Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

HADIS PALSU-KEMARAHAN LANGIT, BUMI, LAUT DAN GUNUNG KEPADA MANUSIA.

March 2, 2019

Celakalah orang yang menciptakan hadis palsu lalu melemparkannya ke tengah kelompok ummat ini. Sangka mereka , mereka menabur budi dan jasa kerana meneyemai keinsafan dalam jiwa ummat Muhamamd SAW. Akan tetapi, mereka memandai-mandai membuat dusta dalam agama yang disampaikannya. Maka, celakalah para pembuat hadis palsu. Siapapun mereka. Mereka yang telah menitikkan noda dalam kanvas sejarah.

Jangan jadi seperti mereka. Bila sampai kepada anda satu hadis, persoalkan. Sahehkah hadis ini. Mempersoalkan kesahehan adalah sifat terpuji walaupun ia merimaskan sebahagian orang. Dulu, masa kita mengaji bertalaqqi dengan Tok Guru di pondok-pondok tua, kita tidka berani tanya hadis yang kita jumpa dalam kitab. Kita difahamkan secara tersirat, apa yang tertulis dalam kitab, semua benar belaka. Apa yang Tok Guru beritahu, itulah bingkisan agama yang diwarisi secara benar sehingga kepada kanjeng nabi SAW.

Itulah zaman dulu. Zaman aku belajar sekolah agama dulu, tahun-tahun 80-an hingga 90-an. AKu tidka pernah dengar bab ustaz bincangkan bab ini. Balik kampung menadah kitab Al-Jawahirul Mauhub yang dibaca oleh gemulah imam kampung, tak telintas nak bertanya saheh atau tidaknya satu hadis di dalamnya. 

Kini zaman itu sudah berlalu. Jaguh-jaguh pembela sunnah nabi kian bercempera. yang balik dari bumi India, Jordan, Syria , Yaman, Madinah dan bahkan dalam negara ini sendiri kian kencang menempelak kepalsuan hadis serta sikap sambil lewa merewayatkan hadis. Guru-guru agama, penceramah dan pentazkirah kian bimbang dengan lidah sendiri. Ilmu perlu dimantapkan untuk mengelakkan diri dianggap pendusta atas nama Rasulullah SAW.

Alangkah bagusnya perkembangan ini. Ia tentunya lebih baik daripada apa yang ada 10 atau 20 tahun dulu. Cara mengaji pun banyak berubah. Kaedah belajar pun kian pantas. Kemudahan sains dan teknologi banyak membantu mempercepatkan melatanya ilmu ke tengah masyarakat. 

Kali ini, aku ingin titipkan selepas leteran ini satu hadis yang galak disebarkan dalam media sosial. Terutama pada waktu bencana berlaku beberapa waktu dulu. Ketika bumi Palu dilanda Tsunami, ada gempa  dan letusan gunung berapi berlaku di beberapa daerah di pelusuk dunia, tersebarlah satu hadis. Hadis palsu tetapi kedengarannya macam bagus. 

Ini Hadisnya. Hadis Qudsi yang palsu. Bukan lagi bohong atas nama Rasulullah. Tapi bohong atas nama Allah pula. Besar sekali jenayah ini:



قال الله سبحانه وتعالى في الحديث القُدُسي: كل يوم تقول الأرض: دعني يا رب أبتلع ابن آدم, إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول البحار: يارب دعني أغرق ابن أدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول الجبال: يا رب دعني أطبق على ابن آدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.وتقول السماء: يا رب دعني أنزل كسفاً على ابن آدم إنه أكل من رزقك ولم يشكرك.فيقول الله عز وجل لهم: يا مخلوقاتي أأنتم خلقتموهم؟ يقولوا: لا يا ربنا, قال الله: لو خلقتموهم لرحمتموهم.دعوني وعبادي من تاب إلي منهم فأنا حبيبهم, ومن لم يتب فأنا طبيبهم, وأنا إليهم أرحم من الأم بأولادها.فمن جاءني منهم تائباً تلقيته من بعيد مرحباً بالتائبين.ومن ذهب منهم عاصياً ناديته من قريب إلى أين تذهب؟ أوجدت رباً غيري؟ أم وجدت رحيماً سواي




Allah SWT berkata dalam sebuah hadis Qudsi:


Setiap hari bumi berkata: Wahai Tuhan...biarkan daku telah anak-anak Adam itu. Dia makan razekiMu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!

