Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Showing posts with label catatan. Show all posts
Showing posts with label catatan. Show all posts

BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT

January 18, 2025


 

Aku menjadi guru sejak tahun 2004. Sekolah yang mula-mula aku menabur bakti mendidik anak bangsa adalah Sk. Tanjong Batu, Sandakan. Setelah lima tahun, aku berpindah ke Sk. Sibugal Besar yang terletak di Sandakan juga. Lima tahun kemudian, iaitu penghujung tahun 2014, aku mendapat pertukaran ke Kedah dan ditempatkan di Sk. Sungai Seluang, dalam daerah Kulim-Bandar Bahru. Selama 10 tahun pula aku berkhidmat di Sk. Sungai Seluang.

Tahun 2024 timbul hasratku untuk membuat permohonan pertukaran untuk masuk ke Daerah Padang Terap, daerah asalku. Mengimbau jangkamasa perkhidmatan dalam satu-satu daerah yang berada dalam period 10 tahun, aku merasakan wajar aku melangkah ke daerah baru setelah 10 tahun. Tugasku dalam perkhidmatan pendidikan berbaki tidak sampai 10 tahun lagi. Eloklah jika aku noktahkan di daerah kelahiranku.

Alhamdulillah, pada bulan 15 Januari 2025 ,hari Rabu, sehari sebelum hari terakhir Sesi pengajian 2024/2025, keputusan egtukar keluar. Aku berserta isteri mendapat tawaran pertukaran masuk ke Daerah Padang Terap. Aku ditempatkan di Sk. Kurung Hitam, manakakal isteri ditempatkan di Sk. Padang Terap.

Pertukaran suami isteri yang aku dan isteri dapat sangat tidak terfikir. Kedua-dua kami adalah Guru Pendidikan Islam dan Daerah Padang Terap pula dikatakan daerah yang paling sukar menerima permohonan pertukaran masuk ke dalamnya. Namun, kami ditakdirkan mendapat pertukaran itu. Siapa sangka? Itulah susunan takdir Allah SWT. 

Tentu ada hikmahnya.

Bermula Sesi pengajian 2025/2026 pada 16 Februari 2025, aku akan mula berkhidmat di sekolah baru pula. Selamat tinggal daerah Kulim-bandar Bahru. Perpisahan yang berat yang kurasakan 10 tahun lalu dengan Sandakan, kini aku rasai kembali. Aku akan meninggalkan semua kenangan indah dan manis di Kulim dam di  Lunas, khususnya. Tinggallah Sekolah Sungai Seluang yang indah dan disayang. Tinggallah semua rakan guru yang menjadi keluarga besarku dalam derap langkah menabur khidmat sebagai guru. Tinggallah murid-muridku yang comel dan manis yang menghiburkan hati. Perceraian ini sangat perit. Namun, apa yang ditakdirkan tetap mesti dilalui dengan keyakinan kepada hikmah takdir.

Entahkan ada masa lagi bertemu dengan rakan-rakan setugas di Sk. Sungai Seluang atau perpisahan ini disusuli perpisahan-perpisahan demi perpisahan dalam kehidupan dunia sementara ini. Barangkali, akan ada yang pergi meninggalkan dunia dan berpisah selamanya selepas perpisahan ini.

Aku juga akan menamatkan semua siri kuliahku di masjid-masjid dan surau. Tidaklah mampu aku melunasi lagi peranan dakwah umumku di masjid-masjid. Surau perumahan Awam dengan daurahnya aku tutup tirai pada 15 Januari 2025. Dalam catatanku sebanyak 276 kali aku menyampai Daurah Quran di situ dan jemaahnya telah menjadi serasi dan rapat denganku.

Kuliah di Masjid Taman Sejahtera, Masjid Sungai Seluang , Surau Al-Hana dan Masjd Al-Muqarrabin Taman Angsana...semuanya akan aku tamatkan. Jaraj Padang Terap dengan Kulim adalah jauh dan aku tidak mampu mendatanginya.

Entahkan Allah akan berikan aku peranan baru di daerah Padang Terap atau tidak, aku pasrahkan. Jika ada aku terima. Jika tiada aku telusuri hidup seadanya. Aku mungkin mencari haluan lain dalam meracik semangat keilmuan dan menyuburkannya.

Allahul musta'an...


Berpulangnya Ust Md Salleh bin Ahmad

March 27, 2022


Ustaz Md Saleh bin Ahmad adalah pensyarah yang menjadi rujukan saya dalam agama semas di Univeristi Malaya. Saya mempunyai rasa kagum dan percaya dengan ilmunya. Kerana itu , biarpun saya telah tamat belajar, ada beberapa kali saya mengunjunginya di pejabatnya di Universitu untuk bertanya soalan dan pandangan. Aku masih ingat, ketika aku telah bersenandung ke Kuantan dan bekerja di sana, satu kali aku turun ke Kuala Lumpur. Aku mencari Ust Md Salleh bin Ahmad, guru yang besar di hatiku itu. Aku bawa sebuah pertanyaan yang bermain dalam fikiranku ketika itu. Pertanyaanku adalah apakah boleh sorang mengkafirkan seornag muslim yang lain. Aku ingat jawapan Ust Md Saleh kepadaku. Dia mengatakan ada dua keadaan yang perlu dinilai. Apakah sebab-sebab kekufuran itu jelas atau kabur. Jika jelas, ya, bolehlah dihukumkan kafir. Jika kabur, maka tidak boleh! 

Itulah jawapan ringkas yang diberikannya. Dia berikan ku sebuah kita untuk dibaca dan dibawa balik ke Kuantan. Kitab itu aku baca dan kemudian bila datang KL aku pulangkan kepadanya.

Dalam kuliah terakhir di Dewan Kuliah AI, aku masih ingat dia pesankan kepada kami para mahasiswa yang bakal graduan. Katanya , carilah pasangan sesama sendiri sebelum meninggalkan universiti dan kahwinlah. Jangan pulang tanpa pasangan. Ketika disoalkan kenapa dia sendiri kahwin lambat, dia katakan bahawa dia "baisun faqir". Aku juga mengatakan demikian kepada kawan-kawan seuniversitiku bila mereka mengoceh agar aku melakukan nasihat Ust Md Saleh itu. Aku adalah "Baisun Faqir". Kalangan sahabat satu Lajnah Syariah denganku, seingatku hanya Ahmad Shukri Muhammad sahaja yang melaksanakan nasihat akhir Ust Md Saleh itu. Ahmad Shukri atau dipanggil Mat Tolang, menikahi Wan Suhairan dan mereka hidup berumahtangga hingga kini. Kelihatan bahagia dan rukun. Berikutnya adalah beberapa orang yang juga memetik rakan sekuliah sebagai pasangan. Seperti Ahmad Najmi dan Asri Sapar . Lain-lain aku tidak ingat. Tapi banyak.

Hari ini, tanggal 27 mac 2022, Ust Md Salleh bin Ahmad menghembuskan nafas terakhir. Dia adalah salah seorang guruku. Seorang ulama yang mendidikku di universiti. Mudah-mudahan ilmunya menjadi bahagian buatku. Kuliah-kuliah mengajar di Masjid Ar-Rahman , mengajar kitab matan Jauharatut Tauhid jadi memori ilmu yang berharga buatku.

Kanak-kanak yang malang.

February 6, 2022

Fawwaz Al-Qatifan

Rayyan Oram


Ada dua kisah melibatkan kanak-kanak yang trending di media sosial twitter sehari dua ini. Pertama kisah seorang kanak-kanak berusia 5 tahun bernama Rayyan, asal Morocco. Dia jatuh ke dalam sebuah perigi bersaiz kecil dan sempit berkedalaman 32 meter. Selama 5 hari dia terperangkap di dalamnya sedangkan usaha-usaha penyelamatan dijalankan. Akhirnya dia berjaya dikeluarkan  daripada perigi itu setelah terowongan dibuat, namun dia telah mati.

Kisah kedua yang kurang sedikit diberi perhatian adalah kisah seorang kanak-kanak Syria bernama Fawwaz Al-Qatifan , berusia 6 tahun. Dia menjadi mangsa culik para penculik yang menuntut tebusan daripada orang tuanya sebanyak $140,000. Pihak yang menculiknya menyebarkan video dia disiksa dengan dipukul dengan tali pinggang berkali-ali dalam keadaan separuh bogel dan merayu dikasihani.

