direka-reka"; dan berkatalah orang-orang yang kafir terhadap kebenaran ketika datangnya kepada mereka: "ini tidak lain hanyalah sihir yang terang nyata". (Surah Saba:Ayat43)

Firman Allah lagi:

Terjemahannya:

Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang? (Surah al-Baqarah:Ayat 170)


Dan lagi:

Terjemahannya:
"Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?"(Surah al A'raaf;Ayat 28)

Dan banyak lagi ayat al-Quran yang menyebut perihal jawapan yang menyandarkan amalan kepada nenek moyang. Aku bawakan sebilangan maksud ayat-ayat tersebut supaya boleh kita renung dan ambil iktibar

Firman Alah swt yang bermaksud:

"Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar". (Surah al-A'raaf:Ayat 80)

Dan lagi:

Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian". (Surah As-Syu'araa:Ayat 74)


Dan lagi:

"Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?" (Surah Al-Mukminun:Ayat 68)

Dan lagi:

Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya". (Surah al-Ambiyaa:Ayat 53)

Dan lagi:

"(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (Surah al-Kahfi:Ayat 5)

Dan lagi:

"Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi? Ia menyeru kamu beriman kerana hendak membersih dan melepaskan kamu dari dosa-dosa kamu, dan memberi tempoh kepada kamu hingga ke suatu masa yang tertentu. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami. Kamu bertujuan hendak menyekat kami daripada menyembah apa yang telah disembah oleh datuk nenek kami. Oleh itu, bawalah kepada kami satu bukti yang jelas nyata".(Surah Ibahim: Ayat 10)

Dan lagi:

"Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah Yusof:Ayat 40)

Nabi Soleh juga menghadapi persoalan yang sama juga sebagaimana firman Allah:

Mereka menjawab dengan berkata: "Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan kami kepadanya".(Surah Hud:Ayat 62)

Nabi Musa pula mendapat jawapan yang sama sebagaimana firman Allah:

Mereka pula berkata: "Adakah engkau datang (wahai Musa) untuk memesongkan kami dari penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya, dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)? Dan (ketahuilah) sebenarnya kami tidak akan beriman kepada kamu berdua". (Surah Yunus:Ayat 78)


Kesimpulan daripada apa yang saya tuliskan ini, dan saya bawakan maksud nas-nas al-Quran ini, bahawa nenek moang itu tidak lebih baik daripada kita. Kita tidak harus mengambil tauladan daripada mereka atas dasar semata-mata kerana mereka nenek moyang kita. Kita perlu menilai dahulu dari kaca mata agama, apakah ia wajar atau tidak. Sekali amalan itu menyongsang dari agama, buangkan amalan itu walau nenek moyang mengamalkan seluruhnya.

Inilah sikap kita sebagai penganut Islam yang sejati.

Abgkama
2 October 2005
1:07:49 AM
Rumah Guru Sk. Tanjong Batu Sandakan.

KONFLIK KEFAHAMAN AGAMA DI TANJONG BATU

Pertemuanku dengan Pak Mail di rumah Pak Hamid malam itu membuka ruang kepadaku untuk mempersoalkan mengenai amalan mandi tolak bala yang diadakan oleh masyarakat Pulau Tanjong Batu. Aku terusterang kepadanya tentang ketidaksetujuanku terhadap amalan yang berunsurkan khurafat itu. Aku beritahu kepadanya bahawa mandi tolak bala yang diadakan saban tahun pada bulan safar itu adalah amalan karut yang boleh merosakkan akidah kita. Aku juga bercerita kepadanya tentang terhapusnya amalan tersebut di negeri-negeri di Semenangjung Malaysia yang mana satu masa dahulu diamalkan secara meluas. Juga tentang pantai Port Dickson yang tidak ada lagi pesta mandi safar lantaran penguatkuasaan keras dari Jabatan Agama Islam negeri berkenaan. Aku akhirnya menegaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah menghukumkan mandi tolak bala pada bulan safar adalah amalan khurafat yang boleh menjejaskan akidah dan haram serta berdosa.

Lalu, Pak Mail pun berkata:


"Kita berbeza,kami di sini masih mengamalkannya, kita masih memegang apa yang nenek moyang kita ajarkan ".

"Memang begitulah apa yang selalu diucapkan orang. Nenek moyang juga yang dituruti", balasku hampa.

"Nenek moyang banyak mewariskan kesesatan kepada kita. Nabi Muhammad, semasa menyampaikan dakwah kepada orang kafir musyrikin di Mekah dahulu, pun menghadapi hujah yang sama. Kata mereka patutkah kami meninggalkan penyembahan berhala yang kami warisi dari nenek moyang kami?, aku melanjutkan perkataanku dengan harapanPak Mail akan sedar.

