Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Ulama tidak sebanyak pepasir pantai

June 26, 2010

Belajar sekolah agama dari Peralihan hingga tingkatan enam, lulus 4 Sanawi atau 6 Sanawi, lalu dipanggil ulama. Habis sekolah agama, sambung belajar hingga ke universiti dalam bidang agama. Ada yang menyambung pengajian di fakulti pengajian Islam di universiti tempatan dan ada yang melanjutkan pelajaran ijazah pertama di universiti Timur Tengah. Habis belajar, lalu bergaul dengan masyarakat sama ada melalui kerjayanya maupun melalui ketetanggaannya, lalu dikenali perwatakan baik dan solehnya, dia pun dipanggil ulama. Kerana usia masih muda, dipanggil ulama muda.Sementelahan, kalau selalu berkopiah, berserban, berjubah dan menyimpan janggut sejemput di dagu, orang ramai pun panggil dia ulama.

Tambahan pula, kalau selalu mengisi kuliah dan ceramah di masjid dan surau. Lebih-lebih lagi kalau muka selalu keluar di TV dalam slot-slot keagamaan. Fasih berbicara soal agama. Dia dipanggil ulama.

Aku tidak berhasrat menjelaskan maksud ulama. Memberi definisi ulama dari segi bahasa dan istilah dengan memetik nas-nas serta rujukan kitab-kitab ulama-ulama silam adalah satu yang memberatkan fikiran. Pelbagai tafsiran dan kriteria diletakkan oleh orang yang berlainan.

Aku cuma mahu menimbulkan tandatanya tentang keulamaan orang yang dikatakan ulama, khususnya dalam kes 40 orang ulama muda menyertai UMNO.

Kalau sekadar lulus pengajian agama ijazah pertama, aku pun ulama. Tetapi dengan rasa malu, aku menafikan bahawa aku seorang ulama.Berganda-ganda rasa malu untuk aku mengakui bahawa aku seorang ulama.Kalau berceramah itu syarat menjadi ulama, aku pun biasa berceramah. Tapi, aku bukan ulama. Kalau baca Quran faham erti dan boleh mentafsirkannya, itupun aku mampu lakukan. Tapi aku bukan ulama. Kalau bercakap selalu guna 'ana' dan 'anta', aku pun selalu gunakan sewaktu bercakap dengan sahabat dan rakan. Tapi aku bukan ulama. Belajar ilmu usul feqah, usul tafsir, usul hadis, mantiq, balaghah dan berbagai-bagai ilmu alat untuk ilmu Islam untuk melayakkan diri digelar ulama. Aku pun ada belajar semua itu dan memahami sebahagian besar daripadanya lebih baik daripada orang yang tidak belajar agama secara formal. Tapi,dengan rasa malu, aku menafikan diri sebagai ulama.

Solat Jemaah di surau aku selalu berjubah. Cuma berserban aku tidak pernah. Tapi kalau nak berserban bukan susah. Bila-bila masa aku boleh berserban. Serban cuma selengkar kain yang dipakai kemudian ditafsirkan Mungkin sebagai mengamalkan sunnah dan mungkin untuk menunjuk perwatakan ulama. Demikian juga jubah. Serban dan jubah bukan menjadikan seseorang itu ulama.

Kalau begitu siapa ulama? Aku tidak tahu. Tapi, aku curiga dan berat hati mempercayai bahawa 40 orang yang masuk UMNO itu ulama. Aku seorang ustaz. Besar kemungkinan mereka cuma ustaz sepertiku. Tapi nak jadi ustaz kena ada murid-murid. Kalau masih belajar di universiti, pondok, atau lulusan agama  tapi bukan kerja mengajar, layakkah dipanggil ustaz. Panggil ustaz tak layak, panggil ulama lagilah. Jauh  mutiara dari bintang. Aku menanggapi ulama dengan pemerhatian yang berat. Sumbangannya  kepada agama mesti besar. Kitab karangannya mesti jenuh di pasaran. Penampilannya mesti sesuai dengan keilmuan. Penghormatan ummat kepadanya harus tinggi miski dia boleh dimusuhi oleh sebahagian. Dia mesti ada pejuangan. Perjuangannya bukan pada mengisi perut dan tuntutan seks berbini. Ulama adalah insan bejuang dan bukan menyepi di ruang khulwah dan karam hanyut dalam zikir yang melenakan kepekaannya terhadap ummat.

Duduk dalam pertubuhan ulama belum menjadi jawapan keulamaan seseorang. Penelitian panjang sirah hidupnya sehingga ke matinya perlu untuk mengakui bahawa dia seorang ulama. Semuanya kerana yang namanya ulama itu adalah pewaris nabi. Ulama bukan sebanyak pepasir pantai.

Maafkan aku kerana meragui keulamaan anda...

Itulah jalan yang anda pilih

40 orang ulama muda yang masuk UMNO telah membuat satu keputusan yang cukup beresiko. Kata mereka, sebagaimana yang diutarakan oleh Fadhlan Mohd Othman, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kemasukkan ke dalam UMNO adalah bertujuan membina kerjasama dengan UMNO dalam perkara keagamaan dan kerohanian. Menurut Datuk Seri Shahidan Kassim, kemasukan tersebut adalah kumpulan pertama. Antara yang ikut serta dalam kumpulan pertama ini juga ialah Ust Fathul Bari Mat Jahaya, anak bekas mufti Perlis. Akan menyusul kumpulan kedua. Dr. Asri Zainal Abidin yang dibayangkan akan menyertai UMNO kemungkinan dari kumpulan kedua yang bakal menyusul.



Walaupun gagal melunaskan janji 100 orang ulama muda menyertai UMNO, sekurang-kurangnya apa yang diwar-warkan sebelum ini sememangnya bukan cerita kosong. 

Penyertaan mereka ke dalam UMNO merupakan keputusan yang berisiko buat diri sendiri. Ia bakal menguji sikap dan meletakkan reputasi mereka dalam keadaan yang tidak menentu. Sebahagian daripada mereka sebelum ini dikenali sebagai pemuda-pemuda yang bercakap soal tajdid dalam agama. Mereka menamakan diri sebagai pejuang sunnah. Mereka jugalah yang banyak terpalit dengan lebel Wahabi.

Namun, jalan perjuangan telah mereka pilih. Mereka juga telah memilih UMNO untuk menjadi khalil mereka.Sabda Rasulullah SAW:


المرء على دين خليله، فلينظر أحدكم من يخالل
"Seseorang itu akan berada di atas jalan agama temannya, maka hendaklah kamu melihat kepada siapa yang jadikan teman".
(HadisRiwayat Abu Daud dan Tirmizi dengan sanad hasan)


Hidup memang penuh dengan pilihan. Pilihan bukan satu permaiman. Setiap derap langkah akan terhitung dan punya perhitungan. Jika langkah itu betul, berbahagialah. Jika langkah itu silap, malang dan rugilah. Yang namanya perjuangan Islam tidak rugi dengan kesilapan langkah dan kezaliman pejuangnya.
  
وَمَا ظَلَمُونَا وَلَكِنْ كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
"Dan tidak mereka menzalimi kami, akan tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri".
(Surah Al-Baqarah: Ayat 57)

Selamat berjuang dalam wadah pilihan! Kami sedang menyaksikan lenggok tari ulama muda. Ulama?

