Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

BERGEMULAHLAH SUDAH IBUKU

December 23, 2018




Ibuku pun berpulang ke hadrat Ilahi. Tanggal 18 Disember jadi tarikh paling mendung dalam hidupku. Pada jam sekitar  5.15 pagi, roh ibuku meninggalkan jasadnya seluruhnya. Ketika itu aku dan adik beradikku berada di sisinya. Aku sedang membacakan surah Ar-Ra'du. Ketika itu nazak ibu mencemaskan. Talqin kalimah tauhid dilantunkan tidak putus-putus ke telinga ibuku. Ketika nafasnya berhenti, keadaan menjadi sunyi sepi. Aku berhenti membaca. Pakcik Jen, adik ibuku,  yang turut hadir pada saat terakhir itu pun memberitahu. Ibu telah tiada. Aku sebak. Adik beradikku juga sebak semuanya. Saat itu tiadalah lagi insa bernama ibu dalam hidup kami

Itulah tanggal yang akan aku sematkan dalam memori dukaku. 18 Disember 2018. Bersamaan dengan 10 Rabiul Akhir 1440. Ibu meninggal Di kampung leluhur kami, kampung Datuk, Mukim Tekai Kiri, Naka,  Kedah. Pada jam sekita 15.10 pagi dini waktu Malaysia.

Maqbiratu Ummi di kampung Lebai Saman

Ibuku menjadi ikon keluarga sejak 15 tahun yang lalu. Pada tahun 2003, 5 Oktober, jam 11.51 pagi, bapaku meninggalkan alam fana ini. Ketika 8 itu aku berada di perantauan jauh, iaitu sedang berkursus KPLI di Maktab Kent, Sabah. Pada hari kematiannya aku tidak pulang. Aku tidak mendapat tiket penerbangan segera. Aku pulang esoknya dan sempat menatap jenazah bapa buat kali terakhir. Aku tidak dipukul sedih sebab ada ibuku. Dia menjadi azimat hidupku yang menyalurkan kekuatan makrifat dalam urat nadiku.

Selepas 15 tahun, barulah ibuku menyusul bapaku. Dalam 15 tahun itu, banyaklah kenangan bersama ibuku. Kehilangannya benar-benar menjadi runtunan sedih buatku. Bukan sahaja aku, semua ahli keluargaku  benar-benar terasa kehilangannya. Dia sakit lebih setahun dan mengalami sakarat yang mencemaskan kali pertama pada pada bulan 10 yang selalu. Kemudian dia lega dan dapat berbual dengan anak cucu. Sekitar sebulan lamanya sebelum datang sakarat kedua yang meragut nyawanya.

Aku secara peribadi, ada banyak kenangan istemewa bersama ibu. Kenangan pergi bersafar haji bersama jadi episod kehidupan yang tidak terlupakan. Sejak aku berkhidmat di Sabah hingga pulang ke Kulim, kesihatan ibuku merosot sedikit demi sedikit. Aku bersyukur ketika ibuku benar-benar sakit, aku sudah berada dekat dan boleh pulang menjenguk selalu. Boleh kata setiap minggu, hari Jumaat dan Sabtu, kampunglah tempat aku berehlah. Rehlah yang aku anggap sebagai ibadah . Ziarah ibu yang sakit.

Aku rasa mahu menyatakan kepuasan khidmat baktiku kepadanya. Khidmat baktiku berkisar tentang pendanaan. Ia mungkin tidak sehebat khimat bakti 3 orang saudara perempuanku yang duduk berdekatan mereka. Mereka berbakti dengan tenaga dan jerih payah menjaga ibu. Terutamanya adik perempuanku yang bongsu, kamalia. Dia tinggal bersama ibu dan merawatnya setiap ketika Aku bersyukur kerana ada mereka. Aku mengaku kalah dengan khidmat bakti mereka buat ibu. Kalau aku masuk syurga kerana bakti kepada ibu, mereka lebih aula masuk kerananya berbanding aku. Ya Allah persaksikan!

Kebaikan kita tidak perlu dihitung sebenarnya. Tetapi menyebut nikmat Allah kepadaku adalah sebagaimana saranan daripada Al-Quran. Dalam Surah Ad-duha, ayat terakhirnya, Allah suruh kita bicarakan nikmat-nikmatNya buat kita. Dapat menyalurkan khidmat bakti kepada ibu adalah nikmat Allah buat anak-anak. Lalu aku ceritakan sebagai tazkirah hidup buatku dan penzahiran rasa syukur. Bukan berbangga-bangga dan riak atas amal soleh.

Sejak aku bekerja sebagai guru tahun 2004, ibuku telah menjadi janda kehilangan suami. Keluargaku bukanlah kaya. Masa itu ibuku masih sihat dan bertenaga meneruskan pekerjaannya sebagai penoreh getah. Anak-anaknya sudah besar. Hanya Norkamalia seorang yang masih bersekolah. Aku membantu ibuku dengan sumbangan wajib sebanyak 400 sebulan. Angka itu tidak pernah berubah sehingga tahun 2018. Kecuali tambahan-tambahan mengikut keadaan. Sementelahan pada tahun-tahun dia uzur dan memerlukan perawatan. Aku menganggap telah menjadi kewajipan atasku.  Demi ibu kembali sihat, aku sentiasa mencari saplemen apakah yang sesuai untuknya. Susu Anlene untuk kekuatan tulang menjadi minuman pilihan. Kemudian kerana kurang berselera makan, susu Ensure menjadi bekalan wajib yang ada di sisi ibuku.

Menjadi iktikadku, dalam gajiku, ada bahagian ibu. Ia bukan milikku dan bukan untuk kesenangan hidupku semata-mata. Ketika aku dapat bayaran KWSP, aku gunakan untuk bawa ibuku ke Makkah menunaikan haji. Kami pergi bersama-sama pada tahun 2008. Ibuku gembira sekali dan saat ibu sakit terlantar, aku bernazar, andainya ibuku sihat, aku aklan bawanya ke Makkah lagi menunaiukan umrah. Kehendak Allah mengambil ibu dan azamku tidak kesampaian.




Banyak sekali yang boleh aku coretkan tentang ibuku. Tapi, jemariku sudah lama tidak menebarkan tinta. Aku menjadi kaku sejak dua menjak ini. Sementelahan menulis tentang ibuku, insan yang mengagung dalam hatiku. Insan yang aku sebutkan sebagai azimat hidupku sehingga hari matinya.

Insya Allah, coretan ini jadi kenangan hari muka, terutama buat anak dan keturunanku. Berbaktilah kepada orang tuamu dan anggaplah kesempatan berbakti itu nikmat buatmu dan bukan beban atasmu. Sekali terputus peluang membuat bakti, hilanglah sendi utama dalam berkat hidupmu.

Hari-hari selepas ini aku cemas. Bagaimana hendak aku semai berkat hidupku agar terus semarak seperti masa ibuku masih hidup. Aku tidak akan menemui lagi ladang penuh berkat seperti masa ibu masih menjadi ladang aku berbuat jasa dan budi. Bukan sekali-kali membalas budi. Tidak akan seorang anak dapat membalas budi orang tuanya.

MASALAH KAMPUNG DAN HUKUM SOLAT INSYA LEWAT.

December 1, 2018

Di kedai Pak ya, sebelah Masjid Kuala Nerang, aku meluangkan masa sembang-sembang dengan Hisyam dan Affan. Topik kami berkisar permasalahan lama yang berlaku di Masjid Kg. Datuk. Masalah sebilangan orang yang tidak mahu menjejaki kaki solat di masjid itu , terutamanya solat Jumaat. Ini berlaku sejak bertahun-tahun lalu. Pada waktu Pas dan UMNIO masih bersengketa sengit, apabila terpilih seorang imam yang dilihat daripada kabilah parti Kebangsaan Melayu, maka para segelintir pendokong Pas mengambil jalan meninggalkan masjid. Ianya masalah yang bercampur aduk. Mungkin ada unsur perselisihan politik, akan tetapi tidak dinafikan juga ada ketidakpuasan peribadi.

Topik kami berkisar mengenai pemuda bernama Subhi yang telah ikut sama menjarakkan diri daripada Masjid. Lontaran Affan adalah agar Imam Hj Daud menjemputnya jadi iman atau khatib Jumaat sekali sekala. Ia adalah agar masjid dilihat tidak dikuasai kelompok veteran dan peranan anak muda dapat dilihat. Dengan itu diharapkan ia dapat mengubah haluan sebilangan para yang lari. Aku menyatakan bahawa dalam hal ini, Subhi perlu membuang emosinya dan merendahkan diri serta datang solat di masjid. Pergi berbincang dengan imam untuk menyelesaikan masalah ini adalah lebih buntu daripada pergi jumpa Subhi dan minta dia buang ammarah lamanya. Tundukkan muka dan duduk di saf pertama atau kedua pada hari Jumaat. Lambat laun dia akan diberikan peluang. Harus bersabar menghadapi kerenah dan keegoan kalangan tua-tua qoryah yang selalu merasa diri mereka baik dan pandai. Anak muda perlu bersabar sekalipun orang tua tidak dapat beraksi bijaksana.