Pak Mail nampaknya tidak mudah tunduk dengan hujahku. Lalu dia bercerita, bahawa dahulu ada seorang ustaz di Sk Tanjong Batu, Ustaz Fauzi namanya, pun katanya membenarkan amalan mandi tolak bala itu. Dia malah mengikuti kumpulan orang kampong sampai ke Pulau Berhala. Dia tentu membuat cerita yang auta. Itulah rumusanku dalam fikran.

"Mustahil seorang ustaz mandi tolak bala. Mana-mana ustaz di Malaysia tidak ada yang mengamalkan mandi tolak bala, ustaz itu mungkin hanya ingin tahu. Hanya ingin mengkaji dan meneliti amalan mandi tolak bala itu, dia belum pernah melihat, barangkali. Dia mungkin juga tidak pernah mendengar mengenainya lalu ingin melihat sendiri, sementara saya, sudah seringkali mendengar mengenainya dan tidak ada keperluan untuk ikut serta bagi tujuan menyaksikan...", aku mematahkan hujahnya.

Demikianlah pula sebuah episod di rumah Pak Hamid malam itu. Malam di mana jenazah anak Pak Hamid yang meninggal siangnya masih terlantar terbiar di dalam bilik. Aku sedar bahawa di sekelilingku terlalu banyak perkara yang tidak aku setujui. Aku tidak boleh terlalu berkonflik. Aku perlu berdamai pada sebahagian perkara tetapi tegas pada sebagahagian yang lain.

Umpamanya, jenazah anak Pak Hamid yang pada siangnya aku tentukan kedudukannya dengan kepala sebelah matahari naik dan kaki sebelah matahari jatuh. Kedudukan tangan aku tentukan dalam bentuk qiam dengan tangan kanan di atas kiri. Namum, pada malamnya segalanya berubah. Kepala dan kaki tidak lagi sebagaimana sebelumnya. Sudah beralih arah. Khabarnya tangan pun sudah diubah agar yang kiri di atas yang kanan. Aku melihat perubahan itu dan aku dengar itu adalah atas arahan Imam Hasan, imam tua Tanjong Batu Darat.

Apa nak buat, ini adalah wilayahnya, begitulah yang pernah aku keluhkan kepada ustaz Rosli, teman sejawat di Sk. Tanjong Batu.

Sebenarnya, ada yang lebih dahsyat dari itu. Aku sudah seringkali menghadapinya. Kenduri arwah diadakan pada waktu solat maghrib. Solat maghrib tidak dibuat dan diganti dengan tahlil kenduri arwah sahaja. Aku disampaikan maklumat bahawa imam Hasan beralasan bahawa itu adalah kerana ruh akan pulang pada waktu manghrib. Dengan bertahlil pada saat tersebut, ruh akan dapat melihatnnya.

Bukankah ini satu penyelewengan yang amat jauh? Meningalkan amalan yang wajib secara qat'i dan mengutamakan amalan yang tidak menduduki tangga amalan sunat sekalipun. Malah amalan yang dikhilafkan ulama antara bida'ah dan sunah salafussoleh.

Begitulah, apabila aku kemukakan bahawa amalan-amalan tersebut bukan sahaja tidak bersumberkan sunnah, tetapai sesat dan berdosa, orang-orang pulau ini mengatakan antara aku dan mereka ada garis pemisah. Aku melayu sedangkan mereka suluk. Bangsa Melayu dan bangsa Suluk tidak sama, miski sama-sama beragama Islam, kata mereka.

Memang di luar kemampuanku untuk memahamkan mereka bahawa aku dan mereka sama sahaja. Bangsa tidak membezakan tetapi agamalah yang membezakan. Apakala agamaku dan agama mereka satu, iaitu Islam, mereka dan aku seharusnya sama dari segi persepsi terhadap khurafat dan tahayyul.

Aku merumuskan begini:

Imam-imam di Tanjong Batu, terbawa-bawa dengan amalan nenek moyang yang diwarisi. Nenek moyang mereka pula beragama Islam dalam kekusutan kefahaman dan dangkal di daerah kepulauan yang terbatas sumber pengetahuan. Bukan sahaja imam Hasan, imam Abdul di Tanjong Batu Laut dan imam Mukalim dari Tanjong Batu Laut (Tuburan) pun sama sahaja. Merekalah pemimpin mandi tolak bala pada bulan safar, mereka juga bertahlil di waktu maghrib dan mereka membaca al-Quran dalam sebutan yang aneh dan gharib.

