Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Kenapa rasuah tidak reda?

December 29, 2020

Kes-kes rasuah dalam negara tidak pernah dapat ditumpas dengan tuntas. Ia telah membarah dan menular ke segenap pori dan urat nadi perjalanan pemerintahan dalam negara. Berpuluh-puluh tahun isu ini diperkatakan sehingga terkuras segala upaya fikir dan tenaga, namun rasuah tetap menyubur juga. Kenapa ini berlaku?

Aku teringatkan kisah yang berlaku di zaman Amirul Mukminin Umar Al-Khattab. Ketika dibawakan kepadanya harta-harta rampasan perang dari negara Parsi ke Kota Madinah, beliau pun merasa kagun dengan harta yang melimpah ruah dan sampai kepadanya tanpa berkurang sedikitpun.

Kata beliau:


إنّ قوماً بعثوا هذا لأمناء


Sesunguhnya mereka yang menghantarkan semua ini adalah orang yang sungguh amanah!



Ali bin Abi taliub yang bersama Umar ketika itu menitipkan sebuah falsafah untuk ditafakkurkan. Buat kita boleh menjadi renungan dan menguraikan sebab musabab perkara yang terjadi. Kata Ali:




يا أمير المؤمنين: عففتَ فعفوا، ولو رتعت لرتعوا



Wahai Amirul Mukminin, semua ini adalah kerana kau menjaga diri (daripada makan harta rakyat), lalu mereka pun jadi terpelihara. Andainya kau songlap, mereka pun akan songlap!




Di sini, kita akan menemui jawapan kepada permasalahan yang menyelubungi kita ini. Kenapa Rasuah tidak tuntas? Kenapa?

Rasuah yang cuba dibanteras itu adalah rasuah kakitangan awam dan orang-orang kerdil dalam masyarakat. Apakah pernah diselak rasuah apakah yang dilakukan oleh para pemimpin sehingga ke tahap yang teratas. Mereka akan menjadi cerminan kepada perilaku rakyat!




Kalau pemimpin rasuah, rakyat akan rasuah.

Kalau pemimpin khianat, maka pengkhianatan rakyat akan berleluasa.

Kalau pemimpin makar, rakyat pun makarlah.



Melihat keadaan masyarakat, anda boleh kenal pada tahap mana pemimpin anda!



BERBUAT BAIK KEPADA TUHAN, SEMBAHLAH DIA!

January 16, 2020

"Sembahlah mana-mana Tuhan, asalkan kamu jadi baik!", ungkap seorang yang bukan akidahnya Islam.

Baiklah...kalau kamu anggap hidup di dunia ini segalanya, dan tiada lagi kehidupan sesudah mati, kata-katamu itu mungkin boleh diterima. Namun, jika di dunia kau sembah Tuhan B, C , F dan seterusnya, lalu di hari akhirat, ternyata Tuhan A yang paling berkuasa. Tuhanan B, C, D, F dan lain-lain itu semuanya palsu belaka, apakah nasibmu pada hari itu? Masa hidup di dunia kau tak mahu sembah Tuhan A, selepas mati kau mahu minta balasan baikmu daripada Tuhan A? Kau benar-benar tidak tahu diri. Mintalah pada Tuhan yang kau sembah!

Kerana itu hidup dalam dunia adalah ujian. Dengan secetek akal yang diberi, gunakan untuk mencari hakikat siapa Tuhan yang sebenar. Kerana hidup dunia singkat, hidup panjang dan kekal abadi itu adalah akhirat, maka persiapkanlah bekalan untuk hari itu. 

Dalam dunia bolehlah berbuat baik sesama manusia. Tetapi berbuat baik kepada Tuhan adalah dengan meyembahnya. Jika silap sembah tuhanan lain, sia-sia sahaja. Tuhanan yang disembah rupanya bukan Tuhan. Hanya diri yang tertipu. Ditipu oleh manusia yang berkepentingan dan makar. Tidak sembah Tuhan yang betul adalah perbuatan derhaka kepada Tuhan. Tuhan yang akan berikan balasan di hari akhirat, bukan oleh manusia yang menerima kebaikan kita.

Memang susah nak fahamkan jika hidayah tidak menembusi. Jika hati  benar-benar mencari, Tuhan yang sebenar akan bukakan jalan. Bebaskanlah diri dari belenggu yang dibuat oleh Tuhan-Tuhan palsu.

SYAQQU JUFNAH

May 28, 2019




Hadis dalam Saheh Muslim menyebutkan:

Abu Hurairah berkata: Kami mengenang malam Al-qodar ketika Rasulullah masih hidup. 

Lalu Katanya: "Siapa di kalangan kamu  yang masih ingat bahawa pada malam itu bulan kelihatan seperti  separuh mangkuk?

 أَيُّكُمْ يَذْكُرُ حِينَ طَلَعَ الْقَمَرُ وَهُوَ مِثْلُ شِقِّ جَفْنَةٍ

Ketika aku bangun dini pagi hari ini, aku keluar rumah dan melihat langit. Langit pagi tidak berbintang. Bahkan sejak semalam, aku mendongak melihat langit. Langit tidak berbintang. Apakah itu tanda malam Al-Qodar? Tidak tahulah. Sehingga pagi ini. tatkala aku keluar melihat suasana langit, tiada sebiji bintang pun nampak. Bila mataku jatih pada bulan, aku nampak bulan seperti sebuah mangkuk yang terletak nun jauh di atas angkasa. 

Apakah itu rupa bulan yang disifatkan Abu Hurairah  sebagai "Syaq Jufnah"?

RAHMAT DI SEBALIK KERJASAMA POLITIK

May 17, 2019



Biarkanlah orang yang berkerjaya politik peringkat pimpinan berenggut. Siapa pandai dan bijak berpolitik, dialah yang memenangi sayembara itu. Aku percaya bahawa kemahiran politik adalah anugerah Allah yang tidak diberikan kepada semua orang secara sama rata. Siapa yang cemerlang,  Allah taala jua yang berikan kemahiran itu sehingga dapat mengatasi orang lain. Lantas, dengan kemahiran itu, kuasa kepimpinan dan dominasi berada di tangannya. Keupayaan politik yang terhasil daripada pembelajaran dan latihan ada peratusannya yang kecil  dalam membentuk  keunggulan berpolitik.

Ini merupakan rahsia Tuhan dalam penciptaan yang kita belum cukup menggali rahsiaNya.

Parti PAS yang dulunya bermusuh dengan UMNO-BN, aku menjadi saksi sejarah akibat negatifnya. Ungkitan yang dimomokkan, bahawa berlaku anasir takfiri bukanlah satu yang mitos. Sebab kemunculan anasir tersebut, aku tidak mahu mengambil sikap muktamad sebagaimana perkataan sesetengah orang yang marah kepada pemimpin PAS tertentu. Mereka mengatakan ia berawal daripada Amanat Hj. Hadi. Untuk berlaku adil, kita perlu memungkinkan ramuan lain yang rencam dan kompleks yang menjadikan fenomena itu muncul.

Mungkin politik kalau berada di tangan orang agama, tendency untuk dijangkiti takfiri sangat besar. Bukan sahaja arena politik, khilaf agama kalangan agamawan juga banyak menatijahkan "takfiri". Kita telah saksikan hal ini berlaku depan mata kita.Khilaf mazhab (soal agama/kalangan agamawan) pun menyebabkan berlaku kafir mengkafir dan "tabdi'. Mungkin inilah antara ramuan yang boleh direnung dan dikaji selainkan menuding kepada "Amanat".