Jika kalangan tua hilang modalnya, janganlah pula yang muda hilang modalnya. Modal orang tua adalah hakim sedangkan modal orang muda adalah sabar. Dua-dua payah dimiliki.

Sembang-sembang, Hisyam perdebatkan masalah solat Insya lewat. Melewatkan Insya adalah Sunnah. Isu ini berawal daripada perbincangan mengenai pengalamanku dengan Affan bertandang di rumah Paksu Mid di Kuala Pai beberapa tahun silam. Paksu Mid dianggap wali Allah yang keramat oleh sebilangan orang. Namun aku menceritakan pengalaman bertandang ke rumahnya dan lewat solat Asar dan hilang peluang berjemaah di masjid. Sedang Paksu Mid dan tetamu-tetamu yang hebat bertandang di rumahnya tidak pula mengajak kami untuk solat Asar berjemaah. Mereka juga tidak pergi berjemaah asar di masjid. Kami pulang lewat petang dan mereka belum solat asar.

Lalu Hisyam memungkinkan amalan Paksu Mid melewatkan solat Asar. Maka timbul tentang solat yang sunnat dilewatkan itu adalah Insya  dan bukan Asar.

Sabda nabi SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmizi dan dianggap Hasan Soheh olehnya:


لولا أن أشق على أمتي لأمرتهم أن يؤخروا العشاء إلى ثلث الليل أو نصفه.

"kalaulah tidak menyusahkan atas Ummatku, sudah tentu aku perintahkan mereka melewatkan solat Insya ke satu pertiga malam atau separuhnya"

Maka hukum asal adalah melewatkan solat Insya. Hukum asal ini tidak boleh menafikan keperluan solat berjemaah. Bagi seseorang yang terlepas solat berjemaah insya, maka baginya berpeganglah kepada hukum asal ini. Bagi jemaah yang berkelapangan untuk melewatkan solat insya, maka itu adalah lebih afdhal daripada solat sebaik sahaja masuk waktunya. Namun, jika jemaah solat Insya di sesuatu tempat didirikan di awal waktu, maka tidak harus kita menggunakan alasan tidak solat berjemaah kerana mahu melewatkannya. 

Rujuk Fatwa:Islam Web


Hukum Mengikat Janggut

November 27, 2018


 
Imam Nawawi Rahimahullah menyebutkan dalam Syarah Muslim bahawa ulama menyenaraikan 11 perkara yang makruh dilakukan terhadap janggut iaitu:
  1. Mewarnakannya dengan warna hitam kecuali untuk tujuan jihad.
  2. Mewarnakan dengan warna kuning kerana meniru orang soleh dan bukan ittiba' sunnah nabi.
  3. Mewarnakannya dengan warna putih kerana mahu dilihat tua demi mendapat kedudukan sebagai pemimpin dan dimuliakan orang.
  4. Mecabutnya ketika mula-mula tumbuh kerana nak mencari kecantikan muka.
  5. Mencabut janggut yang beruban
  6.  Trim janggut untuk dipandang elok oleh perempuan dan lain-lainnya.
  7. _
  8. _
  9. _
  10. _
  11. Mengikatnya dan memintalnya 



 قال النووي: ذكر العلماء في اللحية عشر خصال مكروهة بعضها أشد من بعض "طرح التثريب في شرح التقريب"(1/249)
إحداها- خضابها بالسواد لا لغرض الجهاد
الثانية- خضابها بالصفرة تشبها بالصالحين لا لإتباع السنة
الثالثة- تبييضها بالكبريت استعجالا للشيخوخة لإجل الرياسة والتعظيم وإيهام لقي المشايخ
الرابعة-نتفها أول طلوعها ايثارا للمرودة وحسن الصورة
الخامسة- نتف الشيب
السادسة- تصفيفها طاقة فوق طاقة تصنعا ليستحسنه النساء وغيرهن
السابعة- الزيادة فيها والنقص فيها بالزيادة في شعر العذارين من الصدغين، أو أخذ بعض ال العذار في حلق الرأس ونتف جانبي العنفقة وغير ذلك
الثامنة- تسريحها تصنعا لإجل الناس
التاسعة- تركها شعثة منتفشة إظهاراً للزهادة وقلة المبالاه بنفسه
العاشرة - النظر إلى سوادها أو بياضها إعجابا وخيلاء وغرة بالشباب وفخراً بالمشيب تطاولاُ على الشباب
الحادية عشرة- عقدها وظفرها


Namun,  jika ada tujuan, tidak menjadi makruh. Umpamanya untuk aktiviti bersukan yang menyusahkan jika janggut panjang


Rujukan Tambahan:

Empat perkara yang perlu dijauhi

Kata Al-Hasan:

Empat perkara siapa yang ada padanya, Allah akan pelihara dia daripada tipudaya Syaitan dan dia diselamatkan daripada neraka:-

Siapa yang dapat menguasai dirnya ketika suka sesuatu
Siapa yang dapat menguasai dirinya ketika takut sesuatu
Siapa yang dapat menguasai direinya ketika syahwatnya meinta sesuatu.
Siapa yang dapat menguasai dirinya ketika marah.

Empat perkara yang disebutkan oleh Al-Hasan ini merupakan prinsip asas semua kejahatan.

JIka seseorang itu suka kepada sesuatu, dia akan berusaha untuk mendapatkannya, Akan digunakanlah segala jalan yang difikirkannya boleh membawanya kepada kejayaan mencapai kesukaannya itu. Sebahagian daripadanya adalah menerusi  jalan haram , bahkan apa yang disukainya itu kekadang benda yang haram.

Sementara takut atau disebut sebagai rahbah, apabila seseornag manusia takut sesuatu, dia akan gunakan jalan yang pelbagai untuk elak daripada apa yang ditakutinya. Sebahagian daripada cara yang digunakan itu adalah haram.

Syahwat pula ialah apa nafsu cenderung kepadanya.  Nafsu seronok melakukannya. Banyak yang syahwat suka itu haram seperti zina, minum arak,  mencuri  dan minum arak. Bahkan kekadang syahwat mendorong membuat perkara kufur, sihir, nifaq dan bid'ah.

Marah adalah gejolak api dalam jiwa. Kerana marah,banyaklah pantang larang agama dilanggar. Kekadang jiwa manusia direnggut kerana marah. Haram halal tidak lagi jadi perhitungan.


SEDIKIT AMALAN SUNNAH LEBIH BAIK DARIPADA BANYAK AMALAN BID'AH

November 23, 2018

Kata Ibn Mas'ud r.a:

 اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة


"Beriktisod dalam mengamalkan Sunnah lebih baik daripada berijtihad dalam mengamalkan Bid'ah"
(Atsar Soheh yang dikeluarkan oleh Ad-Darimi (223) dan Al-Lalakai (1/55) 

وعن سعيد بن المسيب: أنه رأى رجلاً يصلي بعد طلوع الفجر أكثر من ركعتين يكثر فيهما الركوع والسجود، فنهاه، فقال: يا أبا محمد يعذبني الله على الصلاة؟! قال: لا ولكن يعذبك على خلاف السنة.
Daripada Said bin Al-Musayyab bahawa dia telah melihat seorang lelaki solat lepas terbit fajarlebih daripada 2 rakaat dan memanjangkan rukuk dan sujud di dalamnya lalu dicegahnya.Lelaki itu bertanya kepadanya: Apakah aku akan disiksa kerana solatku? Lantas kata Said: Tidak, tetapi kamu disiksa kerana menyalahi Sunnah !".

أخرجه الخطيب في الفقه والمتفقه "1/147"


 
Menjaga keaslian agama adalah antara prinsip asas dalam Syariat nabi Muhammad SAW. Nabi SAW sering memperingatkan agar kita menjauhi perkara bid'ah. Itulah rekayasa dalam agama yang tidak bersumberkan Allah dan rasulnya. banyaklah takrif bid'ah yang dibuat oleh para ulama. Sebahagian mereka membahagikan pula bid'ah kepada jenis-jenisnya. Namun, yang lebih cenderung di hatiku ialah mengambil sikap bahawa semua yang namanya Bid'ah itu sesat belaka. Itulah yang ditegaskan dalam hadis nabi SAW yang menjadi muqaddimah dalam satu khutbahnya dan seringkali pula diulang ucapkan oleh para pengkuliah dan pengkhatib.

