Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

GUNAKAN AKAL UNTUK MENGOLAH KHABAR.

November 6, 2014


Jika akal kita berfungsi dengan baik, kita tidak akan mudah percaya setiap khabar masa kini yang dilaporkan oleh media yang beragam jenis. Khabar tentang apa yang berlaku pada masa kini pun banyak pembohongan, apatah lagi khabar tentang satu yang telah jadi sejarah. Lebih-lebih lagi kalau sejarah itu telah berlalu ratusan dan malahan ribuan tahun.

Malangnya, kerana akal tidak berfungsi dengan baik, orang mudah percaya sesuatu cerita. Imunisasi akal sangat lemah dan dengan itu virus khabar dusta mudah menerobos. Kegagalan memaksimakan fungsi akal ini telah menyebabkan ramai orang dipersendakankan oleh cerita-cerita kontemporari yang didengarnya. Orang yang sebegini, tatkala gagal menepis permainan khabar berita masakini, ketika menggulati riwayat sejarah, dia akan lebih tak mampu dan gagal dalam menepis permainannya.

Sebab itu, hari ini kita lihat ramai orang berkelahi hanya disebabkan berita yang didengar.  Para "namimah" yang terlatih dan menjadikan adu domba sebagai kerjayanya berjaya men'tafriq'kan hati-hati mangsa. Jika adu domba itu hanya dosa kecil, kesan daripada adu domba itu menjejerkan sebaris dosa besar yang berliku.

Mereka yang lemah akallah yang percaya riwayat bulat-bulat bahawa Hussin bin Ali telah dibunuh atas arahan Yazid bin Mu'awiyah.  Lalu, 10 Muharam saban tahun meratapi kematian Hussin dan mengulangi cercaan ke atas Yazid. Riwayat sejarah pembunuhan Hussin itu telah berbaur tinta orang-orang yang berkepentingan dan menyimpan hasad dalam hati mereka. Lalu, apakah kita yang menerima lipur lara sejarah pada masa kini mahu meneguk mabuk semuanya?

Belum lama masa berlalu, cerita sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita ini pun banyak putarbelitnya. Anda akan dapati bagaimana mereka yang bercerita tentang pejuang kemerdekaan melenyapkan sekian banyak nama tokoh pejuang dan mengangkat tokoh tertentu sahaja. Sejarah kemerdekaan yang belum pun seratus tahun berlalu telah dicemari virus pembohongan. Apatah lagi sejarah-sejarah yang menjangkau masa panjang sebelum kita.

Kerana itu, saya katakan, kita hendaklah berfikir ketika berta'amul dengan khabar. Tidak kiralah khabar kontemporeri atau khabar zaman bahari. Jangan terlalu percaya dan jangan tidak mahu percaya sama sekali. Ber'tawassut'lah dalam menelannya atau menjeluakkannya. Orang yang berfungsi akalnya, akan sentiasa berwaspada mengenai kemungkinan penyerapan anasir dusta dalam periwayatan.

Sedangkan hadis nabi pun orang berbuat dusta. Apalah hendak dihairankan dengan catatan para wartawan dalam surat khabar. Apalah  mustahilnya riwayat para sejarawan untuk didustakan oleh para pendusta durja. Maka, jadilah orang berakal. Berakallah seperti para pengumpul hadis nabi yang menguras jerih membahas sanad dan matan.

Marilah menapis khabar dengan akal yang berfikir.


DAGING PARA ULAMA BERACUN.

May 25, 2014

Ibn 'Asakir (Meninggal tahun 571 H) telah menyebutkan dalam kitabnya "Tabyinu Kazbil Muftara" sebuah ibarat yang masyhur:

لحوم العلماء مسمومة

"Daging para ulama itu beracun".

Sepanjang sejarah, ramai ulama yang daging diratah oleh para pelahap. Bukanlah bermaksud mereka makan daging ulama itu. Sebaliknya ialah mereka mengumpati para ulama. Mengumpat adalah seperti makan daging orang yang telah mati sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerena sebahagian dari prasangka itu dosa. Janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat keji satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hujrat: Ayat 12)

Mengumpat orang-orang yang bukan ulama adalah seperti makan daging mayatnya. Maka, mengumpat para ulama, mengejinya dan menuduhnya sesat adalah seperti makan daging mayatnya yang beracun. Maksudnya, bahayanya lebih besar. Ini kerana, jika orang biasa yang bukan ulama diumpatkan, maka, ia hanyalah mencemarkan nama baik orang tersebut. Tetapi, jika ulama yang diumpatkan, ia mencemar nama baik syariat Islam yang dibawa oleh ulama tersebut.

Sebab itu, mengumpat ulama adalah seperti makan daging mayat yang beracun.

Jika ada orang yang suka menyesatkan ulama panutan ummat atau panutan sebahagian besar ummat ini, makan janganlah anda tumpang sekaki makan hidangan daging mayat beracun yang sedang diratahnya. Menjauhilah dia dan jauhilah kenduri makan mayat beracun itu. Anda tidak akan mendapat kesembuhan dari sakit anda dengan makan makanan beracun.

Sementara yang disebut ulama itu boleh dipecahkan kepada tiga golongan:

a) Ulama Millah- yang membela Islam biarpun menyongsang kehendak daulah dan kemahuan ummat.

b) Ulama Daulah-Yang membela daulah dan berfatwa demi kepentingan daulah.

c) Ulama ummah-Yang membela ummah dan mencari fatwa supaya ummat merasa puas dan sukakannya.

Ulama Millah, itulah yang dagingnya beracun.  Berhati-hatilah ketika memperkatakan mengenai mereka.

Kuliah Subuh: Derhaka Sang Telunjuk

March 23, 2014

Ketika nabi Nuh a.s menyampaikan dakwah kepada kaumnya, mereka menolak dakwah nabi nuh a.s. Penolakkan itu digambarkan menerusi firman Allah S.W.T:

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَاراً

(Nuh berkata) Dan Sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan jari jemari mereka ke dalam telinga mereka dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat.

(Surah Nuh: Ayat 7)

Memasukkan jari jemari ke dalam telinga adalah satu yang tidak mungkin. Lubang telinga hanya muat untuk satu jari setiap satunya. Namun, Allah menggambarkan bahawa kaum Nuh telah memasukkan semua jari tangan mereka ke dalam telinga. Teknik bahasa yang sebegini, dalam ilmu balaghah Arab disebut sebagai:

إطلاق الكل وإرادة الجزء

" Sebut semua tetapi yang dikehendaki hanya sebahagian".

Allah menyebutkan semua kerana beberapa sebab. Antara sebab yang boleh kita fahami adalah:

1) Untuk menggambarkan betapa melampaunya penolakkan kaum nabi Nuh terhadap dakwah nabi Nuh.

2) Menyatakan secara tersirat bahawa pendokong kejahatan akan bertanggungjawab atas kejahatan yang dilakukan oleh si pembuat kejahatan.

Kita katakanlah, jari yang dimasukkan ke dalam telinga itu hanya jari telunjuk. Memang kebiasaannya jari telunjuklah yang digunakan untuk menutup lubang telinga, miskipun jari lain juga mungkin boleh diguna. Perbuatan jari telunjuk menutup lubang telinga itu satu penderhakaan dan jari jemari lain pula menyokong onar jari telunjuk atau sekurang-kurangnya tidak mencegah perbuatan bejat sang telunjuk. Lalu, beban dosa itu dipikulkan kepada semua jari.

Demikian halnya dalam kehidupan kita ini. Barangkali kita tidak melakukan satu kejahatan tetapi membiarkan orang lain melakukan kejahatan tanpa usaha mencegah, akan menarik kita terlibat sama. Apatah lagi kalau kita menyokong perbuatan jahat itu.