Dalam kes Rayyan, seluruh dunia memberi perhatian dan mendoakan agar usaha menyelamatkan Rayyan berjaya. Bantuan luar sampai untuk mencari jalan menyelamatkannya. Namun, nasib yang menimpa Fawwaz tidak mendapat perhatian yang secukupnya.

Anak kecil adalah insan yang perlu disayangi. Melewati batas bangsa, agama dan sempadan, hati kita akan tersentuh bila mendengar penderitaan mereka. Inilah fitrah. Mereka yang menyalahi fitrah ini tidak manusiawi dan tidak layak digelar manusia.

Setiap hari, ratusan kanak-kanak seluruh dunia menjadi mangsa keadaan. Ada yang jadi mangsa peperangan, kekejaman gansterisme, penderaan, kemalangan dan sebagainya. Kita perlu menyayangi mereka dan menyalurkan pelbagai rasa prihatin buat mereka. Merekalah genererasi bakal pemimpin sesudah zamana kita ini.

RAZEKI PAGI SABTU

November 7, 2020


Namanya Ramli. Dulu, masa saya mula-mula menjadi pengunjung solat jemaah di Masjid Nurus Sa'adah Lunas, dia telah pun menjadi jemaah tetap di sana. Sehinggalah, aku melihatnya kian uzur dan solat atas kerusi. Kemudian, dia pun hilang tidak kelihatan lagi. Rumahnya hanya berhadapanb dengan masjid. Kata orang-orang masjid, dia sakit dna tidka mampu lagi keluar ke masjid. Sehingga ke hari ini, aku tidak sempat menziarahinya. Tidak diberikan ilham mahupun kekuatan untuk menjenguknya.

Pagi ini Hj. Syaari memmaklumkan sebelum solat subuh, bahawa Hj Ramli itu telah pun berpulang ke rahmatullah. Innalillah...

Selepas dengar Kuliah Subuh oleh Ust Zakaria Hamzah, aku melihat jam di dinding masjid telah menujukkan jam 7.28 pagi. Waktu Syuruq hari ini adalah jam 7.02 pagi. Sejak lepas solat Subuh, aku tidka berganjak daripada tempat dudukku. Dalam hatiku, pagi ini, selaras dengan hari cuti, baik aku tegakkan satu Sunnah yang jarang sekali aku buatkan. Aku mahu solat Sunat Syuruq. Satu solat sunat yang besar faedahnya. Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmizi, no 586, nabi telah bersabda:


مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ , تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

" Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian dia duduk mengingatiu Allah sehinggalah terbit matahari, kemudian dia solat dua rakaat, maka baginya pahala haji dan umrah yang sempurna,3 kali".



Alhamdulillah, pagi ini dapat tegakkan satu Sunnah. Siapa yang mengakkan sunnah, dia telah membunuh bid'ah.

Selepas tegakkan sunnah solat sunat yang semacam dikatakan dalam hadis, saya mengambil kesempatan menziarahi jenazah Hj. Ramli.



اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ 
وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ
 
Nama: RAMLI BIN ABDULLAH
450423-07-5169
Tarikh meninggal: 1 pagi ( 7Nov 2020)

BERKOTA DALAM RUMAH

March 21, 2020

Kita yang hidup pada tahun 2020 ini diserang penyakit akibat Corona Virus. Belumlah kita pasti berapa banyak korban yang akan berjatuhan diseluruh dunia. Belumlah juga kita pasti, sejauh mana dahsyatnya virus ini. Namun, kelihatannya penangan virus ini telah mengancam seluruh manusa segenap pelusuk dunia.

Lebih 600 tahun yang lalu, telah tersurat dalam sejarah manusia satu jenis penyakit yang menelan korban yang bukan kepalang lagi banyaknya. Itulah wabak yang disebut sebagai Taun Hitam (Black Death). Taun ini dikatakan bermula daripada Asia barat dan merebak ke Benua Eropah. Ia mengamuk selama 5 tahun bermula daripada tahun 1347M sehingga 1351M . Sejumlah antara 75 juta sehingga 200 juta jiwa dianggarkan terkorban kerana wabak ini.

Inilah wabak yang dicatat dalam sejarah Eropah sebagai wabak paling dahsyat dalam sejarah manusia. Penduduk Eropah telah surut dengan teruk dan 1/3 warganya telah maut.

Jika kita buat bacaan tentang wabak-wabak yang menyerang manusia sepanjang sejarah, tahulah dan sedarlah kita bahawa manusia amat lemah berdepan dengan kuasa pencipta. Manusia banyak mati ketika Allah SWT dengan jabarutnya menggempakan bumi atau meletuskan gunung berapi maupun membawa hentaman tsunami. Namun kematian itu jika dibandingkan dengan kamatian akibat makhluk seni bernama virus, adalah kecil!

Hanya dengan makhluk seni yang tidak kelihatan oleh mata itu, manusia tewas. Manusia banyak terkorban. Allah mahu kita sedar bahawa di atas langit ada langit. Tiada makhluk yang gagah melainkan akan tewas dengan makhluk yang lemah. Itu kerana yang sejati gagah perkasa adalah yang mencipta makhluk yang lemah itu.

Apalah sangat dengan virus itu. Ia lemah berbanding manusia. Tetapi kerana ia ciptaan yang Maha Gagah, ia boleh mengalahkan manusia! Ia boleh menelan korban ratusan juta hanya dalam beberapa hari. Takut kepada virus tersebut hendaklah menjadi lambang takut dan gerun kepada penciptanya.

Kita berdoa agar korban Covid19 ini dapat dikurangkan. Mungkin belajar daripada kesilapan ummat manusia dahulu dapat membantu. Kitab-kitab dan catatan sejarah banyak menyebut bahawa orang dulu-dulu ketika diserang wabak, mereka berkumpul dan beribtihal beramai-ramai. Disangka dengan cara itu dapat menolak bencana wabak, sebaliknya dengan cara itu mereka dengan mudah dilibas wabak.

Kerana itu, jauhi ijtimak, perkumpulan atau bersentuhan. Patuhi arahan kerajaan yang telah mengambil nasihat para pakar dan pengalaman sejarah.


Kelak, sewaktu Yakjuj dan Makjuj mengamuk, tiada yang selamat kecuali yang mengurungkan dirinya dalam kota. Yang berpeleseran di luar, mati semuanya. Nabi Isa pun, ketika itu berlindung di balik kota!

Jadi, untuk serangan Corona Virus, rumah anda adalah kota anda.

Amalkan budaya memberi

January 19, 2020

"Hidup menjadi indah kalau kita banyak memberi.."

Satu hari,ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak, aku bersapa dengan seorang pakcik. Dia mampir membantuku mengisi minyak. Sambil mengisi minyak dia bercerita. Katanya dia ada 2 orang anak. Seorang di Johor dan seorang di Sabah. Kerja sebagai kakitangan awam, katanya. Kerana ibu mereka orang kaya, maka anak dapat kerja itu. Bila kutanya lanjut, katanya, isterinya yang menjadi ibu kepada anak-anaknya itu telah meninggal dunia.

" Sudah dua tahun anak tak balik", kata pakcik itu.

Aku menggeleng kepala. Kasihan. Pakcik itu kelihatan terabai. 

"Hidup seperti roda", aku mengeluh sekadar memujuk.

Pakcik itu mengangguk.

"Jika hari ini mereka tidak dapat berbudi kepada pakcik, kelak satu masa mereka akan melihat anak mereka tidak berbudi kepada mereka", lanjutku lagi.

Sebelum aku meninggalkan pakcik itu, aku teringat untuk panjangkan tangan memberikannya sedikit duit. Pakcik itu mengucapkan : Ajjarakallah!. Setelah itu, dalam kereta, waktu memandu aku berkata kepada anakku.

" Wahai Zamila, hidup kita dicantikkan dengan memberi...jika kita memberi, masa memberi itu kita niatkan doa dalam hati, itulah antara kemustajaban doa",

"Lebih-lebih lagi doa semasa kita dalam musafir!', aku berharap anakku ambil pelajaran. Melihat kelakuan ayahnya dan jadikan ia sebagai tauladan hidup yang seterusnya.

BELI TANAH SEBIDANG.