Justeru, aku sendiri, sejak menyampaikan kuliah di masjid dan surau beberapa tahun dahulu, hadis nabi bahawa semua perkara yang diada-adakan adalah bid'ah dan semua bid'ah sesat dan barang sesat itu habuannya neraka. Aku menjadikan muqaddimah dalam setiap kuliahku. Aku masih ingat, masa di Akedemi Islam UM, guruku Ust Soleh Hj. Ahmad juga menjadikan muqaddimah kuliahnya dengan menyebutkan kalimah itu. 

Aku faham dan mengerti serta percaya, menyebut hadis tersebut di awal kuliah adalah Sunnah. 

Ia menginagtkan kita agar meyakini bahawa agama hendaklah bersumberkan Al-Quran dan hadis. Pendapat-pendapat manusia dalam perkara agama boleh melencong  ke arah bid'ah. paling selamat adalah tetesan Syarak daripada Quran dan Hadis.


Tokoh-tokoh hendaklah berfatwa berdasarkan dua sumber tadi. Dia perlu ada hujjah daripad aQuran dan Hadis. Demikianlah yang menjadi sikap para ulama muktabar sepanjang zaman. Mereka adalah pembela agama dan penolong Sunnah.


Zaman terkemudian, muncul golongan Rafidhah, Khawarij dan para Aqliyyun yang telah mencipta bid'ah dalam agama. Ciptaan mereka kemudian mempengaruhi ramai kalangan muslimin sehingga tertipulah mereka yang telah tertera sebagai mangsa di Luh Mahfuz. Ramailah yang meninggalkan nama sebaga mubtadi' dan muttabi'ul hawa dalam kehidupan dunia yang dipinjamkan Tuhan ini.

Kononya orang Zuhud, Sufi, Pencinta Ahli Bait, orang Soleh dan sebagainya. Namun, ibadat dan keyakinan mereka adalah berdasarkan amalan dan kepercayaan bid'ah. Di sisi agama ia tiada nilai. Orang Syiah misalnya, betapa besar luhan cinta kasih mereka kepada ahli keluarga nabi SAW. Namun, berlebih-lebihan mereka itu telah bertukar jadi bid'ah. Sikap besederhana adalah lebih baik dan itulah sikap para sahabat dan generasi awal ummat ini. Golongan Sufi, lama-kelamaan menjadi melampau. Melampau dalam beribadat dan kemudiannya melampai dalam jalan taqarrub. Banyaklah bid'ah yang berkembang biak kalangan mereka. Pegangan mereka tentang kewalian dan keabadian, hulul dan ittihad, kalam-kalam kufrawi yang menzahirkan perlecehan kepada nabi dan orang beriman muncul daripada lidah-lidah pemuka mereka. Perkara ini akan diketahui oleh orang yang suka mengkaji dan bagi bertaqlid membuta tuli akan menerima sahaja.

Mereka memang banyak bertaqarrub tetapi tidak di landasan nabi Muhammad. Jadi;ah bid'ah. Kalau hanya taqarrub yang mengujakan kita, sami, pendeta, brahmana dan lain-lain orang yang disucikan agama kafir lebih hebat lagi. Amal mereka nasibah , diakhirat hanya bawa musibah.

Golongan aqliyyun seperti muktazilah juga tidak terkecuali mencipta bid'ah. Mereka mengagungkan akal fikir mereka sehingga meremehkan peranan wahyu dalam kehidupan. 

Sebab itu, jika kita beramal sedikit tapi ada dasar daripada sunnah nabi, itu lebih baik. Tak usahlah banyak beramal tapi entah apa-apa. Sembahyang banyak tapi sembahyang yang direka. Macam solat sunat Raghaib yang diciptakan oleh tariqat sufi tertentu. Solat sunat yang dihukumkan palsu oleh ramai tokoh seperti As-Suyuthi, An-nawawi, Ibn taimiyyah dan lain-lain.Imam Ghazali menaqalkan dalam kitabnya ihya ulumuddin dan belia dilihat khilaf dalam hal ini. Khilaf itu tidaklah menjatuhkan martabatnya sebagai tokoh hebat dan dia tetap manusia biasa yang ada salah silapnya.

Solawat-solawat ciptaan yang digambarkan berpahala luar biasa lebih daripada solawat Ibrahimiyyah yang diajar nabi, ini juga bid'ah ciptaan. Solawat fatih ciptaan tariqat Tijani, zikir asma dan hakikat sesetengah ajaran kesufian juga adalah kebid'ahan. Berpadalah dengan zikir yang nabi SAW ajar.

Itulah yang pasti dan menguntungkan anda di akhirat.

ALAMAT BUKAN TANDA AMAL MAQBUL

November 14, 2018

Satu orangpergi Makkah buat haji. Selepas balik kampung berubah dia. Kalau dulu jahat dan banyak maksiat, lepas balik Makkah jadi baik dan banyak amal soleh. Itu mungkin jadi tanda hajinya mabrur. Tapi itu bukan muktamad dan semestinya. Ramai juga orang yang poergi makkah buat haji tapi menyalahi haji yang Sunnah mahukan. Balik kampung berubah juga. Apakah perubahan itu hendak kita jadikan ukuran hajinya mabrur sedangkan hajinya berjalan tidak atas petunjuk nabi?

Kekadang satu orang banyak solat dan mendapat alamat dengan limpahan nikmat selepas solatnya. Dia dapat razeki murah, hati lapang dan kehidupan bertambah rukun. Itu satu tanda amalnya maqbul. Tapi ia bukan  kata putus. banyak juga orang yang buat ibadat tapi berasaskan bid'ah. Amal ibadahnya menyalahi sunnah Rasulullah. Orang kafir pun buat amal ibadat ikut kepercayaan mereka dan mereka juga dapat yang disifatkan sebagai wujdan hasil taqarrub kepada Tuhan.  Maka ukuran kebenaran amal bukan pada hasilnya.

Ia diikat dengan Ittiba' kepada cara Rasulullah SAW.

Sekali lagi ditegaskan, maqbulnya amal bukan dilihat pada hasilnya. Ia dilihat pada caranya, samada menepati kehendak agama atau tidak. Dengan lain kata, apakah ia atas dasar ittiba' dan bukan Ibtida'.

Membalas tujahan dengan usapan

October 17, 2018

متاركة اللئيم بلا جواب *** أشد على اللئيم من السباب
فما شيء أحب إلى لئيم *** إذا شتم الكريم من الجواب


Tinggalkan orang mencelamu tanpa menjawabnya
Itu lebih menyiksanya daripada kau balas mencelanya
Tidak ada yang lebih disukai oleh orang yang mencela
Bila dia mencela orang mulia dia mendapat celaan balas.


Kata-kata di atas adalah sebuah rangkap Syair yang didedikasikan oleh Al-Ma'afi Ibn Zakaria dalam kitabnya Aljalisu Soleh wal Anisun nasih yang disandarkan hingga ke Al-Asomma'i sebagai pengucapnya.

Syair ini bertepatan sekali dengan apa yang disarankan Allah dalam Al-Quran, Surah Al-Furqan Ayat 63:


وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

Maksudnya: Hamba Tuhan Ar-Rahman itu adalah yang berjalan di atas mukabumi dengan merendah diri dan apabila orang bodoh bercakap kepada mereka, mereka membalasnya dengan kata yang penuh keselamatan.

Hari ini, kita mungkin sering berdepan dengan hal-hal seperti ini. Orang kata kita macam-macam, sehingga membakar api amarah kita. Rasanya ingin membalas pula. Cemuhannya mahu dibalas dengan cemuhan. Kalau boleh, satu mahu kejian dikifaratkan dengan sepuluh celaan.

Jangan! Bersabarlah. Perangai mencela orang, mengutuk dan mengaibkan itu adalah perangai orang-orang hina. Orang yang tidak bermaruah. Orang yang hidupnya berujikan bangkai berulat. Jika anda membalas, anda jadi sepertinya. Itulah yang menyeronakkan orang yang mencela dan menghinamu. bahkan itulang yang menghiburkan hatinya yang berpenyakit.

Balaslah kata-kata penghinaan dengan diam atau kata-kata yang lebih baik. Itu memberi tekanan dan tamparan yang lebih hebat daripada kamu turut membalasnya. Hikmah ini sangat tinggi nilainya dan menuntut kesabaran serta kawalan diri yang sangat besar. Bukan mudah untuk ditegakkan dalam dirimu. Tetapi ia boleh diaplikasikan dengan adanya kemahuan yang kuat.

Cubalah! terutamanya dalam zaman media sosial yang leluasa orang mencela orang. Jangan balas secara lisan dan jangan balas pula secara tulisan. Biarkan kata-kata yang menyakitkan hatimu itu berkecai dipukul angin waktu nan lalu. Sedangkan yang mencelamu, mengejimu dan mengatakan yang buruk tentangmu itu terkulat-kulat tidak puas hati. Dia tak tenteram kerana zulmat jiwa yang diciptanya sendiri.