Tua tanpa bijaksana

June 25, 2010

Mengenai judi bola sepak, Tun Dr. Mahathir berkata:

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah. Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia. Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram...".

Aku teringat kata-kata Damak (lakunan P.Ramli) kepada ibunya dalam filem Sri Mersing.

Bonda berbicara bahasa tua
Nanda berbicara bahasa muda
Bahasa tua sabar di dada
Bahasa muda darah bergelora.

Seorang tua, sepatutnya penuh kebijaksanaan. Sedemikian banyak pengalaman dan yang dikutip hendaklah membijaksanakan diri.  Pengalaman itu pula hendaklah disempurnakan dengan adunan ilmu yang tepat. Beruntung sekali jika pengalaman dan ilmu dihias dengan takwa kepada Allah SWT.

Tua tanpa bijaksana adalah hina. Tua tanpa bijaksana tiada manfaat guna. Tua tanpa bijaksana akan dipersenda. Bila mati tak meninggalkan nama.

Sebagaimana tua dipandu bijaksana, anak muda darah perlu bergelora. Baru perubahan dapat dijana. Amat beruntung kalau anak muda darahnya bergelora tetapi bijaksana sentiasa bersama.

Ahli Sunnah Wal Jama'ah, Wahabi dan radikalisme agama

June 24, 2010

Sekarang timbul isu Wahabi  dilebelkan sebagai salah satu  kumpulan yang berada dalam lengkaran keganasan (Terorisme). Isu ini timbul sesudah negara dihebohkan dengan isu JI yang sehingga kini selalu dilebelkan sebagai kumpulan pengganas dan dikambinghitamkan dalam kebanyakan peristiwa yang melibatkan keganasan serantau. Seorang yang pegawai kanan Jakim, bernama Zamihan Al-Ghari meletakkan Wahabi sebagai aliran yang berpotensi menimbulkan radikalisme beragama. Seterusnya beliau menyebutkan nama-nama tokoh yang dikaitkan dengan aliran Wahabi seperti Dr. Asri Zainal Abidin, Dr, Juanda Jaya, Datuk Seri Shahidan Kasim dan Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang. Secara tidak langsung, perkaitan yang ditimbulkan oleh Zamihan Al-ghari itu menjadikan tokoh-tokoh tersebut terpalit dengan terorisme, lebih-lebih lagi isu terorisme hangat diperdebatkan lewat terakhir ini berikutan pendedahan pihak berkuasa berhubung kaderisasi oleh JI ke atas sejumlah pelajar universiti tempatan.

Aku tidak pernah mengenali Zamihan Al-Ghari ini. Namun, banyak yang aku dengar mengenainya adalah berhubung dengan tentangan kerasnya terhadap aliran Wahabi. Aliran Wahabi dicap sebagai bahaya malah dikatakan terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Wahabi dilihat sebagai mengancam kestabilan nusantara sepertimana aliran Syiah.

Sebenarnya, pertentangan ini adalah pertentangan yang diwarisi sejak zaman pergeseran  pemikiran kaum tua dan muda muda sebelum kemerdekaan lagi. Ia mengalami zaman pasang surutnya. Dewasa ini, setelah lahir ramai lulusan agama daripada Universiti Timur Tengah khususnya dari negara Arab Saudi dan Jordan, dan juga Universiti Tempatan, pergeseran kembali sengit kerana lulusan agama ini kembali membawa idea pembaharuan. Kali ini, golongan pembaharuan mendapat lebih tenaga dan sokongan terutamanya generasi muda. Golongan inilah yang dilebelkan sebagai Wahabi.

Wahabi sesat. Wahabi bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Wahabi mujassimah. Demikianlah antara sederetan pelebelan yang jika dinilai, kesimpulannya Wahabi bukanlah firqah najiah (golongan selamat) di akhirat. Masuk nerakalah semua wahabi. Begitulah, jika mahu dirumuskan daripada segala pelebelan tersebut.

Aku hairan, bagaimana golongan yang mensesatkan wahabi itu melaksanakan  ibadah haji di Makkah. Sudah tentu solat lima waktu di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi  berimamkan  imam Wahabi. Mungkin mereka tidak pergi solat di masjid. Mereka solat di hotel berjemaah. Tapi bagaimana dengan solat Jumuat? Apakah mereka tak pergi solat jumuat? Mungkin mereka solat jumuat bersama imam Wahabi kemudian ulang semula dengan solat zohor sendirian! Mungkin juga mereka solat lima waktu dan solat jumuat di belakang imam Wahabi tetapi dalam keadaan tidak suka dan terpaksa. Darurat. Apakah sah solat sebegitu? 

Bagaimanakah mungkin mendapat haji mabrur kalau fikiran kacau bilau di tanah haram?

Ketika aku mengerjakan ibadah haji pada tahun 2008, aku bertemu seorang lelaki dari Indonesia. Dia memberitahuku bahawa dia punya kecenderungan kepada tariqat kesufian. Dia menyalahkan wahabi yang membangunkan dataran safa dan marwah  menjadi 3 tingkat. Dia mengatakan bahawa solat di Masjidil Haram mendapat gandaan pahala 1000 solat di masjid yang  lain khusus bagi  Masjidil Haram mengikut plan asal di zaman nabi. Wahabi telah memperluaskannya dan menganiaya ummat Islam. 

Mujur Wahabi yang memerintah haramain. Kalaulah yang memerintah haramain itu orang Turki, Mesir atau Iran, entah berapa banyak amalan tabarruk, tamassukh dan khurafat bermaharajalela sewaktu musim haji. Aku menyaksikan bagaimana keras dan tegasnya pengawal keselamatan sekitar Ka'abah mencegah para hujjaj yang jahil dari belahan dunia tertentu bergayut sambil  menggosok kopiah, tisu, tuala dan sapu tangan ke Kaabah kerana mengambil berkat. Di perkuburan Ma'la, kubur Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid di pagar dan dikunci kerana penziarah selalu mencari-cari jalan menurut hawa nafsu mentaqdiskan kubur tokoh Islam. Ada pengawal-pengawal yang diupah oleh kerajaan Wahabi menjaga perkuburan daripada perbuatan yang dilarang syarak.

Mereka yang mengerjakan haji dan menziarahi tempat bersejarah di musim haji dengan segala macam kepelikan itu mengaku sebagai ahli Sunnah Wal Jama'ah!

Ramai orang mengaku Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Sebilangan Tariqat yang jelas sesat pun jika ditanya, mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Parti Kebangsaan yang berjuang untuk bangsa, mendaulatkan peraturan kaum kuffar dan menafikan kedudukan hukum Allah pun akan mengaku Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Aku pernah dengar Saddam Hussein yang mengetuai Parti Ba'ath di Irak mendakwa dan didakwa dari kelompok Sunni. Jangan-jangan jika ditanya seorang pejuang dalam Parti Komunis, juga akan mengaku sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Mengakulah seribu kali, malah sejuta kali sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah, kalau berenang dalam kolam bid'ah, selesa dengan kebid'ahan itu, bukan Ahli Sunnah Wal Jama'ah namanya. Ahli Sunnah adalah penegak sunnah. Ahli Jama'ah adalah pengikut salafus soleh kerana merekalah tunggak Jama'atul Muslimin. Justeru, Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah mereka yang menuruti jalan berasaskan sunnah, menjauhi bid'ah, dan menjadikan salafus soleh sebagai rujukan dalam beragama.