July 21, 2018

Berurusan untuk membeli sebidang tanah di tanah perkebunan  Kg Barokhas. Tanah kepunyaan En. Aziz bin Abdullah yang bersebelahan dengan kebunku yang sedia ada. Semoga ada keberkatan pada urusan ini.




Diperkirakan 2 relung setengah dan dijual dengan harga RM47 ribu.Keluasan yang dicatat atas geran tanah ialah 0.68938 hektar. Tanah yang sudah dibeli lebih tiga tahun dahulu berada di sebelahnya dan ditanam getah. Keluasannya 1.66839 hektar. Namun ia bukan tanah yang ada geran. Hanya Surat hakmilik. Harga beliannya dulu ialah RM50 ribu.




UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH ( UNTUK SEMAKAN)

1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi


BAPA MENTUA BAKAL KE MAKKAH

Bapa Mentuanya saya, Yahya Saud bersama ibu mentua akan ke Makkah pada 30hb Jun ini. Alhamdulillah, setelah dua tahun buat rayuan haji, tahun ini terpilih. Pada hari ini, diadakan kenduri nak pergi haji. Ini adalah adat kebiasaan masyarakat Melayu. Ramailah tetamu yang datang. Selepas solat Jumaat sampai ke malam. Orang kampung dan rakan-rakan politiknya hadir mengucapkan tahniah kerana terpilih ke Makkah tahun ini.

Ayahanda Yahya Saud dan bonda Azizah...Semoga beroleh haji yang mabrur. Dalam genggaman Allah kita semua dan kepadaNya kita berserah.



TOK WAN LAH

December 19, 2015

Ketika ditanya tentang umurnya, dia pun tidak tahu. Dia cuma mengaitkan peristiwa besar yang terjadi semasa usianya 13 tahun. Ketika itu Tanah Melayu dilanda gerhana matahari. Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu, katanya umurnya sudah lebih 30 tahun. Kini, dia pun tidak ingat lagi umurnya. Aku Menghitung umurnya berdasarkan ceritanya. Ia mungkin sekitar 105 tahun lebih dan kurang.



Namanya disebut Tok Wan Lah. Aku bersama keluarga mentua berkunjung ke rumahnya di Kampung Rambai, Tanah Merah, Pendang. Ada hubungan kerabat dengan mentuaku, Yahaya Saud. Bercerita tentang masa lalu, dia mengkisahkan bagaimana almarhum bapanya membeli tanah 30 relung dengan harga 30 Ringgit. 30 Ringgit itu adalah hasil jualan kerbau tiga ekor yang dibela oleh gemulah ayahnya. Kata Tok Wan Lah, tanah pada masa itu sangat rendah nilainya. Malah, kalau mahu boleh dapat percuma.

ERTI DARI SECEBIS JANGGUT

February 11, 2014

Aku setuju soal wajib berjanggut atau tidak bagi seorang lelaki muslim, itu soal khilafiah.Usah diperdebatkan.Kebanyakan ulama zaman silam menghukumkannya sebagai wajib. Ramai pula tokoh ulama masa kini menghukumkannya sebagai sunnat. Dengan kata lain, pandangan yang mewajibkan simpan janggut turut mengharamkan perbuatan mencukur janggut. Sementara pandangan yang mengatakan sunat menyimpan janggut, maka mencukurnya dihukumkan makruh.

Beberapa tokoh besar dalam fatwa masa kini menghukumkan perbuatan mencukur janggut sebagai makruh. Antaranya Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Buti, Syeik Yusuf Al-Qaradhawi dan ramai lagi. Sementara tokoh-tokoh ulama Salafi seperti Syeikh Bin Baz, Uthaimin dan yang seumpama dengan mereka menghukumkan haram.

Haram atau makruh?
Mana satu yang betul?

Kenapa mesti bengung?

Kedua-dua pandangan itu betul. Namun, jalan keluarr dari khilaf tersebut, simpan sahaja janggut. Habis cerita. Lagipun, bukankah janggut itu sunnah nabi. Tak ada orang mempertikaikan bahawa nabi berjanggut. Cuma yang jadi perselisihan adalah, apakah boleh tidak berjanggut. Kalau memang jenis baka tiada janggut memang tak timbul masalah. Ini yang jenis ada janggut tetapi suka melicinkannya.

Apa cerita? Apa sebab? Tidak sukakah ikut nabi?

Ah! aku bukan alim sangat. Nanti kalau ada janggut orang kata aku alim. Sesetengah orang memberikan alasan. Adakah patut kerana takut dikatakan orang alim, maka berat untuk simpan janggut. Apakah alim itu sifat negatif. Patutnya, bertambah sukalah kalau dikatakan sebagai orang alim. Yang bukan ustaz, bila mula simpan janggut, orang panggil ustaz. Patut rasa bangga. Panggilan ustaz bukan satu penghinaan. Ia satu kemuliaan. Maka, apa perlunya merasa malu?

Soal hukum bukan jawapan kepada semua permasalahan. Kita tidak boleh terlalu larut dalam membahaskan hukum. Banyak sangat bicara soal hukum, akan membawa hati menjadi keras. Kekadang, soal moral dan kerohanian juga perlu dipertimbangkan. Kalaupun kita menganut fatwa yang menghukumkan pendekkan jangggut itu sebagai makruh, apakah kita perlu mengamalkan pemotongan janggut? Kenapa kalau makruh kita meringankannya. Tetapi bila sunat kita tidak pula terdorong?

Padahal kita pun tahu bahawa nabi berjanggut. Kita pun tahu bahawa nabi suruh nipiskan misai dan simpan janggut. Maka, kedegilan apa lagi yang mahu kita pertahankan sehingga memilih untuk menyalahi nabi. Kata cinta nabi? Kata Sayang nabi.

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jambi pula dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Mengapa nabi tidak diikutkan?

Adakah hanya kerana potong janggut hanya makruh, maka kita pun memilih melicinkan muka dari semua bulu-mulu yang menjadi izzah seorang lelaki? Kalau begitu, kita telah benar-benar berwatak keras dan degil. Watak yang lahir bila terlalu membicarakan soal hukum. Mari lupakan soal hukum. ia tidak menemui kesepakatan para ulama. Tetapi, ada yang disepakati. Itulah kenyataan bahawa nabi berjanggut. Sebab itu rata-rata ulama berjanggut. Sedikit atau banyak, pasti mereka ada janggut.
Aku setuju soal wajib berjanggut atau tidak bagi seorang lelaki muslim, itu soal khilafiah.Usah diperdebatkan.Kebanyakan ulama zaman silam menghukumkannya sebagai wajib. Ramai pula tokoh ulama masa kini menghukumkannya sebagai sunnat. Dengan kata lain, pandangan yang mewajibkan simpan janggut turut mengharamkan perbuatan mencukur janggut. Sementara pandangan yang mengatakan sunat menyimpan janggut, maka mencukurnya dihukumkan makruh.

Beberapa tokoh besar dalam fatwa masa kini menghukumkan perbuatan mencukur janggut sebagai makruh. Antaranya Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Buti, Syeik Yusuf Al-Qaradhawi dan ramai lagi. Sementara tokoh-tokoh ulama Salafi seperti Syeikh Bin Baz, Uthaimin dan yang seumpama dengan mereka menghukumkan haram.

Haram atau makruh?
Mana satu yang betul?

Kenapa mesti bengung?

Kedua-dua pandangan itu betul. Namun, jalan keluarr dari khilaf tersebut, simpan sahaja janggut. Habis cerita. Lagipun, bukankah janggut itu sunnah nabi. Tak ada orang mempertikaikan bahawa nabi berjanggut. Cuma yang jadi perselisihan adalah, apakah boleh tidak berjanggut. Kalau memang jenis baka tiada janggut memang tak timbul masalah. Ini yang jenis ada janggut tetapi suka melicinkannya.

Apa cerita? Apa sebab? Tidak sukakah ikut nabi?

Ah! aku bukan alim sangat. Nanti kalau ada janggut orang kata aku alim. Sesetengah orang memberikan alasan. Adakah patut kerana takut dikatakan orang alim, maka berat untuk simpan janggut. Apakah alim itu sifat negatif. Patutnya, bertambah sukalah kalau dikatakan sebagai orang alim. Yang bukan ustaz, bila mula simpan janggut, orang panggil ustaz. Patut rasa bangga. Panggilan ustaz bukan satu penghinaan. Ia satu kemuliaan. Maka, apa perlunya merasa malu?