Para pemuja hedonisme menganjurkan konsert FMFA (Future Music Festival Asia) 2014. Kita diam meredhakan. Kita menyokong mereka yang melakukannya dengan sumbangan sekecil apapun. Maka, sekalipun kita tidak hadir dalam program yang berbau wain durjana kemaksiatan itu, kita adalah terlibat sama.

Kita laksana jari jemari yang mendokong kederhakaan jari telunjuk!

Sungguh malang menjadi jamari yang menyokong kejahatan. Gunakan jari anda dengan sebaik-baiknya. Jari anda akan menentukan di mana anda. Anda bersama pendokong amal soleh atau bersama pendokong agenda dajjal.

BANI TAMIM

March 22, 2014

Rasulullah SAW memuji Bani Tamim, satu di antara sekian banyak suku bangsa Arab. Abu Hurairah meriwayatkan dalam hadis yang muttafaq alaih:

لاَ أَزَالُ أُحِبّ بَنِي تَمِيمٍ مِنْ ثَلاَثٍ. سَمِعْتُهُنّ مِنْ رَسُولِ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: سَمِعْتُ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: "هُمْ أَشَدّ أُمّتِي عَلَىَ الدّجّالِ" قَالَ: وَجَاءَتْ صَدَقَاتُهُمْ فَقَالَ النّبِيّ صلى الله عليه وسلم: "هَذِهِ صَدَقَاتُ قَوْمِنَا" قَالَ: وَكَانَتْ سَبِيّةٌ مِنْهُمْ عِنْدَ عَائِشَةَ. فَقَالَ رَسُولُ اللّهِ صلى الله عليه وسلم: "أَعْتِقِيهَا فَإِنّهَا مِنْ وَلَدِ إِسْمَاعِيلَ

" Aku sentiasa cintakan Bani Tamim kerana tiga sebab. Aku mendengar sebab-sebab itu dari Rasulullah SAW. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:-sebab pertama-Mereka (Bani Tamim) adalah yang paling kuat dari kalangan ummatku dalam menentang dajjal. Berkata (Abu Hurairah lagi)-sebab kedua-telah datang zakat dari bani Tamim, lalu Rasulullah SAW berkata: Inilah zakat dari kaum kami. Berkata Abu Hurairah lagi-Sebab ketiga-Seorang tawanan perempuan dari kalangan mereka telah jatuh ke tangan A'ishah r.a maka Rasulullah SAW bersabda kepada A'ishah: Bebaskanlah dia, sesungguhnya dia adalah dari anak-anak nabi Ismail".

Lelaki-lelaki Bani Tamim adalah pahlawan ummat. Merekalah pembela Islam yang paling gagah berdepan dengan para dajjalin dan dajal akhir zaman. Sudah tentu untuk melawan para dajjal itu, memerlukan keyakinan tauhid yang tinggi dan semangat yang kuat.

Dalam sebuah hadis lain yang juga diriwayatkan oleh Abu Huraira dan dikeluarkan oleh Muslim dan At-Tabrani, Rasulullah SAW bersabda:

هم أشد الناس قتالاً في الملاحم

" Mereka adalah manusia yang paling kuat berperang dalam peristiwa "al-Malahim".

Al-Malahim adalah peperangan yang bersiri membawa kepada Mulhamah Al-Kubra yang disebutkan dalam hadis sebagai peperangan yang melibatkan tentera Islam dengan tentera Rom.

Ironinya, melihat pujian Rasulullah buat suku Bani Tamim, dalam dunia Melayu yang "syok sendiri" ini, kita sering dengar pula ada kalangan Melayu yang tidak tahu hujung pangkal, mencemuh rijal-rijal yang lahir sepanjang sejarah termasuk dari kalangan Bani Tamim.

Di antara rijal yang paling banyak dicederakan namanya adalah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab At-Tamimi, pengasas gerakan tajdid di Arab Saudi yang kemudian mendapat gelaran buruk sebagai Wahhabi dari musuh-musuhnya. Sedangkan...yang mencemuhnya hanya satu suku gasar yang tercerok di rantau timur (kita yang bernama Melayu) dan tidak mendapat secebis pujian pun dari lisan Rasulullah SAW.

Perhatikanlah keberadaan kita sebelum hanyut dalam mencemuh rijal yang pernah dilahirkan oleh suku-suku yang mendapat pujian khusus dari lisan Rasulullah SAW.



JANGAN BERANDILKAN PEMIMPIN DAN SYEIKH

March 2, 2014

Taqlid, ada yang mahmud (dipuji) dan ada yang mazmum(dicela). Taqlid yang yang mahmud itu adalah mengikut seseorang berdasarkan kebenaran hujahnya berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Manakala taqlid yang mazmum itu adalah mengikut seseorang yang lain sekalipun bertentangan dan nas Al-Quran dan hadis.

Dengan kata lain, sandarannya adalah perkataan orang itu dan tidak diselak lagi lembaran Quran dan hadis untuk mengetahui apa yang dibicarakan mengenainya.

Sesungguhnya bertaqlid kepada pemimpin yang menyesatkan akan mendatangkan penyesalan yang besar di hari kemudian. Ramai orang tersesat kerana pemimpinnya. Kerana itu kerap kali Allah memperingatkan bahayanya mengikut pemimpin tanpa dicerminkan kepada sumber wahyu.

Firman Allah SWT:

يَوْمَ تُقَلّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النّارِ يَقُولُونَ يَلَيْتَنَآ أَطَعْنَا اللّهَ وَأَطَعْنَا الرّسُولاَ * وَقَالُواْ رَبّنَآ إِنّآ أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلّونَا السّبِيلاْ * رَبّنَآ آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْناً كَبِيراً

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". Dan mereka berkata;:"Ya Tuhan kami, Sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar".
(Surah Al-Ahzab: 66-68)

Menurut Ibn Kathir" Pemimpin dan pembesar" yang dimaksudkan itu ialah Syeikh-syeikh yang disangkakan oleh pengikutnya memiliki sesuatu kebenaran dan mereka sedang meniti kebenaran dengan mengikut syeikh-syeikh mereka, sedangkan mereka jauh dari titian kebenaran.

Memang ada kalangan rakyat yang disesatkan oleh pemimpin negara mereka. Namun, sebahagian kesesatan tersebut adalah dalam hal ehwal 'siasatud dunya'. Sebaliknya para masyaikh yang menyesatkan pengikutnya, mereka menyesatkan dalam tanggungjawab "mengiqamahkah agama". Agama yang sepatutnya dipasakkan kepada Sunnah baginda Rasul dialihkan agar memenuhi kehendak masyayikh.

Oleh itu, kita hendaklah bersungguh mencari kebenaran melalui rujukan nas, terutama hadis yang merupakan tafsiran unggul buat Al-Quran. Setelah itu, kita menilai perkataan generasi salafus soleh sebagai andil dan berwaspada dengan perkataan muta'akhirin. Penyimpangan dari kefahaman orang mutaqaddimin dari kalangan salafus soleh adalah jalan kabur yang berpotensi besar membawa kepada kesesatan.

NASIHAT BUAT PARA GURU YANG MOHON TUKAR.

October 3, 2012

Sahabat-sahabat guru Semenanjung...

Sudah berapa lama khidmatmu sebagai guru kau tebarkan di bumi Sabah ini? Apakah sudah berbuah pohon generasi yang kau semaikan? Kalau pun tidak berbuah, sudahkah ia berbunga? Barangkali, perasaanmu merasakan sudah lama benar di bumi perantauan. Tiga tahun tidak lama. Lima  tahun pun belum cukup lama. Sepuluh tahun mungkin lama. Namun, berapa lama pun dirimu terlantar di bumi orang, jangan sampai hilang pertimbangan. Tindak tanduk hendaklah dipandu dengan akal dan keimanan.