Anasir takfiri itu begitu terjelma di kalangan orang-orang Melayu di kampung-kampung. Waktu aku masih lagi kecil, memang berlaku syak wasangka di kalangan orang PAS mengenai keimanan  orang-orang UMNO. Kerana sokong parti sekular dan asobiyyah UMNO, imam UMNO tidak mahu diikuti, kenduri kendara ornag UMNO tidak dijengah, sembelihan orang UMNO tidak sudi dijamah oleh orang PAS. Ini bukan dongeng, bahkan ia benar-benar terjadi di peringkat  akar rumput. Aku adalah generasi yang menjadi saksi sejarah ini.

Aku menyaksi simpang siur sejarah perjuangan PAS secara umum. Pas masuk Barisan Alternatif dan kemudian pecah. Pas membentuk Pakatan Rakyat bersama parti lain emlawan UMNO-BN dan kemudian pecah. Pas membentuk Gagasan Sejahtera dan kemudian senyap hilang khabar berita. PAS bersama UMNO membentukan gabungan atas nama Perpaduan Ummah dengan UMNO menentang kerajaan Pakatan Harapan. Ini merupakan simpang siur politik dan ia adalah satu yang normal. Politik memang sifatnya begitu.

Bukan siasah politik itu yang menjadi perhatianku dalam tulisan pendek ini. Apa yang yang aku suka catatkan di sini adalah "Rahmat Allah di sebalik sepak terajang politik".

Biar aku jelaskan agar ia jelas dan menjadi bahan fikir kita. Lalu kita bersyukur dan memandang positif tentang perkembangan politik yang terjadi.

Dulu, waktu Pas bermusuh dengan UMNO, alangkah pecah ranahnya kesatuan orang Melayu-Islam di kampung-kampung. Di kampungku sendiri,  berlaku satu kejadian, bila orang  UMNO diangkat jadi imam masjid kampung, ramailah orang kuat Pas "lari" meninggalkan masjid. Mereka bercempera pergi berjumaat di masjid luar kariah kerana tidak mahu berimamkan imam UMNO itu. Para bapa bolehlah buat hal tersebut. Anak-anak, banyak yang kecundang. Mahu ikut bapa solat di masjid yang jauh, mereka bukan larat sangat. Lalu, ramailah yang tidak datang solat jumaat. Tidak di masjid kampung dan tidak pula cari masjid luar kariah.

Sekarang, pada waktu Pas dan UMNO sudah berpadu atas nama Perpaduan Ummah walaupun belum secara rasmi, kerumitan masalah yang berlaku di kampungku itu nampaknya kian terurai. Satu ketika, aku pulang ke kampung dan orang kampung bercerita. Si"polan" dan "siyanu" yang dulunya lari tinggalkan masjid telah kembali solat di masjid kampung. Hubungan yang panas dengan imam masjid sudah menjadi kendur. Soal sah atau tidak berimamkan imam UMNO sudah tidak  timbul lagi. Aku gembira melihat hal ini. Perkembangan ini adalah positif. Tanpa disuruh, perkembangan politik yang berlaku telah menyebabkan pelarian politik kampungan  telah berubah arah. Mereka tidak "berlari" lagi. Mereka telah berhenti dan hinggap dengan tenang. Alhamdulillah!

Inilah rahmat di sebalik penggabungan. Apapun pandangan kita terhadap kerjasama politik Pas dan UMNO, sisi baiknya perlu kita syukuri. Masalah yang berkulat di kalangan orang Melayu di kampung-kampung dapat dirungkai. Lumut-lumut lama yang mencacatkan rasa dan nurani dapat dikikis. Inilah sudut positif yang akan aku kenang dan ceritakan kepada anak cucu. Bahawa sesunguhnya, Allah maha bijaksana. Ombak politik yang terjadi, pada akhirnya memperlihatkan hikmah yang tersimpan.

Sungguhpun hikmah itu bukan dalam senarai agenda orang yang berpolitik gabungan!

PERKAHWINAN AWAL KANAK-KANAK

September 24, 2018


Perkara ini bukan masalah tetapi sengaja dipermasalahkan. Dalam masyarakat Melayu, sudah pun berlangsung lama. Masyarakat luar negara sana, lagilah. Zaman datuk nenek kita dulu, perkahwinan pada usia awal adalah fenomena biasa. Ketika mak-mak kita berusia 14 tahun, ayah pula berusia 18 tahun, mereka sudah kahwin. Dapat anak-anak berderet. Bila anak-anak sudah besar, masuk universiti, mak dan ayah mereka masih sihat. Mak dan ayah belum mencapai umur 60 tahun. Hidup bahagia. Anak-anak dapat menabur budi membalas jasa ibu ayah. Ibu ayah tersenyum puas. Sewaktu ibu ayah menutup mata meninggalkan dunia fana ini, ada yang sudah bercucu dan bercicit. Mereka dapat melihat kembang biak kabilah mereka. Mereka cukup bangga.


Sungguh tidak akan dapat merasakan semua ini jika pendapat-pendapat baru hari ini dituruti. Ada cadangan agar umur perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun. Perempuan dan lelaki 18 tahun. Sebelum ini, lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun. Kononnya hendak membela kanak-kanak daripada jadi mangsa penderaan seks yang disahkan atas nama agama. Namun, cadangan mufti Sabah, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar mengejutkan kelompok ini. Kata tuan mufti, umur perkahwinan bukan dinaikkan. Patut diturunkan. Daripada 16 jadi 14 tahun.

???

Beliau memang berani menyongsang arus. Cadangannya memang "win". Namun, ia ada munasabahnya. Kes kanak-kanak teraniaya kerana perkahwinan bawah umur itu hanya pada tanggapan orang. Hakikatnya, tidka seberapa. Alasan-alasan yang dikemukakan sepeti bagaimana dengan pendidikan sekolah mereka, rahim belum bersedia dan sering berakhir dengan penceriaan, adalah alasan-alasan yang dicari. Kalau itu alasannya, yang dah berumur kahwin pun bermasalah.

Ada perempuan umur 20 atau 30 tahun. Kahwin dengan lalaki umur 40 tahun. Pun cerai. Rahim mereka pula tak memberanakkan manusia. Nak tunggu bila lagi nak bersedia. Yang tak kahwin pun tak sekolah. Banyak menagih dadah dan merempit. Hidup tidak ada tanggungjawab. Terjebak dengan masalah sosial. Bosan, Tak ketahuan hala.

Kahwin mungkin boleh mententeramkan sesetengah budak-budak ni. Kenapa tak mahu bagi mereka kahwin?

Kalau dah keluar anak zina akibat terlanjur pada usia 15 tahun misalnya, yang disalahkan siapa? Selain ibu bapa mereka, sekolah juga dipalitkan. Bahkan program dakwah tak berkesan jabatan-jabatan agama dikaitkan.

Pulak??
 
Kalau para agamawan di pejabat agama minta benarkan mereka yang kanak-kanak ini kahwin awal , kalian tidak berikan izin. Kalau dan terlanjur, yang disalahkan pejabat agama. Otak yang mereng bagaimana boleh fikir macam ini?


Pokoknya, aku setuju umur perkahwinan diturunkan sampai 14 tahun. Kalau tak mahu turunkan, had umur sekarang pun sudah okey. Tak payah bising-bising. Jangan dilayan igauan puak yang fikir sejengkal itu. Ada hal-hal sehasta yang menanti. Mereka tidak terjangkau. Yang mereka fikir, jangan tindas kanak-kanak. Nak tindas kanak-kanak, tak payah tunggu kahwin.Di sekolah pun tindas mereka dah lama. Sistem pendidikan yang paksa mereka galas buku berat-berat itu apa namanya??