Soal hukum bukan jawapan kepada semua permasalahan. Kita tidak boleh terlalu larut dalam membahaskan hukum. Banyak sangat bicara soal hukum, akan membawa hati menjadi keras. Kekadang, soal moral dan kerohanian juga perlu dipertimbangkan. Kalaupun kita menganut fatwa yang menghukumkan pendekkan jangggut itu sebagai makruh, apakah kita perlu mengamalkan pemotongan janggut? Kenapa kalau makruh kita meringankannya. Tetapi bila sunat kita tidak pula terdorong?

Padahal kita pun tahu bahawa nabi berjanggut. Kita pun tahu bahawa nabi suruh nipiskan misai dan simpan janggut. Maka, kedegilan apa lagi yang mahu kita pertahankan sehingga memilih untuk menyalahi nabi. Kata cinta nabi? Kata Sayang nabi.

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jambi pula dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Mengapa nabi tidak diikutkan?

Adakah hanya kerana potong janggut hanya makruh, maka kita pun memilih melicinkan muka dari semua bulu-mulu yang menjadi izzah seorang lelaki? Kalau begitu, kita telah benar-benar berwatak keras dan degil. Watak yang lahir bila terlalu membicarakan soal hukum. Mari lupakan soal hukum. ia tidak menemui kesepakatan para ulama. Tetapi, ada yang disepakati. Itulah kenyataan bahawa nabi berjanggut. Sebab itu rata-rata ulama berjanggut. Sedikit atau banyak, pasti mereka ada janggut.

Ilmu Putih dan Bedah Batin

April 24, 2012

"Ustaz, bolehkah mengamalkan ilmu putih?", tiba-tiba seorang murid bertanyaku dalam kelas agama pada hari itu. 

Murid tersebut, dalam sesi kelas agama, dia sering menunjukkan minat yang tinggi. Sering pula bertanya soalan apabila selesai proses PNP. 

" Ilmu putih itu kononnya berlawanan dengan ilmu hitam....", aku mengumpan perhatiannya dan perhatian murid-murid yang lain. " Kita tahu bahawa ilmu hitam itu menggunakan unsur jin dan syaitan.Ilmu hitam digunakan untuk tujuan jahat seperti menyantau, santet dan mencuri harta orang lain", aku sebutkan contoh-contoh bagaimana ilmu hitam digunapakai.

" Kita orang Islam yang beriman dengan Allah dan Rasulullah SAW, jika dibunuh, mati. Dibakar hangus. Direndam  lemas. Ditembak tembus. Kita tak dapat ghaibkan diri. Kita tak dapat terbang seperti burung. Kita tak dapat berjalan di atas air. Kalau berperang, kita luka berdarah dan akan mati sebagai syahid. Nabi SAW sendiri dalam perang Uhud, patah giginya...", aku menjelaskan kedudukan seorang muslim yang menurut jalan nabi Muhammad SAW.

"Maka, pengamal ilmu yang dikatakan ilmu putih itu, mereka ada keupayaan yang luar biasa. Mereka boleh ghaib, ditembak tidak lut, boleh tukarkan daun jadi duit, boleh pandang tembus, boleh berada di dua tempat dalam satu masa dan berbagai-bagai lagi. Ilmu itu tidak diajar nabi dan para sahabat...", 

" Sebenarnya, mereka dibantu oleh jin dalam mencapai kemampuan luar biasa itu. Bantuan jin adalah dasar ilmu sihir. Ilmu hitam maupun ilmu putih hanya jenama yang dibezakan,  kerana tujuan ilmu yang berbeza. Ilmu hitam untuk tujuan jahat sedangkan ilmu putih untuk tujuan baik. Padahal, sumber kedua-duanya sama.  Sumber ilmu itu adalah haram kerana ia merupakan sejenis ilmu sihir yang mendapat pertolongan jin....", aku membuat kesimpulan.

" Ilmu putih tiada dalam Islam. Ia adalah pesona syaitan!", aku menegaskan.

Murid yang bertanya soalan menceritakan. Di kampungnya ada seorang yang mereka kenali sebagai imam. Orangnya kuat solat dan rajin ke masjid. Dia sering menolong orang kampung dengan ilmunya. Orang sakit selalu pergi minta ubat penawar kepadanya. Dia juga mampu menjampi pada air dalam gelas sehingga air dalam gelas itu boleh menunjukkan bayang wajah orang yang dikehendaki. Bacaannya semua Al-Quran dari awal hingga akhir. Kata imam itu, dia memanggil malaikat membantunya.

Cerita muridku itu hampir tidak ada salahnya mengenai amalan imam itu. Tetapi, apabila dikatakan dia memanggil malaikat, di situlah persoalannya dan titik kesalahannya. Mana mungkin manusia memanggil malaikat untuk membantunya. Lagipun, bukan kerja malaikat membantu manusia dalam perbomohan atau melaksanakan sesuatu hajat. Malaikat hanya melaksanakan perintah Allah SWT. 

Maka, ilmu yang diamalkan itu mengandungi kekeliruan. Ada syubhat di sana. Ilmu yang syubhat itu hukumnya haram. Siapapun yang mengamalkannya, jika ada konsep-konsep yang bertentangan dengan Islam, dia telah membawa ilmu yang syubhat. Saya menduga bukan malaikat yang dipanggil. Sebaliknya yang dipanggil adalah jin-jin yang memperdaya dirinya dengan mengaku sebagai malaikat.

Sewaktu bual-bual agama dan politik di masjid semalam, seorang sahabat jemaah masjid menimbulkan cerita mengenai Bedah Batin. Ada saudaranya di kampung yang mengalami penyakit kerosakan organ hati telah dibawa oleh keluarganya menemui seorang ahli Bedah Batin. Menurut apa yang diceritakan kepadanya, proses Bedah Batin tersebut telah dilakukan dalam bilik bercermin dan dapat dilihat oleh kaum keluarga dari luar bilik. Mereka dapat saksikan bagaimana hati pesakit dikeluarkan melalui proses pembedahan yang tidak menggunakan alat-alat pembedahan. Pembedahan dilakukan dengan tangan kosong dan organ hati orang yang dibedah dibersihkan sebelum dimasukkan semula.

Orang yang menjalani pembedahan tersebut mengakui keberkesanan kaedah itu dan merasa diri bertambah sihat selepas dibedah. Persoalannya apakah amalan Bedah Batin ini ada asasnya dalam Islam. 

Sebenarnya, sebuah cerita mengenai ilmu-ilmu luar biasa ini kita tidak dapat putuskan statusnya sehinggalah kita memahami seluruh praktikal ilmu tersebut dan konsepnya. Seperti ilmu putih yang sering didakwa orang sebagai ilmu orang soleh, dipandang secara sepintas lalu memang tidak akan menemui kesalahannya. Namun, setelah dinilai daripada pelbagai aspek, barulah kita akan temui ketempangannya. Aku percaya, amalan Bedah Batin itu juga mempunyai ketempangan dari sudut pandangan agama jika kita menilai seluruh konsepnya.

Aku berkeyakinan bawa ada unsur jin di sana. Tipu daya jin dan syaitan amat seni. Dalam sepuluh kebaikan, jin dan syaitan akan selitkan hanya satu atau dua kejahatan. Dalam rangkaian ayat suci, diselitnya konsep syirik secara halus. Memanggil khadam, jin dan malaikat adalah amalan syirik.  Maka, kita hendaklah berwaspada dengan tipudaya ilmu yang mengelirukan itu.

Mengenai ilmu Bedah Batin ini, kulampirkan apa yang telah dibicarakan Abu Anas Madani hasil Liqa 'Asatizahnyanya:

Pendirian Liqa’ Asatizah berkenaan pembedahan batin.

Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang diamalkan sesetengah perawat seperti membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut:

1) Pembedahan batin adalah suatu hakikat yang kabur kerana tidak boleh dibuktikan dengan naql, aql dan sains.

2) Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada Kitab dan Sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh.