Di kala lama masa sudah mula dirasai, berbondong-bondonglah para guru asal Semenanjung yang berkhidmat di Sabah dan juga Sarawak mengemukakan borang permohonan untuk perpindahan balik berkhidmat di Semanjung. Hal yang sama juga berlaku bagi mana-mana guru yang berkhidmat di negeri Semenanjung yang mahu kembali lebih dekat dengan rumah tempat ibunya melahirkannya. Memang begitulah, tinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya ke belakang kerbau juga tempat hinggapnya. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri.

Apa yang mengesalkan, dalam proses memohon balik ke Semenanjung ini, terdapat sebilangan para guru yang hilang pertimbangan. Demi melunaskan keinginannya untuk balik ke negeri sendiri, terdapat guru yang mencalit diri dengan dosa besar melakar rasuah dalam tugas sucinya. Mungkin ada alasan-alasan yang menyandarkannya kepada konsep darurat dan sebagainya. Namun, rasuah tetap dosa dan darurat tidak boleh menjadi jalan keluar gamblang untuk mengghalalkannya. Lebih-lebih lagi darurat digunakan untuk kepentingan peribadi yang sempit.

Apa maknanya jika pegawai atau individu tertentu yang bertugas di bahagian pertukaran disogok sejumlah wang agar pertukaran menjadi lestari? Dengan sewenang-wenangnya, sogokan tersebut ditafsirkan pula sebagai wang pengurusan. Apa yang mahu diuruskan lagi dengan wang tersebut padahal pegawai tersebut telah dibayar gaji untuk menjalankan kerjanya? Hanya kerana dia akan membuat kerja luar biasa, mungkin, maka wang pengurusan diperlukan. Kalau sudah kerja luar biasa yang akan dia buat, itu ertinya dia telah khianat dengan amanah tugasannya. Jika kita bayar untuk dia khianat dalam tugasannya, apakah kita boleh merasa selamat dari dosanya khianat dalam tugasannya?

Itulah adalah rasuah! Ia tetap rasuah sekalipun tujuannya adalah untuk mendekatkan suami isteri yang telah sekian lama berjauhan. 

Ada pula kecenderungan kalangan guru-guru yang minta tukar untuk dapatkan sokongan dari orang politik. Pertolongan itu ditafsirkan sebagai istighasah yang merupakan amalan yang dibenarkan syarak. Surat sokongan tokoh poilitik dikepilkan bersama surat permohonan pertukaran. Tanpa rasa bersalah, perbuatan tersebut dibuat oleh ramai pemohon pertukaran.

Kenapa minta tolong ahli politik? Kenapa tidak minta tolong dengan pegawai yang menguruskan pertukaran itu sendiri kerana menukarkan orang memang tugas dan kerjanya yang diamanahkan kepadanya! Apabila ada surat sokongan ahli politik disertakan dalam permohonan pertukaran, ia merupakan satu perbuatan campurtangan orang yang tidak berkenaan dalam tugasan pegawai. Ahli politik itu menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mengubah sesuatu keputusan yang sepatutnya berlainan. Pegawai yang menjalankan tugas pertukaran juga tidak bebas dan dibayangi ketakutan, malu alah, tekanan dan sebagainya. 

Ini satu pencerobohan terhadap bidang kuasa orang lain dengan menggunakan  pengaruh dan kedudukan diri. Siapa yang minta sokongan ahli politik untuk tujuan tersebut, dia telah menyuburkan budaya ahli politik menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk tujuan yang salah. Ahli politik tersebut tidak ada kena mengena dengan bidang pertukaran. Hanya kerana dia menteri, setiausaha politik kepada menteri dan sebagainya, maka dia dirasakan boleh menggunakan pengaruh dan kedudukannya ke atas penjawat awam. Ini salah dan ini menjahanamkan negara.

Jika semua orang mengamalkan budaya ini, negara tidak perlu lagi peraturan pertukaran. Kuasa dan pengaruh orang politik menjadi jawapan kepada semuanya. Jika itu terjadi, rasuah akan merajalela. Ahli politik akan merasakan kedudukan dan pengaruhnya sangat bermanfaat dan tentunya akan sampai satu peringkat dia merasakan perlu mengurusniagakannya. Kala itu, rasuah akan menyubur dan membarah dalam masyarakat.

Subhanallah!Ppara guru mendidik generasi jadi manusia baik, beriman dan generasi pemimpin negara akan datang. Bagaimana akan lahir generasi yang baik dari didikan guru yang menyemai watak ahli politik perasuah dan menyalahgunakan kuasa?

Meneliti secara cermat dan lebih dekat, kita akan dapat mengenal pasti ada perbuatan rasuah tersirat di sebalik surat sokongan orang politik ini. Sudah tentu sokongan ahli politik itu mengharapkan bayaran.  Pemohon pertukaran minta surat sokongan dan secara tersirat menawarkan harapan kepada orang politik itu bahawa dia akan menyokongnya dalam pilihanraya (sekalipun nantinya parti atau ahli politik lain yang diundinya). Orang politik berikan sokongan pertukaran guru dengan bayaran harapan tersebut. Sudah ada pertukaran barang di sini biarpun kita tidak nampak zat barangnya. Duit harapan sokongan dalam pilihanraya dihulurkan guru dan orang politik pula serahkan projek pertukaran kepada guru berkenaan.

Tidakkah hal ini menyerupai amalan rasuah politik yang sering kita dengar?  Seorang ahli perniagaan jumpa menteri minta projek. Patut projek tersebut milik orang lain. Tapi kerana dihulur sejumlah wang, dengan kuasa, pengaruh dan kedudukan menteri itu, projek tersebut diberikan kepada ahli perniagaan tadi yang mana sebenarnya sedang bersaing mendapatkan projek tersebut dengan rakan-rakan perniagaannya.

Seorang guru jumpa atau telefon menteri atau orang politik. Minta tukar. Dengan muka kasihan, janji muluk untuk sokong menteri tersebut dalam pilihanraya, atau tunjuk muka baik dengannnya hingga menteri itu merasakan orang ini ada harapan jadi pengundinya, maka itulah huluran rasuah. Apabila menteri atau orang politik itu keluarkan surat sokongan dan ditambah pula telifon pegawai pertukaran guru supaya orang ini dipindahkan balik Semenanjung, maka itulah umpama projek yang diberi secara salah, bawah meja, pintu belakang dan khianat oleh menteri itu. Kalau kelak, dengan sokongan ahli politik itu, guru berkenaan dapat ditukarkan ke tempat yang diingininya, guru itu akan berkecenderungan untu merasa terhutang budi kepada ahli politik tersebut. Perasaan terhutang budi orag lain merupakan harta yang sangat penting buat para ahli politik.

Maknanya, kalau minta tukar, guna pengaruh menteri dan orang politik, itu adalah salah. Salah. Salah. Salah. Ia adalah rasuah. Ia khianat dalam proses pertukaran yang sepatutnya telus dan adil. Ia subhat dalam pekerjaan dosa. Ia bukan usaha mendapat hak diri sendiri tetapi upaya pintu belakang mengambil hak yang entahkan sepatutnya milik orang lain.

Pertukaran yang ditentukan Allah adalah terbaik. Keimanan yang sejati, tahan godaan dan sabar merupakan ramuan-ramuan untuk menongkah kecenderungan ramai menggunakan cara salah untuk menukarkan dirinya balik ke Semenanjung. Jika sudah sampai takdir Allah SWT, kita akan ditukarkan. Boleh jadi yang kita suka itu buruk untuk kita. Boleh jadi pula yang kita tidak suka itu, ia baik untuk kita. 