Fikiran perlu terbuka. Kalau mampu berfikir di luar kotak, silakan. Jangan streotaip. Ambil pengalaman orang dulu. Jangan sibuk buat ramalan yang bukan-bukan


PERKAHWINAN BAWAH UMUR

July 27, 2018

Umumnya kita tidak suka kanak-kanak dikahwinkan. Bukan masanya untuk mereka terjun ke dalam dunia perkahwinan yang penuh liku-liku. Mereka sepatutnya berada dalam fasa bimbingan ibu bapa untuk mendepani cabaran hidup. Sementelahan dalam dunia moden hari ini, manusia menjalani proses pembelajaran formal mengikut fasa-fasa berdasarkan umur.


Terdapat suara dari pihak kerajaan sekarang ini mahu mengharamkan perkahwinan bawah umur. Ini berikutan kes kanak-kanak berusia 11 tahun di Gua Musang yang berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun. Sudahlah begitu, jadi madu pula. Para penentang poligami bertambah berbulu di atas keberbuluan yang sedia ada. Maka timbullah desakan agar perkahwinan bawah umur diharamkan.


Sekarang pun memang sudah dilarang berkahwin bawah umur. Perempuan bawah 16 tahun dan lelaki bawah 18 tahun. Kalau mahu kahwin kena buat permohonan dan dapat kebenaran baru boleh kahwin. Namun, undang-undang ini dirasakan tak cukup dan suara minta ia diharamkan pun kedengaran.


Ironinya, suara minta perkahwinan itu diharamkan tetapi di satu sisi lain ada pihak bersuara perkahwinan sama jenis dibenarkan. Ini cabaran masakini yang sangat pedih untuk didepani tetapi terpaksa diharungi. Zaman ke depan tekanan suara kaum yang pincang akan bertambah dan jiwa-jiwa kental yang mempertahankan nilai perlu ditambahkan lagi kekentalannya.


Perkahwinan bawah umur? Ibu bapa kita zaman sebelum merdeka tahun-tahun awal merdeka banyak yang kahwin bawah umur. Mereka tak sekolah dan misi hidup mereka tidak sarat macam sekarang. Lalu kahwinlah mereka bagi melengkapkan hidup. Tak guna melangut tepi tingkap menunggu umur sampai 20 tahun dan jodoh bertandang. Buang masa!


Perkara itu tidak salah untuk masyarakat sedemikian. Tidak salah juga mengikut hukum asalnya. Jadi salah jika caranya salah dan masanya salah. Tempat pun salah, jadi salahlah. Sebab itu, kes itu terjadi di Gua Musang. Melibatkan perempuan bukan warganegara Malaysia. Tak sekolah pun. Keadaannya, tempatnya dan keperluan hidupnya tidak sepertimana yang kaum penentang kahwin bawah umur berada.


Justeru, satu benda yang halal di sudut agama, tidak berkat jika diharamkan. Ia bukan haram lizatih tapi boleh diharamkan secara lighairih. Jika ada faktor-faktor luar yang mendatang, barulah diharamkan faktor itu. Untuk itu, tegakkan undang-undang sedia ada. Jika ada pelanggaran, tegakkan hukuman. Perkara itu dibendung dengan cara mengawal penyalahgunaan bukan mengharamkan terus .


Satu yang kita tidak suka, tidak perlu dan benci, boleh jadi ada orang suka, memerlukan dan ada faktor yang menyebabkan perlu mereka ambil. Ia jadi penawar kepada penyakit dan jalan keluar kepada kekusutan. Biarkan tingkap ditutup dan kalau mahu selak dan pasang "kandadu". Tapi tak usahlah dipatrikan, dipakumatikan. Akan susah di belakang hari bila jalan ikut pintu sudah terhalang. Saat tingkap jadi pilihan.

Melakar hidup dengan murka.

July 22, 2018

Apa nama pelajar undang-undang itu?

Asiah Abdul Jalil. Begitulah cerita hingga hari ini. Jalannya hendak jadi peguam tidak dimudahkan. Ini adalah takdir buatnya. Kalau dia mahu berusaha, berusahalah. Payah dan sukar itu datang dari Allah juga. Sebelum ini, dia menceburkan diri dalam kerja-kerja bodoh bersama peguam-peguam yang tidak punya hati nurani dan berhati busuk terhadap Zakir naik. Bersama Siti Kasim dan P Waythamoorthy memulakan prosiding undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri pada 1 Mac 2017.

Saya sudah tak faham prosedur apa yang disebutnya menjadi penghalang untuk jadi peguam dan beramal dengan kepeguamannya. Namun, saya bangga dengan  Muhammad Aznel Azaharudin yang merupakan masternya yang menfailkan "kaveat"  ke atasnya. 

Asiah Jalil itu memusuhi Zakir Naik sedangkan buat ummat Islam yang mencintai Islam, Zakir Naik itu adalah sebiji mutiara bersinar yang amat berharga buat Islam. Dia jadi kebanggan ramai orang Islam. Tanpa hujah dan bukti kukuh, dia dituduh penyebar keganasan. Hanya diduga berdasarkan dendam kesumat kelompok yang bermasalah dengan tokoh-tokoh terbilang Islam.


Jika menempah jalan tanpa berkat dalam hidup, satu yang sepatutnya mudah akan jadi sukar. Percayalah wahai Asiah Abdul Jalil!

CORAT CORET PRU 14-ZAMAN BERUBAH

April 19, 2018

Dalam kelas, murid-murid bermain tepuk-tepuk tangan. Ada yang bermain dalam pasangan berdua dan ada yang berkumpulan.Aku tidka faham apakah jenis permainan tepuk tangan ini. Ia diselangi dengan isyarat dan gaya tertentu yang kemudiannya mengakibatkan beberapa orang terkeluar atau pasangan yang kalah terkeluar. Ini satu bentuk permainan baru. Tengah mengajar dalam kelas pun, ada murid yang curi-curi bermain di belakang dengan rakan sebelah. Pantang ada senggangan masa, mereka akan bermain tepuk tangan itu. 

Siapa cekap dan pantas, tepat meramai langkah lawan, dia akan selamat dan memenangi permainan.

Ini macam politik juga. Siapa yang cekap, pintar mengatur strategi, dia akan menjuarai sayembara politik. Kekedang "cheating" dalam perlumbaan politik juga boleh menatijahkan kemenangan. Sebab itu, dalam politik, cheating perlu dilawan dengan cheating juga. Kalau dilawan dengan kejujuran, ketelusan, maka orang yang berbuat makar akan mengalahkan yang jujur dan telus.

Kita boleh sahaja katakan, tidak apa...Allah ada dan Allah akan buat makar menggagalkan makar mereka. Namun, sesuai dengan sabda nabi SAW: Peperangan itu adalah satu khid'ah. Maka dalam situasi perebutan posisi yang boleh dikatakan menyerupai peperangan , hukum yang berbeza dipakai berbanding saat aman dan mengatur kerajaan serta pemerintahan.

Saya pernah katakan, jika "slam' iaitu satu jenis cecair kental yang dibuat dengan campuran ham dan bahan-bahan tertentu itu lembut, elastik dan kenyal, politik lebih lembut, elasti dan kenyal daripadanya. Bak kata orang, dalam politik, hari ini musuh, esok kawan. Kawan rapat boleh bertukar jadi musuh ketat dalam tempoh singkat. Keadaan tersebut juga tidak kekal. Itulah hukum politik.

Apakah itu salah? Tidak. Itulah realitinya dan itulah kaedah berpolitik orang-orang yang cekap dalam permainan politik.