3) Hujah mengaitkan pembedahan batin dgn pembelahan dada Nabi SAW sebelum diangkat menjadi nabi dan Isra’ adalah batil kerana perkara tersebut adalah irhas/mu’jizat yg tidak boleh dikiaskan kepada bukan nabi.

4) Pembedahan batin telah diamalkan dalam agama lain dengan begitu berleluasa seperti Kristian atas nama spiritual healing, psychic surgery @ operation, jirahah gharbiyyah atau jirahah ruhaniyyah. Ini menunjukkan, Islam, iman dan taqwa bukanlah syarat utama pembedahan batin boleh dilakukan seperti dakwaan sesetengah pihak.

5) Tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina, al-Zahrawi, Ibn al-Haytham, al-Razi, Ibn Rusyd dll menunjukkan perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam (bukan sahaja al-tibb al-nabawi) sekaligus menafikan jenis-jenis perubatan yang mencarik adat.

6) Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin @ qarin yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik berdasarkan nas-nas al-Qur’an dalam surah al-Jin ayat 6 dan surah al-Zukhruf ayat 36.

7) Pembedahan batin termasuk perkara mencarik adat yang mampu dipelajari dan boleh dilakukan secara berterusan, ini menunjukkan ia bukan karamah atau ma’unah sebaliknya lebih dekat kepada unsur-unsur sihir dan sya’wazah.

8) Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin dan kembali kepada al-tibb al-nabawi spt menggunakan ayat-ayat syifa’, doa ma’thur dll atau kembali kepada perubatan alopati (moden) yang tidak bercanggah dengan hukum syara’.

21 Julai 2011.

Ahli liqa’:

Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid Liqa’)

Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi/ Moderator)

Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,

Ustaz Dr Zahazan Muhammed,

Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,

Ustaz Hj Aizam Mas’ud,

Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,

Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,

Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan, (Tidak Hadir)

Ustaz Ramadhan Fitri Elias, (Tidak hadir)

Ustaz Dr. Maszlee Malik,

Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,

Ustaz Syed Mohd Norhisyam

Ustaz Zamri Zainuldin ‘Mantop’

Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

Ustaz Shauqi Othman

Disahkan dalam liqa’ pada 18 Ramadhan 1432.

Sumber asal: http://mufakkir-islami.blogspot.com/2011/08/pendirian-liqa-asatizah-berkenaan.html

Lihat beberapa maklumat lain di; http://www.youtube.com/watch?v=sxMGxz6-oTs

Akhukum, Abu Anas Madani, 6 Syawal 1432H.




Minta Izin meninggalkan kerja Jama'ah.

March 28, 2012

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ فَأْذَن لِّمَن شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka Itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, Maka apabila mereka meminta izin kepadamu Karena sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki di antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Surah An-Nur: ayat 62)

Allah menggesa orang beriman agar menjaga adab dengan Rasulullah SAW. Ketika hendak masuk bertemu Rasulullah SAW, ucapan salam didahulukan, maka ketika hendak meninggalkan Rasulullah SAW juga hendaklah minta izin daripada baginda. Seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya datang dan pergi. Perbuatan semberono sebegitu merupakan perangai orang munafiqin.

Bagi yang menyertai perjuangan Islam, perlu melihat ayat ini dalam konteks penyertaannya dalam perjuangan Islam di bawah pimpinan ketuanya. Ketika dia mahu menyertai perjuangan, dia nyatakan keinginannya untuk menyertai dengan pengisytiharan. Borang keahlian diisi dan komitmen dinyatakan. Ia seperti ucapan salam yang dihadapkan kepada Rasulullah SAW oleh para sahabatnya yang datang bertemu dengannya. Justeru, sepanjang bersama pemimpin jama’atul muslimin yang memimpin perjuangan Islam, adab-adab hendaklah dipelihara. Antaranya adalah “assam’u wat to’ah” (Dengar arahan dan patuh), tidak menyeru pimpinan dengan panggilan lantang yang biasa diserukan kepada orang lain dan apa-apa sahaja perbuatan yang menyakitinya.

Hatta...bila mahu meninggalkan jama’ah, keizinan hendaklah dipinta. Misalnya seorang yang sudah lama memagang jawatan dalam jama’ah, dia tidak boleh meletakkan jawatan sesuka hatinya. Kebenaran dari pimpinan hendaklah diperolehi. Jika dia meletakkan jawatan sesuka hati, perbuatan itu adalah mirip kepada mereka yang mahu lari dari perjuangan. Lari daripada perjuangan pada masa Rasulullah SAW menjadi tabi’at orang-orang munafiq.

Alangkah lancangnya sesetengah anggota jama’ah perjuangan Islam di Malaysia dewasa ini. Ada yang suaranya lebih lantang daripada ketua. Ada yang masuk dan keluar sesuka hati. Masuk bila rasa suka kepada jama’ah dan keluar bila sudah bosan atau tidak suka dengan sesuatu yang tidak cocok dengan dirinya dalam jama’ah. Apa yang harus dikatakan buat orang seperti ini? Sesungguhnya mereka melepaskan diri daripada ikatan Islam setelah menambat diri mereka dengan Islam. Mereka yang sebegitu, sebagaimana yang diperingatkan nabi SAW sedang menempa jalan mati jahiliyyah.

Wal Iyazubillah!

Al-Buti Mendokong Regim Assad

March 1, 2012

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ketika menyampaikan khutbah Jumuat di Masjid Umar Al-Khattab di Doha menyeru agar perjuangan rakyat Syria menumbangkan regim Assad perlu dibantu oleh sekelian muslimin. Beliau menyatakan keyakinannya bahawa lambat bangat, regim zalim tersebut pasti akan jatuh dan kebangkitan rakyat Syria akan menggapai kemenangan.

Beliau juga menyatakan kekesalan terhadap sebilangan ulama di Syria yang masih berdiri di pihak regim Assad termasuk ulama tersohor Dr. Muhammad Ramadhan Al-Buti. Beliau menyifatkan ulama yang menyokong regim Assad tersebut sebagai tersesat jalan dan mengubah agama Allah dan sunnah RasulNya. Tidak ada mantik yang boleh diterima untuk mengizinkan para ulama Islam untuk mendokong para penguasa zalim yang membunuh rakyatnya secara batil.

Sukar diterima kenapa Al-Buti mendokong regim Assad tersebut. Sekali fikir memang tidak mahu percaya. Bukunya menjadi bacaan ramai para pelajar yang mendalami ilmu Islam. Sirah Nabawiyyah yang dikarangnya menjadi bacaan berharga buatku. Tetapi, mengetahui bahawa beliau berada di pihak Assad, menjadi hambar untuk menggali khazanah ilmu dalam bukunya.

Tidak menghairankan, ulama yang mendokong kerajaan sudah menjadi fitnah kepada para ulama sejak zaman dahulu kala lagi. Bukankah kisah Bal'am bin Ba'ura yang menyokong kerajaan yang menentang nabi Musa ada disebutkan dalam Al-Quran? Pada zaman tersebut sehingga mana-mana zaman, termasuk zaman kini, ulama yang mendokong kerajaan selalunya terpalit dengan fitnah. Kebanyakan mereka  menjadi seperti anjing, jika diberi makan ia menjelir lidah dan jika tidak diberikan, ia tetap menjelir lidah juga.















Menteri Besar Pegang Exco Agama adalah mulia.

January 20, 2012


Ada pihak yang tidak senang apabila Portfolio Hal Ehwal Islam dipegang sendiri oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor. Portfolio itu yang sebelum ini dijawat oleh Dr. Hasan Ali selaku adun Pas tidak beralih kepada exco baru dari Pas yang dilantik iaitu Dr. Ahmad Yunus Hairi. Malah, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Perubahan ini ditafsirkan sebagai satu penghinaan kepada Pas.

Sebenarnya, Pas itu hanya pandai menguruskan portfolio agama sahajakah? Apabila sebut mengenai Pas, yang terbayang dalam fikiran para pengkritik miskin akal dan makrifat itu ialah orang-orang yang hanya layak  diberi hak menguruskan hal ehwal agama Islam yang terkepung dalam institusi agama. Kononnya mereka mahu Pas dihormati sedangkan sebaliknya mereka menghina Pas. Kalau menguruskan Belia dan sukan, apakah itu tidak sesuai dengan Pas?