Mengibarkan kain rentang tertulis "Allahu Laisa Lahu Makan" bukan syiar Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Mengkafirkan Ibn Taimiyyah tidak menjadikan kita Ahli Sunnah Wal Jamah. Mencela Muhammad bin Abdul Wahab, bukan petanda seseorang itu Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Memperjuangkan sifat 20 dan menentang pembahagian tauhid kepada 3 bukan jalan meletakkan anda sebagai Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Jika Wahabi membetuli sunnah dan salafus soleh, mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Siapapun dan aliran apapun, jika berpijak di atas landasan sunnah, menjadikan salafus soleh sebagai rujukan, merekalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Ikhwan, Hamas, Hizbut Tahrir, Tabligh dan semuanya adalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah jika berpegang kepada sunnah dan menjauhi bid'ah. Jika menjadikan jama'ah sahabat dan salafus soleh sebagai tauladan dalam beragama.

Minoriti angka dan kuasa

June 20, 2010

Bangsa Melayu di Malaysia dewasa ini dianggarkan sekitar 60 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Paratusan ini meletakkan Melayu sebagai mojoroti dari segi angka namun  dari segi kuasa belum cukup terjamin. Komentar Tun Dr. Mahathir bahawa bangsa Melayu akan menjadi minoriti telah mendapat respon pedas daripada seorang ahli akademik iaitu Dr Azmi Shahrom, seorang pensyarah undang-undang dari Universiti Malaya. Beliau menyifat kenyataan Tun Dr mahathir itu sebagai terdesak, tak bertamadun dan tidak matang dalam berfikir. Tun Dr. Mahathir membalas dalam blognya dengan mengatakan bahawa perpecahan Melayu dalam politik pada hari ini akan menyebabkan Melayu menjadi minoriti kuasa. 



Arah tuju komen Tun Dr. Mahathir itu seperti menyalahkan kewujudan parti yang menjadi ikutan orang Melayu hari ini. Kewujudan Pas yang mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu telah menyebabkan kuasa UMNO menipis. Kuasa itu semakin menipis bila tertubuhnya PKR dan disokong pula oleh sebahagian Melayu. Mungkin...menurut Tun Dr. Mahathir, alangkah baiknya kalau Melayu bersatu di bawah sebuah parti sahaja. Tentunya parti itu menurutnya hendaklah UMNO. Barulah gugatan terhadap status mojoriti bagi bangsa Melayu tidak belaku. Mojoriti angka dan ditambah pula mojoriti kuasa.

Namun, itu tak mungkin berlaku. Kalau pun berlaku, tiada jaminan bahawa majoriti melayu dari segi kuasa akan terpelihara. Yang memelihara mojoriti kuasa orang Melayu bukan mojoriti angka. Kalau semua orang melayu bernaung di bawah sebuah parti Melayu, ia bukan jaminan bahawa mojoriti kuasa Melayu akan terpelihara.

Kita telah melihat dalam lembaran sejarah, sewaktu Tanah Melayu ini diperintah oleh para raja-raja Melayu dengan kuasa mojoriti 100 peratus, banyak kepentingan bangsa Melayu dikorbankan. Terkorbannya hak Melayu angkara karenah kuasa melayu yang berada di tangan raja-raja 100 peratus dapat dilihat pada tinggalan peta sejarah Singapura, Puala Pinang dan Selatan Thailand. Semua itu hilang daripada orang Melayu sewaktu melayu menjadi mojoriti dari segi angka maupun kuasa. 

Hal yang tidak jauh beza juga berlaku dalam tempoh 50 tahun sesudah negara kita meredeka. Sewaktu Melayu masih selesa menjadi mojoriti dari segi angka maupun kuasa, satu demi satu hak Melayu gugur. Bahaskanlah berapa banyak tanah rizab Melayu dikorbankan? Berapa banyak wang rakyat Melayu tidak dipulangkan faedahnya kepada rakyat bangsa Melayu? Kalaupun dipulangkan ditagih kembali. Keuntungan petronas ke mana? Mengapa sampai kini rakyat masih dihinakan dengan sebuah nama "subsidi " sedangkan itu adalah hak rakyat, khusunya anak Melayu.

Aku dengar, tanah KTMB yang merupakan pusaka Melayu di Singapura pun dikorbankan. Ia terkorbankan bukan kerana melayu menjadi minoriti dari segi angka maupun kuasa.  Ia dikorbankan oleh Melayu yang minoroti izzah dan iman!

Berapa banyak hak Melayu hilang selama ini sedangkan pemimpin selesa dalam dodoian mojoriti angka dan kuasa!

Kini, setelah Melayu berpecah kepada kelompok yang dibezakan oleh parti, timbul kerisauan tentang hilang mojoriti Melayu dari sudut Kuasa. Apakah selama ini Melayu mojoriti dari segi kuasa?

Kalau aku...Apa guna Melayu mojoriti kalau Melayu cuma sebuah bangsa yang lemah agama. Melayu tapi tak pernah beramal dengan Islam dalam diri sendiri. Jauh sekali melaksanakan  Islam dalam pemerintahan.
Guna apa Melayu kalau rasuah berkuasa!
Guna apa Melayu kalau Melayu tamak kuasa!
Guna Apa Melayu kalau wang di bank berjuta sedang bangsanya miskin hina!
Guna Apa Melayu kalau hidup tidak berlandas agama!

Wang rakyat diguna sesuka
buat membina bangunan mega
Mencakar langit menggapai angkasa
Tempat si kaya memicing mata

Melayu mojoriti angka dan kuasa
nasib peneroka tak terbela
Banyak tanah dirampas penguasa
Buat memperkaya yang sudah kaya.

Bangsa Melayu bukan bernaung di bawah bayang bangsa. Dulu bangsa ini hina lalu Islam datang membawa mulia. Memperjuangkan bangsa hanya akan membawa kecewa. Hasilnya tak akan ke mana. Kalau para pejuangnya mengharapkan agar Melayu bersatu di bawah sebuah semangat bangsa, sia-sia. Di dunia gagal, di akhirat kecewa.

Melayu itu Islam, kata para pejuangnya untuk menjutifikasikan bahawa perjuangan mereka adalah perjuangan Islam. Tidak...Melayu bukan Islam dan Islam bukan Melayu. Hakikat ini telah terbukti apabila hari ini kita lihat banyak Melayu yang mengaku bukan Islam (murtad). Ramai juga yang tersasar dan tersesat. Justeru, kalau bangsa diperjuangkan, bangsalah, jangan Islam dikaitkan. 