Orang selalu bandingkan kemahiran berpolitik gandingan Mu'awiyah dan Amru Al-As dengan Ali. Memang Ali itu sarat dengan ilmunya tetapi Mu'awiyah mendapat kemahiran  berpolitik luarbiasa daripada pengalamannya di samping lingkungan tumbesaran dan keluarga. Dalam persaingan merebut pengaruh politik, Mu'awiyah lebih berjaya dan Ali menempa banyak masalah. Antara kesetiaan penyokong dan pengkhianatan. Antara ketaatan kepada arahan dan bulat padunya sokongan. Pengamat dan pengkaji sejarah akan melihat keadaan yang berbeza ini. 

Jawapan Saidina Ali mengenai hal ini sewaktu ditanya salah seorang sahabatnya tentang apa yang menimpanya berbanding apa yang dialami pada zaman Abu Bakar dan Umar tidak cukup konkrit untuk disandarkan sebagai alasan. Kata Ali, di zaman Abu bakar dan Umar, rakyat mereka adalah orang-orang seperti beliau Sedangkan di zaman beliau memerintah, rakyatnya adalah seperti mereka yang banyak mempertikaikannya. 

Mu'wiyah juga bukan punya rakyat seperti generasi sahabat. Rakyatnya warga Syam yang dulunya Nasrani, musyrik dan beragama kafir, tetapi  kemudiannya masuk Islam. Dengan kepintaran politik Mu'awiyah, dia dapat mententeramkan rakyatnya  dan menjadikan  mereka bulat di belakangnya.

Bukan Saidina Ali kurang darjatnya berbanding Mu'awiyah. Orang beriman akan menegaskan Ali itu lebih utama berbanding Mu'awiyah. Namun mengakui kelebihan berpolitik Mu'awiyah tidaklah bermakna menjatuhkan kedudukan Ali. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. 

Hari ini, permainan politik sedang berlangsung. Jaguan politikus dalam PH, UMNO dan PAS sedang berpencak. Kita sedang menyaksikan kepandaian masing-masing dalam arena yang sedang mereka tekuni. Siapa Muawiyah? Siapa Ali? Siapa Amru bin Al-As? Siapa? Siapa? Semua itu hanya perbandingan kiasan. Bukan sepenuhnya mewakili watak yang tersebut dalam sejarah itu.

Apapun keadaannya, kita kena akui bahawa keadaan sentiasa berubah. Macam permainan tepuk tangan murid-murid dalam kelas yang saya sebutkan itu. Dulu, zaman saya kecil tak kenal cara permainan sedemikian. Masa dalam kelas, waktu aku sekolah, murid permainan kami lain caranya. Bila zaman sudah berubah, muncul cara lain. Inilah hakikat alam dan sunnatullah dalam kehidupan. Kita kena sentiasa terbuka dan menangani perubahan.

Aku pernah membayangkan dengan teman bualan, satu hari nanti cara kita berpilihanraya sekarang tidak akan berkesan lagi. Sejak merdeka hingga kini, kita masih berlegar di takuk lama. Salah satu takuk lama yang kita tidak berani berganjak adalah budaya poster, bendera, billboard dan segala macam bahan kempen pilihanraya. Semua itu makan nilai jutaan ringgit. Kelak, satu masa, aku memgimpikan, orang terjun dalam pilihanraya tak pakai lagi semua benda itu. Bahkan benda itu dilihat membazir dan merugikan serta tidak ada nilai pengaruh dalam merubah fikiran rakyat.

Zaman akan berubah dan kita perlu sentiasa meramal perubahan sebelum perubahan itu datang. Waktu perubahan sudah menyerkup kita, kita telah bersedia untuk menggerakkan paradigma berfikir dan bertindak kita.

PEMBODOHAN MELAHIRKAN KEBODOHAN

July 5, 2017

Keluasan Islam telah disempitkan oleh ketaasuban. Bagi pentaksub mazhab, pendapat di luar mazhab akan dianggap sebagai terkeluar daripada keluarga Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Bagi pengikut alirah Ayairah, alirah Salafiah ditafsirkan sebagai wahabi. Demikian juga, ketaksuban Wahabi telah membid'ahkan perkara-perkara yang masih boleh diterima sebagai amalan maqbul dalam Islam. Bahkan sampai menyesatkan dan mengkafirkan.

Ini semua adalah pembodohan dan akibat daripada pembodohan itu bangkitlah manusia-manusia bodoh yang bercakap bagaikan orang bodoh. Telah maraklah pengobar libaralisme. Telah tampil dengan berani penyebar ajaran sesat. Wanita-wanita kepala jambul petah bercakap mendakwa sebagai ulama. Ini semua hasil daripada pembodohan.

Pembodohan menghasilkan tindakan reaksionasasi orang-orang bodoh.

IKHWANUL MUSLIMUN: JEMAAH YANG SERING DIFITNAH.

April 5, 2014

 
Banyak orang mengkritik Jemaah Ikhwanul Muslimin. Tidak cukup dengan kezaliman yang dilakukan dengan kuasa besi yang ada di tangan taghut yang berkuasa, ditambah pula dengan kezaliman lidah manusia yang mencela. Manusia yang dicontohi perjuangannya oleh berjuta manusia, diperkecilkan apa yang telah dibuatnya. Hasan Al-Banna, Sayyid Qutub dan lain-lain mursyid Ikhwanul muslimin ditajrihkan hatta ke peringkat akidah mereka. Para ulama yang bergayut di gerbang istana penguasa serata dunia, tanpa silu melebelkan mereka sebagai khawarij ummat ini.

Sebuah jemaah yang melandasi kebenaran, akan berdepan dengan siksaan dan celaan. Bersamaan dengan siksaan dan celaan itu, para jundinya akan sentiasa berkembang biak dan tidak akan menjadi "raibul manun". Perjuangan mereka akan tetap lestari miskipun banyak perjuangan lain yang telah karam di lautan masa.

Itulah Ikhwanul Muslimun yang diberkati. Sangat banyak orang mengambil ilmu perjuangan dari para pendekarnya. Sangat banyak pengajaran yang dunia pelajari dari mehnah tribulasi yang dihadapi oleh pemimpin dan pengikutnya.

Ada kalangan tertentu yang menjatuhkan hukuman ke atas para Ikhwanul Muslimun hanya berdasarkan qaul seorang syeikh. Didorong oleh keta'asuban kepada syeikh, kata-katanya dijadikan sabda yang tidak boleh dibangkangi. Pada saat Dr. Ali Jumu'ah, mufti negara Mesir, menghalalkan darah para penentang inqilab yang berkumpul di dataran Rab'aah, Mesir, murid-muridnya yang ta'asub menjunjung titah duli tuanku atas fatwanya.

Kesalahan jemaah Ikhwan dicari dan didendangkan. Antaranya, dikatakan jema'ah Ikhwanul Muslimin banyak pengikut berfahaman Salafi dan Wahabi. Maka, memang layaklahlah mufti Mesir itu menghalalkan darah mereka. Kerana ta'asub aliran dan manhaj, ia membawa kepada hilangnya simpati buat jemaah perjuangan seperti Ikhwanul Muslimin. Demikian, kerana ta'aub syeikh, diri dikerdilkan untuk mempertikaikan fatwa janggal seorang syeikh.

"Dia syeikh besar lagi banyak ilmu, siapalah kita untuk mempertikainya?". Inilah yang didoktrinkan dalam minda pengikut yang ta'asub.

Apakah gesaan menghormati guru oleh Islam menghendaki kita hilang daya berfikir dan hanya menerima sahaja perkataan syeikh?

Jika demikian, patutlah ummat ini dibencanakan dengan kritikan melampau oleh Kasim Ahmad yang mengatakan ada sistem kepadrian dalam keulamaan Islam.