Hanya manusia yang masih bergelumang najis politik sekular sahaja yang melihat Pas layak hanya diberi jawatan berkaitan keagamaan. Hakikatnya, semua porfolio itu tidak harus dilihat tidak keagamaan. Bayangkan, betapa hebatnya jika seorang exco Pas dapat menguruskan soal belia dan sukan menjuruskan kepada mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dr. Hasan Ali sendiri mempertikaikan kelayakan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk memegang exco agama dan menyifatkan kemusnahan akan berlaku jika orang bukan ahlinya menjawat sesuatu jawatan. Ingin dilontarkan persoalan, apakah Dr. Hasan Ali orang yang layak berbanding Tan Sri Khalid? Kata Hasan Ali, beliau orang sekular. Maka, dia bukan ustaz. Apa yang menjadikan dia rasa dirinya layak menjadi exco agama. Apa pula bezanya diri Dr. Hasan Ali dengan Tan Sri Khalid Ibrahim? 

Maka, persoalan layakkah Tan Sri Khalid Ibrahim jadi exco agama sebenarnya perlu ditanya  juga semasa Hasan Ali mahu mengambil jawatan tersebut dulu. Layakkah Hasan Ali yang tidak berlatarbelakangkan agama untuk menjawat exco agama. Semata-mata jadi orang Pas, apakah dia menjadi lebih istimewa berbanding Tan Sri Khalid Ibrahim yang daripada PKR?

Kalau hati sudah sakit, apa dibuat orang serba tak kena. Lebih-lebih lagi kalau tengah meratapi kehilangan jawatan. Jawatan itu hanya pinjaman. Sepatutnya bila hilang, ingatlah bahawa Allah sudah tarik balik daripadanya. Bukan menyalahkan orang sekeliling.

Laporan dan ulasan Utusan Malaysia itu janganlah diambil tauladan dan panduan. Penulis-penulis di dalamnya adalah individu yang buta makrifat. Selain otak sekular, mereka juga berhati busuk dan sentiasa mencari jalan memburukkan kerja-kerja Pas. Pas patut bangga kerana ia dipercayai untuk menguruskan belia dan sukan. Mindset pas sebagai parti pak lebai telah jauh ditinggalkan. Itulah petanda bahawa ia parti bermasa depan dan akan menjadi versatile.

Tahniah Dr. Ahmad Yunus Hairi. Kita doakan Tan Sri Khalid Ibrahim akan melakukan perkara yang lebih baik dari Dr Hasan Ali dalam bidang agama. Sebenarnya Dr. Hasan Ali bukan berjaya pun dalam menjalankan tugasnya sebagai exco agama. Setelah tidak berjawatan,  baru  menceritakan kesulitan menjalankan tugas itu yang mana dibimbangi Khalid Ibrahim tidak mampu melaksanakannya. Yang telah tewas adalah dia dan bukan Tan Sri Khalid Ibrahim  Menteri Besar itu patut dipuji kerana meletakkan hairaki exco agama di tempat yang dominan dan terpandang. Selalunya perdana Menteri dalam kerajaan BN akan menjawat bersama kementerian kewangan, melambangkan betapa tamak dan sayangnya mereka terhadap kekayaan hasil mahsul negara. Agama dipinggirkan kepada menteri yang lekeh dan lemah. Akhirnya, rakyat melihat lekeh dan lemahlah urusan agama.

Kini, Menteri Besar sendiri memegang Exco agama. Itu menjadikan orang melihat betapa hebat dan utamanya kerja-kerja hal ehwal agama.

Begitulah sepatutnya Dr. Hasan Ali yang ada PHD berjela itu berfikir. Begitulah juga Utusan Malaysia yang berminda haprak itu merumuskan.

Bingkisan Ramadhan

August 1, 2011


Hari ini 1 Ramadhan. Ummat Islam di Malaysia berpuasa. Setelah 11 bulan berlalu, kini, dengan rahmat Allah SWT, kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Kemuliaan Ramadhan sebagai penghulu kepada semua bulan tidak dapat diragukan lagi. Nas-nas Al-Quran maupun hadis telah cukup menjelaskan. Pujian dan sanjungan para ulama sejak zaman Salaf hinggalah ke zaman kini telah berjela-jela dan tidak terkira lagi.

Di atas semua kelebihan Ramadhan itu, apa yang paling penting ialah bagaimana kita memanfaatkannya. Sebahagian besar hanya menjadikan Ramadhan sebagai PLKA (Pusat Latihan Khidmat Agama). Maka, apabila sudah habis Ramnadhan, dia pun merasakan merdeka dan bebas. Tidak ubah seperti kebanyakan peserta PLKN. 

Kalau mahu menilai harga Ramadhan bagi seseorang itu, lihatlah di mana dia sesudah Ramadhan. Kalau dia kembali semula kepada perangai sebelumnya dan tempat yang dia sia-siakan masanya sebelumnya, jelaslah bahawa Ramadhan hanya menjadi seperti Kem Tahanan Sementara. Ramadhan bukan sebuah Kem Tahanan Sementara. Bukan juga seperti PLKN. Ramadhan hanyalah bulan tarbiah dan pesertanya hanya bermakna di dalamnya jika dapat meramadhankan sepanjang tahun untuk bulan-bulan berikutnya.

Marilah kita langkah ke gerbang Ramadhan dengan memanjatkan Taubat Nasuha. Sangkutkan azam ke syurga taqwa yang dijanjikan. Mudahan kita semua dapat menggapainya. Hari ini kita atur langkah membina watak insan bertaqwa. Jangan lagi menoleh ke belakang, pada dosa, noda dan kesilapan lalu.

Istiqamah bukan mudah

May 16, 2011

 "Istiqamah adalah sepatah kata yang mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan...ia adalah kalimah yang menggerunkan", Ujar Mohamed Sabu ketika berucap kepada sekumpulan penduduk kampung yang menunjukkan kecenderungan untuk bersama gerakan Islam Pas dan memperkasakan gerakan di kawasan mereka. Sebagaimana yang telah dilalui oleh banyak tempat ketika Pas bermula, jumlah yang hadir hanya sedikit. Namun, pencapaian yang telah ada pada hari ini di tempat yang dulunya sukar, hendaklah menjadi inspirasi kepada semua tempat yang sedang memulakan langkahnya. Mohamed Sabu menceritakan bagaimana hebatnya muktamar Pas Kawasan Baling dan Pasir Mas. Di Baling, perwakilan yang datang mencecah seribu orang dan pertandingan semua jawatan berlaku. Pengiraan undi selesai menjelang jam 11 malam. Namun, tentunya 20 tahun sebelumnya, keadaannya tidak sehebat itu. Justeru, bagi yang sedang memulakan langkah, tidak harus kecewa dan patah semangat.

Bercakap tentang istiqamah, Mohamed Sabu membongkar apa yang disifatkannya sebagai orang-orang yang gugur dalam perjuangan. Sambil mengikat pendedahannya itu dengan permohonan keampunan kepada mereka yang pernah berjasa kepada Pas, dia menyebutkan tokoh-tokoh Pas yang telah gugur daripada perjuangan Pas. Sebahagiannya menyisih diri dan berkhulwah daripada perjuangan. Sebahagiannya membuat pusingan U dengan melibatkan diri dalam perjuangan UMNO.

Yang Dipertua PAS yang pertama,Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan  adalah orang yang pertama meninggalkan PAS dan tidak mati dengan perjuangan PAS. Datuk Mohd Asri Hj. Muda adalah presiden Pas yang pernah membawa Pas bergabung dalam  BN. Penggabungan itu menjadi titik hitam yang menguras banyak tenaga Pas. Akibat daripadanya,  berjatuhanlah para pejuangnya yang mengambil jalan menyisih diri dan sebahagiannya menubuh parti dan jemaah lain. Ashaari Muhammad yang menubuhkan Al-Arqam  merupakan antara yang menyisih daripada Pas akibat penggabungan dengan UMNO dalam BN pada masa itu. Di pelbagai peringkat Pas telah kehilangan tenaga dan menjadi lemah tak bermaya. Apabila Pas disingkirkan daripada BN, Kelantan dirampas melalui pengisytiharan darurat, Datuk Mohd Asri Hj. Muda meninggalkan Pas dan akhirnya masuk UMNO.