Perjuangan Melayu menghidupkan kembali seni silat dengan segala upacaranya. Kekadang  amalan tahyul mahyul dihidupkan semula atas alasan ia pusaka Melayu. Ada cadangan kalangan tertentu yang bercitra Melayu untuk menghidupkan amalan mandi Safar di Pantai Port Dickson kerana ia warisan Melayu.Para pejuang bangsa itu akan menelan banyak adat pusaka dan amalan warisan Melayu sekalipun bertentangan dengan Islam. Hari ini, bila seorang sultan meninggal, upacara penuh istiadat melayu dipamerkan. Sehingga, kekadang adat itu berlebihan dan menyimpang. Majlis-majlis persandingan sempena perkahwinan dengan upacara tepung tawar kembali dihidupkan setelah Islam memadamkan. Perayaan-perayaan paganisme di aktifkan dan dipromosikan dalam media atas alasan menarik pelancong.

Biarlah Melayu minoriti angka maupun kuasa. Asalkan Islam menjadi mojoriti angka dan kuasa. Inilah yang perlu kita perjuangkan di bumi, bukan sahaja di Malaysia, malah seantero dunia.

Bola menjadi khalifah

June 19, 2010


Buat apa ramai orang di warung Pak Abu?
Ada skrin putih kelabu
Riuh sorak gempita apa itu?
Di malam hari jam 1
Wacana apa itu di TV1?
Ulasan demi ulasan tanpa jemu


Sebuah skrin besar
menjadi mehrab 
dan para pencinta terpaku
menjadi makmum
menatap khusyuk ke situ
pada sekumpulan orang dan sebiji bola
imam sebuah ritual
dalam sebuah episod mendebarkan.

Tanpa takbiratul ihram
ia bermula...lalu
Sebuah laungan sorakan gembira
serentak di seluruh ceruk dunia
merupakan takbir intiqalat
dari yang berkulit putih, hitam, sawo matang, kemerahan maupun kekuningan
merentas sempadan segala bangsa
melangkau batas agama panutan
dipersatukan oleh sebiji bola


Aku Pertugal!
Aku Brazil!
Aku Jerman!
Aku England!
Anak muda menyatakan keakuan semangat
dengan penuh kebanggaan

Lupakan derita semalam
Lupakan rintihan silam

Dentuman bom hilang ditelan sorak
Rintihan dan tangisan hilang dalam sorai
Palestin?
bukan negara pilihan
Afghanistan?
Tak pernah melahirkan bintang dunia
Irak?
Tak minat
Iran?
Turki?
Pakistan?
Arab Saudi?
Tiada zikir meniti di bibir pencinta

Ah!
Sebiji bola itu
Benar-benar berkuasa
Laksana khalifah menggenggam ummat
Menyatu semua kalimat !

Pembela kebaikan dan kejahatan tak pernah berpadu.

June 12, 2010

Jika kita menjadi pembela kebaikan, Alhamduillah! Allah telah memilih kita untuk berada dalam partinya. Berada dalam parti Allah secara prinsip sudah cukup baik dan bertuah,  tetapi tidak cukup. Pembela kebaikan juga hendaklah berada dalam parti Allah secara' intima' total mencakupi prinsip, pemikiran,sikap dan tindakan.

Jika ada yang menjadi pembela kebaikan, maka demikianlah kejahatan juga ada pembelanya.Dalam dunia ini, kebaikan dan kejahatan pasti saling bersaing. Satu ketika kejahatan akan mendominasi  keadaan dan pada satu ketika yang lain kebaikan akan mendominasi keadaan.

Selama bernama dunia, syurga tidak akan menjelma dalam seluruh kehidupan di dunia. Syurga mungkin ada pada setengah tempat dan tidak mungkin di semua tempat. Syurga mungkin wujud dalam setengah masa dan tidak mungkin semua masa. Syurga bagi semua tempat dan masa cuma ada di akhirat. Itulah syurga yang dijanjikan Allah kepada hamba-hambanya yang beriman.

Persaingan antara kebaikan dan kejahatan ini adalah satu yang pasti. Dalam Al-Quran Allah SWT menyebutkan istilah 'wali Allah' dan 'wali syaitan'. Kedua-duanya mengikuti dua jalan berbeza yang penghujung tidak mungkin akan bertemu. 

Anda telah berjaya mengkaderkan sekian ramai pendokong parti Allah. Namun anda jangan lupa bahawa dalam masa yang sama, sekian banyak juga pendokong parti syaitan telah berjaya dikaderkan. Persaingan ini akan terus berlanjutan sehingga ke hari kiamat. Tak usah keluh kesah menghadapi realiti ini. Janganlah berharap bahawa pengkaderan pendokong parti syaitan akan bantut dan tidak lagi berhasil mengeluarkan sebarang produksi. Itu tak mungkin kerana sunnah Allah menentukan bahawa ada dua jalan.

Hanya, buat anda yang terpilih untuk mendokong perjuangan kebaikan dan bernaung di bawah parti Allah serta terselamat daripada perjuangan kejahatan dan tersisih daripada parti syaitan, bersyukurlah dan istiqamahlah.

Saat seluruh dunia seperti sepakat mengutuk kezaliman Yahudi Zionis, ada beberapa kelompok masyarakat dunia yang mendokongnya. Ada juga negeri yang menzahirkan sokongan nyata buatnya. Kalaupun tidak menyatakan dokongan terbuka, ada yang masih bersikap lunak terhadap Yahudi Zionis.

Sebuah negara bernama Finland yang terletak di semenanjung Scandinavia, utara benua Eropah dan dihuni bangsa Nordik secara terang-terangan membuat demontrasi menyatakan sokongan kepada negara haram Israil dan membela tindakan Yahudi Zionis menawan kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmarra dan Rachael Corry.

Ribuan berdemontrasi di Helsinki, Filandia menyatakan sokongan kepada Israil

Demikianlah, jika ada yang membenci, mencela, mengutuk dan mencemuh Yahudi Zionis, maka adalah yang akan membela, memuji, menyanjung dan mempertahankan Yahudi Zionis!

Kalau negara Finland, muncul kelompok ramai yang membelaYahudi Zionis,itu tidak cukup menghairankan. Dalam kekagetan dengan corak berfikir dan bertindak melawan warga Finland kita mungkin boleh mengandaikan bahawa pengaruh Yahudi Zionis kuat berakar umbi di sana. Tidak hairanlah mengapa talifon bimbit jenama Nokia yang merupakan salah satu produk yang dikaitkan dengan Yahudi dikeluarkan dari sana (pengguna handphone seharusnya berusaha mengelakkan memilih jenama nokia sejajar dengan kempen boikot barangan Yahudi).

Namun, kenyataan Mahmud Abbas, presiden negara Palestin di New York sewaktu bersidang bersama para pemimpin Yahudi baru-baru ini bahawa beliau tidak menolak hak Yahudi Zionis untuk membina negara di bumi Palestin adalah kenyataan janggal daripada seorang pemimpin yang mewakili rakyat Palestin sendiri. Dalam keadaan dunia mengutuk Yahudi, dia masih bersikap lunak kepada Yahudi Zionis itu.

Islam terfitnah oleh pemimpinya.

Apa boleh buat, jika ada yang tidak Yahudi Zionis, ada yang mencintainya. Meredhai kekejaman Yahudi tidak beza dengan mereka yang mencintainya!

Pembela kebaikan dan kejahatan saling bersaing. Jika demikian halnya dalam isu Palestin yang cukup jelas untuk diputuskan oleh akal yang waras, maka jangan hairan kalau di Malaysia akan ada pembela kejahatan. Di saat suara-suara membantah judi bola sepak rancak dan kelihatan suara sepakat ramai orang, jangan takjub kalau ada suara-suara yang membelanya.

