Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Jangan menghina mereka yang menyembah selain Allah!

August 30, 2009



Kepala lembu diarak ke Bangunan SUK Selangor. Ini pekerjaan kumpulan yang bertindak tidak berpandukan akal yang waras. Pada sangkaan mereka, mereka membela Islam tetapi mereka sebenar tidak membela Islam sedikitpun, malah memberi malu kepada Islam. Islam jauh sekali daripada apa yang dakwakan. Islam tidak menyuruh mereka menghina agama dan kepercayaan orang lain. Islam juga tidak menyuruh orang-orang Islam meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama lain dan tidak menyuruh kita menghalang penganut agama lain membina rumah ibadat mereka.

Sesungguhnya tindakan kumpulan yang menamakan diri mereka kumpulan NGO Pewaris itu tidak perlu disanjung malah dicela dan dikecam. Mereka mengarak kepala lembu sebagai simbol bantahan ke atas pembinaan kuil di seksyen 23 Syah Alam selepas ia dipindahkan dari Seksyen 19.

Allah berfirman:

وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

(Surah Al-An’am: Ayat 108)

Orang-orang Islam dilarang mencela sembahan orang-orang kafir. Termasuk mencela sembahan mereka ialah mencela kepercayaan, rumah ibadat, syiar-syiar agama mereka dan semua yang bersangkut paut dengan amalan keagamaan orang kafir. Larang tersebut adalah kerana hendak mengelakkan daripada mereka membalas dengan celaan terhadap Islam pula. Jika mereka mencela Islam disebabkan celaan kita terhadap agama mereka, ia seolah-olah kitalah yang mencela Islam.

Berhubung dengan angkara kumpulan PEWARIS yang mencela menghina agama Hindu dengan mengarak kepala lembu, binatang suci penganut Hindu, ia boleh mengundang tindak balas mereka terhadap Islam. Apa yang hendak kita kata kalau mereka membakar Al-Quran?Bagaimana perasaan kita kalau melemparkan bangkai babi ke dalam masjid-masjid kita? Tentu kita melenting. Tentu kita marah dengan penghinaan tersebut.


Siapa yang memulakan episod penghinaan terhadap agama kalau sudah sampai ke peringkat itu? Justeru, perbuatan PEWARIS itu amat memalukan dan mencemarkan kesucian Islam. Mereka cuba berlagak sebagai pembela agama tetapi sebenar mereka tidak tahupun makna pembelaan terhadap agama. Sentimen tak bertempat dan dipandukan oleh kepentingan menyebabkan akal pendek menguasai mereka.



HUKUMAN SEBAT DALAM ISLAM

August 27, 2009

Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, atas kesalahan minum arak, telah menimbulkan polimik di kalangan masyarakat. Dalam keriuhan kalangan yang memberi komen terhadap hukuman 6 kali sebatan yang dijatuhkan, dari satu sudut, terpamirlah kejahilan sesetengah pihak mengenai hukum Islam dan dari sudut yang lain, dapat dilihat pula kalangan yang memperlihatkan ciri-ciri penolakan terhadap kaedah hukuman dalam Islam.


Kita mengakui bahawa hukuman 6 kali sebatan belum lagi menggambarkan hukuman hudud bagi kesalahan minum arak. Namun, oleh kerana belum pernah lagi terjadi kes kesalahan minum arak dijatuhkan hukuman sebat, ia menarik minat ramai pihak.

Hukuman sebat merupakan salah satu bentuk hukuman yang disebutkan dalam Al-Quran. Ia bukan bentuk hukuman yang diterbitkan oleh akal manusia tetapi adalah atas perintah Allah SWT. Oleh itu, tidak layak bagi orang-orang yang beriman untuk mempertikaikan kewajaran hukuman sebat yang terdapat dalam Islam lebih-lebih lagi dalam keadaan dia tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan SEBAT dalam Islam.

Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini mempertikaikan hukuman sebat dan meminta kerajaan menghapuskannya atas alasan hukuman itu zalim, kuno dan keterlaluan adalah manifestasi kejahilan mereka tentang perundangan Islam. Mungkin, pada sangkaan Majlis Peguam, hukuman sebat yang disebutkan dalam Islam sama seperti sebat yang dijatuhkan dalam kes-kes mahkamah sivil.