KEBAIKAN ORANG KAFIR DIHARGAI-MUT'IM BIN ADI

October 2, 2018

Budi baik dan jasa orang kafir hendaklah dihargai. Soal kekafirannya adalah soal lain. Jika ada kebaikannya, maka kebaikannya itu perlu dibalas baik. Inilah akhlak mulia ajaran Islam yang diajarkan nabi SAW. Sikap ini boleh dilihat bagaimana luahan nabi SAW terhadap kebaikan seorang kafir Makkah yang bernama Mut'im bin  'Adi. Selama nabi berdakwah di Kota makkah, dia tidak memusuhi nabi SAW, bahkan dia membela nabi serta orang Islam.

Ahli sejarah meriwayatkan bahawa di kalangan enam ornag perwakilan Kota Makkah yang menyokong pembatalan pemulauan ke atas Bani Hasyim , salah satunya adalah Mut'im bin 'Adi. 

Ketika nabi mendapat musibah dalam dakwahnya di Taif, baginda mahu kembali semula ke Makkah. Namun, pemuka Quraisy seperti Abu Jahal dan yang seangkatan dengannya menghalang nabi SAW kembali semula ke Makkah.  Akan tetapi, Mut'im bin "adi, atas kebertanggungjawapannya sebagai orang berpengaruh di Kota Makkah, telah membawa nabi masuk semula dan mempertahankan hak nabi untuk kembali ke Kota Makkah. Dia membela nabi daripada diapa-apakan oleh pemuka -pemuka Makkah yang membencinya.

Kerena kenangan indah dna budi baik Mut'im itu, nabi SAW menyebutkan dalam peristiwa tawanan perang Badar:


" Kalau seandainya Mut'im bin Adi masih hidup dan dia datang minta aku bebaskan tawanan perang Badar itu, nescaya aku bebaskan mereka".

Inilah akhlak Islam.Akhlak Islam mengajar kita mengenang kebaikan orang sekalipun daripada orang kafir. Jangan kerana seseorang itu kafir atau musyrik, kita menafikan keperluan memuji kebaikannya.


Selain itu, terdapat dalil jelas dalam Quran menggesa agar kita berlaku baik kepada orang kafir yang tidak memerangi kita. Firman Allah SWT:




لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ) الممتحنة/ 8، 9

8.  Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu Karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.  

9.  Sesungguhnya Allah Hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu Karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, Maka mereka Itulah orang-orang yang zalim.

PERKAHWINAN AWAL KANAK-KANAK

September 24, 2018


Perkara ini bukan masalah tetapi sengaja dipermasalahkan. Dalam masyarakat Melayu, sudah pun berlangsung lama. Masyarakat luar negara sana, lagilah. Zaman datuk nenek kita dulu, perkahwinan pada usia awal adalah fenomena biasa. Ketika mak-mak kita berusia 14 tahun, ayah pula berusia 18 tahun, mereka sudah kahwin. Dapat anak-anak berderet. Bila anak-anak sudah besar, masuk universiti, mak dan ayah mereka masih sihat. Mak dan ayah belum mencapai umur 60 tahun. Hidup bahagia. Anak-anak dapat menabur budi membalas jasa ibu ayah. Ibu ayah tersenyum puas. Sewaktu ibu ayah menutup mata meninggalkan dunia fana ini, ada yang sudah bercucu dan bercicit. Mereka dapat melihat kembang biak kabilah mereka. Mereka cukup bangga.


Sungguh tidak akan dapat merasakan semua ini jika pendapat-pendapat baru hari ini dituruti. Ada cadangan agar umur perkahwinan dinaikkan kepada 18 tahun. Perempuan dan lelaki 18 tahun. Sebelum ini, lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun. Kononnya hendak membela kanak-kanak daripada jadi mangsa penderaan seks yang disahkan atas nama agama. Namun, cadangan mufti Sabah, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar mengejutkan kelompok ini. Kata tuan mufti, umur perkahwinan bukan dinaikkan. Patut diturunkan. Daripada 16 jadi 14 tahun.

???

Beliau memang berani menyongsang arus. Cadangannya memang "win". Namun, ia ada munasabahnya. Kes kanak-kanak teraniaya kerana perkahwinan bawah umur itu hanya pada tanggapan orang. Hakikatnya, tidka seberapa. Alasan-alasan yang dikemukakan sepeti bagaimana dengan pendidikan sekolah mereka, rahim belum bersedia dan sering berakhir dengan penceriaan, adalah alasan-alasan yang dicari. Kalau itu alasannya, yang dah berumur kahwin pun bermasalah.

Ada perempuan umur 20 atau 30 tahun. Kahwin dengan lalaki umur 40 tahun. Pun cerai. Rahim mereka pula tak memberanakkan manusia. Nak tunggu bila lagi nak bersedia. Yang tak kahwin pun tak sekolah. Banyak menagih dadah dan merempit. Hidup tidak ada tanggungjawab. Terjebak dengan masalah sosial. Bosan, Tak ketahuan hala.

Kahwin mungkin boleh mententeramkan sesetengah budak-budak ni. Kenapa tak mahu bagi mereka kahwin?

Kalau dah keluar anak zina akibat terlanjur pada usia 15 tahun misalnya, yang disalahkan siapa? Selain ibu bapa mereka, sekolah juga dipalitkan. Bahkan program dakwah tak berkesan jabatan-jabatan agama dikaitkan.

Pulak??
 
Kalau para agamawan di pejabat agama minta benarkan mereka yang kanak-kanak ini kahwin awal , kalian tidak berikan izin. Kalau dan terlanjur, yang disalahkan pejabat agama. Otak yang mereng bagaimana boleh fikir macam ini?


Pokoknya, aku setuju umur perkahwinan diturunkan sampai 14 tahun. Kalau tak mahu turunkan, had umur sekarang pun sudah okey. Tak payah bising-bising. Jangan dilayan igauan puak yang fikir sejengkal itu. Ada hal-hal sehasta yang menanti. Mereka tidak terjangkau. Yang mereka fikir, jangan tindas kanak-kanak. Nak tindas kanak-kanak, tak payah tunggu kahwin.Di sekolah pun tindas mereka dah lama. Sistem pendidikan yang paksa mereka galas buku berat-berat itu apa namanya??

Fikiran perlu terbuka. Kalau mampu berfikir di luar kotak, silakan. Jangan streotaip. Ambil pengalaman orang dulu. Jangan sibuk buat ramalan yang bukan-bukan


DR. MUHAMMED ABDUL KHALID

August 25, 2018

Dr. Mohammed Abdul Khalid bukanlah orang yang dikenali sebagai pakar ulung ekonomi. Namun, padangan dalam rancangan TV masa pra PRU14  dulu sangat mengujakan ramai rakyat. Beliau bercakap bagi pihak rakyat dan menyanggah beberapa persepsi songsang yang cuba ditanamkan oleh pemerintah pada masa itu. Keberaniannya mendapat pujian. Dalam keadaan banyak professor jadi kankung menjalar, cari makan dan membodek, beliau berani menyatakan pendapatnya.


Kerajaan PH melalui Pejabat Perdana menteri telah melantik beliau sebagai Penasihat Ekonomi bagi Perdana Menteri. Tahniah atas pilihan. Kita mahu ornag-orang muda yang bersih dan membawa citra membangunkan kehidupan rakyat. Moga Allah membantu negara ini keluar dari lingkaran ekonomi kapitalis yang menindas.









LGBT MELEWATI BATAS TUNTUTAN

August 7, 2018




Pejuang hak LGBT itu berlebih-lebihan dalam apa yang disifatkan mereka sebagai perjuangan. Perjuangan mendapatkan hak yang adil dalam masyarakat. Kalau sekadar untuk mendapat hak-hak yang sama yang dijamin perlembagaan, ia telah pun lama dijamin perlembagaan. Hak untuk hidup, bekerja, bergerak, memilih agama dan sebagainya telah pun termaktub dalam perlembagaan. Rakyat malaysia yang waras dan rasional tidak pernah menafikan hak-hak tersebut untuk mereka.

Namun, mereka berlebih-lebihan. Mereka mahu hak untuk berkahwin, diiktiraf hubungan songsang mereka sebagai normal dan lurus dan mendapat perakuan dari seggi undang-undang untuk berkahwin dan sebagainya. Ini tentu berlebih-lebihan. Jika demikian yang mereka mahukan, apa bezanya dengan golongan penagih dadah? Mereka juga mahu hak mereka mencandu, menghisap, menyuntik dan mengedar. Apa akan ajdi kalau hak ini dibenarkan untuk mereka. Mayarakat yang selamat dari gejala negatif mereka akan turut terpalit kerosakan.