Gambar hiasan-sumber oh!Tidak

Demikian kerana setiap kebaikan ada pembelanya. Kejahatan juga ada pembelanya. Pembela kebaikan, secara prinsipnya mereka di pihak parti Allah siapa pun mereka. Sekalipun mereka bukan Islam. Namun, keberadaan dalam parti Allah menuntut intima'. Pembela kejahatan secara prinsip atau tidak, mereka tetap dan pasti dalam parti syaitan. 

Ilusi vs Realiti

June 11, 2010

Aku mendengar khutbah Jumuat yang cukup menarik dibacakan oleh Ust Bakhtiar Hud di masjid Datuk Pangeran Galpam bertajuk : "Palestin memanggil kamu pulang kepada Islam" . Tahniah buatnya kerana memilih sebuah khutbah yang hidup dan benar-benar realiti. Tentunya dalam situasi sekarang, Isu Palestin seharusnya berkumandang di seluruh membar Jumuat. Khutbah tersebut adalah karya asal seorang pendakwah muda yang dikenali ramai melalui laman webnya Saifulislam.com iaitu Ust Hasrizal Abdul Jamil. Naskhah khutbah itu boleh diperolehi di laman web Saifulislam.com


Apa yang menarik adalah kupasan mengenai  Ilusi VS Realiti yang dipetik daripada sebuah buku Ilal Islam Min Jadid ( Klik di sini untuk download buku tersebut- versi Arab) karya Abul Hasan Ali An-Nadwi. Di bawah tajuk: " Baina Soorah Wal Haqiqah (Antara Ilusi dan Realiti)" beliau mendatangkan sebuah sebuah analogi. Seorang pemimpin yang hebat masa hidupnya telah diarcakan dalam bentuk patung. Lalu, seekor burung kerdil hinggap di hidung patung itu dan melepaskan najisnya. Patung yang mewakili seorang tokoh agung itu tidak mampu berbuat apa-apa ketika batang hidungnya dinajisi sang burung kecil. Ini kerana patung itu dan kehebatan ketokohan yang diabadikan di sana cuma sebuah ilusi sedangkan kewujudan burung tersebut, sekalipun kerdil, ia merupakan sebuah realiti. 

Demikianlah, kini Islam dan kehebatannya di masa lalu telah diarcakan sebagaimana patung tersebut. Sedangkan Yahudi dengan segala kebuasan dan kutukan dunia untuknya merupakan sebuah realiti!

Ketika bertembung antara realiti dan ilusi, realitilah yang akan memenangi sayembara sekalipun betapa besar, hebat, agung, gah dan menariknya ilusi tersebut. Ilusi tidak mampu berbuat apa-apa. Ilusi hanya wujud dalam khayalan nostalgia masa lalu. Saat ilusi memainkan peranannya, tiada apa yang dapat terzahir kerana bagaimanalah sebuah mimpi akan merubah sesuatu yang nyata.


Yahudi yang menjarah bumi Palestin adalah sebuah realiti!

Nasrani yang bertunjang di Rumah Putih itu adalah realiti!

Sebaliknya...

Muslim yang bertalbiah di baitullah saban musim haji tetapi tidak terbakar semangat juang membela ummat yang tertindas sebenarnya adalah sebuah ilusi.

Musabaqah yang dikatakan lambang percintaan terhadap Al-Quran adalah sebuah ilusi.

Perarakan maulidur rasul yang katanya tandanya cinta kepada Rasul cuma sebuah ilusi.

Banyak yang disangka realiti sebenarnya cuma sebuah ilusi!

Kehebatan negara Turki sebagai sebuah negara tinggalan Muhammad Al-Fateh yang dapat menawan Kostantinopel dalam peristiwa bersejarah... kini hanyalah sebuah ilusi.

Iran sebagai bumi warisan  Khurasan yang menunjangi perjuangan hingga tertegaknya kerajaan Abbasiyyah, yang punya tamadun tua yang panjang berliku pra-Islam maupun pasca Islam, kini...hanyalah sebuah ilusi!

Negeri Mesir bumi Nabi Yusuf, Nabi Musa serta bumi Islam yang dibuka oleh Sahabat Nabi Amru bin Al-As, yang  mengenainya serta penduduknya disebutkan dalam hadis, pernah mempersiapkan tentera pembebasan Al-Aqsa dipimpin panglima agung Salehudin Al-Ayubi...kini hanyalah sebuah ilusi.

Ummat Islam hidup dengan Ilusi sedangkan Yahudi dan Nasrani sedang menggomol dunia dengan realitinya!

Manalah mungkin ilusi menewaskan realiti. Oleh itu, kita seharusnya bangkit meninggalkan ilusi betapapun indahnya ilusi itu. Hadapilah realiti dunia hari ini dengan segalah mehnah dan cabaranya. Behentilah berbicara mengenai gemerlap masa lalu dalam halaqah lipur lara tetapi binalah halaqah, usrah, daurah atau apa sahaja yang membicarakan perancangan dan strategi Islam meladeni realitinya.Kita memuji para pejuang Islam hari ini yang berhempas pulas memerah otak untuk menterjemahkan Islam dalam kehidupan reliti. 

Sesungguhnya tidak mudah mengejutkan seorang yang sedang lena sambil tersenyum dibuai mimpi. Tidak mudah menyedarkan insan yang karam dalam ilusi.

Perang adalah penawar

June 8, 2010

Firman Allah SWT:


قاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُّؤْمِنِينَ   وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللّهُ عَلَى مَن يَشَاءُ وَاللّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Perangilah mereka, niscaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman. Dan menghilangkan panas hati orang-orang mukmin. dan Allah menerima Taubat orang yang dikehendakiNya. Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taubah: 14-15)
 
Hati ummat Islam dewasa ini menderita sakit melihat angkara murka yang dilakukan oleh Yahudi Zionis. Sakit itu datang dari luka bernanah yang tak diubati kerana ubat-ubat yang cuba digunakan selama ini tidak mujarrab dan tidak mendatangkan kesembuhan. Maka luka bernanah itu terus bernanah dan semakin merebak dari sehari ke sehari.

Sudahlah hati dihimpit sakit akibat luka bernanah yang tak pernah sembuh dengan sebab salah ubat, ditambah pula dengan kemarahan yang yang menggelodak dalam jiwa.  Sungguh malang seorang yang sakit lalu dalam sakitnya marah-marah pula. Derita dalam derita! Sakit tak sembuh, jiwa tak tenteram. 

Demikianlah bandingannya dengan ummat Islam dewasa ini.

Sebab itu Allah perintahkan nabi agar menggencarkan perang kepada orang-orang kafir di seluruh pelusuk tanah Arab kira-kira setahun selepas pembukaan kota Makkah. Perintah perang total itu diistiharkan oleh Ali bin Abi Talib pada hari Arafah haji tahun ke-9 H. sesungguhnya perintah memerangi orang-orang kafir yang selama ini memerangi Islam merupakan penawar kepada penyakit dalam hati orang Islam dan memadamkan kemarahan yang bersenandung gelisah dalam hati mereka.