Padahal, hukuman sebat dalam Islam jauh daripada apa yang difahami daripada hukuman sebat yang pernah dijatuhkan oleh mahkamah ke atas perogol bersiri.


Jika kita meneliti hukuman sebat yang dikenakan bagi kesalahan-kesalahan dalam Islam, kita akan mendapati sebat hanya dikenakan kepada tiga jenis kesalahan sahaja iaitu:

1. Kesalahan zina bagi yang belum kahwin:

Firman Allah SWT:

﴿الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

Surah An-Nur: Ayat 2

2. Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang lain berzina tanpa bukti:

Firman Allah SWT:

﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik.

Surah An-Nur: Ayat 4

3. Kesalahan minum arak; berdasarkan dalil sunnah dan amalan para sahabat.

Hadis Riwayat Anas bin Malik:

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين.

قال: وفعله أبو بكر , فلما كان عمر استشار الناس , فقال عبد الرحمن: أخف الحدود ثمانون، فأمر به عمر

Bahawa telah datang kepada nabi seorang lelaki yang telah minum arak. Maka baginda telah menyebatnya dengan dua pelepah tamar 40 kali sebatan. Abu Bakar juga menghukum dengan hukuman itu. Pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau meminta nasihat orang ramai (mengenai hukum bagi peminum arak), maka berkata Abd Rahman bin Auf: "Seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan". Umar pun memerintahkannya (sebat 80 kali).

(Hadis Muttafaq Alaih-lafaz Muslim)

Kaedah melakukan hukuman sebat dalam Islam tertakluk kepada peraturan dan cara yang tertentu.Ia dibincangkan secara terperinci oleh para fuqaha. Pendeknya sebatan di penjara yang diamalkan dewasa ini bukan sebatan yang dimaksudkan. Sebatan itu mengerikan. Ia zalim kuno dan keterlaluan. Itulah yang seharusnya Majlis Peguam tentang dan bukan menentang hukuman sebatan secara keseluruhan dalam keadaan mereka jahil tentang bentuk hukuman sebatan dalam Islam.

Pihak-pihak yang melarang dirotan murid-murid di sekolah kerana mengatakan hukuman rotan itu zalim dan merosakkan emosi pelajar, hari ini kembali termimpi-mimpi hukuman rotan untuk menyelesaikan kemelut gejala sosial di kalangan pelajar dewasa ini. Dahulu, semasa mula-mula mahu mengenakan sekatan dan larangan terhadap hukuman rotan, akal fikiran dijadikan panduan. Kononnya sebagaimana manusia yang belas kasihan kepada murid-murid. Belas kasihan yang membawa rebah. Hukuman rotan kepada anak-anak disarankan oleh nabi untuk mendidik mereka solat. Jika untuk tujuan mendidik boleh dirotan, maka guru-guru sebagai pendidik berhak menggunakan rotan. Kerajaan yang mendidik masyarakat juga berhak merotan rakyatnya. Itulah sebenarnya tarbiah. Tarbiah bukan sebagaimana mereka yang mengatakan “utamakan tarbiah”, sedangkan tiadapun tarbiah dibuat untuk rakyat. Rakyat dibiarkan hidup melata laksana kambing meragut rumput di luar pagar. TV menyediakan segala macam hiburan. Golongan hedonis dibela dan dilonjak dalam masyarakat. Pusat-pusat perjudian dibiarkan berkembang biak. Arak dan judi dijual bebas kepada semua lapisan masyarakat. Akidah tidak dipelihara dan pemurtadan tidak dapat dikawal.

Lalu, pada saatnya keluar kata-kata escapism “itu semua adalah persoalan iman masing-masing”.

Mana tarbiah?