Bangsa Suluk memang bangsa yang bertunas serumpun dengan warga kepulauan di perairan Laut Sulu, menganjur dari Sabah sehinggalah mencecah sekitar pulau besar Mindanao. Mereka bangsa pelaut yang mempusakai kepercayaan nenek moyang mereka mengenai laut dan penunggunya. Kehidupan laut menjarakkan mereka dengan perkembangan dunia luar dan membentuk watak keras dan degil dengan pandangan sendiri.

Orang-orang tua dan dewasa yang menjadi warga Tanjong Batu tidak dapat lagi ditukar minda mereka dengan mudah. Jika kita memberitahu mereka tentang amalan-amalan yang perlu mereka tingalkan, mungkin akan membawa kepada konflik dan persengketaan. Sebagai anak perantau di negeri orang, aku perlu mengambil lorong yang selamat dan penuh hemah dan berhati-hati.

Sasaran adalah murid-murid sekolah. Jangan mengharapkan natijah yang memberangsangkan daripada pengajaran kita kepada mereka. Sebagai misal, kita berbuih mulut menerangkan kepada mereka kesesatan amalan mandi tolak bala. Belum tentu masuk ke dalam fikiran mereka dan bertapa lagi memimpin amalan dan perilaku mereka!

Mereka akan berkiblatkan ibu bapa mereka. Mudah-mudahan, satu masa, apabila mereka telah besar dan ada sedikit hak memilih dan menentukan jalan fikir, mereka akan mengingati apa yang pernah diperjelaskan oleh ustaz mereka. Besabarlah...mungkin pohon yang ditanam hari ini tak sempat dipungut buahnya oleh kita, tetapi akan dipungut oleh generasi sesudah kita.


Ust Kama.
Tg. Batu, 2005.

SUMAIYYAH

October 1, 2005

Kalau anakmu bertanya
Siapa saiyyidah syahidah
Yang pernah melakar muka sejarah
Dengan darah dan air mata
Dialah seorang Sumaiyyah
Isteri dan ibu yang rela berkorban nyawa
Demi menjunjung keteguhan tauhid

Jika anakmu bertanya
Siapakah syahidatul ula
Yang pernah menggegarkan kesombongan tuannya
Dengan keteguhan kalimah yang esa
Rela diseksa diri tersula
Dialah seorang Sumaiyyah
Hamba yang sabar
Demi mengangkat harkat mukminah

Sumaiyyah adalah sayyidah
Miski hanya seorang amah
Namanya bertinta emas
Sebaris dengan masyitoh

Mereka adalah nama harum dalam taman syahidah

Abgkama
1 October 2005 5:39:52 PM
Rumah Guru Sk. Tanjong Batu sandakan

Aishah Humaira

Dialah yang dipanggil humairaa
Wanita yang menjadi kekasih Mustofa
Isteri tercinta bunga syurga di dunia
Idola wanita beriman
Pimpinan sepanjang jalan

Dialah sepohon bakawali
Tumbuh di taman para wali
Buat menghias baitun nubuwah
Kebanggaan mukminah di jalan qudwah

Dialah saujana menghijau
Bunga seharum attar
Dambaan pemuda selektis
Menjadi mimpi di zaman ini

Dialah alimah
Dialah solehah
Dialah abidah
Dialah nafisah karimah

Abgkama
1 October 2005
10/1/2005 5:33 PM
Rumah Guru Sk. Tanjong Batu

JABARUTILLAH

Pada bencana alam yang menimpa kita
Yang mengorbankan ratusan ribu nyawa
Memusnahkan segala harta benda
Menyebarkankan duka lara
Teriak dan tangis serta ratap segala

Di sana
Kaurenungkanlah satu kalimah
Jabarutillah

Pada saat senyum tawa sedang bersemi
Hidup gembira berbunga bahagia
Datang pula kematian yang merenggut segala
Kematian ibu ayah
Kematian anak, isteri atau suami
Kematian orang-orang yang disayangi

Di sana
Kau renunglah satu kalimah
Jabarutillah

Janji siksa neraka
Pada orang kafir dan berbuat durja
Abadi selamanya

Di sana
Kau renunglah satu kalimah
Jabarutillah

Jabarutillah
Adalah hukuman Tuhan dan keterpaksaan hamba
Keangkuhan Tuhan dan perhambaan manusia
Tanda cengkaman kekuasaan yang maha kuasa

Akurlah pada...Jabarutillah!

Abgkama
1-Oct-05
17:29:07
Rumah Guru Tanjong Batu Sandakan.