Negatif! Hubungan songsang LGBT adalah negatif. Itu muktamad dan titik. Tiada agama dalam dunia mengiktirafnya. Bukan sahaja agama Islam. Masyarakat manusia yang bertamadun tidak akan terimanya. Bukan sahaja masyarakat Malaysia.

Kalau mahu tuntut hak nak bersekolah, tidak payah! Para LGBT bebas ke  sekolah. Tiada yang melarang. Jika ada diskriminasi, itu adalah sikap masyarakat. Macam masyarakat mendiskriminasikan seorang banduan yang keluar dari penjara. Maca juga bagaimana bekas penagih dadah yang telah bebas dari najis dadah setelah dipulihkan di pusat pemulihan. Masyarakat memang tidak patut mendiskriminasikan mereka. Mereka harus diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan.

Demikian halnya dengan puak LGBT. dalam soal hubungan sosial yang adil, ada kecenderungan negatif masyarakat terhadap mereka. Mereka puak songsang yang perlu diberi sokongan, panduan dan bimbingan. Tetapi masyarakat lebih suka mengutuk, mencemuh dan menjauhkan mereka daripada jalan hidayah. Perkara ini berkaitan sikap. Ia perlu diubah dengan didikan dan bimbingan. 

Puak LGBT sendiri berlebihan bila mencerminkan perjuangan barat dalam tuntutan mereka. Mereka rasa kuat sebab kesamaan matlamat mereka dengan pejuang LGBT antarabangsa. Mahu hak berkahwin! Itulah yang mereka dapat di Amerika Syarikat. Kalau itu, jangan mimpilah. Kita masyarakat timur yang beraagama Islam. Akar budaya kita juga tidak menerimanya. Kalau mahu juga, bersedialah menghadapi tekanan, cemuhan dan penghinaan. Perjuangan seperti tidak dimuliakan. Kalau sekadar perjuangan untuk hak bersekolah, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, itu boleh diterima.

PERKAHWINAN BAWAH UMUR

July 27, 2018

Umumnya kita tidak suka kanak-kanak dikahwinkan. Bukan masanya untuk mereka terjun ke dalam dunia perkahwinan yang penuh liku-liku. Mereka sepatutnya berada dalam fasa bimbingan ibu bapa untuk mendepani cabaran hidup. Sementelahan dalam dunia moden hari ini, manusia menjalani proses pembelajaran formal mengikut fasa-fasa berdasarkan umur.


Terdapat suara dari pihak kerajaan sekarang ini mahu mengharamkan perkahwinan bawah umur. Ini berikutan kes kanak-kanak berusia 11 tahun di Gua Musang yang berkahwin dengan lelaki berusia 41 tahun. Sudahlah begitu, jadi madu pula. Para penentang poligami bertambah berbulu di atas keberbuluan yang sedia ada. Maka timbullah desakan agar perkahwinan bawah umur diharamkan.


Sekarang pun memang sudah dilarang berkahwin bawah umur. Perempuan bawah 16 tahun dan lelaki bawah 18 tahun. Kalau mahu kahwin kena buat permohonan dan dapat kebenaran baru boleh kahwin. Namun, undang-undang ini dirasakan tak cukup dan suara minta ia diharamkan pun kedengaran.


Ironinya, suara minta perkahwinan itu diharamkan tetapi di satu sisi lain ada pihak bersuara perkahwinan sama jenis dibenarkan. Ini cabaran masakini yang sangat pedih untuk didepani tetapi terpaksa diharungi. Zaman ke depan tekanan suara kaum yang pincang akan bertambah dan jiwa-jiwa kental yang mempertahankan nilai perlu ditambahkan lagi kekentalannya.


Perkahwinan bawah umur? Ibu bapa kita zaman sebelum merdeka tahun-tahun awal merdeka banyak yang kahwin bawah umur. Mereka tak sekolah dan misi hidup mereka tidak sarat macam sekarang. Lalu kahwinlah mereka bagi melengkapkan hidup. Tak guna melangut tepi tingkap menunggu umur sampai 20 tahun dan jodoh bertandang. Buang masa!


Perkara itu tidak salah untuk masyarakat sedemikian. Tidak salah juga mengikut hukum asalnya. Jadi salah jika caranya salah dan masanya salah. Tempat pun salah, jadi salahlah. Sebab itu, kes itu terjadi di Gua Musang. Melibatkan perempuan bukan warganegara Malaysia. Tak sekolah pun. Keadaannya, tempatnya dan keperluan hidupnya tidak sepertimana yang kaum penentang kahwin bawah umur berada.


Justeru, satu benda yang halal di sudut agama, tidak berkat jika diharamkan. Ia bukan haram lizatih tapi boleh diharamkan secara lighairih. Jika ada faktor-faktor luar yang mendatang, barulah diharamkan faktor itu. Untuk itu, tegakkan undang-undang sedia ada. Jika ada pelanggaran, tegakkan hukuman. Perkara itu dibendung dengan cara mengawal penyalahgunaan bukan mengharamkan terus .


Satu yang kita tidak suka, tidak perlu dan benci, boleh jadi ada orang suka, memerlukan dan ada faktor yang menyebabkan perlu mereka ambil. Ia jadi penawar kepada penyakit dan jalan keluar kepada kekusutan. Biarkan tingkap ditutup dan kalau mahu selak dan pasang "kandadu". Tapi tak usahlah dipatrikan, dipakumatikan. Akan susah di belakang hari bila jalan ikut pintu sudah terhalang. Saat tingkap jadi pilihan.

Melakar hidup dengan murka.

July 22, 2018

Apa nama pelajar undang-undang itu?

Asiah Abdul Jalil. Begitulah cerita hingga hari ini. Jalannya hendak jadi peguam tidak dimudahkan. Ini adalah takdir buatnya. Kalau dia mahu berusaha, berusahalah. Payah dan sukar itu datang dari Allah juga. Sebelum ini, dia menceburkan diri dalam kerja-kerja bodoh bersama peguam-peguam yang tidak punya hati nurani dan berhati busuk terhadap Zakir naik. Bersama Siti Kasim dan P Waythamoorthy memulakan prosiding undang-undang terhadap Kementerian Dalam Negeri pada 1 Mac 2017.

Saya sudah tak faham prosedur apa yang disebutnya menjadi penghalang untuk jadi peguam dan beramal dengan kepeguamannya. Namun, saya bangga dengan  Muhammad Aznel Azaharudin yang merupakan masternya yang menfailkan "kaveat"  ke atasnya. 

Asiah Jalil itu memusuhi Zakir Naik sedangkan buat ummat Islam yang mencintai Islam, Zakir Naik itu adalah sebiji mutiara bersinar yang amat berharga buat Islam. Dia jadi kebanggan ramai orang Islam. Tanpa hujah dan bukti kukuh, dia dituduh penyebar keganasan. Hanya diduga berdasarkan dendam kesumat kelompok yang bermasalah dengan tokoh-tokoh terbilang Islam.


Jika menempah jalan tanpa berkat dalam hidup, satu yang sepatutnya mudah akan jadi sukar. Percayalah wahai Asiah Abdul Jalil!

BELI TANAH SEBIDANG.

July 21, 2018

Berurusan untuk membeli sebidang tanah di tanah perkebunan  Kg Barokhas. Tanah kepunyaan En. Aziz bin Abdullah yang bersebelahan dengan kebunku yang sedia ada. Semoga ada keberkatan pada urusan ini.




Diperkirakan 2 relung setengah dan dijual dengan harga RM47 ribu.Keluasan yang dicatat atas geran tanah ialah 0.68938 hektar. Tanah yang sudah dibeli lebih tiga tahun dahulu berada di sebelahnya dan ditanam getah. Keluasannya 1.66839 hektar. Namun ia bukan tanah yang ada geran. Hanya Surat hakmilik. Harga beliannya dulu ialah RM50 ribu.




UNIT-UNIT UNTUK KELUASAN TANAH ( UNTUK SEMAKAN)

1 kaki persegi = 0.093 meter persegi
1 ela persegi = 0.836 meter persegi
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
1 relung persegi = 2877.8 meter persegi
1 relung persegi = 30976 kaki persegi
1 relung persegi = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung persegi = 484 jempa persegi
1 jempa persegi = 64 kaki persegi
1 ekar = 1.406 relung
1 ekar = 4,046.86 meter persegi
1 ekar = 0.4047 hektar
1 ekar = 43560 kaki persegi
1 hektar = 10000 meter persegi = 3.475 relung
1 hektar = 2.471 ekar = 107,639 kaki persegi
1 ekar = 4 Rood = 160 pole
1 Rood = 40 pole = 0.25 ekar
1 Rood = 1,011.7 meter persegi = 10890.6 kaki persegi
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 25.293 meter persegi = 272.22 kaki persegi
1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki persegi
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi


BAPA MENTUA BAKAL KE MAKKAH

Bapa Mentuanya saya, Yahya Saud bersama ibu mentua akan ke Makkah pada 30hb Jun ini. Alhamdulillah, setelah dua tahun buat rayuan haji, tahun ini terpilih. Pada hari ini, diadakan kenduri nak pergi haji. Ini adalah adat kebiasaan masyarakat Melayu. Ramailah tetamu yang datang. Selepas solat Jumaat sampai ke malam. Orang kampung dan rakan-rakan politiknya hadir mengucapkan tahniah kerana terpilih ke Makkah tahun ini.