Laut pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan daku lemaskan anak Adam itu. Sesungguhnya dia makan razekiMu tapi tidak mahu bersyukur kepadamu!

Gunung ganang pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan daku hempap anak Adam itu, dia makan razekiMU tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!

Langit pula berkata: Wahai Tuhan, biarkan aku turunkan bencana atas anak Adam, dia makan razekiMu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaMu!

Allah SWT pun berkata : Wahai makhluk ciptaanku, kamukah yang menciptakan mereka?

Mereka menjawab: Tidak wahai Tuhan.

Allah berkata: Kalau kamu yang menciptakan mereka, tentu kamu pun merasa belas kepada mereka. Biarkan Aku dengan hambaku. Siapa di kalangan mereka yang bertaubat kepadaku, Aku adalah kekasih mereka. Siapa tyang tidak mahu bertaubat, akulah doktor yang merawat mereka. Aku lebih berbelas kasihan kepada mereka berbanding ibu terhadap anaknya.

Siapa yang datang kepadaku dalam keadaan bertaubat, aku menyambut mereka daripada jauh dengan alu-aluan buat orang yang bertaubat. Siapa yang berlalu pergi dengan maksiatnya, aku seru mereka: ke mana kamu nak pergi? Kamu ada Tuhan selain aku atau adakah yang lebih penyanyang daripadaku?

Demikian itu hadis palsu. Jangan sebarkan kecuali untuk beritahu kepalsuannya. Macam hadis yang saya tulis ini, jangan dicopy paste kecuali untuk beritahu kepalsuannya. 

Hadis palsu lebih bahaya daripada berzina dengan ibu sendiri. Lebih besar dosanya daripada membunuh manusia yang tidak bersalah. Lebih besar daripada jenayah-jenayah lain yang boleh kau hitungkan. Itu kerana hadis palsu merosakkan keaslian agama. Lantas rosaklah ummatan jamia'n. Sedangkan jenayah yang dilakukan seperti zina, bunuh dan lain-lain kejahatan, itu hanya merosakkan dirimu atau sekumpulan orang. Kehormatan agama di atas semua kehormatan lain.

Hubaya...hubaya...








SABUN MANDIAN MAYAT MATI HARI SELASA

February 20, 2019

Kelmarin hari Selasa. 19 hb Feb 2019. Waktu Maghrib, meninggal seorang lagi tua kampungku. Nama panggilannya Lebai Hamzah. Dia terbilang orang kaya dalam kampungku. Masa aku kanak-kanak dulu, rumah dialah antara rumah dalam kampung yang ada TV. Kebun dan tanahnya pun banyak. Anak pula tiga orang sahaja. Aku ingat nama mereka. Faridah, Mat Nawi dan Rabiatul. Yang nama faridah itu kahwin dengan Abg Qosim Tabligh yang berasal dari Sungai Baru, Alor Setar. Mereka sekeluarga pernah dua kali bertandang ke rumahku di Sandakan dulu, waktu menghantar anak perempuan mereka Nadiah yang buat kali pertama posting di kawasan Sukau.

Meninggallah sudah Lebai Hamzah. Sakitnya taklah lama mana. Tak selama sakit ibuku. Pengorbanan kami adik beradikku , termasuk aku sendiri menghadapi masa-masa keuzuran ibu adalah satu tempoh masa menyemai pahala yang merupakan anugerah istimewa Allah SWT. Jangan pula ada orang secara simplistik membuat kesimpulan lamanya sakit sebagai azab Tuhan. Ia nikmat buat orang yang mengerti. Ia rahmat sebagai kifarat pembersih dosa. Agar dunia ditinggalkan dengan dosa yang nipis. Anak-anak yang berbakti pula dapat meraih pahala menjaga ibu yang sakit. Ada baiknya sakit lama ibu dan bapa. Sesuai dengan kemampuan anak-anak, Allah panjangkan tempoh sakit orang tua. Ibuku secara khusus, walaupun sakitnya lama, dia tetapi solat di atas pembaringannya dan tidak pernah meninggalkan solatnya. Itu tentu lebih baik jika seornag yang sakit dua tiga hari tapi selama sakitnya, solat diabaikan.

