Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

MENYELAK HIKMAH DI KOTA KANGAR

April 29, 2017

Sebuah kitab karangan Ibn Taimiyyah rahimahullah yang sangat baik dibaca dan dihayati. Kitab bertajuk "Raf'ul Malam 'An Aimmatil A'lam". Mengangkat celaan daripada imam-imam yang menjadi panduan ummat. Aku tertarik untuk membaca kitab ini terilham daripada sebuah video yang ceramah Dr. Maza. Lantas aku download kitab ini daripada versi PDF ke dalam ibook Ipad. Kebetulan pula, ketika aku balik kampung di Kuala Nerang, aku mendapat kekuatan untuk menjengok ke Program Perkampungan Sunnah Siri 4 di Masjid Alwi, Kangar Perlis. Aku mengambil kesempatan untuk mendengar sesi kuliah yang seperti bedah kitab tersebut oleh Mufti negeri Perlis itu.



Kitab ini adalah satu usaha Ibn Taimiyyah Rahimahullah untuk menangkis kepercayaan salah sesetengah orang bahawa imam-imam besar dalam Islam adalah sentiasa tahu dan menyalahi pendapat mereka adalah salah dan batil. Dengan membawa contoh-contoh ketidaktahuan sahabat-sahabat utama dan juga tidak utama terhadap Sunnah nabi SAW, seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud dan selain mereka, beliau ingin menegaskan bahawa ketidaktahuan hadis tidaklah menjatuhkan martabat mereka. 

Seorang yang ingin menyanggah pandangan imam mazhabnya, kerana ada pandangan mazhab atau ulama lain yang lebih kuat berdasarkan nas, hendaklah tahu bahawa imam yang disanggah itu punya kemuliaan dan sanggahan itu bukan menghinanya. Adalah biasa dalam soal ilmu, menerima dan menolak pandangan seseorang.  Ia bukan perselisihan seperti orang bergaduh dalam soal-soal dunia. 

Hal inilah yang susah dimanipulasi  dengan baik oleh ramai orang. Tidak tahu membezakan antara ta'sub dan ittiba' akan akhirnya menjadi bahan prasangka dan emosi.

Sesetengah orang takut untuk mendekati program sebegini kerana takut dipanggil wahabi. Namun, aku lihat program ini menampilkan banyak tokoh ilmuan yang mengupas isu-isu ummat.  Program seperti ini haruslah dipandang dengan positif dan atas semangat cintakan ilmu dan ia hendaklah didekati. Tidak perlu pedulikan kata-kata orang yang mengata. 

Ramai anak muda yang datang dari jauh dan dekat. Salah satu orang yang aku temui, datang jauh dari negeri Sabah, adalah Ust. M. Sufan Bahrin. Semangat ingin menyemai cintakan ilmu mengenai sunnah Rasulullah SAW mendorongnya datang dari jauh. Lalu, dalam kesempatan berbual seketika, dia meluahkan keadaan di Taman Fajar, Sandakan. Tempat yang dulunya menjadi tempatku aku berdaurah Quran.

" Masjid Fajar  sudah dicap sebagai masjid Wahabi", demikian  katanya.

Sejak aku di sana, isu itu sudah bersiponggang di kalangan tertentu. Bahkan ada kalangan tertentu datang bertemuku di masjid dan menghujahkan "kewahabian"ku dan "Ke"salafian"ku. Aku menjawab bahawa amat beruntung kalau aku seorang salafi. Ia sifat mulia pada ummat Muhammad SAW dan aku masih jauh sebenarnya untuk memakai sifat itu pada diriku. 

" Di hujung lorong gelap...akan ada cahayanya", aku sempat berkata kepada tetamu dari Sabah itu.  

Seorang yang ingin bercakap tentang sunnah dan mempertikaikan kebiasaan dan sumber salah dalam masyarakat,  akan selalui ditohmah. Tuduhan wahabi adalah satu yang lumrah pada masa kini.  Namun, "hikmah" dari nabi SAW akan terus tersebar dalam masyarakat dan akan menjadi panutan ramai satu masa nanti. 