Justeru, menangani permasalahan Yahudi Zionis ini, hanyalah peperangan. Peperangan itu bukan sahaja penyelesaian kepada masalah hak rakyat Palestin dan menundukkan keangkuhan Yahudi Zionis, tetapi juga merupakan terapi paling mujarab bagi jiwa ummat Islam seantero dunia. 

Ketika  ummat Islam seluruh dunia mendengar amaran-amaran daripada Perdana Menteri Turki, Racep Tayyip Erdogan ke atas Yahudi Zionis, ada sedikit rasa lega dalam hati kaum muslimin. Namun, jika seandainya beliau membuat pengistiharan perang dan menghantar tentera ke Israil, tentunya ia meleraikan banyak simpulan yang berserabut dalam hati ummat Islam. Dengan istihar perang dan menghantar bala tentera ke Israil, ia menjadi penawar hati dan mententeramkan kemarahan ummat Islam.

Kemudian, ummat Islam berharap Iran akan menunjukkan Izzahnya ke atas Israil. Ketika Iran mempersiapkan kapal bantuan di bawah Bulan Sabit Merah untuk dikirimkan ke Gaza, Yahudi Zionis mengancam dan bertekad untuk menghalang kapal bantuan yang akan dikirim itu dari mencecah pantai Gaza. Iran pula memberi amaran jika Yahudi Zionis itu berani menyentuh kapalnya. Hati ummat Islam seluruh dunia yang mendengar ancam mengancam ini mendapat sedikit kelegaan. Kalau Yahudi Zionis itu benar-benar melakukan apa yang ditekadkannya dan Iran pula mengotakan ancamannya lalu meletus perang, hati ummat Islam mendapat penawar yang melegakan.

Kalaulah Mesir pun bangkit dengan tindakan berani membuka sempadannya di Rafah membolehkan kemasukan para pejuang, banyak hati ummat Islam akan mendapat kesembuhan. Besar pahala menyembuhkan sakit dalam hati berbilion ummat Islam di dunia. Siapa yang mahu mendapat fadhilat itu?

Jika Turki bangkit....
Jika Iran bangkit...
Jika Mesir bangkit...

Cukuplah 3 negara Ummat Islam itu kerana tiga itulah tiang kedaulatan ummat Islam.

Perang adalah penawar buat kemelut hati ummat Islam dewasa ini. Inilah penawar yang sukar diperolehi. Terlalu banyak penghalangnya. Cobaannya bermacam-macam. Lebih mudah mendapatkan bunga bakawali di puncak gunung yang dikawal oleh jin dan naga buat penawar sang raja! Namun, biar betapa susah jalannya, betapa aneka ragam cobaannya, perjuangan mendapatkan penawar sejati itu perlu diteruskan.

Tentera Mesir sebaik tentera di bumi?

موسى أم فرعون تدفعون؟؟

Benarkah tentera Mesir itu hebat? Jika ditanya kepada pencitra kebangsaan Mesir, mereka tentu mengatakan "ya". Mereka mungkin akan mengatakan perihal mengenai kehebatan tentera Mesir disebutkan dalam sebuah hadis. 

Sebuah hadis yang merupakan sebahagian daripada hadis panjang yang ditakhrijkan oleh Ibn Abd Hakim dalam Futuh Misra, Ad-daruqutni dalam al mu'talif wal mukhtalif dan disebutkan melalui jalan riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq dan  Ibn Zulaq dalam Fadhail Misr daripada Abdullah bin Lahi'ah daripada Al-Aswad bin malik Al-Humairi daripada Bahir bin Zakhir  al-Mu'afiri daripada Amru bin Al-As daripada Umar al-Khattab ( radiallahu anhuma) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


إذا فتح الله عليكم مصر فاتخذوا فيها جندا كثيراً، فذلك الجند خير أجناد الأرض، فقال له أبو بكر: ولم يارسول الله؟ قال: لأنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة

"Bila Allah membukakan buat kamu negeri Mesir, jadikan tenteranya paling banyak. Maka tentera itu adalah sebaik-baik tentera di bumi. Maka berkata Abu Bakar: Kenapa begitu ya Rasulullah? Jawab baginda : Kerana mereka dan isteri-isteri mereka sentiasa siap siaga  hingga ke hari Qiamat". 

Hadis ini dihukum oleh kebanyakan pengkaji hadis sebagai daif kerana kemajhulan (tidak dapat dikenali) beberapa orang perawinya seperti Al-Aswad bin Malik dan  Bahir bin Zakhir.(Rujuk: Islamweb)

Ada hadis yang saheh mengenai negara Mesir  dan penduduknya yang disebutkan dalam Saheh Muslim. Sabda Rasulullah SAW:

إنكم ستفتحون أرضاً يذكر فيها القيراط فاستوصوا بأهلها خيراً، فإن لهم ذمة ورحماً

"sesungguhnya kamu akan membuka satu bumi yang disebut padanya al-qirat, maka wasiatilah ahlinya dengan kebaikan maka sesungguhnya bagi mereka kehormatan dan rahmat"



Tentera Mesir memang telah melakar sejarah dengan tinta emas di masa lalu. Tentera Mesirlah yang dipimpin oleh Salehuddin Al-Ayubi kira-kira lebih 840 tahun yang  lalu membebaskan Baitul Maqdis daripada tentera Salib. Tentera Mesir telah berjaya menumbangkan Raja Faruq lalu membentuk kerajaan Republik yang ada pada hari ini. Beberapa siri peperangan yang melibatkan tentera Mesir antara tahun-tahun 40-an sehinga 70-an memperlihatkan wibawa tentera Mesir.


Namun, itu dulu. Sekarang apa sudah jadi dengan tentera mesir? 

Apakah ada kehormatan bagi tentera Republik Mesir yang rela membiarkan saudara Islam di Palestin dikeronyok Yahudi Zionis? 

Apakah ada rahmah di kalangan tentera Mesir yang saban waktu mengongkong, memburu, menangkap pejuang-pejuang gerakan Islam Mesir yang cuba bangkit menongkah tadhur?

Siapakah pula ahli negeri Mesir yang Rasulullah katakan memiliki Zimmah dan Rahmah?

Apa yang pasti, tentera Mesir bukanlah sebaik-baik tentera dan hadis yang  banyak dibacakan oleh pencitra kebangsaan Mesir itu tidak boleh disandarkan. Selain hadis itu daif, realiti hari ini tidak menggambarkan bahawa tentera Mesir adalah sebaik-baik tentera.  

Baik lagi tentera Mujahidin di Afghanistan. Baik lagi tentera Hizbullah di Lubnan. Mereka lebih mengenal jihad berbanding tentera Mesir.



Syabas Datuk Sri Najib!

June 7, 2010

Syabas Datuk Sri Najib!


Mewakili negara Malaysia, menyuarakan ketegasan agar Israil dibawa ke mahkamah antarabangsa adalah perkataan-perkataan yang patut dipuji.  Beberapa desakan yang dilafazkan bersama juga patut dihargai. Sememangnya suara-suara mengutuk tindakan Yahudi Zionis, di manapun ia dikumandangkan, dalam parlimen, di perhimpunan demontrasi jalanan, dalam perdebatan di kedai-kedai kopi, dalam seminar-seminar,  dalam dewan kuliah, masjid atau di mana sahaja adalah positif dan berhak disokong.