Perhatikan diri masing-masing wahai para guru yang mendapat pertukaran secara salah. Memberi rasuah dan menunggangi pengaruh orang politik untuk pertukaran tidak boleh diterima sebagai usaha ikhtiar yang halal. Bahawa, sebarang khilaf, duka nestapa dalam tugas di tempat baru serta sebagainya yang dilihat merugikan diri, adalah natijah daripada menyongsang takdir secara paksa. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah tempat kita panjatkan permohonan. Isi borang online, hantar secara manual kepada pegawai bertugas, pergi Putrajaya atau Cyberjaya bertemu pegawai bertanggungjawab untuk minta pertimbangannya dengan tulus ikhlas, adalah usaha dan ikhtiar yang berada dalam landasan yang betul. Ia betul kerana mereka adalah ahli dalam menukarkan guru. Mereka memang ditugaskan untuk itu. 

Apabila kita dapat pekerjaan secara khianat, apakah hukumnya gaji yang kita makan saban bulan. Fikirkan, jika kita rampas dusun duiran seseorang, lalu kita makan hasilnya, apakah halal untuk kita? Demikian hal jika kita bertukar tempat bertugas dengan cara yang salah, rasuah dan khianat orang politik menggunakan pengaruh dan kedudukannya, maka apakah kedudukan pendapatan pekerjaan di tempat baru itu?

Tepuk dada tanya iman. Tidaklah aku paksakan lontaran ini dianut oleh guru-guru yang mohon pertukaran. Namun, lapangkan dada dan fikirkan dengan fikiran yang jernih. Usah didorong kepentingan diri yang amat terdesak mahu lunaskan impian diri. Iman dan takwa akan menjawab duduk perkara dalam persoalan ini.

Semoga Allah pelihara daku dan saudara-sadaraku para pendidik....

Beberapa panduan sempena Eidul Fitri

August 19, 2012


1. Apabila tenggelam matahari akhir Ramadhan, masuklah 1 Syawal maka disunatkan memperbanyakkan takbir sehinggalah waktu solat sunat hari raya hendak didirikan.

2. Tiada kelebihan khusus menghidupkan malam hari raya dengan amal ibadat. Dakwaan kelebihannya adalah bersandarkan hadis yang tidak saheh.

3. Haram berpuasa di hari raya.

4. Solat sunat hari raya adalah muakkad bagi lelaki mahupun perempuan.

5. Solat sunat Eidul Fitri sunat dilambatkan sedikit berbanding solat sunat Eidul Adha.

6. Disunatkan makan buah tamar mengikut jumlah ganjil sebelum keluar untuk solat hari raya.

7. Disunatkan mandi, pakai wangian dan pakai pakaian baru untuk keluar solat hari raya.

8. Disunatkan berjalan kaki menuju tempat solat jika dekat.

9. Disunatkan pergi dan pulang melalui jalan yang berbeza.

10. Disunatkan keluar ke tempat solat hari raya beramai-ramai, lelaki, perempuan dan kanak-kanak.

11. Melakukan solat sunat mengikut kaifiatnya iaitu 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua. Diselangi antara setiap takbir tersebut ialah tasbih.

12.Tidak disunatkan azan maupun iqamah sebelum solat sunat hari raya. Memadai dengan menyebut “Assolatul Jami’ah”.

13. Tidak ada solat sunat qabliah maupun ba’diah kecuali solat sunat tahiyyatul masjid jika dilakukan dalam masjid.

14. Mendengar khutbah adalah sunat. Siapa berkelapangan disunatkan duduk mendengar dan siapa punya urusan boleh beredar.

15. Jika tidak sempat solat hari raya hari pertama, boleh qadha pada hari kedua, secara sendirian atau berjema’ah dan tiada khutbah.

16. Jika hari raya jatuh pada hari Jumuat, gugurlah kewajipan jumuat untuk mereka yang sudah solat hari raya tetapi solat zohor tidak gugur sekali-kali.

17. Digalakan untuk berbelanja lebih untuk keluarga, beri mereka makan atau pemainan (yang halal) dengan tujuan menzahirkan kegembiraan di hari raya.

18.Apabila bertemu antara satu sama lain, ucapkan tahniah. Ucapan terbaik adalah “taqabbalallahu minkum”. Dijawab: “minna wa minkum…”.

19. Janganlah berhari raya dengan mengunjungi tempat maksiat atau melakukan perkara yang haram seperti pergaulan bebas lelaki perempuan, bersalaman sesama bukan muhram dan meninggalkan solat fardhu.

20. Tidak disunatkan ziarah kubur pada hari raya. Amalan adat menzirahi kubur di hari raya sehingga terzahir semacam pesta ziarah kubur di hari raya adalah menyalahi sunnah. Bukan masanya di hari raya untuk bersedih mengenangkan orang mati.

21. Gunakan hari raya untuk menziarahi mereka yang hidup, menghubungkan silaturrahim dengan ibu bapa, kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain. Zahirkan rasa gembira dalam ziarah yang dilakukan.


PANDUAN SOLAT SUNAT EIDUL FITRI

Rakaat Pertama

1. Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram
(Allahuakbar) berserta niat

2. Membaca doa Iftitah.

3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih:

4. Membaca surah al- Fatihah.

5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain).

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram
solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang
lain).

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.

TAKBIR RAYA
 
Takbir Muqayyad: Iaitu takbir yang menyusul selepas selesai solat. Waktu bermulanya adalah selepas solat fajar hari ke 9 Zulhijjah (hari Arafah)dan berakhir bila tenggelam matahari 13 Zulhijjah. Ini adalah bagi yang bukan  mengerjakan haji. Bagi yang mengerjakan  haji, waktu mulanya ialah dari waktu Zohor hari 10 Zulhijjah (hari Nahar).

Takbir Mutlak: Takbir mutlaq dinamakan juga takbir Mursal. Ia adalah takbir yang tidak menyusul  solat. Ia boleh  dilakukan semasa  di rumah,  masjid, jalan-jalan dan sebagainya. Bagi hari raya Adha, ia bermula dari jatuh matahari 1 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari hari tasyriq terakhir.  Sementara bagi hari raya Puasa, waktu bermulanya ialah dari tenggelam matahari hari terakhir Ramadhan dan tamat apabila solat hari raya dilaksanakan.

* Pada hari raya Fitrah, tiada takbir Muqayyad. Maka tidak disunatkan bertakbir menyusul solat.


LAFAZ TAKBIR
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ 
 
LIMA PERKARA UNTUK DIAMALKAN SESUDAH RAMADHAN

i) Memelihara solat lima waktu secara berjemaah di masjid terutamanya solat Subuh. Semasa Ramadhan kita mampu, kenapa tidak sesudah Ramadhan. Jika tidak mampu juga, dirikanlah solat tepat pada waktunya di mana anda berada dengan sunat rawatib sebagai pengapitnya. Amalkan ini dengan istiqamah sepuluh hari selepas Ramadhan, insya Allah akan tetaplah hati minggu-minggu sesudah itu.

ii) Teruskan membaca al-Quran. Al-Quran bukan untuk Ramadhan sahaja tatapi untuk semua bulan. Bacalah setiap hari satu, dua atau tiga juzuk. Jika tidak mampu, bacalah walau satu muka surat setiap hari. Anda sekarang ingin memperlihatkan kepada Syaitan bahawa anda telah berubah dan dengan itu kecewalah sang Syaitan.

iii) Bersungguh-sungguhlah sesudah Ramadhan untuk mengamalkan zikir pagi dan petang. Amalkanlah zikir sebelum tidur, keluar rumah dan sebagainya. Pergunakanlah waktu lapangmu di tempat kerja atau dalam perjalanan ketempat kerja untuk berzikir.

iv) Pilihlah sahabat sesudah Ramadhan dari kalangan yang dapat membantumu ke arah kebaikan dan taat. Sesungguh orang beriman itu seumpama batu bata bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain. Pepatah pujangga ada menyebut bahawa barang siapa bersahabat dengan penjual wangian dia akan mendapat bau wangian itu, tetapi barang siapa bersahabat dengan tukang besi, dia akan mendapat percikan apinya. Tanamkan niat yang baik dalam dirimu, nescaya Allah kurniakan sahabat yang baik untukmu.

iv) Jadikan berdoa sebagai amalan setiap hari. Khususkan waktu-waktu tertentu untuk berdoa.