Ibuku dulu juga meninggal hari Selasa. Tanggalnya telah kucatatkan dalam tinta bertajuk Bergemulahlah Ibuku.  Sebelum ibuku, meninggal juga Paklong Che Mat.  Orang kampung selalui panggil Che Mat Hitam. Mungkin kerana kulitnya agak gelap, maka itulah sebabnya dia dipanggil Che Mat Hitam. Che Mat hitam itu bapa mentua kepada tukang kebuh sekolahku. Sk Sg Seluang. Abg Mat nama panggilannya . Dia kahwin dengan anak Pak Long Che Mat yang bernama Munah. Matinya Pak Long Che Mat itu jatuh pada hari Selasa juga. Aku tidka berapa ingat tarikhnya. Tarikhnya sama dengan tarikh aku balik ke Kulim untuk esoknya bertolak ke Kuala Lumpur dalam rangka melancong. Pelancongan sebelum ibuku meninggal. Jika demikian seminggu sebelum ibuku meninggal, itulah tarikh meninggalnya Paklong Che Mat.

Hari Selasa. 

Abg Mat Tukang Kebun sekolahku berkata:

" Semua mati hari Selasa ya...?", dia membuat komentar sambil menyebutkan kematian terbaru, Lebai Hamzah. Baru aku sedar, tiga kematian warga tua kampung datuk, semuanya hari Selasa.

Kata Abg Mat, sabun mandian mayat mati hari Selasa boleh mengubat penyakit gatal. Waktu ibuku meninggal hari itu, dia minta aku simpan sabun untuknya. Katanya buat anak saudaranya yang gatal-gatal. Aku telah tunaikan permintaannya dan dapatkan sabun sisa mandian mayat itu. Abg Mat kemudiannya beritahuku bahawa sabun itu sangat mujarab dan penyakit gatal anak saudaranya telah sembuh.

Apakah istemewanya matinya hari Selasa? Aku tak tahu. Abg Mat kata hanya sisa sabun mandian mayat mati hari Selasa sahaja boleh dibuat ubat. Apakah itu benar? Sains tak boleh terangkan. Itu petua orang tua dan kemujarabannya telah dikhabarkan oleh Abg Mat. Kalau percaya , cubalah. Kalau tidak, abaikan sahaja. Tapi , kalau ada penyakit gatal yang tak sembuh-sembuh dengan ubat farmasi, tidak salah mencuba petua orang tua-tua. Ini tidak sampai membawa kepada syirik. Asalnya yakin penyembuhnya adalah Allah SWT.


Ya ma'syarasy syabab....

April 19, 2009

Perkataan ini aku tujukan buat diriku dan juga kepada sahabat-sahabat para pemuda...
Berilah sedikit masamu, kalaupun tidak mampu setengahnya atau seluruhnya kepada perjuangan memperkukuhkan jaringan Islam dalam masyarakat agar dengan itu akan lancarlah dakwah dan agama Allah dapat ditolong. Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah berjanji akan menolongnya kembali dan meneguhkan kedudukannya.


Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

Wahai orang yang beriman...jikakamu menolong agama Allah,pasti Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.

Apakah ada pekerjaan yang lebih mulia daripada membantu agama Allah?
Membantu dengan seikhlas-ikhlasnya, bukan mengharapkan pamrih buat mengisi perut atau buat memperbanyakkan kekayaan harta.

Kita amat sibuk dengan tugas harian masing-masing. Kita sibuk mencari razeki buat membahagiakan keluarga. Kesibukan itu tidak akan ada penamatnya melainkan kematian. Apabila sudah mati, kita tak diperlukan lagi buat membantu agama Allah.