Ayahanda Yahya Saud dan bonda Azizah...Semoga beroleh haji yang mabrur. Dalam genggaman Allah kita semua dan kepadaNya kita berserah.



Dosa Mujahir

May 28, 2018

Dalam hadis nabi Saw sebut bahawa semua ummatnya di maafkan dosanya kecuali mujahir. Mujahir maknanya orang yang jadikan dosa peribadinya terdedah kepada pengetahuan orang. Tidak kira sama ada dosa itu dalam perbuatan atau perkataan.

Dosa perbuatan seperti zina, tidak solat, tidak puasa dan sebagainya.


Dosa perkataan seperti umpat, cela, kutuk dan sebagainya.

Ada dua maksud kata "dimaafkan" dalam hadis.
1)Dimaafkan dalam ertikata Allah ampunkan dia
2)Dimaafkan dalam ertikata agama jaga maruahnya dan nama baiknya daripada jadi mangsa celaan dan umpatan orang. Siapa mencela dan mengumpatnya dihukum berdosa.

Mengambil kira makna kedua itu, imam Nawawi pernah sebutkan:

من جاهر بفسقه او بدعته جاز ذكره ما جاهر به

"Siapa menjaharkan perbuatan fasiqnya atau bid'ahnya, maka haruslah menyebut kepada orang lain apa yang dia jaharkan itu".

Dewasa ini banyak orang tidak menjadikan hadis nabi ini sebagai panduan. Dosa orang yang disembunyikan dijaharkan oleh orang lain. Menggunakan media sosial ini sebagai medium, dibongkar dosa-dosa peribadi orang untuk pengetahuan umum. Orang yang buat dosa peribadi selamat dan dimaafkan. Tapi yang membongkar dan mendedahkannya itu pula terjatuh ke dalam dosa menjadi mujahir.

Kenapa? Kerana mengumpat, mencela dan mengaibkan orang yang tidak sepatutnya itulah sifat mujahirin. Kita maklum bahawa perkataan buruk bila diviralkan, ia telah menjadi mujaharah maksiat dari segi perkataan. Itu tidak dimaafkan.

Tidak dimaafkan menerusi maksud pertama, Allah tidak ampunkan ia di dunia. Dia akan bawa perhitungan ke hari mahsyar. Adapun bagi maksud kedua, orang yang sebegitu maruah dan harga dirinya tidak lagi dipelihara agama. Orang lain yang membongkar kejahatan terbukanya tidak lagi berdosa.

Para pemain FB dan media sosial perlu ada kefaqihan dalam hal ini. Tepuk dada tanya imam. Apakah benar yang aku ingin tulis ini atau share. Atau ia hanya merugikan agamaku.

Kekadang, kita sangka berbuat baik dalam menviralkan sesuatu. Tetapi kita silap perkiraan. Yang kita viralkan itu bukan kejahatan yang wajar didedahkan. Kita yang mendapat kutukan Allah sedang yang kita fikir berdosa itu adalah kalangan "mu'afaa".

Kita viralkan pasal si folanah tak bertudung.Kita viralkan pasal seorang yang berbual erotik di talian dengan seseorang. Kita viralkan pasal kegemaran songsang orang itu. Pasal salam lelaki perempuan bukan mahram. Pasal-pasal yang bermacam yang mana dalam lingkungan kesalahan peribadi yang mencalar agama empunya diri sahaja.

Kerana perbuatan menjaharkan kesalahan itu, kita sendiri yang terperosok masuk dalam pusaran rugi menjadi orang yang bermaksiat dengan jahar di media sosial.

Wallahul musta'an....moga Allah tambahkan inayah dan kifayahNya buat kita. Ameen.

Pilihan seorang mukmin

May 27, 2018

Ibrahim bin Adham, pada satu ketika, dia bermusafir dengan  dagangan dan kafilah perniagaannya. Dalam musafir itu, dia telah melihat satu kejadian kecil yang mengubah sikapnya. Seekor burung yang cedera, patah sayap tergeletak di satu tempat. Ibrahim bin Adham berazam untuk meliohat apa akan jadi pada burung itu. Dia bersembunyi dan memerhati. Ternyata ada seekor burung lain terbang kepada burung yang sakit itu dan memberinya makan. 

Dari kejadian itu, Ibrahim mendapat keyakinan bahawa razeki adalah kurnia Allah dan tidka perlu dirisaukan. Lalu, dia pun tinggalkan kerjayanya dan menumpukan ibadat kepada Allah SWT. Dia tidak  menghiraukan lagi tentang dunia dan raekinya. Semuanya dia serahkan kepada ALlah SWT.


Kisah IBrahim ini didengari oleh Syibli dan beliau telah pergi bertemu dengannya dan berkata kepada Ibrahim bin Adham:

" Kenapa engkau memilih untuk menjadi burung yang sakit dan tidak memilih untuk menjadi burung yang sihat memberinya makan?".

Demikianlah, Syibli menyebutkan kefahamannya yang saheh terhadap agama sebagaimana yang nabi ajarkan. Seornag mukmin yang kuat lebih mulia dan lebih baik daripada seorang mukmin yang lemah. Nabi tidka mengajar ummatnya membuang dunia dan menjadi seorang petapa yang mengayam tawakkal tanpa usaha. Itu bukan jalan petunjuk nabi. Walau itu hakikatnya boleh diamalkan, tettapi ia bukan pilihan.

Jadilah yang memberi, bukan yang diberi.
Jadilah yang menolong, bukan yang ditolong.
Jadilah yang memerintah, bukan yang diperintah.
Jadilah yang dihormati, bukan yang menghormati
Jadilah yang menyampaikan, bukan yang disampaikan.

AYUHLAH KITA BERGANDING BINA NEGARA INI

May 13, 2018

Rupanya
ombak kebencian yang mendebur
tebing-tebing pahala
pada hari kelmarin
sebelum sayembara pilihanraya ini
belum juga memberhentikan hakisannya.

Telah berapa banyak timbunan pahala tersimpan
menjadi dagangan rugi hari kemudian
kerana kita terlanjur ucap
dijelma dalam tulisan di sini
mencipta ramai tokoh bankrapsi
di hari perhitungan

Hari itu
sebelum pesta memilih
banyak sudah kita berselisih
menuduh orang lain hitam sedang kita mengaku putih
banyak orang yang ditajrih
pahala-pahala enam purnama habis disapih.

Kini
pihak menang dan kalah telah dipilih
tapi lidah-lidah masih bertasbih
mengucap zikir-zikir pedih
mengundang debat panjang tapi pahala meleleh.

Peristiwa kelmarin
cukuplah sekadar ambil ibrah
berilah peringatan untuk esok.

Yang sudah menggapai kuasa
percayalah mereka
biarkan mereka melakar masa depan
tanpa ada keji nista
tidak perlu menebar syak wasangka
sebelum benar-benar nyata.

Semua yang bersayembara
dalam perebutan kuasa
tidak pernah bertukar menjadi malaikat mulia
tetaplah mereka manusia juga
silap langkah jatuh hina berdosa

Semua yang bersayembara
bukan gerombolan para wali suci
yang hidup persis nabi
putih hati tiada hasrat durjana tersembunyi
manusia terlihat mulia hari ini
esok boleh jadi
berubah lagi
dari sayang jadi benci.

Mereka telah mendapat pamrih dunia
biarkan mereka meladanginya
untuk dibawa sebagai pahala atau dosa

Kita rakyat biasa
yang telah membuat pilihan
dengan sangka berat atau keyakinan
bahawa mereka mampu manggalas amanah
tidak menanggung dosa mereka yang berpaling tadah

Janganlah kita di dunia tidak dapat seberapa
di akhirat pula lebih muflis daripada mereka.

Percayalah...tidak memilih untuk kejahatan
kecuali manusia-manusia jelmaan setan
sedang rakyat yang membuat pilihan
banyaknya yang mengharap kebaikan
mereka diberi ganjaran
atas niat mulia yang disimpan.