Berkata Basyr Al-Hafi:

Seburuk-buruk manusia adalah yang tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya melainkan pada bulan Ramadhan. Sesungguhnya orang yang soleh adalah yang beribadat dan bersungguh-sungguh dalam ibadatnya sepanjang tahun.
 

Jangan Tinggalkan Daku!

August 15, 2012

Ramadhan kian menginjak ke penghujungnya. Dari kiraan minggu menjadi hari. Dari hitungan hari akan menjadi helaan jam demi jam. Di kala takbir Eidul Fitri mula berkumandang, itulah saatnya Ramadhan melabuhkan tirainya. Gerbang syurga yang terbuka luas kembali tertutup. Tidak ada lagi pintu Rayyan yang dibukakan khusus buat insan berpuasa. Pintu-pintu neraka yang selama ini ditutup, pun dibuka semula. Maka, syaitan-syaitan dan jin derhaka pun kembali bercempera mencuri peluang tipu daya.

Sejurus Ramadhan yang kembali ke perkampungannya, tinggallah kita meneruskan perjalanan menempa bulan demi bulan sehingga kalau ditakdirkan Tuhan, akan bertemu lagi Ramadhan saat ia kembali semula. Oleh itu, dengarlah suara-suara teriak tangis yang bersenandung bersama sirnanya Ramadhan.

"Jangan tinggal daku!".

Segala amalan mulia sepanjang Ramadhan pun merintih. Puasa itu pokok amalan sepanjang Ramadhan.  Ia pun takut ditinggalkan. Maka lanjutkanlah dengan puasa 6 hari di bulan Syawal sebagai lambang dirgahayu buat Ramadhan. Menjaga lidah, amarah, pandangan mata, pendengaran telinga dan juga lintasan hati dari terjerumus noda, semua itu jangan ditinggalkan. Sebulan itu cuma latihan dan ia bukan cerminan diri. Sesiapa yang menghadam maksud, maka tertempalah pada amalan diri untuk 11 bulan berikutnya.

"Jangan tinggal daku!"

Masjid dan surau paling acap dizalimi. Ramadhan menjadi tempo singkat buatnya dikerumuni. Laksana artis terkenal atau pemimpin terkemuka, masjid dan surau menjadi kerumunan manusia untuk mendapat autograf rahmat, maghfirah dan kelepasan dari azab neraka. Sebagaimana saban tahun juga, manusia teramai hanya mengenali masjid dan surau di masa Ramadhan. Sudah menjadi madah pepatah, awal Ramadhan manusia penuh dan surut di penghujungnya. Akhirnya sirna bersama hilangnya hembusan Ramadhan.Hanya manusia yang terpilih sahaja yang Allah kekalkan dia menjadi pengunjung masjid dan surau untuk masa-masa seterusnya. Namun, itu sangat kecil jumlahnya.

"Jangan tinggal daku!"

Masa Ramadhan, lembaran Quran paling banyak dibelek dan dibaca. Tidak cukup dengan belek dan baca di atas sajdah, ia dilanjutkan dalam kereta dan ditempat kerja. Di masjid dan surau pula, berdengung suara alunan tadarus. Meriah amat orang meraikan Al-Quran. Tetapi, apakah pada Ramadhan sahaja Al-Quran dikenali? Padahal Al-Quran adalah kitab bacaan dan juga petunjuk sepanjang hayat. Quran jangan ditinggalkan walau sehari. Sehari ia dimahjurkan, tiga hari ia menyingkir dari kita!

"Jangan tinggalkan daku!"

Perempuan ini makhluk yang punya satu hal juga. Masa Ramadhan ramai yang pakai bersopan. Hormatkan Ramadhan katanya. Macam juga sesetengah orang perempuan hormatkan hari Jumuat dengan berpakaian menutup aurat atau separa menutup aurat. Tujuan menutup aurat bukan kerana Ramadhan, tetapi kerana Allah. Ramadhan pergi, Allah tetap hidup selama-lamanya. Amalan baik menutuo aurat masa Ramadhan itu janganlah ditinggalkan setelah Ramadhan. Sayang sekali penyucian diri yang dibuat sepanjang Ramadhan, akhirnya jadi percuma dan sia-sia.Hidup sebagai orang baik bukan hanya untuk sehari, tetapi ia seharusnya selagi hayat dikandung badan.

"Jangan tinggalkan daku!"

Bangun awal pagi, bersahur, itulah sunnah yang mulia. Ia juga baik untuk kesihatan. Di awal pagi, asid dalam perut dineutralkan dengan makanan yang masuk ke perut. Lepas sahur sempat pula ke masjid dan surau solat subuh berjemaah. Sahur melatih kita bangun pagi. Ia juga menjadi lambang jatidiri sebagai muslim yang sentiasa membedakan diri dari kelompok Yahudi dan Nasara.  Kalau sudah berlalu Ramadhan, amalan ini masih boleh diteruskan. Kalau pun tak mahu puasa, apa salahnya bangun waktu sahur. Makan waktu sahur itu sendiri punya kebaikannya. Kebaikan itu berganda dengan meraih pahala qiam sepanujang malam bila solat Subuh berjemaah di masjid. Amalan istimewa ini seharusnya diteruskan selama-lamanya.

"Jangan tinggalkan daku!"

Jangan tinggalkan puasa, lanjutkan dengan yang sunat. Jangan tinggalkan semangat 'ismah diri dari dosa, teruskan waspada.Jangan tinggalkan masjid dan surau, terus kunjungi untuk solat berjemaah lima waktu di sana. Jangan tinggalkan amalan baca Quran, ia adalah teman karib selagi hayat dan juga sesudah mati. Perempuan-perempuan, teruskan tutup aurat kalian. Sumber fitnah dunia banyak datang dari kalian. Amalan pemakanan yang baik seperti bersahur, boleh jadi amalan yang ditradisikan buat diri. Moga sihat dan dapat berbuat amal sebanyak mungkin semasa hayat ini.

Latihan Ramadhan jangan ditinggalkan!


Jika si luncai mahu terjun, berikan labunya

January 2, 2012


Ibarat sebatang kayu baruk yang hanyut tengah arus deras, pada satu saat ia akan hilang dipusar arus. Lalu akan terpendamlah ia di dasar lubuk menjadi artifak yang tidak berguna dan akhirnya reput bersalut lumpur sungai. Alangkah baiknya kalau kayu buruk itu menyatu bersama selonggokan kayu dan bambu lalu membentuk rakit. Sudah tentu ia akan hanyut sehingga ke kuala dan akan belayar di laut lepas mencari destinasi yang membahagiakan.

Kehidupan berjemaah itu demikianlah. Seseorang sendirian tidak akan ke mana betapa pun hebat. Kalau seorang itu mendakwa dirinya hebat, dia tidak lebih hebat daripada Imam Hasan Al-Banna yang menemui syahid dalam perjuangannya. Fikrah dan strateginya tidak sebanding fikrah dan strategi imam gerakan yang terkemuka itu. Maka, apalah alasan untuk menyongsang jamaah.

Biarlah mengalah demi jemaah. Maafkan 99 yang tidak disetujui  1 yang dipersetujui.  Mendabik dada rasa diri dan pendapat sendiri terbaik adalah perangai Iblis. 