Kita hanya diperlukan oleh tanah dan cacing. Kita akan dilupakan, kecuali kalau kita sebagaimana yang digambarkan dalam sebuah firman Allah SWT:


أَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَسَالَتْ أَوْدِيَةٌ بِقَدَرِهَا فَاحْتَمَلَ السَّيْلُ زَبَدًا رَّابِيًا وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيْهِ فِى النَّارِ ابْتِغَاءَ حِلْيَةٍ أَوْ مَتَاعٍ زَبَدٌ مِّثْلُهُ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الحَقَّ وَالْبَاطِلَ فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِى الأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الأَمْثَالَ


Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Surah Ar-Ra'du: Ayat 17)

Marilah kita berpadu tenaga, merencana, menggerakkan dan mengorbankan segenap keupayaan buat melestarikan sebuah perjuangan....perjuangan yang dirintis para ambiyaa dan disinambungkan oleh para sahabat dan salafus soleh.

Di pundak kita terpikul amanah ini....jika kita cuaikannya....beratlah persoalan yang terpaksa kita tanggung di hari kemudian!

Berlumba Untuk Paling Kaya

February 17, 2009


Menjadi kaya memang impian kebanyakan orang. Sebab itu pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai satu tahap kekayaan yang boleh digelar jutawan. Tidak hairan, kalau perkataan jutawan menjadi umpan dan tarikan mempengaruhi orang lain. Ini kerana menjadi jutawan memang impian kebanyakan manusia.

Beberapa perniagaan MLM menawarkan peluang untuk meraih title jutawan. Terdapat nama-nama yang dipopularkan sebagai jutawan internet. Beberapa skim pelaburan juga berjaya mempengaruhi pelanggan dengan umpan gelaran jutawan.  Realitinya, ramai yang kandas.

Baru-baru ini majalah Malaysian Bussiness telah merumuskan 40 orang terkaya di Malaysia dalam terbitannya terbarunya. 10 daripadanya adalah seperti berikut:
1. Tan Sri Robert Kuok (raja Gula)-RM26.6 bilion

2. Ananda Krishnan (Maxis)-RM26.6 bilion

3. Tan Sri Teh Hong Piow (peneraju Public Bank ) RM8.15 bilion

4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation ) - RM7.4 bilion.

5. Tan Sri Quek Leng Chan (Pemilik Kumpulan Hong Leong)- RM4.5 bilion

6. Puan Seri Lee Kim Hua(Balu kepada pengasas Genting Group, Tan Sri Lim Goh Tong)-RM3.5 bilion

7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary)-RM3.18 bilion

8. Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group)- RM1.79 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King(Kumpulan Rimbunan Hijau)- RM1.64 bilion

10. Tan Sri Azman Hashim ( Arab-Malaysian Corp)- RM1.42 bilion.
Bagi yang beragama Islam perlulah ingat bahawa jika kekayaan yang dimiliki tidak dipergunakan sebaik-baiknya, amaran Allah SWT dalam surah Al-Quran cukup untuk menjadi ingatan.
"والذين يكنزون الذهب والفضة ولا ينفقونها في سبيل الله فبشرهم بعذاب أليم، يوم يحمى عليها في نار جهنم فتكوى بها جباههم وجنوبهم وظهورهم هذا ماكنزتم لأنفسكم فذوقوا ما كنتم تكنزون"
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, Maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, Lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, Maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."
Surah At-Taubah :Ayat 34-35
Bukan tidak ada kalangan sahabat Rasulullah yang bergelar jutawan. Mereka tidak mengumpulkan harta kekayaan mereka. Abdul Rahman bin Auf, seorang ahli perniagaan yang bukan sedikit asetnya. Namun lantaran ketinggalan satu takburatul ula solat berjema’ah bersama Rasulullah di Madinah, beliau sanggup menginfaqkan seluruh kafilah dengan keuntungan perniagaannya demi menutup kerugiannya. Miski, perbuatan tersebut masih tidak dapat menampung kerugiannya kerana tidak dapat takbiratul ula bersama Rasulullah.

Kaya sejati adalah kaya jiwa. Itulah yang paling sukar digapai.