"Ada yang berceramah berdegar mengatakan kalau dia meninggalkan Pas, tembaklah dia...kemudiannya dia juga meninggalkan Pas dan menyertai UMNO", Mohamed Sabu menceritakan.

"Saya adalah anak usrah Ust. Nakhaie Hj. Ahmad...dia mengingatkan kami tentang istiqamah dalam perjuangan...malah dia mengarangkan sebuah buku mengenai istiqamah dalam perjuangan...akhirnya, apa terjadi kepadanya?", Mohamed Sabu menghimbau.

Ust. Nakhaie meninggalkan perjuangan Pas dan menganut perjuangan UMNO.

Mohamed Sabu menceritakan pengalamannya mengikuti Nakahie dalam berceramah di pelusuk negeri. Kekadang menjelang jam 3 pagi mereka masih lagi memandu kereta pulang ke rumah. Pada saat-saat sebelum Ust. Nakhaie masuk UMNO, dia sering mengeluhkan kata-kata orang keletihan dalam perjuangan.

"Mat...sampai bila lagi kita akan begini? Kau lihat Anwar, dia telah mendapat kesenangan dalam UMNO", Kata-kata Ust Nakhaie itu acap dikeluhkan olehnya terutama ketika mereka berdua. Hingga satu hari, disaksikan bagaimana isterinya telah mencemuh perjuangan yang didikong lantaran tidak berhasil mendapat dunia sebagaimana orang lain. Ternyata itu merupakan pukulan maut yang kemudiannya mengakibatkan Nakhaie beralih arah. Perjuangannya berakhir tragedi.

Isteri, kata Mohamed Sabu adalah dugaan kepada perjuangan. Sewaktu dia dalam tahanan ISA, isterinya datang menziarahinya, dia utarakan hasratnya untuk menulis surat kepada Anwar Ibrahim yang waktu itu merupakan menteri penting kerajaan. Namun, isterinya menempelaknya dan menyatakan bahawa terpenjara bertahun-tahun lebih baik daripada merayu ehsan penguasa.

"Kalaulah aku merayu ehsannya waktu itu...barangkali aku bukan lagi Mohamed Sabu sekarang", ujar Mohamed Sabu.

Dianugerahkan isteri yang tahan diuji juga merupakan nikmat perjuangan. Bagi isteri-isteri yang menjadi mangsa suami mereka ditahan ISA, isteri Mohamed Sabu acapkali menjadi pemulih semangat buat mereka.

Ramai sekali yang telah gugur dalam perjuangan. Orang-orang yang gugur ini telah terjadi dan akan terjadi mengikut ketetapan Allah SWT. Kita tidak tahu siapakah mereka. Mungkinkah kita? Ia adalah proses pembersihan ilahi untuk mereka yang berjuang.  Kita hanya boleh berharap agar Allah mengekalkan istiqamah kita. Jika panglima besar pun boleh digugurkan, maka apalah kiranya saldadu-soldadu kecil seperti kita?

Marilah sentiasa munajatkan doa:


اللهم يا مقلب القلوب والأبصار ثبت قلوبنا على دينك


AS gembira Ossma terbunuh

May 2, 2011

Semua akan mati. Ossama bin Laden yang sekian lama diburu oleh AS disahkan sendiri oleh presiden AS Barranck Obama bahawa telah terbunuh dalam serangan udara oleh tenteranya di Abbotabad, sebuah pekan kecil 150 km uatara Islamabad. Beliau meyifatkan kejayaan membunuh Ossama itu sebagai kejayaan mempertahankan keadilan kepada dunia sejagat.


Boleh dikatakan hampir pasti berita terbunuhnya Ossama. Seluruh dunia kafir bergembira. Di AS ada sambutan meriah atas kejayaan itu. Israel menyifatkan ia sebagai kemenangan kepada demokrasi.

Kematian bukan perkara perlu dilarikan. Semua akan mati. Satu saat, Obama juga akan mati. Kalau Ossama mati terbunuh dalam operasi tentera AS, itu adalah kematian yang mulia. Seorang pejuang, kematian yang dicari adalah mati di medan perjuangan. Mati di medan perjuangan adalah syahid. Berbahagialah orang yang menemui kesyahidan setelah sekian lama berjuang menurut keyakinannya.


Sebahagian besar daripada tuduhan kepada Ossama yang dilebelkan sebagai pengganas itu adalah fithan para pemimpin AS. Mereka tidak boleh dipercayai kerana lidah mereka sememangnya penuh dengan muslihat beracun. Jika kita merenung sejenak hasrat dan cita-cita Ossama, maka akan mengertilah kita betapa dia amat cintakan kepada Islam dan mengambil berat terhadap nasib ummat Islam. Seseorang itu akan dibangkitkan di akhirat kelak dengan keyakinannya sewaktu mati.


Alhamdulillah...mudahan Ossama termasuk golongan syuhada. Kematian Ossama bukan penamat kepada perjuangan Islam. Akan lahir ratusan, malahan ribuan pejuang yang akan bergerak maju ke medan untuk mengangkat maruah Islam. AS akan terkesima nanti. Percayalah....

Mana pembunuh Gaddafi?

February 26, 2011

Mu'ammar Gaddafi pasti akan kalah. Rakyat Libya akan berhasil menjatuhkannya. Tidak ada seroang penzalim di atas muka bumi melainkan kesudahannya akan menemui kajatuhan yang hina. Demikian, zalim Hajjaj bin Yusuf As-Thaqafi sebagaimana tercatat dalam sejarah Islam, dia menemui khatimah yang malang setelah didoakan oleh Said bin Jubair. Setelah tak berguna senjata bikinan manusia, maka akan datang senjata kiriman Allah SWT.


Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, ketika khutbah Jumuat kelmarin, membuat seruan kali kedua dengan lebih tegas supaya Gaddafi dibunuh. Sesiapa yang boleh sampai tangan kepadanya, hendaklah dilakukan misi ini. Membunuh Gaddafi akan menyelamatkan ribuan rakyat Libya yang lain. Sehingga catatan ini, sudah lebih 2000 rakyat yang bangkit menentangnya terbunuh. Keadaan masih tidak menunjukkan angka itu  berhenti di situ. Menurut Al-Qardhawi, dia akan bertanggungjawab di depan Allah SWT atas apa yang beliau fatwakan sebagai penghalalan darah Gaddafi.

Kononnya Gaddafi mahu mati syahid, sedangkan jalan perjuangannya bukan Islam. Dia berkhayal dalam mimpinya yang panjang berdekad. Sehingga saat rakyat telah menolaknya dan dunia telah mengutuk kekejamannya, dia masih merasakan dia di pihak yang benar. Demikian boreknya bapa, begitu pula rintiknya anak. Anaknya Saiful Islam, yang disifatkan oleh Al-Qardhawi sebagai "Saiful Jahiliyyah" mempertegaskan kedegilannya untuk tidak meninggalkan Libya dan rela mati di negerinya.

Tiga pilar yang mendokong kekuasaan Gaddafi telah pun hilang daripadanya. Tentera, diplomat dan ketua -ketua kabilah. Di beberapa bahagian wilayah Libya, tentera telah menyokong gerakan rakyat. Gaddafi  hanya bergantung kepada tentera upahan yang dijadikan sebagai tentera pengawal revolusi silamnya dan pengawal peribadinya. Para diplomat di negara-negara luar telah mengistiharkan tidak lagi setia dengan kerajaan Gaddafi.. Pagawai-pegawai tinggi dalam negara juga ramai yang telah meletakkan jawatan. Ketua-ketua Kabilah yang selama bertahun dirasuah, diancam dan dipujuk agar mendokongnya sudah  lari daripadanya. Libya telah lumpuh. Gaddafi tidak lagi memerintah sebuah negara melainkan hanya memerintah ammarah dirinya. Kesombongan memerintah selama lebih 4 dekad membuatkannya tidak boleh menerima kajatuhan.

Dia sendiri mengangapkan dirinya "king of the kings" bagi para pemimpin di benua Afrika. Bagaimana mungkin dia boleh merelakan seorang pada kedudukan sepertinya itu jatuh? Tapi...dia pasti jatuh. 