Prof Dr. Zulkifli Muhammad diceritakan pernah mengemukakan idea agar PAS membuka kehlian bersekutunya semasa hayatnya dulu kira-kira 40 tahun yang lalu. Namun, ideanya ditolak mentah-mentah dan dia disangkakan yang macam-macam. Namun, miski pendapatnya yang menyonsang kehendak jama'ah itu diperlecehkan, dia tidak melompat menentang jamaah. Akhirnya, pendapatnya yang diperlecehkan itu diterima dan dilaksanakan 40 tahun kemudian.

Sabar dalam perjuangan itu amat berharga. Gelojoh dan gabra itu hanya merugikan diri dan menggangu perjuangan. Jika tidak dapat menghargai akhlak berjemaah, maka tidak ada nilainya lagi berada dalam jama'ah.

Kekadang...dari pecah berkecainya seketul batu besar akan melantun mutiara daripadanya.

Perjuangan Islam telah menempa liku yang sangat banyak. Dari kalangan pendokongnya, ramai yang menemui khatimah yang yang husna. Namun, ada juga yang tewas diperdaya hawa dan tipudaya musuh. Yang selamat itu kerana Allah memilihnya untuk diletakkan dalam zumrah para walinya. Yang tewas itu juga kerana Allah menyingkirnya. Bukan Allah menzaliminya tetapi kerana ia tidak menuruti jalan perjuangan itu dengan sunnah yang diwariskan para pendahulunya. 
Jamaah perjuangan Islam tidak akan rugi. Yang rugi adalah orang yang meraguinya dan lebih malang mengambil jalan menentangnya. 

Jika si luncai ingin terjun, berikan labunya. Lihat ke mana hanyut bersama labunya. Namun, sebelum jalan pulang tiada, nasihatilah si luncai. Terjun daripada bahtera perjuangan, tiada lagi tali yang akan menaikannya. 

Pergilah berkhulwat di Makkatul Mukarramah. Sucikan nafsu dan tenteramkan gejolak yang melanda. Sekadar itu keluhanku.


Asbab pertukaran bukan untuk diimani

May 28, 2011

"Ceh, tak guna, dah bermaca-macam cara aku buat untuk dapat tukar, tak dapat juga!", seorang guru melenting kerana gagal dalam permohonan pertukarannya. 

"Aku dah kemukakan bukti doktor bahawa ayahku sakit pun tak dapat!"

"Aku dah pasang 'cable' tapi mereka yang lain pasang 'cable' lagi besar!"

" Aku dah pergi sampai putrajaya, mohon agar pertukaranku diluluskan...mereka minta itu ini, aku bagi, keluar kepurtusan, aku tak dapat",

" Barangkali kena dapat tandatangan menteri pelajaran agaknya, baru dapat",

"Ah...ada kawan kita, isterinya kat sini, dia kat semenanjung, isterinya tak dapat juga!"

Demikianlah antara sebahagian luahan kalangan guru yang menginginkan pertukaran baru-baru ini tetapi gagal. Keputusan tidak memihak kepada kehendaknya. Padahal, harapan menggunung telah diletakkan agar dia ditukarkan balik kenegerinya. Atau setidak-tidaknya ke Semenanjung. Sudah bertahun-tahun berkhidmat di Sabah dan Sarawak, tentunya ingin sekali kembali ke negeri sendiri. Apakan daya, permohonan tidak diluluskan.

Ada yang marah. Ada yang redha. Yang marah, menyalahkan pihak-pihak yang menguruskan pertukaran. Ada yang menyimpan curiga ke atas guru besar dan pengetua yang dirasakan tidak menandatangani surat permohonan. Pegawai di JPN tidak kurang pula dituduh sebagai pilih kasih. 

Akhir sekali, terdapat pula kesimpulan bahawa kerajaan mahu jimat duit, maka pertukaran kebanyakan guru dibekukan.

Apapun alasan, kita seharusnya kembali kepada Allah SWT.  Kekadang, dalam menyusun harapan untuk ditukarkan, kita lupakan Allah. Kita rencanakan pelbagai cara dan asbab agar permohonan kita diluluskan, tetapi kita tidak mengadu kepada Allah. Sedangkan, pertukaran siang malam dan pergerakan segala sesuatu dalam alam ini diatur oleh Allah SWT. Lantaran terhalang dengan sangkaan, ramai hanya mencari-cari  asbab dalam lingkungan manusiawi. Kerana itulah ada yang merayu kepada menteri, dapatkan jaminan pegawai daripada JPN maupun Purajaya dan sebagainya. Usaha-usaha yang dilakukan, kekadang, memperlihatkan pergantungan maksima kepada kuasa manusia. Sedangkan kuasa mutlak milik Allah SWT.

"Saya sudah berdoa banyak, saya bangun solat malam selalu, dan berdoa kepada Allah agar ditukarkan...tapi tak berjaya juga", keluh seorang dengan penuh pasrah.

Allah maha bijaksana. Allah yang bijak tidak mengikut kehendak orang lain. Dia ada kehendaknya sendiri. Kehendaknya dipagari dengan pelbagai hikmah. Manusia yang gopoh dan gelisah selalu melupakan hakikat bahawa takdir Allah mengandungi hikmahnya.

Doa yang diungkapkan kepada Allah perlu ikhlas. Jangan hanya semasa sulit dan sukar kita bentangkan tangan berdoa kepadannya. Di kala senang kita lupa berdoa kepadanya. Jangan pula mulut berdoa sedangkan fikiran memikirkan manusia yang kita gantungkan harapan dan merencanakan pula asbab pertukaran melebihi daripada harapan kepada Allah SWT.

Tenangkan hati, mantapkan pendirian. Yakini bahawa takdir Allah adalah yang terbaik. Apa yang kita sangka baik untuk kita, belum tentu baik untuk kita. Apa yang kita kira buruk buat kita, boleh jadi baik buat kita. Jangan kecewa jika tidak berjaya ditukarkan. Mungkin ada kebaikan pada keberadaan kita di sini. Allah maha mengetahui. Kita hanya akan tahu hikmahnya  bila masa beralih masa.  

Amat penting juga, jangan menghinakan diri dengan merayu kepada pihak atasan. Buangkan pergantungan kepada makhluk. Makhluk yang kita rayu itu pun ada pelbagai harapan sendiri yang tidak terpenuhkan. Jadikan tempat kita mengadu hanya kepada Allah SWT. 

Perhatikanlah bumi ini, ia cukup luas. Semuanya milik Allah SWT. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Perjalanan kita di atasnya telahpun diatur oleh Allah SWT. Bertindaklah sebagai hamba Allah yang menjalankan amanahnya. Anggaplah bahawa Allah SWT mahu kita menebarkan khidmat beberapa masa lagi. Beberapa masa sehingga Dia mentakdirkan pertukaran. Percayakan ini dan yakini sesungguhnya.

Beimanlah kepada Allah sebagai pemutus segala. Buatlah asbab tetapi jangan imaninya.