Kalau kita perlu ta'asub kepada seorang tokoh, tentu kaum bani Israil boleh ta'asub kepada Bal'am bin Ba'ura yang cuba mencabar otoriti kenabian nabi Musa a.s. Kita hanya boleh ta'asub dengan kebenaran dan kebenaran itu hanya mutlak besama Allah dan Rasulnya. Mungkin dikatakan hanya ulama yang mengetahui kebenaran Allah dan Rasul. Kita tidak tahu.

Memang, tetapi bukan di tangan seorang ulama. Sebab itu ada khilaf kalangan ulama. Namun, bukan semua khilaf patut diterima dan diraikan. Bukan semua khilaf dikatakan rahmat. Hanya khilaf ulama yang bergerak atas landasan disiplin ilmu sahaja yang kita patut akur. Kalau semua khilaf kita raikan, maka janganlah marah kemunculan khilaf ajaran sesat yang dibawa oleh masyayikh ajaran sesat yang bertebaran di alam ini.

Pada saat bertembung antara sikap seorang ulama dengan sikap sebuah jemaah, maka di pihak mana kita mahu letakkan kepercayaan. Kemampuan akal manusia seorang kerap dipengaruhi oleh persekitarannya, tetapi akal sebuah jemaah dipandu oleh sejumlah besar anggotanya yang berjuang. Allah bersama dengan jemaah.

Insya Allah, Allah bersama dengan Ikhwanul Muslimun!

FEUDALISME YANG MENINDAS FIKIR

September 22, 2013

Sebuah pertarungan epik antara Hang Tuah dan Hang Jebat boleh dilihat daripada perspektif pertembungan politik Melayu dewasa ini. Sebahagian Melayu yang masih tebal dengan semangat kebangsaan Melayunya, cenderung untuk melihat eksetiaan Hang Tuah sebagai model dalam membentuk sikap rakyat kepada pemerintah. Manakala, sebagahian yang lain pula cenderung untuk menjadikan Hang Jebat sebagai ikon watak baru yang berjiwa merdeka dan terlepas dari hempap feudalisme yang sekian abad mewarnai pemikiran Melayu.

Hang Tuah berbisik untuk diri sendiri tatkala misinya membunuh hang Jebat telah berjaya diselesaikannya:

" Tuah yang salah atau Jebat yang benar"

Keraguan Tuah sebenarnya kegelisahan Melayu yang terus bersiponggang sepanjang zaman. Namun, setiap bangkit jiwa ksatria Melayu untuk hidup sebagai manusia yang berfikiran, ada sahaja kelompok mandom yang cuba menindas otak fikir dan memulangkan Melayu ke status qou budaya fikir bangsanya.

" Melayu bangsa bersopan, Melayu tidak pernah derhaka raja...dari mana kalian petik budaya demonstrasi ini", seorang pelawak rasis cuba mengimbau saat-saat manis feudal dan menangisi kehilangan daulat Melaka kerana pengkhianatan Si Kitol.

Ya, Melayu yang tidak pernah menjelajah dunia seperti zaman Sultan Mansur Syah, memang tidak tahu erti kebebasan bersuara. Suara kerajaan Melaka hanya diwakili oleh kelompok istana dan suara itu bergenderang sampai ke Tanah Sunda sehingga memungkin kerajaan Majapahit sudi menyerahkan ratu Galoh Cendera Kirana buat menjadi isteri sultan.

Itu adalah zaman sungai fikir manusia berhenti mengalir. Zaman feudal memang mengajar rakyat supaya berfikir dalam kerangka yang sudah dirangka. Berfikir di luar kerangka itu akan dianggap jenayah. Sementara kerangka fikir yang diberikan buat bangsa Melayu itu pula kerangka yang terbatas.

Dunia barat pada zaman feudal menguasai mereka, pun tidak boleh berfikir. Tetapi feudal Barat bukan macam feudal Melayu. Feudal Barat lebih kompleks dengan pengusaan gereja yang merajai para raja. Mereka dihalang berfikir oleh kelompok agamawan yang menggunakan feudalisme rakyat untuk melestarikan pengharaman berfikir.

Apakah zaman moden ini orang perlu kembali semula ke awal zaman untuk jadi baik? Lantas, berfikir dianggap jenayah?

IBLIS MEMBINA KERAJAAN DI ATAS AIR.

June 27, 2013


Dalam Saheh Muslim, disebutkan sebuah hadis:

Dari Jabir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إن إبليس يضع عرشه على الماء ثم يبعث سراياه فأدناهم منه منزلة أعظمهم فتنة يجيء أحدهم فيقول فعلت كذا وكذا فيقول ما صنعت شيئا قال ثم يجيء أحدهم فيقول ما تركته حتى فرقت بينه وبين امرأته قال فيدنيه منه ويقول نعم أنت

"Sesungguhnya Iblis membagunkan singgahsananya di atas air lalu mengirimkan bala tenteranya ( Untuk menipu manusia). Tentera yang paling dekat kedudukannya kepada Iblis, dialah yang paling besar fitnahnya. Di bawa ".

Dari hadis-hadis yang menyebutkan kewujudan kerajaan Iblis di atas air inilah maka ada sebuah buku yang ditulis oleh Muhammad Isa Daud bertajuk :"Dajal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda". Beliau menafsirkan bahawa yang dimaksudkan kerajaan di atas air itu adalah Segitiga Bermuda dan Dajal telah membuat permuafakatan dengan Iblis. Analisis beliau itu kelihatan menarik. Namun, ada beberapa sisi lain yang perlu dipertimbangkan. Umpamanya hadis Rasulullah mengenai Tamim Ad-Dari yang menceritakan terdamparnya dia di sebuah pulau yang dihuni dajal.

Apapun, itu adalah teori-teorinya untuk menjadikan penceritaan mengenai dajal menarik dan disokong oleh nas-nas. Pembaca yang menelaah buku sedemikian hendaklah mengambil pendekatan cermat dan berhati-hati. Banyak juga cerita-cerita ajaib yang luar biasa meresap masuk ke dalam khazanah ilmu Islam gara-gara pengkarya dari kalangan para Qusos.

Dalam hal-hal perkara ghaib, pendekatan tegas yang sering dipegang oleh orang yang menjaga keimanannya adalah berpegang sekadar apa yang diceritakan oleh Allah dan Rasulnya. Pemanjangan cerita mengenainya tidak perlu dan menjahilinya tidak membuat kita rugi apapun. Khabar mengenai kedatangan Dajal Al-Masih adalah perkara ghaib kerana ia khabar masa depan yang belum terjadi.

Sangka itu cermin suluh.

June 22, 2013

Saat angin fitnah membadai kota Madinah...

Ummu Ayub berbicara dengan Abu Ayub pada satu hari.

"Tidakkah kamu dengar apa yang dikatakan orang tentang Aishah?

Abu Ayub berkata: Aku sudah dengar dan cerita itu dusta belaka.Apakah kamu sanggup melakukan seperti apa yang dikatakan orang mengenai Aishah.

"Demi Allah aku tidak terfikir dan tidak akan melakukannya...", Ummu Ayub menegaskan.

"Demi Allah, Aishah lebih baik dari kamu!", Abu Ayub berkata kepada isterinya.

Maka turunlah firman Allah sebagaimana dalam surah An-Nur: Ayat 12.