Perbuatan Yahudi Zionis terhadap konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza adalah satu kemungkaran yang wajib dicegah. Bahkan penindasan mereka ke atas rakyat Palestin, khususnya Gaza juga merupakan kemungkaran yang lebih besar dan wajib dicegah. Yahudi Zionis memang bangsa 'asi yang punya sejarah kemungkaran yang panjang. Sejak zaman dahulu, di kala Allah SWT limpahkan kurnia perutusan para nabi-nabi buat mereka, kemungkaran telah mewarnai tindak tandu mereka. Sebahagian besar para nabi-nabi telah mereka dustai dan ramai yang mereka bunuh. Mereka melanggar hukum hakam Allah secara terang-terangan.

Sehingga kini, tabiat sebagai bangsa 'asi itu bertempel pada Yahudi Zionis. Tempelan itu akan melekat pada mereka sehingga akhir zaman apabila mereka dimusnahkan secara hina.

Menjadi kewajipan setiap orang mencegah kemungkaran. Cegahlah dengan tangan (kekuasaan), jika tidak mampu, gunakan lisan (lidah), jika tidak mampu gunakan hati. 

Sebuah kerajaan yang punya kekuasaan hendaklah gunakan kekuasaannya. Kemungkaran Yahudi Zionis perlu disirna dengan kuasa. Apabila sebut kekuasaan,  ia termasuklah memutuskan hubungan diplomatik, menutup premis-premis milik Yahudi Zionis atau proksinya, menamatkan sebarang hubungan dengan Yahudi Zionis sama ada secara langsung maupun melalui proksinya dan kemuncaknya adalah mengirimkan bala tentera untuk mengajar bangsa yang 'asi itu.

Cemuhan Datuk Sri Najib dalam parlimen terhadap Yahudi Zinis memang patut. Namun, lebih patut ialah mengirimkan bala tentera ke sana. Tetapi, itu tentu tak mampu dibuat oleh Malaysia kecuali jika ada kata sepakat banyak negara di dunia. Tak perlu desak kerajaan Malaysia kirim bala tentera kerana macam manapun kerajaan Malaysia tidak akan mampu kecuali ada tindakan bersama negara-negara lain secara kolektif.

Tetapi, banyak perkara yang kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Sri Najib boleh buat dalam ruang kekuasaan yang ada. Kerajaan Malaysia boleh membuat akta memboikot barangan Israil. Kerajaan boleh mengirim lagi armada keamanan ke Gaza disertai sukarelawan-sukarelawan sebagaimana sebelum ini. Biar semua negara  menghantar armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Biar penuh laut Mediteranean dengan kapal-kapal  seumpama Mavi Marmara dan Rachael Corrie. Tentu kerajaan haram Israil tak cukup tangan dan keberanian untuk menghalang flotila  yang sebegitu besar. 

Kerajaan juga patut menamatkan kontrak dengan APCO sebuah syarikat perunding  komunikasi yang punya kaitan dengan Israil. Menurut Datuk Sri Najib, ketika berucap di parlimen:

"Sebagai syarikat perunding komunikasi terbesar di dunia, Apco dimiliki secara bebas dan persendirian, ditubuhkan pada tahun 1994, beribu pejabat di Washington DC, bukannya Israel. Presiden Apco Worlwide adalah wanita warga Amerika Syarikat, bukan rakyat Israel. Hanya tiga daripada 53 ahli AIC syarikat itu berasal dari Israel. Apakah dengan hanya tiga daripada 53 ini menjadikan ia Israel."

Apapun alasan, sebagai komitmen kepada anti tindakan Yahudi Zionis, dengan sebab ada 3 daripada 53 ahlinya dari Israil, APCO perlu dihalau keluar dari Malaysia. Sementelahan APCO telah mendapat kritikan ramai warga Malaysia yang prihatin dan menyayangi Malaysia.

Banyak lagi kuasa yang boleh diaplikasikan oleh pemerintah bagi menghukum Israil. 

Berhubung dengan bantahan-bantahan lisan yang diucapkan oleh mereka yang berkuasa, ia tidaklah layak buat mereka. Bantahan Lisan adalah kepunyaan rakyat yang tidak punya kekuasaan. Rakyat cuma punya lidah. Janganlah penguasa menurunkan tahap kemampuan mereka menjadi tahap kemampuan rakyat.

Negeri Para Bedebah

June 5, 2010

Kuabadikan di sini sebuah puisi yang kupetik daripada titisan tinta seorang penulis dari Semberang buat renungan rakyat sebuah negara. Puisi bertajuk "Negeri Para Bedebah".

Karya : Adhie Massardi

Ada satu negeri yang dihuni para bedebah
Lautnya pernah dibelah tongkat Musa
Nuh meninggalkan daratannya karena direndam bah
Dari langit burung-burung kondor jatuhkan bebatuan menyala-nyala

Tahukah kamu ciri-ciri negeri para bedebah?

Itulah negeri yang para pemimpinnya hidup mewah
Tapi rakyatnya makan dari mengais sampah
Atau jadi kuli di negeri orang yang upahnya serapah dan bogem mentah

Di negeri para bedebah

Orang baik dan bersih dianggap salah
Dipenjarakan hanya karena sering ketemu wartawan
Menipu rakyat dengan pemilu menjadi lumrah
Karena hanya penguasa yang boleh marah
Sedang rakyatnya hanya bisa pasrah

Maka bila negerimu dikuasai para bedebah

Jangan tergesa-gesa mengadu kepada Allah
Karena Tuhan tak akan mengubah suatu kaum
Kecuali kaum itu sendiri mengubahnya

Maka bila negerimu dikuasai para bedebah

Usirlah mereka dengan revolusi
Bila tak mampu dengan revolusi,
Dengan demonstrasi
Bila tak mampu dengan demonstrasi, dengan diskusi
Tapi itulah selemah-lemahnya iman perjuangan 
 

Menunggu kerajaan batu dan pokok kayu

Sabda Rasulullah SAW:


 ‏لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون ‏‏ اليهود ‏ ‏فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر فيقول الحجر أو الشجر يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله إلا ‏‏ الغرقد ‏ ‏فإنه من شجر ‏‏ اليهود
“Tidak akan berlaku Qiamat sehingga orang-orang Islam akan memerangi Yahudi lalu orang-orang Islam akan membunuh Yahudi sehingga apabila seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok maka batu dan pokok itu akan berkata: Wahai orang Islam,  wahai hamba Allah! Ini dia Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia melainkan pohon gharqad (yang akan melindungi Yahudi), maka sesungguhnya ia adalah pohon Yahudi”.


(Hadis Riwayat Syaikhan)

Pokok gharqad banyak ditanam di tanah Palestin yang dirampas Yahudi Zionis.

Ketika Yahudi Zionis membunuh rakyat Palestin demi melancarkan agenda perluasan wilayah kekuasaannya, banyak negara di dunia mengambil sikap berdiam diri. Tak kira negara bukan Islam maupun negara umat Islam. Negara yang paling kuat membela Yahudi Zionis itu ialah Amerika Syarikat. 