Janganlah mengkagumi istidraj

July 7, 2010


وَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَأَوْلاَدُهُمْ إِنّمَا يُرِيدُ اللّهُ أَن يُعَذّبَهُمْ بِهَا فِي الدّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ
Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka, dalam keadaan kafir.
(Surah At-Taubah: Ayat 85)

Mereka yang tidak beriman dengan Allah, hidup kaya dan mewah di dunia.  Mereka melahirkan anak-anak yang ramai sehingga membentuk bangsa yang bertebaran di serata dunia. Kenapa?
Lihat sahaja Negara-negara maju dalam dunia. Mana negara ummat Islam yang boleh dibilangkan sebagai negara maju? Semuanya negara orang kafir. Negara mereka kaya dan makmur. Mereka menjadi kuasa ekonomi dunia. Amerika Syarikat menjadi negara terkuat dari segi ekonominya. Malah ia juga mengkagumkan dari segi ketenteraan, teknologi, tamaddun ilmu dan sebagainya. Seperti…dunia ini ia yang punya. Lihat pula negera Cina, ia adalah sebuah negara orang kafir kerana pemimpinnya adalah bukan Islam dan majority rakyatnya bukan Islam. Kini Cina sedang bangkit menjadi gergasi ekonomi dunia. Cina melahirkan bangsa yang menebar seluruh alam. Bangsa Han merupakan sekelompok bangsa yang terbesar di dunia!.
Negara Ummat Islam dalam keadaan lemah.  Ummat Islam menjadi ummat yang leceh dan diperlecehkan.  Walaupun dikatakan jumlah penganut Islam hari ini banyak sekali, namun banyaknya  laksana melukut di tepian gantang. Banyak tidak membawa erti. Laksana ghusa’us sail ( Buih di laut).
Banyak bukan pada jumlah tetapi pada kuasa dan pengaruh. Yahudi dalam dunia hari ini bukan bangsa yang ramai tetapi mereka menjadi ramai dari segi kuasa dan pengaruh!
Memang pencapaian orang-orang kafir hebat dalam dunia. Tak perlu merantau jauh bagi membuktikan hal ini. Lihat sahaja bangsa cina bukan Islam dalam negara Malaysia. Mereka memegang kekuasaan ekonomi dalam negara kita.  Kalangan merekalah individu terkaya. Mengapa di saat mereka tidak beriman kepada Allah, mereka mendapat limpah kurnia yang lebih daripada mereka yang beriman?
Di musim orang gila bola sepak ini, pasukan yang dikagumi bukan pasukan dari negara dan ummat Islam. Senaraikan negara-negara sanjungan dalam dunia bola sepak, semuanya negara orang kafir.  Brazil, Argentina, Paraguay, Belanda, Perancis, England dan lain-lainya. Tidak terdengar nama Malaysia, Indonesia, Mesir, Jordan, Syria, Irak, Arab Saudi dan serangkai negara ummat Islam dalam aksi piala dunia itu.
Demikan pula, pemain yang dikagumi bukan individu muslim. Mereka adalah pemain-pemain yang tidak beriman kepada Allah.
Kendatipun begitu, kehebatan mereka dalam dunia bola sepak menjemput ketakjuban ramai pihak!
Ya wailak…jangan dikagumi tentang kehebatan mereka yang kufur keppada Allah dan janganlah dicemburi tentang pencapaian dunia ini!
Kalau dunia ini ada nilai di sisi Allah seberat timbangan sayap nyamuk, sudah tentu mereka yang kufur dengan Allah itu tidak akan menjamah seteguk minuman pun.  Justeru dunia ini adalah ‘nil’ di sisi Allah, Allah berikan kepada mereka sebanyak-banyaknya. Di akhirat, tiada habuan buat mereka. Ganjaran mereka adalah di dunia sedangkan ganjaran orang beriman di akhirat.
Kemegahan pencapaian orang-orang yang tidak beriman dengan Allah itu hanyalah sebuah istidraj!

Ubat jahil adalah belajar.

February 20, 2010

Satu ketika aku solat Jumaat di sebuah masjid. Di sebelahku seorang lelaki bersolat sambil sujud di atas kedua belakang tangannya. Hairan dan rasa terpanggil untuk menegur cara sujudnya, aku mencuitnya lepas solat.

"Assalamualaikum...", 
"Walaikumussalam...", lelaki yang aku kira lebih tua daripadaku beberapa tahun itu menjawab perlahan. Hampir tidak terdengar suaranya. Dia tidak menolehpun kepadaku. Begitu khusyuk.

"Kenapa abg sujud atas belakang tangan?", soalku.

Soalaku tidak dijawab. Lelaki itu bangun dan mengangkat sebelah tangan dalam gaya tabik dan berlalu. Aku ditinggal dalam kebingungan. Aku kira pertanyaanku sudah cukup berhikmah untuk  tidak membuatkannya rasa terhina atau dimalukan. Lagipun tiada sesiapa berdekatan kami ketika itu.

Satu ketika aku solat sunat ba'diah Jumuat. Di depanku seorang lelaki sedang solat sunat ba'diah jumaat juga. Ketika aku sudah selesai, lelaki didepanku sedang sujud.  Aku melihat kedua belah jari kakinya tidak ditegakkan. Sujud yang salah. Bererti solatnya tidak sah. Sujud yang sah hendaklah atas 7 anggota sebagaimana hadis Rasulullah SAW:


عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : امرت ان اسجد على سبع اعظم : على الجبهة، والانف، والركيتين، والقدمين
Dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beliau bersabda: Aku diperintahkan agar sujud di atas tujuh (anggota), dahi, [Rasulullah bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh bumi" dua tangan, dua lutut dan dua kaki
(Hadis Riwayat Bukhari)

Mengapa manusia tidak mahu mengejar ilmu sebagaimana mereka mengejar harta.  Demi harta, ramai orang yang keluar pagi pulang senja. Ada yang sanggu bersengkang mata di malam gelita.Ketika mereka beribadat dalam kejahilan, lalu ibadat itu tidak sah pada syarak, siapa yang patut dipersalahkan? Orang-orang berilmu yang melihat kesilapan merekakah yang patut menegur atau mereka sendiri perlu berusaha mencari halaqah-halaqah ilmu? 

Ironinya, manusia yang beramal secara silap ini terus dengan kejahilannya. Dia tidak pula mahu memperbaiki. Malah ketika dipersoalkan atau ditegur, dengan rasa tak senang dia berlalu pergi.

Mengapa demi harta dan kekayaan, ada orang sanggup duduk mendengar 'talk' yang menerangkan skim-skim dan plan-plan perniagaan untuk sesuatu produk. Tapi, untuk ilmu dan kemantapan ibadah, tidak sanggup duduk dalam kuliah dan halaqah. 

Di kala dia beramal lalu silap dalam amalannya, di akhirat kelak, akan datanglah hujahnya di depan Tuhan. 

'Ustaz  sianu-sianu tidak menegurku...tak membetulkan kesilapanku...",

Ilmu itu dicari, bukan mencari. Ilmu itu bukan pengemis yang meminta tetapi orang kaya yang membela.  

Wahai orang yang tidak berilmu. Sebagaimana cintamu kepada dunia membuatkanmu mengejarnya, demikianlah kepada ilmu, hendaklah kau mengejarnya. 

Wahai orang yang berilmu. Rendahkan dirimu dan dengarlah ilmu daripada orang menyampaikan ilmu biarpun yang menyampaikan itu lebih kecil daripadamu dalam usia.

Wahai ustaz...ayuh ke masjid

January 31, 2010

Sorang ustaz bukan sang pertapa yang duduk bersila atas batu besar dalam gua, melihat anak muridnya menunjukan pencak silat. Seorang ustaz bukan seorang  sufi yang berjubah putih  atau hitam duduk dalam biliknya larut dalam khalwat dan zikir. Seorang ustaz bukan seorang pengkarya yang sibuk dan bergelut  di depan komputer mengarang kitab-kitab yang katanya akan diterbitkan buat menyirami nurani masyarakat. Seorang ustaz bukan seorang guru sekolah yang pergi sekolah atau madrasah sebagai rutin harian, kemudian pulang tidur bersama anak isteri dan hanya keluar semula esok paginya.

Tidak sayugia seorang ustaz hanya mengenal kerjayanya. Seorang tukang sapu sampah kadang-kadang jauh lebih mengenal kerjayanya berbanding seorang ustaz yang mengenal kerjaya gurunya. Ketaatan seorang bonzer yang mengawal kelab malam dalam menjalankan tugasnya lebih daripada ketaatan seorang ustaz dalam menjalankan tugas keguruannya.