لَّوْلَا إِذْ سَمِعْتُمُوهُ ظَنَّ الْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بِأَنفُسِهِمْ خَيْرًا وَقَالُوا هَٰذَا إِفْكٌ مُّبِينٌ

"Sepatutnya, apabila kamu orang beriman, ketika kamu mendengar cerita itu ( tuduhan keji terhadap Aishah), kamu akan sentiasa besangka baik sebagaimana sangka baik atas dirimu dan berkata itu semua cerita dusta belaka"

Buya Hamka, ketika menafsirkan ayat tersebut punya cerita kiasan yang menarik dan buat kita berfikir panjang. Tulisnya, ada cerita yang dikisahkannya mengenai seorang lelaki bertanya temannya mengenai pengalaman lawatan ke sebuah bandar di negara Amerika Syarikat.

"Apakah kamu temui wanita-wanita di sana yang mudah diperolehi untuk dijadikan teman sosial...?", sebuah pertanyaan berperasangka.

"Aku tidak temui apa yang kamu katakan itu", jawab temannya tulus dan jujur.

"Ah, masakan, aku tak percaya!", lelaki yang bertanya itu membeliakkan bola matanya tak percaya dan penuh prasangka

Kerana orang lain diukur dengan diri yang jelek, maka timbul perasangka buruk. Kalau orang itu baik, orang lain juga disangkanya baik.

Jika seseorang suka meremehkan kebaikan orang lain dan melihatnya dengan penuh prasangka, itulah petanda siapa dirinya. Orang beriman akan sentiasa melihat orang lain sebagai arcanya dalam cermin yang dilihatnya. Jika arca orang beriman yang lain itu buruk, jelek dan penuh masalah, maka itu kerana dirinya yang menjadi objek arca adalah jenis yang buruk, jelek dan berbalut masalah.

Mari membina sangka baik untuk sahabat

Fukairah mengenai Al-Ghuluw Fid Din

June 20, 2013


Sabda Rasulullah SAW:

((إياكم والغلو في الدين، فإنما أهلك من كان قبلكم الغلو في الدين))

"Jauhilah oleh kamu kemelampauan dalam agama. Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana kemelampauan dalam agama".
(Saheh menurut Albani dari Sunan An-Nasai dan Ibn Majah)

Tidak semua ghuluw dalam agama itu sesat. Kemuncaknya memang sesat sebagaimana ghuluw kaum Nasrani yang mempertuhankan nabi Isa. Juga sebagaimana ghuluwnya beberapa mazahib yang menyimpang dari jalan Ahli Sunnah dalam memahami dan mentafsirkan serta bertindak mengenai beberapa isu agama.

Ghuluw melalui peringkatnya. Melewati had wasatiah yang ditunjuki agama berdasarkan nas syarak atau memilih jalan keras sedangkan jalan lembut ada, ia adalah awal kepada ghuluw. Seorang yang solat sunat sepanjang malam sehingga tia masa unuk dunianya dan keluarganya aalah sedang menapak tangga ghuluw.Seorang yang mewajibkan dirinya sejumlah zikir sunat atas dasar menjalani tariqat tertentu, juga bibit ghuluw.

Bukan semua ghuluw dihukumkan sesat. Sudah tentu amalan khatam Quran dalam masa 3 hari itu masih sunnah. Dua hari khatam itu ghuluw. Satu hari juga ghuluw. Namun ada sahabat yang mampu buat. Ghuluw itu pada ghalibnya. Nadir la hukma lah. Jika ada sahabat yang boleh khatam Quran dalam masa sehari atau dua hari, itu nadir. Ia bukan ghuluw bagi yang mampu dan dilakukan secara individu dan tidak melibatkan orang lain yang berada pada standard biasa mengikut adat umum.

Apakah pula tindakan sahabat yang yang terjum ke medan perang membuta itu ghuluw? Perbuatan bomkan diri di kawasan tentera Yahudi itu ghuluw? Ia bukan ghuluw jika dibuat dalam jumlah kecil. tapi kalau semua orang sudah buat begitu, jadilah ghuluw. Maka, amalan berat yang dibuat dalam kapasiti peribadi, dan peribadi itu mampu, maka ia bukan ghuluw. Islam menetapkan pirinsip dan pinsip adalah adopt untuk semua, bukan untuk orang tertentu.

Sesuatu yang berat dibebankan secara pukal kepada semua orang atau melibatkan ramai orang padahal mereka tidak mampu, maka jadilah ia ghuluw.

Wakullu ghuluw maratib....

TAUBAT SANG PEMIMPIN

April 24, 2013

Sebagai pemimpin yang mendapati dirinya tersesat jalan di satu masa dulu, Tan Sri Muhamad bin Mohd Taib dengan penuh keinsafan mengisytiharkan dirinya menyertai PAS. Perjuangannya selama puluhan tahun dalam UMNO merupakan satu kesilapan dan cara membetulkan kesilapan itu ialah dengan menyertai perjuangan Islam PAS. Tahniah dirakamkan kepada bekas Menteri Besar Selangor tersebut. Sudah tentu kemasukannya ke dalam PAS itu memberi tamparan yang bukan sedikit terhadap UBN. 

Sesiapa sahaja boleh bertaubat. Namun taubat seorang pemimpin yang berbuat silap dalam kepimpinannya tidak sama dengan taubat seorang rakyat biasa. Kalau seorang penzina mahu bertaubat, cukuplah dengan menyempurnakan rukun taubat yang tiga dan kemduiannya hendaklah disusuli dengan amal soleh. Amal soleh untuknya adalah dengan amal-amal yang bersifat fardi. Dengan cara itu, dia telah melunaskan tuntutan taubat tersebut.

Namun, bagi seorang pemimpin, amal solehnya ialah membetulkan kepincangan yang berlaku akibat kepimpinannya. Pemimpin yang bertaubat perlu mengajak bekas pengikutnya untuk sama-sama bertaubat dan dengan melakukan demikian itu, pemimpin tersebut boleh melepaskan diri daripada tuntutan pengikut di akhirat kelak.

Seorang pemimpin yang mengobarkan asobiah lalu isme itu dianut oleh pengikutnya, maka apabila dia mahu bertaubat hendaklah diajak pengikutnya dulu kembali kepada perjuangan yang benar dan meninggalkan asobiah. Inilah yang kelihatan sedang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO yang bertaubat. Antaranya Tamrin Gafar dan juga Tan Sri Muhamad bin Mohd Taib. Dengan mengajak bekas pengkut mereka meninggalkan perjuangan lama mereka, pemimpin tersebut telah cuba sedaya berbuat amal soleh bagi melangsaikan makna taubat mereka.Ianya tidak cukup untuk bertaubat lalu membuang diri dan meninggalkan pengikut dengan tanggapan bahawa jalan yang diambil mereka masih berpandukan dan bertauladankan pemimpin mereka itu.

Dahulu,  Tengku Abd Rahman juga bertaubat dari kesilapannya berada dalam UMNO. Dia menghabiskan sisa akhir hayatnya dengan mengajak para pengikutnya untuk meninggalkan UMNO dan menyertai perjuangan baru waktu itu iaitu Semangat 46 yang bergabung dengan PAS dalam Perpaduan Ummah. Tengku telah melakukan amal soleh membuktikan taubatnya. Semoga Allah menerima taubatnya.

Pemimpin penasaran yang bertaubat itu, sesungguhnya mereka beratus kali ganda lebih beruntung daripada pemimpin yang telah berjuang dalam perjuangan Islam bertahun-tahun lalu kemudiannya menggelusur kepada perjuangan kebangsaan. Lihat sahaja bagaimana perjalanan malang Dr. hasan Ali, Zulkifli Nordin, Dr. Sidiq Baba dan sederet yang lain. Permulaan yang baik belum cukup menjamin kesudahan yang baik. Apa yang penting adalah khatimah dan bukan  permulaan.