Kita berhenti bertikam lidah
kita berganding bina negara indah
kita hiasi negeri diberkati Allah
kita maafkan segala yang sudah
kita basuh segala ludah
kita tinggalkan lingkungan bedebah
berpaculah ke depan tanpa mengunjing orang sebelah
biar hati kita jangan berbarah
merebak benci berbaur amarah
sampai ke mati tak tahu lelah
untung tiada rugi yang ditadah.
biar demam pilihanraya jadi kebah

walau ada musuh jahat mencelah
umpan musuh usah dikesah
siasat jahat  mereka  akan kalah
mereka melempar rasa gundah
mereka menanam bimbang gelabah
mereka mengarang banyak madah
menelah ke depan barang yang dalam ilmu Allah
agar hati kita dihantui resah
racun hasutan jangan dijamah
jangan diangkat untuk ditelaah
jangan disebar kepada ummah
biarkan ia terselit  di bahagian bawah
lama-lama mereput dalam air kumbah.

Negara ini di ambang musnah
hutang bertimbun dilangsai payah
biar pakar yang mengolah
jalan keluar dari musibah
usah diganggu dengan masalah
sorak bising teriak jerkah
gaduh tengkar  hobi berbalah

Jangan kerana coklat gula getah
dibiar rosak  nasi sekawah
negara ini bisa rebah
kerana ekonomi yang kian parah
kerana sistem dijangkiti rasuah
di situlah kita membulatkan wehdah
menumpukan fokus menjalin ukhuwah
menyingkir segala punca balah
tentang soal yang bukan hidup mati sebuah daulah
jika rebah ini negara bertuah
semua citra  tersungkur  musnah
negara yang  diredhai Allah
tidak dapat lagi dicanang megah
punca kuasa telah punah
tolak bahagi dikira payah

Marilah kita berfikir dengan otak yang hikmah.


KULIAH MAGHRIB

April 29, 2018

Bertempat di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Sungai Karangan, saya menyampaikan kuliah maghrib kepada para pelajar dari Badan Pengawas SMK Jenan, Jitra. Mereka berada di sana dalam rangka Kurusu Kepimpinan selama 2 hari dua malam.  Sahabat satu sekolah saya Ust Asri Ali yang menjadi guru di SMK Jenan menjemput saya untuk menyampaikan slot selepas maghrib. Walaupun saya tidak berapa sihat kerana ulcer kecil di lidah, saya sahut jemputan tersebut. Jarang sekali saya dapat bertemu dengannya dan saya ambil kesempatan itu untuk bertemu dengannya.

Alhamdulillah. Kuliah Maghrib saya malam ini kepada para pelajar cerdik dari sekolah asrama penuh. Tajuknya sekitar pembinaan jatidiri sebagai pemuda pembela agama. Saya menghuraikan surah Al-Kahfi dalam konteks perkembangan seorang peribadi muslim dari pemantapan iman sehingga meraih kekuasaan.  Kisah ghulam dalam cerita Ashabul Ukhdud juga saya tampilkan dalam bentuk ibrah yang dapat diambil daripadanya.

Sejak pulang dari Sabah, inilah kali pertama saya menyampaikan pengisian kepada kumpulan pelajar sekolah menengah. Murid sekolah rendah saya memang biasalah. Tidak juga sama dengan kuliah-kuliah di masjid yang saya sampaikan. 

Semoga memberi manfaat.


Ijtihad Memilih Pemimpin

April 28, 2018




Sekarang ini tempoh setiap parti yang masuk bertanding pilihanraya mempengaruhi khalayak untuk memilih mereka sebagai wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Gunakanlah kaedah yang"BENAR" dalam mempengaruhi rakyat. Kaedah makar, indoktrinasi, ugutan dan seumpamanya adalah kaedah "TIDAK BENAR". Rakyat sebuah negara Malaysia pada hari ini telah mencapai peratusan tahap celik akal dan mampu berfikir yang jauh lebih baik  dari zaman-zaman silam. Maka, dalam sistem demokrasi pilihanraya yang diamalkan dewasa ini, berikan ruang kepada rakyat berfikir dan menentukan pilihan secara bebas.

Perkara mengundi memilih pemimpin ini adalah satu perkara "ijtihadi". Ia bukan "idhtirari".  Ijtihadi bermakna setelah dibentangkan segala hujjah berbentuk dakwah, penerangan, ajakan, kesedaran termasuk manefesto pilihanraya, maka massa akan berfikir menentukan. Tidak dinafikan bahawa ada kegagalan dalam berfikir kerana faktor-faktor tertentu. Namun, sifat ijtihadi sebuah proses pemilihan tidak boleh dihilangkan dengan kekurangan-kekuarangan tadi. 

Bila rakyat dipaksa memilih seseorang pemimpin dan diugut sama ada ugutan itu berbentuk duniawi atau ukhrawi, ia merupakan kekangan kepada kebebasan ijtihad mereka. Rakyat yang matang harus tahu melepaskan diri daripada ugutan-ugutan tersebut. Rasional mereka akan menentukan pilihan mereka.

Di negara Barat, rakyat telah mencapai tahap berfikir yang cukup tinggi. Mereka matang membuat pilihan dan kadar dedah maklumat yang mereka perolehi adalah tinggi. Kita sebagai sebuah negara juga wajar mensasarkan kemenjadian rakyat ke arah itu. Namun, proses perlu berjalan dari sekarang dan seterusnya.

Sebagai sebuah sarana ijtihadi, pemilihan yang dibuat mungkin salah. Konsep ijtihadi, jika betul diganjari 2 pahala. Jika Salah, diganjari satu pahala. Ini merupakan cara Islam mengajak manusia membangunkan akal yang matang dan sihat. Berfikir dan mempertimbangkan dan tidak dicela kalau sesudah itu salah perkiraan berlaku. Itu memang lumrah manusia dan aktiviti membuat pilihan.

Sebuah masalah, tidak akan dapat diselesaikan dengan sekali lalu. Ada beberapa siri usaha menyelesaikan masalah akan berulang-ulang sehingga kiamat atas nama usaha "islah". Itulah hakikat sebuah dunia.

Jangan kecewa sekalipun gagal.

RUKNUN SYADID

April 24, 2018

Ketika nabi Lut diasak oleh kaumnya dalam kondisi dia telahpun lemah lantaran ketuaannya serta kurangnya penyokong kerana tiada kaun kerabat yang ramai untuk menyokongnya, nabi Lut pun mengeluh sembari berkata:

قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ

" Berkata Lut, andailah aku punya kekuatan atau aku dapat berlindung di sudut yang teguh!".
( Surah Hud:80)

Ramai kalangan mufassirin menafsirkan "sudut yang teguh" itu sebagai kaum keluarga yang menjadi pembela. Bagi seseorang yang berdepanb dengan masalah, kaum keluarganyalah yang menjadi sumber kekuatannya. Mereka itu tempat dia bernaung saat menghadapi tekanan, masalah dan memerlukan pertolongan. Kerana keluarga adalah rukun yang teguh bagi seseorang!

Aku meninjau rukun ampun bagi dunia politik. Di manakah sudut tempat berlindung yang paling teguh dalam pergelutan politik. Ya..kaum keluarga yang mewakili kesatuan penyokong adalah tetap rukun yang kuat bagi seorang politikus. Selagi ada penyokong, seorang politikus itu menjadi kuat dan ampuh mendepani lawan.

Namun, selain keluarga, ada beberapa sudut lain yang lebih ampuh dan menjadi tempat berlindung bagi yang mencari perlindungan dalam politik. Tempat tersebut adalah sudut agama dan kaum.Wal hasil, kedua-dua sudut itu tidak lari daripada makna keluarga seperti yang difahami menerusi keluhan nabi Lut a.s.

Berlindung dan berkota di balik tembok agama memang kuat. Demikian juga di balik benteng perkauman. Namun, apabila para politikus menyelinap kepada kedua-dua benteng ini, ia akan menimbulkan kesan buruk kepada agama dan kaum. Agama mendapat palitan busuk lantaran permaian para politikus. Kaum juga menjadi api yang menunggu masa untuk marak .

Seharusnya para politikus, jika benar-benar gentlemen, tidak boleh berlindung di balik dua benteng ini. Biarlah dua benteng ini menjadi tempat orang berteduh dengan aman buat pencari ketenangan setelah pergelutan sengit di luar. Semua orang yang haus, akan mencari sumber mata air. Semua orang yang berpanas akan mencari teduhan rendang. Ia adalah milik bersama semua manusia.


CORAT CORET PRU 14-CALON MUDA

April 20, 2018

Pengumuman calon-calon yang bakal berentap mewakili PAS di negeri Terengganu, Selangor, Kedah, Perak dan Perlis dapat disaksikan secara live semalam. Kelihatan Pas membuat langkah berani terutamanya di Terengganu dan Selangor kerana menampilkan wajah-wajah baru dalam pilihanraya. Mereka itu adalah generasi muda yang membawa roh dan aspirasi golongan muda. Para pengundi muda juga akan lebih cerah mata melihat rakan-rakan dan pemuda yang hampir sebaya mereka berentap sebagai calon berbanding melihat orang tua yang uzur dan membosankan. Ini satu kelebihan yang PAS tampilkan dan perlu diakui.