Itulah negara gharqad yang terbesar. 

Malangnya, negara-negara ummat Islam yang dipimpin  oleh para pemimpin gharqad mengambil pendekatan mengikut kehendak Amerika Syarikat. Biarpun ada suara-suara retorik para pemimpin tersebut, telunjuknya lurus kelinking berkait. 

Negara gharqad diperintah oleh pemimpin-pemimpin gharqad.

Negara dan pemimpin itu lebih hina daripada batu-batu dan pokok kayu yang punya sensitiviti terhadap Yahudi Zionis sebagaimana digambarkan dalam hadis. 

Negara Mesir dan pemimpinnya adalah gharqad!
Negara Jordan dan pemimpinnya adalah gharqad!
Negara Syria dan pemimpinnya adalah gharqad!
Negara Lubnan dan pemimpinnya adalah gharqad!
Negara Arab Saudi dan pemimpinnya adalah gharqad!
Negara-negara ummat Islam rata-rata pemimpinnya gharqad.

Mana negara ummat Islam dalam dunia ini yang pemimpinnya berani menjadi batu dan pokok kayu kayan? 


Turki, Iran, Iraq, Sudan, Libya, Algeria,  Pakistan, Indonesia, Malaysia dan puluhan negara ummat Islam yang diperintah oleh pemimpin yang mengaku Islam, semuanya negara gharqad yang diperintah oleh pemimpin gharqad belaka.

Batu dan pokok kayu lebih mulia dan terhormat daripada sebuah negara dan pemimpin gharqad!

Kita menantinya lahirnya negara batu dan pokok kayu. Kita menunggu hadirnya pemimpin batu dan pokok kayu! Itu lebih baik daripada negara berdaulat dan pemimpin manusia tetapi gharqad!

Pintu sempadan perlu dibuka kepada pejuang

June 4, 2010

Muhammad Badi' Al-Majid Sami, mursyidul am Ikhwanulmuslin ke-8

Mursyidul Ikhwanul Muslimin, Muhammad Badi' menyeru agar pintu sempadan dibuka untuk kemasukan para pejuang ke Gaza bagi membantu rakyat Gaza. Seruan ini tentunya ditujukan buat kerajaan negeri Mesir yang dipimpin oleh presiden Hosni Mubarak yang tidak lama lama dulu dengan tega menutup sempadan Mesir-Gaza di Rafah. Mesirlah satu satunya negara yang bersempadan darat dengan Gaza pada masakini. Andainnya kerajaan negeri Mesir membuka  pintu masuk ke Gaza melalui Rafah kepada para pejuang, akan berbondong-bondonglah para mujahidin dari seluruh dunia masuk ke Gaza. 

Kedudukan Gaza yang terhimpit.

"Ketahuilah wahai umat Islam bahwa saat ini jihad adalah sebuah kewajiban dan para penguasa muslim harus menaikkan bendera jihad serta membuka pintu perbatasan bagi para mujahidin agar bisa masuk ke jalur Gaza. Marilah bersama-sama kita membuka pengepungan terhadap saudara anda di Gaza dan melakukan konvoi ke Palestin, jangan takut kepada Amerika yang mendukung Zionis, yang menutupi kejahatan Israel", Muhammad Badi' membuat seruan itu menerusi laman rasmi Ikhwanul Muslimin.

Aliran pejuang ke Gaza tidak dapat disalurkan selagi presiden Hosni Mubarak menunggangi negeri Mesir. Presiden yang merugikan ummat itu tidak perlu disandarkan harapan lagi. Semoga Allah menjatuhkan para pemimpin Arab yang pengecut dan menggantikan dengan pemimpin baru yang berani dan menghargai izzah diri sebagai muslim. Mereka dipelihara dan dipertahankan oleh monarki dan diktatorisme yang menutup suara dan hak rakyat untuk menentukan pimpinan.

Dengan cara apa penguasa yang merugikan ummat itu bisa dijatuhkan? 

Biar jalan beribu batu, usaha menggantikan penguasa derhaka itu perlu diteruskan! Sememangnya tiada jalan mudah dalam perjuangan.


Seruan Ulama Arab Saudi

June 3, 2010


Sekitar 70 orang aktivis dan ulama Islam Arab Saudi, mendesak dunia antarabangsa untuk memecahkan  sekatan Yahudi terhadap umat Islam di jalur Gaza dan mengutuk pembantaian yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap aktivis pro-Palestin dalam rombongan armada kebebasan yang menuju ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Mereka juga menuntut dan menyerukan adanya Jihad Islam untuk mengusir Yahudi-Zionis dari tanah kaum muslimin.

Dalam sebuah pernyataan yang dikeluarkan pada pagi tadi (Khamis- 3 Jun) , 70 aktivis dan ulama Islam Arab Saudi tersebut menyatakan bahwa apa yang terjadi di kapal Mavi Marmara merupakan sebuah kejahatan, ketidakadilan dan pengkhianatan, karena para aktivis kemanusiaan datang dengan cara damai dan membawa makanan dan ubat-ubatan serta melakukan gerakan perdamaian dalam sebuah perjanjian antarabangsa yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Mereka menekankan bahwa satu-satunya penyelesaian untuk menyelamatkan umat Islam dari serangan dan penghinaan adalah harus merujuk kepada Allah dan RasulNya, dan hal ini adalah yang pertama diperlukan untuk mencegah terjadinya pendudukan, serta menekankan pentingnya mengecam tindakan ganas Israel dan memaksa mereka untuk menamatkan kepungan di  Gaza dan wilayah lainnya di Palestina.

Yang menandatangi pernyataan itu termasuk beberapa khatib paling terkenal di Arab Saudi, termasuk diantaranya adalah Syaikh Abdul Rahman al-Barrak, Syaikh Yussuf Bin Abdullah Al-Ahmad, Syaikh Sulaiman bin Hamad.

Mereka menegaskan bahwa sudah waktunya untuk meninggalkan kaedah dialog dan rundingan dan cara perdamaian, dan mengganggap orang-orang yang melakukan hal tersebut sebagai orang yang tergoda oleh rayuan Yahudi.

Dalam pernyataan para aktivis dan ulama Saudi tersebut menyatakan juga:
"Kami percaya bahwa satu-satunya penyelesaian untuk menyelamatkan umat Islam dari penghinaan ini adalah kembali kepada Allah dan RasulNya serta menerapkan syariat Islam di semua lapisan masyarakat karena Allah berfirman dalam Al-Quran:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Hai Orang-orang yang berimana, jika kamu menolong Allah maka Allah akan menolong kamu dan meneguhkan pendirianmu. 
(Surah Muhammad: Ayat 7)

Sumber: Eramuslim


Catatan penulis: Mengapa mufti-mufti ahli sunnah wal jamaah di Malaysia berdiam diri. Sekurang-kurangnya nyatakan suara senada menyeru jihad sebagaimana suara 70 ulama wahabi itu. Miski jihad peperangan begitu sukar dilakukan oleh rakyat kita. Namun, kebisuan para mufti ahli sunnah wal jama'ah kita di negara kita menimbulkan tandatanya. Kebisuan dalam isu judi bola sepak menambahkan lagi tandatanya itu.

Ahli sunnah wal jama'ahkah kita?