Tidak tahulah apakah benar Sayyid Ramadhan Al-Buti itu bertaubat dari sokongannya terhadap pemerintah buas Assad sebelum dia terbunuh. Ada cerita-cerita kedai kopi yang mengatakan sebelum beliau terbunuh, beliau telah menlepaskan dokongannya terhadap Basyar Al-Assad. Dikatakan kerana itu juga beliau dibunuh. Kalau benar, dia telah cuba melaksanakan amal soleh setelah taubatnya. Semoga Allah sahaja mengampuninya kerana mendokong pemimpin sezalim Basyar Assad itu.

Maka, para pemimpin yang mahu bertaubat, hendaklah ingat bahawa mereka perlu beramal soleh dengan menghabiskan sisa usia dengan mendakwahkan bekas pengikut mereka meninggalkan panutan bersamanya dulu.

Perubahan diperlukan

April 3, 2013

Hari ini Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembubaran parlimen. Setelah hampir dua tahun rakyat berpolimik mengenai tarikh pembubaran parlimen Malaysia, maka hari ini berlakulah apa yang diharapkan oleh sebahagian besar rakyat yang menanti hari kuasa dikembalikan kepada mereka. Mulai hari ini, tiadalah kerajaan yang menunjangi Malaysia melainkan kerajaan sementara yang kuasanya terbatas. Oleh kerana sudah menjadi amalan tradisi bahawa kerajaan sementara itu adalah kerajaan sedia ada, makateruslah lagi DS Najib Tun Abd Razak dipanggil perdana Menteri Malaysia sehinggalah satu tarikh yang tersurat.

Rakyat Malaysia pelbagai jenis. Ada yang totok menjunjung kerajaan yang sudah lebih 50 tahun memerintah Malaysia. Ada pula yang sudah sejak tradisi lagi menyokong pembangkang. Sudah tentu mereka adalah dari kalangan penyokong tegar kepada Pas dan DAP. Penyokong PKR boleh dikatakan golongan baru yang menjiwai perubahan. Sebahagian besar rakyat adalah mereka yang sentiasa berubah-ubah. Generasi muda yang pertama kali mengundi juga merupakan penentu kepada siapa yang bakal memerintah Malaysia sesudah ini.

Setelah masing-masing bekerja keras, maka biarkan rakyat yang membuat pilihan. Apapun yang lahir dari pilihan tersebut, rakyatlah yang bakal menanggungnya selama 5 tahun kemudian.Keluhan dan derita hanya akan dilayan di waktu ini. Selepas mengundi dan kemenangan sudah ditentukan, jangan mengeluh lagi.

Buatlah pilihan dengan berani. Perubahan itu, biarpun pahit, namun natijahnya baik. Dunia sentiasa berubah, masakan rakyat tidak mahu berubah?

Orang Munafiq berlagak suci

March 18, 2013



وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ ائْذَنْ لِي وَلَا تَفْتِنِّي ۚ أَلَا فِي الْفِتْنَةِ سَقَطُوا ۗ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحِيطَةٌ بِالْكَافِرِينَ ﴿٤٩﴾



 Di antara mereka ada orang yang berkata: "Berilah saya keizinan (Tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus dalam fitnah." Ketahuilah bahwa mereka Telah terjerumus ke dalam fitnah. dan Sesungguhnya Jahannam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir.
(Surah At-Taubah: Ayat 49)



Di kalangan orang Islam terdapat mereka yang hati mereka dibalut nifaq. Kelompok ini telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW dan terus wujud sehingga ke hri ini. Untungnya di zaman Rasulullah SAW, mereka ini dikenali dan Rasulullah SAW menerusi wahyu yang diturunkan kepada baginda dintarakan nama-nama mereka. Seorang sahabat kepercayaan baginda bernama Huzaifah Al-Yamani diamanahkan untuk menulis dan menyimpan rahsia penama-penama munafiq itu.

Namun, dengan rahmat Allah, dunia ini sentiasa dibekalkan dengan petanda. Orang baik ada tanda dan orang jahat ada tanda. Hari kiamat yang menjadi rahsia besar Allah SWT itu pun dibekali tanda. Maka orang munafiq yang menjadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan serta musang berbulu ayam itu juga dizahirkan tandanya. Dalam Al-Quran maupun hadis, dinyatakan sebilangan tanda agar orang beriman dapat mengenali siapakah orang munafiq dan sentiasa berwaspada terhadap mereka.

Dalam kisah perang Tabuk, orang munafiq berdatangan kepada Rasulullah SAW menyatakan keuzuran mereka daripada menyertai peperangan. Alasan-alasan duniawi yang remeh selalu menjadi sandaran golongan munafiq untuk tidak menyertai perjuangan ISlam. Kekadang, hal ini juga menjadi tabiaat dan ikutan sebahagian kita di zaman ini. Tanpa sedar, kita mengambil tanda golongan munafiq untuk dipakaikan ke atas kita. 

"Kenapa tidak sertai perjuangan Islam?", pada saatnya soalan ditanya.

""Oh, ada kerja sekolah, anak sakit, isteri balik kampun...", dan pelbagai lagi apkej alasan yang sememangnya telah menjadi lhazanah alasan yang tersimpan. Boleh sahaja kemukakan pelbagai alasan, namun, pemberi alasan perlu ingat bahawa orang munafiq di zaman Rasulullah SAW dulu, memang begitulah feel mereka.

Alasan demi alasan, tidak kunjung habis. Kudrat dan upaya untuk menjejak sifat orang beriman berada pada tahap minima atau sirna terus.

Seorang lelaki dari Bani Salmah di Madinah, termasuk kalangan pemimpin mereka, namanya Al-Jadd bin Qais, ketika ditanya tentang kesediaannya menyertai peperangan tabuk, Rasulullah SAW menawarkan ungkapan penuh targhib untuknya.

" Kamu akan mendapat tawanan daripada Bani Al-Asfar ( perempuan Rom yang berkulit kuning)...", demikian targhib baginda Rasul untuknya.

" Wahai Rasulullah, izinkan aku tidak pergi berperang dan jangan goda aku dengan wanita cantik berkulit kuning itu..",demikian balas Al-Jadd.

Huh, kononnya suci. Demikian pun perangan orang munafiq. Kalau bercakap bukan alang kepalang. Bahasanya bak bahasa malaikat, padahal hatinya berselirat dengan kesyaitanan. Para pendengar akan terpana kagum dengan kebernasan ideanya, keindahan susun atur ayatnya dan sebagainya. Tapi itu tidak memberi makna apa-apa. Telunjuk lurus namun kelingkin berkait.

Tidak perlu menunjuk lagak malaikat di depan orang beriman. Kalau diri tidak seberapa, agama tidak sehebat mana, lalu berani pula memberi fatwa-fatwa agama melebih para alim ulama, itu meniru gaya bahasa Al-Jadd bin Qais. Betapa disembunyikan sifat hati melalui kata-kata muluk, pada akhirnya akan terdedah juga nifaq yang bersarang.

Ada yang menjawab bila diajak untuk solat berjemaah di masjid.

" Aku takut riak kalau solat di masjid", 

Aduh, alangkah dekatnya jawapan itu dengan jawapan Al-Jadd bin Qais! Allah sifatkan bahawa kepuraan mereka untuk lari dari fitnah yang disangka mereka itu membawa mereka terjerumus ke dalam fitnah lain yang lebih besar.

Takut riak tetapi riak dalam menggapai ikhlas. Iklas yang diusahakan dengan riak tidak akan membawa keselamatan. Padahal, kalau ada riak bersarang dalam hati, menu dan ramuannya bukanlah dengan cara lari meninggalkannya. Sebaliknya, gandingannya adalah mujahadah yang berterusan melawannya. Insya Allah akan datang pertolongan Allah membebaskan kita dari lingkaran riak yang menjadi mahkota munafiqin.