Yakinlah itu, dan itupun jika anda yakin bahawa masa depan untuk Islam. Seharusnya bahkan sewajibnya anda meyakininya.

Batas Takfir

April 6, 2017



Seorang muslim dilarang menghukumkan kafir seseorang muslim yang lain melainkan kekafirannya jelas dan terang sehingga tidak ada keraguan lagi. Hingga tiada lagi jalan keuzuran untuk diberikan kepada seseorang itu, barulah dihukumkan dia sebagai kafir. Menyatakan perkataan tertentu, amalan tertentu atau iktiqad tertentu sebagai kafir dan kafir orang menutur, mengamalkannya atau berkeyakinan dengannya tidaklah boleh dianggap sebagai takfir kepada pelakunya.

Takfir adalah bila anda mengatakan "ya kafir!" kepada si folan atau si folanah yang melakukan hal-hal yang membawa kepada kekufuran itu. Padahal peruatan, perkataan atau iktikadnya itu masih boleh dicari jalan kemaafan buatnya.


Ada kalangan kita begitu mudah menghukumkan seseorang itu sebagai kafir. Tidak perlu berselindung. Ketika Siti Kasim buat onar, ada kutukan dibuat ke atasnya dengan tuduhan kafir. Ketika dia mengatakan " Allah tercipta daripada getaran", melompatlah sebahagian kita dengan satu kemarahan tuntas berserta hukuman atasnya sebagai kafir.

Begitulah yang dilontakan kepada para algojo pemikiran liberalisma, sekularisma, komunisma dan sebagainya. Mereka dituduh kafir dengan sebab perkataan, perbuatan atau iktikad mereka. Dalam masa yang sama mereka masih mengaku muslim.

Bak kata Siti Kasim...Islam versi Siti Kasim.

Awaslah. Isu Takfiri ini adalah sangat rumit. Ia memerlukan kesabaran dan ketengan. Boleh menerangkan sebab-sebab menjatuhkan seseorang muslim ke dalam lubuk kekufuran. Tetapi bukan bermakna menghukum individu tertentu sebagai kafir.

Pernah disebutkan nabi dalam sebuah hadis mengenai seorang pengembara di padang pasir yang bermalam dan kehilangan unta serta bekalannya. Setelah mencari dan berputus asa, akhirnya untanya itu kembali kepadanya. Dia pun berkata:

" Ya Allah, kau hambaku dan akulah Tutanmu!",

Kata-kata itu kafir. Tetapi yang menuturnya belum boleh dihukumkan kafir. Dia menuturkannya kerana terlampau gembira sehingga terucap kata-kata kufur. Ada banyak sebab lain. Mungkin terpaksa, mungkin jahil, mungkin salah faham tentang ilmu Islam, mungkin ada permusuhan peribadi....mungkin...mungkin. Ada seribu satu kemungkinan.

Maka...tahan lidahmu daripada mengkafirkan siapapun daripada kalangan muslim sehingga ditegakkan hujah yang jelas lebih terang daripada matahari di siang bolong!

Baca buku Sayyid Muhammad "Alwi Al-Maliki Al-Hasani, At-tahzir min Al-Mujazifati bi takfir", belua sendiri memetik kalam Ibn Taimiyyah yang melarang takfir membuta tuli. Sedangkan sebilangan pengkagum Ibn Taimiyyah mengambil jalan menyalahi Syeikh ikutan dengan mengkafir ramai orang secara "ta'yin". Demikian pula pengkagum Sayyid Muhammad 'Alwi Al-Maliki yang menuduh "mujassimah" kepada lawan mereka. Ia bukan datang daripada Sayyid, tetapi dari wahyu Syaitan yang bersiponggang.