Gaadafi sebagaimana gaya kebanyakan pemimpin negara Arab, adalah pelakun-pelakun amatur dalam kekuasaan mereka. Mereka boleh berucap kepada dengan  mengunggap bismillah dan puji syukur kepada Allah untuk menawan hati rakyat. Malah, dengan rasa tidak malu dan mengada-ngada, kalangan mereka boleh berlagak laksana seorang ulama di tengah masyarakat. Mereka berjalan sambil membilang biji tasbih, berzikir, sedangkan yang dizikirkan mereka bukan mentaqdiskan Allah. Sebaliknya mereka hanya mentaqdiskan diri untuk memanjangkan tempoh pemerintahan. Selama ini kita kagum dengan keberanian Gaddafi main cabar mencabar dengan Amerika Syarikat. Kadang-kadang dia menggancam Israil. Tapi tak ke mana. Itu semua sandiwara. Dia bukan seorang pejuang Islam biarpun dia mengatakan dia adalah seorang pejuang. Dia hanya pejuang sosialis. Rakan seangkatannya adalah Hugo Chavev, presiden Venezuela yang lantang dan keras melawan Amerika Syarikat. Kedua-dua mereka adalah pemimpin sosialis. 


Gaddafi akan mati. Membunuhnya adalah kebanggan bagi sang pembunuh. Dalam jutaan rakyatnya, pasti ada penyelinap berjiwa tegar dan nekad. Dunia Gaddafi sebenarnya telah sempit sekarang. Nikmatilah hidup maksiat dengan pengawal-pengawal peribadi wanita yang mendokongnya. Celakalah untuk pemimpin yang ditolak rakyat. Lebih celaka pemimpin yang ditolak Allah SWT.

Ya Allah...kirimkan sang pembunuh untuk membunuh lelaki durja ini!


Rachid Ghannouchi kembali ke Tunisia

February 1, 2011

Rachid Ghannouchi adalah pemimpin Gerakan Islam An-Nahdha yang tinggal dalam buangan di London sejak tahun 1991. Beliau kembali semula ke Tunisia pada  hari Ahad yang lalu, dua minggu setelah kerajaan presiden  Zein al-Abidine Ben Ali. An-Nahdha merupakan gerakan yang mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin dan pada tahun 1989 telah muncul sebagai pembangkang yang kuat dalam pilihanraya parlimen. Kebangkitan An-Nahdha pada tahun tersebut menimbulkan kebimbangan presiden Zainul Abidin Ben Ali dan beliau telah mengambil tindakan mengharamkan gerakan An-Nahdha. Wakil-wakil An-Nahdha tidak berdiri sebagai ahli parlimen bebas.

Ancaman penangkapan melanda pemimpin-pemimpin utama An-Nahdha termasuk Rachid Ghanouchi yang keluar masuk penjara sejak zaman Bourguiba.

Kini Rachid Ghannouchi telah kembali. Semoga gerakan Islam dapat mengisi lakuna politik yang sedang melanda Tunisia.

Banjir di Sandakan: Taufan yang dituai.

January 29, 2011

Hujan yang berterusan sejak beberapa hari ini, sekejap lebat dan sekejap renyai dan berhenti seketika sebelum bersambung kembali kemudiannya, telah menyebabkan berlaku banjir di beberapa tempat di kawasan Sandakan. Satu rekod selama berpuluh tahun (menurut warga lama Taman Fajar), hari ini air naik tinggi sehingga beberapa rumah di lorong 15 di masuki air separas betis kering. Mengikut lontaran pandangan seorang warga Taman Fajar, En. Oting, pertembungan antara air pasang dengan pertambahan air sungai (sebenarnya parit besar) akibat hujan lebat pada waktu kemuncak air pasang, menyebabkan pengaliran menjadi tersekat. Itu sebabnya tempoh air naik tidak lama. Sekadar tempoh air pasang.

Buat pertama kali dalam sejarah pembinaan masjid Al-Fajr ( menurut En. Suradi), air dari saliran berdekatan naik sehingga memasuki ruangan lantai bahagian bawah masjid Al-Fajr. Separuh dari lorong 6 dan lorong 7, airnya mencapai ke kawasan garaj. Sumber-sumber warga setempat membuat komentar bahawa apa yang dialami oleh warga Taman Kenari lebih malang. Air naik mencapai paras pinggang. Sehingga catatan ini dibuat, mangsa banjir kawasan Taman Fajar merungut kerana ketiadaan perhatian  segera daripada pihak kepimpinan setempat maupun DUN dan Parlimen. Lawatan simpati sekalipun belum dilakukan.
Beberapa kawasan di Sandakan juga mengalami banjir kilat. Ada jalan terputus hubungan. Jalan Sibuga-Batu Sapi yang mempunyai 2 lorong, salah satunya ditutup kepada lalu lintas berikutan kenaikan air di kawasan paya berdekatan. Dengar khabar dari seorang sahabat, air naik di kawasan batu 1 1/2  berikutan saliran di BDC yang tidak lancar.

Sesungguhnya banjir di Sandakan bukan satu fenomena biasa. Sandakan adalah bandar pinggir pantai. Bandar-bandar baru yang muncul berceretek sekitar bandar Sandakan sepatutnya dapat menghantarkan simbahan air hujan dengan segera ke laut. Namun, itu tidak berlaku. Air hujan seperti bergerak perlahan dan tersumbat. Satu kajian perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti kesan pembangunan drastik yang berlaku ke atas alam sekitar.  Pertumbuhan kawasan penempatan di kawasan Sandakan dilihat mengabaikan pemiliharaan suasana natural'nya. Banyak kawasan hutan telah ditebang dan bukit-bukit ditarah. Penduduk Sandakan dapat merasakan pertambahan kepanasan berikutan kurangnya  kawasan yang punya 'density' hutan. yang memberikan kesan penyejukan.

Penjenamaan Sandakan sebagai Bandaraya Semulajadi beberapa tahun yang lalu hanyalah satu 'escapism' daripada kegagalan mendapat taraf bandaraya penuh. Sebenarnya, itu cuma sebuah retorik kerana untuk dinamakan bandaraya semulajadi pun Sandakan tidak layak. Banyak nilai semulajadinya telah dan sedang dirobek demi keuntungan sebahagian orang. 

Tentunya kita tidak bermaksud bahawa Sandakan perlu menjadi bandaraya dalam hutan untuk menyesuaikan dengan nama Bandaraya Semulajadinya itu. Bukan juga kita mahu bersikap 'anti establishment' yang menolak peluang-peluang pembangunan yang melengkapkan lagi prasarana di Sandakan. Namun, pembangunan di Sandakan kelihatan amat serakah. Dari bandar Sandakan, keserakahan itu melebar sehingga ke kawasan sejauh batu 12.  Dewasa ini, satu projek mega sedang berjalan di kawasan Sg. Batang batu 10. Projek yang mensasarkan terwujudnya sebuah kawasan yang menjadi Hub Pendidikan di masa akan datang. Kedengarannya amat memberangsangkan. Namun, kita belum tahu sejauh mana ia diselarikan dengan pelestarian nilai-nilai alam sekitar. Apa yang jelas, di musim hujan begini, air di kawsaan jalan Sungai Batang naik  dan memutuskan hubungan di beberapa tempat.

Seorang yang pernah tinggal di Kuala Lumpur akan merasakan bahawa pembangunan di Kuala Lumpur lebih menghargai alam sekitar berbanding di Sandakan. Di Kuala Lumpur, ada beberapa kawasan di dada kotarayanya masih ada hutan kecil. Taman-taman juga dibangunkan dengan pepohonan yang menyejukkan. Warga Kuala Lumpur, sekurang-kurang masih punya tempat untuk bersantai di hujung minggu  tanpa perlu pergi jauh. 

Aku percaya, kenaikan air banjir kilat kali ini ada hubungkait dengan keserakahan pembangunan yang berlaku. Serakah yang tidak disertai dengan kajian yang menyelesaikan masalah yang mungkin timbul, itulah yang menjadi masalah. Tanah digunakan semaksimanya. Terasa sayang kalau tanah digunakan untuk pembesaran parit. Yang sekangkang kera pun, kalau boleh mahu diselitkan beberapa lot rumah.

Sekarang, kita sedang menikmati apa yang diusahakan para peneraju "establishment" itu. Bak kata pepatah:" "Siapa yang menyemai badai, dia akan menuai taufan". Malangnya, rakyat marhaen yang menyemai harapan, mereka hanya dapat menuai keterkilanan.