Saya tidak mahu membuat analisa berapa pratus orang muda yang menjadi calon kali ini, namun ia cukup memberangsangkan. Ia satu perubahan dalam rencah politik. Orang yang tidak lagi dilihat sebagai "dinousor politik"  dapat mengubah persepsi pengundi.  Lebih penting daripada itu, calon-calon yang ditampilkan berkelulusan tinggi dan orang cerdik dalam pelajaran.

Cuma ada beberapa tempat yang kelihatannya masih mengekalkan wajah lama dan memilih calon bukan berdasarkan pencapaian ilmu dan akedemik. Pokok Sena  misalnya, pemilihan Radhi Mat Din dibuat atas dasar beliau sebagai legenda bolasepak yang popular satu masa dulu. Seorang teman meluahkan, aksi politik bukan seperti aksi pemain bola sepak di stadium. Tidak sesuai seorang pemain bola sepak dihantar ke Parlimen untuk membahaskan isu-isu rakyat. Seorang ahli parlimen perlu seorang yang cakna masalah rakyat, petah berbahas, cekap memahami isu dan dapat membuat R&D terhadap isu-isu yang bakal dibahaskan dengan cepat dan tepat. Sebaiknya orang-orang yang ada ijazah, master dan PHD diutamakan kerana mereka inilah yang memiliki kemahiran tersebut.

Keberanian PAS menampilkan wajah-wajah baru barangkali berkat perpecahan yang dialaminya. Ramai muka lama terkeluar dan menubuhkan Amanah. Yang keluar PAS dan kini berada dalam Amanah, kemungkinan besar masih akan beraksi sebagai calon. Wajah-wajah lama ini tentu memberi kesan kurang menarik dalam Pakatan Harapan.  Jika hal ini tidak sanggup dikorbankan oleh mereka yang berada dalam Pakatan Harapan, Pakatan Harapan akan jadi parti yang mandul dan disisihkan.

Sementara UMNO-BN, amat sukar untuk membuat anjakan muka lama ke muka baru. Sementelahan masalah BN adalah masalah liabiliti pemimpin utamanya yang sarat dengan isu yang tak terungkai. Jika ada penampilan muka baru yang ramai sekalipun belum tentu dapat menukar wajah gelap yang sedang berselubung.

Apapun, politik adalah sebuah seni berlumba menampilkan persepsi. Masing-masing berbuatlah sesuai dengan kepandaian. 

Saya percaya, siapa bijak berpencak, dia akan bangkit tegak. Siapa yang yang ragu-ragu dan enggan berganjak, tidak akan membiak.

CORAT CORET PRU 14-ZAMAN BERUBAH

April 19, 2018

Dalam kelas, murid-murid bermain tepuk-tepuk tangan. Ada yang bermain dalam pasangan berdua dan ada yang berkumpulan.Aku tidka faham apakah jenis permainan tepuk tangan ini. Ia diselangi dengan isyarat dan gaya tertentu yang kemudiannya mengakibatkan beberapa orang terkeluar atau pasangan yang kalah terkeluar. Ini satu bentuk permainan baru. Tengah mengajar dalam kelas pun, ada murid yang curi-curi bermain di belakang dengan rakan sebelah. Pantang ada senggangan masa, mereka akan bermain tepuk tangan itu. 

Siapa cekap dan pantas, tepat meramai langkah lawan, dia akan selamat dan memenangi permainan.

Ini macam politik juga. Siapa yang cekap, pintar mengatur strategi, dia akan menjuarai sayembara politik. Kekedang "cheating" dalam perlumbaan politik juga boleh menatijahkan kemenangan. Sebab itu, dalam politik, cheating perlu dilawan dengan cheating juga. Kalau dilawan dengan kejujuran, ketelusan, maka orang yang berbuat makar akan mengalahkan yang jujur dan telus.

Kita boleh sahaja katakan, tidak apa...Allah ada dan Allah akan buat makar menggagalkan makar mereka. Namun, sesuai dengan sabda nabi SAW: Peperangan itu adalah satu khid'ah. Maka dalam situasi perebutan posisi yang boleh dikatakan menyerupai peperangan , hukum yang berbeza dipakai berbanding saat aman dan mengatur kerajaan serta pemerintahan.

Saya pernah katakan, jika "slam' iaitu satu jenis cecair kental yang dibuat dengan campuran ham dan bahan-bahan tertentu itu lembut, elastik dan kenyal, politik lebih lembut, elasti dan kenyal daripadanya. Bak kata orang, dalam politik, hari ini musuh, esok kawan. Kawan rapat boleh bertukar jadi musuh ketat dalam tempoh singkat. Keadaan tersebut juga tidak kekal. Itulah hukum politik.

Apakah itu salah? Tidak. Itulah realitinya dan itulah kaedah berpolitik orang-orang yang cekap dalam permainan politik.

Orang selalu bandingkan kemahiran berpolitik gandingan Mu'awiyah dan Amru Al-As dengan Ali. Memang Ali itu sarat dengan ilmunya tetapi Mu'awiyah mendapat kemahiran  berpolitik luarbiasa daripada pengalamannya di samping lingkungan tumbesaran dan keluarga. Dalam persaingan merebut pengaruh politik, Mu'awiyah lebih berjaya dan Ali menempa banyak masalah. Antara kesetiaan penyokong dan pengkhianatan. Antara ketaatan kepada arahan dan bulat padunya sokongan. Pengamat dan pengkaji sejarah akan melihat keadaan yang berbeza ini. 

Jawapan Saidina Ali mengenai hal ini sewaktu ditanya salah seorang sahabatnya tentang apa yang menimpanya berbanding apa yang dialami pada zaman Abu Bakar dan Umar tidak cukup konkrit untuk disandarkan sebagai alasan. Kata Ali, di zaman Abu bakar dan Umar, rakyat mereka adalah orang-orang seperti beliau Sedangkan di zaman beliau memerintah, rakyatnya adalah seperti mereka yang banyak mempertikaikannya. 

Mu'wiyah juga bukan punya rakyat seperti generasi sahabat. Rakyatnya warga Syam yang dulunya Nasrani, musyrik dan beragama kafir, tetapi  kemudiannya masuk Islam. Dengan kepintaran politik Mu'awiyah, dia dapat mententeramkan rakyatnya  dan menjadikan  mereka bulat di belakangnya.

Bukan Saidina Ali kurang darjatnya berbanding Mu'awiyah. Orang beriman akan menegaskan Ali itu lebih utama berbanding Mu'awiyah. Namun mengakui kelebihan berpolitik Mu'awiyah tidaklah bermakna menjatuhkan kedudukan Ali. Setiap orang ada kelebihan masing-masing. 

Hari ini, permainan politik sedang berlangsung. Jaguan politikus dalam PH, UMNO dan PAS sedang berpencak. Kita sedang menyaksikan kepandaian masing-masing dalam arena yang sedang mereka tekuni. Siapa Muawiyah? Siapa Ali? Siapa Amru bin Al-As? Siapa? Siapa? Semua itu hanya perbandingan kiasan. Bukan sepenuhnya mewakili watak yang tersebut dalam sejarah itu.

Apapun keadaannya, kita kena akui bahawa keadaan sentiasa berubah. Macam permainan tepuk tangan murid-murid dalam kelas yang saya sebutkan itu. Dulu, zaman saya kecil tak kenal cara permainan sedemikian. Masa dalam kelas, waktu aku sekolah, murid permainan kami lain caranya. Bila zaman sudah berubah, muncul cara lain. Inilah hakikat alam dan sunnatullah dalam kehidupan. Kita kena sentiasa terbuka dan menangani perubahan.

Aku pernah membayangkan dengan teman bualan, satu hari nanti cara kita berpilihanraya sekarang tidak akan berkesan lagi. Sejak merdeka hingga kini, kita masih berlegar di takuk lama. Salah satu takuk lama yang kita tidak berani berganjak adalah budaya poster, bendera, billboard dan segala macam bahan kempen pilihanraya. Semua itu makan nilai jutaan ringgit. Kelak, satu masa, aku memgimpikan, orang terjun dalam pilihanraya tak pakai lagi semua benda itu. Bahkan benda itu dilihat membazir dan merugikan serta tidak ada nilai pengaruh dalam merubah fikiran rakyat.

Zaman akan berubah dan kita perlu sentiasa meramal perubahan sebelum perubahan itu datang. Waktu perubahan sudah menyerkup kita, kita telah bersedia untuk menggerakkan paradigma berfikir dan bertindak kita.