Selamatlah siapa yang diselamatkan Tuhan. Tersungkurlah siapa yang dilepaskan Tuhan.

Jangan dikecewakan dengan bicara sendiri.

April 3, 2017

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:


إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَرْفَعُهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَاتٍ ، وَإِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللَّهِ لَا يُلْقِي لَهَا بَالًا يَهْوِي بِهَا فِي جَهَنَّمَ


(Hadis Riwayat Bukhari)

Maksudnya: Sesungguhnya sesorang hamba itu akan bercakap dengan satu kalimah yang Allah redhai, tidak terlintas dalam benaknya bahawa dengan sebab kalimah itu Allah akan mengangkat darjatnya. Dan sesunguhnya ada pula seorang hamba itu yang bercakap dengan kalimah yang dimurkai Allah, tidak terlintas dalam benaknya bahawa ankara kalimah itu dia dihumbankan ke dalam neraka.


Kalimah yang Allah redha, kecil di mata kita. Namun dengan sebab kalimah itu, Allah kurniakan darjat berganda-ganda kepada yang mengucapkannya di akhirat kelak. Bagaimana boleh terjadi demikian?


Demikian pula, kalimah yang ringan, remeh dan mudah meluncur keluar daripada lidah kita.Kita anggap ia tiada apa-apa. Kita rasa ia biasa sahaja, kecil dan tidak berikan apa-apa makna buat kehidupan kita di dunia maupun akhirat. Tapi, di sisi Allah ia besar dan kelak menjadi penyebab kita dihumbankan ke dalam neraka.


Renung dan fikirkanlah. Ambil contoh mudah. Kita menulis dalam FB, Blog, wahatsapp dan berbagai-bagai media sosial. Kita tulis yang baik-baik lalu dengan sebab tulisan orang mendapat hidayah atau berubah menjadi baik.Tulisan itu mungkin kita rasa kecil. Tetapi ia telah disambungkan dan dirantaikan orang serta ramai mendapat manfaat daripadannya. Akhirnya ia melimpahkan ganjaran pahala luar biasa dan meninggikan darjat di akhirat kelak. Kita pun terkejut pada saat itu. Tidak sangka tulisan sepele itu menjadi sebab ganjaran luar biasa.


Tetapi bagaimana pula jika kita biasa menulis umpatan, cacian, kejian dan kutukan. Diadunkan pula fitnah sengketa yang tidak pernah kering daripada tinta yang kita lakarkan. Banyak pemain media sosial membawa tabiat ini. Tulisan itu kalau diterjemahkan ke dalam bentuk kata-kata yang diucap, akan bertambahlah beratnya kejian sehingga telinga pun tak sanggup mendengarnya. Ia kemudian dirantaikan orang dengan, 'like' dan 'share' sehingga 'viral' dan mencecah ufuk timur dan barat. Juga Utara dan selatan. bahkan melonjak ke alam tinggi hingga ke atas langit ke tujuh.. Bagaimana dengan ucapan sedemikian di akhirat kelak. Disangka kecil dan biasa masa bermain di media sosial. Tetapi, kelak ia sangat besar kerugiannya.


Kerana tinta nista dan umpatan cerca, pahala solat dan puasa jadi sirna. Pahala jihad dan derma buat bayar denda. Anda kita pelakunya, kita pun akan terkejut amat sangat dengan kesan daripada tinta mudah yang kita pernah hamburkan dulu.


Terlalu banyak yang bersiponggang dalam hati kita. Mahu mengkritik orang itu dan ini. Marahkan si folan bin si folan. Sungguh meruntun dalam jiwa kita. Tapi...sabarlah. tahanlah! Benamkan ia di dasar lubuk hati. Tidak bermanfaat jika diseranahkan. Bahkan akan menjadi gunung besar yang akan menghempap kita pada hari yang rugi apa dulunya yang disangka untung.


Diam mendepani kemelut 'fitan' itu tanda bijaksana!