Wang kepunyaan rakyat

January 28, 2013

" Saya berikan setengah juta untuk projek dewan orang ramai di sini...", seorang pemimpin membuat pengumuman ketika beliau melawat sebuah kawasan. Orang ramai yang mendengar ucapannya bertepuk tangan gembira.

Terus terang, aku terperangah takjub dengan dermawannya pemimpin itu memberikan wang setengah juta untuk buat dewan orang ramai. Banyak sungguh duitnya sehingga begitu mudah dia buat pengumuman untuk bantu rakyat. Mulia sungguh hati budinya kerana memberikan duitnya kepada rakyat. 

Orang ramai yang ditanya berkenaan pengumuman tersebut bertali temali mengucapkan terima kasih buat pemimpin yang amat banyak duit lagi dermawan itu.

Sejenak, aku kembali berpijak di bumi nyata setelah dikhayalkan oleh kebodohan. Duit setengah juta itu rupanya bukan duitnya. Sungguh tak malu mengumumkan peruntukan setengah juta dengan menggunakan ganti nama "saya". Paling tidak, gunalah nama "kerajaan". Itupun belum cukup tepat kerana ia masih tidak menjelaskan siapa pemilik sebenar duit setengah juta itu. Wal hal, duit setengah juta itu adalah duit orang ramai yang disimpan dalam khazanah negara.

Bukan hebat kalau pergi sana sini beritahu orang ramai bahawa "saya" berikan sekian banyak peruntukan. Orang Kelantan tidak harus meleleh air liur basi bila dimaklumkan akan diberikan 7 projek pembangunan. Membangunkan negara memang tanggungjawab kerajaan. Kalau pengumuman dibuat untuk bangunkan sesuatu kawasan itu, itu bukan baik budi si pembuat pengumuman. Ia hanyalah tugasnya memaklumkan bagi pihak negara.

Kalau seorang pemimpin itu amanah, kita wajar berterima kasih kerana amanahnya. Bukan wang yang ditaburnya. Wang yang ditabur itu bukan kepunyaannya. Ia kepunyaan kita rakyat semua.

Sekian.Titik.

HIJRAH MEMBINA KERAJAAN

November 13, 2012


Tahun 1433 telah sampai ke penghujungnya. 2 hari lagi Zulhijjah akan melabuhkan tirai dan akan bermulalah bulan pertama dlam kiraan kalender Islam iaitu Muharram. Sungguhpun hijrah nabi dari Kota Makkah ke Madinah berlaku dalam bulan Rabiul Awal, ia tidaklah dijadikan bulan pertama dalam kiraan kalender hijri yang dirintis mulanya pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab r.a. Para sahabat telah sepakat menjadikan Muharram sebagi bulan pertama kerana ia telahpun dikenali sebagai bulan pertama dalam susunan mereka. Menghargai susunan yang telah sedia ada itulah maka bulan Muharram diambil. Ini menjadi iktibar kepada kita bahawa Islam menghargai khazanah tamaddun dan kebudayaan ummat yang tidak bertentangan dengan Islam. Selain itu, pengambilan bulan Muharram sebagai bulan pertama juga disandarkan kepada kedudukannya sebagai bulan haram dan juga bulan pertama selepas selesai ibadah haji. BUkankah ibadah haji itu membersihkan seseorang dari dosa dan amatlah elok jika tahun baru bermula dengan kebersihan dari dosa.

Di Malaysia, sambutan awal tahun Hijri dipopularkan dengan nama Ma'al hijrah. Ini kerana, sungguhpun bulan di mana nabi berhijrah iaitu Rabiul Awal tidak menjadi bulan pertama dalam kalender, tetapi tahun hijrah nabi itu dikira sebagai tahun pertama. Ini kerana perinstiwa Hijrah itu juga mempunyai impak besar dalam kebangkitan Islam sebagai tamaddun besar yang kemudiannya menguasai dunia.

Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah bukan satu proses perpindahan biasa. Ia adalah simbolik kepada langkah dan tekad membina kerajaan baru yang adil dan saksama. Kerajaan yang mendapat redha Allah SWT. Nabi-nabi sebelum nabi Muhammad juga berhijrah tetapi hijrah mereka bukan membina kerajaan. Hijrah mereka adalah kerana faktor-faktor yang boleh disimpulkan sebagi menjauhikan diri dari azab.

Nabi Ibrahim umpamanya, berhijrah dan menetap serta wafat dan dikebumikan di Palastin kerana ingin lebih dekat kepada Allah sebagaimana firman ALlah SWT:

 
وقال إني ذاهب إلى ربي سيهدين



Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya Aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan dia akan memberi petunjuk kepadaku.

(Surah As-Saffat: Ayat 99)

 Nabi Musa pula berhijrah meninggalkan Mesir semas belum pun menjadi nabi dan hijrah itu pulah adalah kerana lari dari kezaliman Firaun dan pembesar-pembesarnya. Firman Allah SWT:


إن الملأ يأتمرون بك ليقتلوك فاخرج إني لك من الناصحين ، فخرج منها خائفاً يترقب قال رب نجني من القوم الظالمين


Dan datanglah seorang laki-laki dari ujung kota bergegas-gegas seraya berkata: "Hai Musa, Sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang memberi nasehat kepadamu. Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut dan waspada, dia berdoa: "Ya Tuhanku, selamatkanlah Aku dari orang-orang yang zalim itu".

(Surah Al-Qasas: Ayat 20-21)

Sementara hijrah Nabi Muhammad SAW bukan seperti hijrah para pendahulunya. Istimewanya hijrah nabi adalah kerana ia perpindahan dari hidup tidak memerintah kepada memerintah. Daripada tidak punya kerajaan kepada adanya kerajaan. Islam yang didakwahkannya sebelum hijrah diperintah sedangkan Islam yang didakwahkannya selepas hijrah adalah Islam yang memerintah.

Maka sambutan ma'al hijrah yang kita sambut saban tahun, jangan hanya jadi acara tahunan yang melalikan. Biarlah sambutan hijrah kali ini membawa kita mengimbau keberhasilan nabi SAW membina kerajaan  hasil dari hijrah tersebut. Lantas, kita pasakkan tekad agar Islam meraih kekuasan dan menjadi pengatur dalam pencak di persada kekuasaan. Sudah lama dan jemu kita mendengar Islam diatur demi kepentingan kekuasaan.

Sementelahan, pilihanraya yang bakal diadakan tidak lama lagi jatuh pada tahun baru Hijri. Maka, ia merupakan langkah terbaik menggarap pembinaan kerajaan madani yang mencontohi kerajaan nabi. Mungkin memiripi acuannya adalah mustahil, namun mengambil dasar-dasarnya adalah mungkin. Paling utama, kerajaan Islam hendaklah menjunjung keadilan dan hak-hak rakyat. Rakyat tidak harus ditindas, dipermalukan dan dianggap dunggu dengan hidangan maklumat senget yang membingungkan. Kerajaan juga hendaklah ditadbir oleh penguasa yang bersendikan kepada kekuatan dan amanah dalam menegakkan tuntutan bernegara. Sementara khianat dan hilang jatidiri sebagai kerajaan yang membela rakyat menjadi justifikasi jelas bahawa ia sudah tidak diperlukan.

Kerajaan manusia boleh bertukar silih berganti. Ia bukan hal yang menakutkan. Bukan juga hal yang perlu congak sukar. Hanya kerajaan Allah sahaja yang kekal abadi. Dialah Allah pemilik sejati semua kerajaan dan Dialah juga yang mengatur kekuasaan kerajaan negeri dan negara di dunia, ke pundak siapa hendak diberi pinjamkan.