Seorang peserta konvensyen dakwah bertanya kepada Ust. Nasaruddin Hasan semasa sesi soal jawab dalam slotnya tentang masalah ustaz-ustaz yang tidak keluar solat berjemaah.

"Ustaz tempatnya di masjid...", demikian jawapan Ust. Nasaruddin Hasan, "kalau ustaz tidak ke masjid, bagaimana dia mahu berdakwah orang lain ke masjid?".

Tiada penyelesaian mudah buat mengurai keengganan ramai ustaz untuk muncul bersolat jemaah di masjid.

Tiadalah harga pada seorang bergelar ustaz yang liat untuk ke masjid. Pergi ke masjid adalah syiar orang-orang yang beriman sebagaimana firman Allah SWT:


إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخشَ إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين
Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapa pun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah At-Taubah: 18)
Sungguh terkedu tatkala mendengar alasan ghuyubnya sebilangan ustaz dari masjid dan surau.

"Ana solat dengan anak isteri...tiada yang boleh mengimamkan mereka, kesihan isteri ana...solat seorang diri...dia pun nak pahala jemaah...",

" Ana tak yakin dengan kesucian carpet di surau...bernajis...banyak tahi cicak jatuh, dibuang dengan penyapu, tapi kesannya masih ada...mana suci kalau begitu",

" Ana solat di rumah lebih khusyuk...mendapat khusyuk dalam solat lebih utama",

" Ana tak yakin dengan bacaan imam yang satu tu, sebutan huruf 'dhod'nya ketika menyebut ghairil maghdhu bi 'alaihim tak tepat...:,

" Ana takut riak...baik solat di rumah sahaja...ikhlas",

Allahumma ya laital ustaz...

Begitu banyak alasan yang boleh dilontarkan. Biar seribu alasan, berhujjahlah di depan Allah di akhirat kelak. Kalaulah alasan itu akan diterima...

Alangkah terharu melihat seorang pakcik tua yang istiqamah ke masjid dan surau dalam keadaan ghaut mengganggu sendi lututnya. Sedang ustaz punya sepasang lutut tangkas buat meloncat lincah memburu bulu tangkis badminton. Sungguh malu, melihat seorang pakcik yang telah pencen, berjalan kaki ke surau, sedang ustaz punya motosikal buat meluncur segera ke masjid dan surau tanpa membuang waktu menghitung batuan aspal.

Wahai ustaz...ayuhlah ke masjid. Di sanalah kita suruh orang berjumpa kita saat ingin bertemu.

Wahai ustaz...jangan marah!

January 23, 2010



Dalam sebuah kelas, tingkatan dua,  di sebuah sekolah menengah agama rakyat...seorang ustaz leka mengajar mata pelajaran tafsir sehingga masa sudah habis. Kelibat guru mata pelajaran seterusnya yang sampai ke pintu kelas disedari oleh murid-murid. Agak lama guru itu menanti dan akhirnya dia pun hilang. Barangkali kembali semula ke bilik guru.

"Ustaz,masa dah habis...", tiba-tiba seorang murid mencelah. Ustaz itu terhenti mengajar dan matanya nyalang merenung murid berkenaan. Murid-murid yang lain diam. Kecut perut.

Bedebaaammm!

Ustaz itu melepaskan kemarahannya dengan menampar papan tulis berwarna hijau. Debu-debu tulisan kapur berhamburan.

"Inilah orang yang tak suka belajar agama...apa pulak masa dah habis? Orang tengah mengajar dengarlah...jangan menyampuk...", ustaz itu menghamburkan seranahnya. Serentak dengan itu digapainya sebuah meja paling hadapan dan dihentaknya keras.Marah amat dia dengan teguran murid tadi. Barangkali teguran itu benar-benar mencabar keustazannya.

Ustaz itu keluar sambil mulutnya terus marah-marah dan mengancam murid itu. Murid itu diam dan semua murid lain juga diam. Tak disangka bahawa ustaz itu benar marah dengan sebab peringatan masa itu.

Itulah sebuah cerita tentang kemarahan seorang ustaz. Murid yang menegur itu adalah aku. Kini ustaz itu telah pun almarhum. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang baik-baik.

Kisah ustaz marah ini amat biasa. Ia lebih kerap didengar berbanding kisah kemarahan cikgu geografi, sains, matematik,Bahasa Malaysia atau lain-lain subjek.

Pada satu ketika, seorang kawan menceritakan kepadaku dendam membaranya kepada ustaz Z. Katanya ustaz Z telah menamparnya kerana bersembang dalam kelas sewaktu dia sedang mengajar. Ustaz itu, tanpa amaran telah melayangkan pelempang ke pipinya. Kawan itu menceritakan hal itu kepada tok wannya dan kata tak wannya, belum pernah ada anak cucunya ditampar. Pantang keturunannya ditampar. Dibakar dengan semangat keturunan itu, kawan tersebut telah pergi bertemu bomoh ilmu hitam untuk mengenakan ustaz itu.

"Sanggupkah kamu membalas tamparan ustaz itu dengan meminta tolong kepada syaitan?', aku memberi nasihat kepada kawan itu sewaktu dia menceritakan bahawa dia telah mendapat 'barang' daripada bomoh itu untuk ditanam di tempat yang akan dilalui ustaz itu. Sebiji telur yang telah dijampi dan dapat berdiri sendiri.

Mujur Allah SWT telah membetulkan hati kawan itu dan dia tidak jadi meneruskan niatnya.

Mengapa ustaz selalu disinonimkan dengan kegarangan, hatta menghampiri gaya samseng dan gengster? Berita dalam Harian Metro yang melaporkan seorang ustaz sebuah Ma'ahad Tahfiz di Taman Melawati yang 'menggila' dengan memukul muridnya adalah satu tamparan kepada para ustaz. Ustaz dilihat sebagai individu yang panas baran, pemarah dan garang. Alangkah remuknya hati sang ayah yang menghantar anaknya ke Ma'had Tahfiz tersebut dengan harapan menjadi insan mulia yang tergolong kalangan 'huffaz'.Bagaimanalah akan lahir insan mulia dari insan hina yang bersultankan kemarahan dan panas baran menjadi mahkotanya.

Aneh sekali, ustaz yang membuka sebuah ma'had tahfiz, kemungkinan besar 'hafal' Al-Quran 30 juzuk, tapi tak meng'hafaz' Al-Quran dalam dirinya. Akhlaknya tersasar daripada akhlak Al-Quran.

Sebab itu, para ustaz perlu menyahut seruan ini:

Jangan marah!

Renungkan sebuah hadis...


عن  أبي هريرة  رضي الله عنه ، أن رجلا قال للنبي صلى الله عليه وسلم : " أوصني " ، فردّد ، قال :  ( لا تغضب )  رواه  البخاري
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan  bahawa seorang lelaki  telah berkata kepada Rasulullah SAW: “Berikan daku wasiat”, maka diulang-ulangkan (permintan itu), lalu baginda berkata: “Jangan Marah”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Mahkota orang baik-baik, antaranya adalah menahan kemarahan, sebagaimana firman Allah SWT:



الذين ينفقون في السراء والضراء والكاظمين الغيظ والعافين عن الناس والله يحب المحسنين
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
(Surah Ali Imran: 134)





Ustaz yang pemarah,panas baran, pendendam, dan menjadikan kegarangan sebagai kebanggaanya, sepuluh kali lebih rendah daripada yang bukan dipanggil ustaz. Ini kerana sifat-sifat  itu keji dan negatif pada pandangan orang. Dengan memakai pakain tersebut, ustaz terbabit mempalitkan cemar najis kekotoran kepada wajah bersih putih agama Islam.