Aku hanya insan biasa

August 26, 2009




Aku bukan putera raja
Aku cuma anak gahara

Aku bukan orang kaya
Aku tiada harta berjuta

Aku bukan orang ternama
Yang selalu disanjung puja

Aku bukan ulama berjasa
Yang menitipkan ilmu ambiya

Aku bukan mursyid mulia
Menuntun salik mentazkiah jiwa

Aku bukan wali suci
Terzahir keramat menjadi sakti

Aku bukan seorang mahaguru
Mewarisi pusaka keris Siguntang Mahameru

Aku bukan pencetus ideologi
Dianut manusia politik bebiri

Aku bukan seorang khalifah
Peneraju ummat memimpin wehdah

Aku bukan pejuang shahid
Menyerbu medan perang salib

Aku bukan pohon ara
Pucuk menjulang mengakar buana

Aku bukan banjaran titiwangsa
teguh waqar pagi senja

Aku umpama semut melata
Aku hanya rumput paya
Aku kedidi dalam rimba
Aku daun antara sejuta
Aku pasir bukan permata
Aku lumut bukan mutiara


Aku tak punya sayap ajaib
Buat terbang ke langit maghrib

Aku tak punya insang ikan
Buat menyelam ke laut dalam


Jika itu hukuman hudud, bolehkah merayu?

August 25, 2009


Melaksanakan hukuman syariah berdepan dengan pelbagai halangan. Salah satu halangan utama ialah kengganan pihak yang bertanggungjawab melaksanakannya. Itulah sebab utama kenapa sehingga hari ini hukuman syariah tidak dapat ditegakkan di Malaysia, biarpun sering diwar-warkan bahawa Malaysia sebuah negara Islam.

Kewujudan mahkamah syariah di Malaysia bukanlah mempunyai kuasa menjatuhkan hukuman berdasarkan ketetapan syariat. Ia dibatasi dengan enakmen yang direka untuk menjadikan mahkamah Syariah sekadar menjatuhkan hukuman yang diperuntukkan dalam enakmen dan bukan penegak hukum Allah.

Dalam kes baru-baru ini, melibatkan seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijatuhkan hukuman enam kali sebatan dan denda RM5000.00 atas kesalahan minum arak, mendedahkan sikap dan tahap kefahaman pihak tertentu tentang hukum syariah.

Miskipun pelaku jenayah syariah telah mengaku salah dan minta dijatuhi hukuman, masih banyak alasan agar tidak dijatuhi hukuman. Ada kalangan tertentu mengesyorkan rayuan dibuat agar hukuman tidak dijatuhkan. Ada pula memberikan alasan hukuman tidak dapat dijalankan kerana menghormati bulan Ramadhan. Ada pula, lebih melucukan, memberikan alasan tiada tukang sebat.

Sesunguhnya, hukuman enam kali sebatan dan denda RM5000.00 bukan berdasarkan syariat. Menurut beberapa riwayat Rasulullah SAW menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 40 kali bagi kesalahan minum arak. Hukuman itu diteruskan oleh Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khattab menyempurnakannya menjadi 80 kali sebatan. Sesetengah ulama menyimpulkan bahawa hukum hudud bagi peminum arak adalah 40 kali sebatan dan tambahan 40 lagi yang dilakukan oleh Umar al-Khattab adalah ta'zir. Justeru, hukuman bagi peminum arak tidaklah boleh kurang daripada 40 kali sebatan.
Minum arak adalah salah satu jenayah hudud dan hukumannya adalah berdasarkan ketetapan Allah yang disebutkan dalam hadis. Apabila disebutkan hukuman hudud, ia bukan jenis ta'zir yang boleh dibuat berdasarkan pertimbangan akal manusia. Ia juga tidak punya ruang untuk merayu. Hukuman hudud hanya boleh dielakkan sebelum sampai ke mahkamah. Bila sudah sampai ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman, ia tidak boleh dimaafkan maupun dirayu. Hukuman tersebut bukan hukuman yang dipersetujui oleh para fuqaha. Cuma itulah hukuman yang ada dan ia tentunya lebih baik daripada tiada langsung.


BERNAMA melaporkan:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan kerana meminum arak dan tidak sepatutnya redha semata-mata untuk dihukum.

Perdana Menteri, menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan menambah kata soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.

Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.

Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.

Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.

Mengenai cadangan pembinaan jambatan antara Indonesia dan Semenanjung Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Najib berkata ia merupakan inisiatif swasta setakat ini.

Kerajaan pusat akan mengkaji perkara itu sekiranya terdapat cadangan tetapi setakat ini belum ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan pusat, katanya.