Tasyrif adalah kemuliaan, keutamaan dan kehormatan. Orang mahu dirinya dihormati dan penghormatan itu dicapai dengan pelbagai jalan. Ada yang mendapatnya dengan jalan ilmu. Dia belajar sehingga jadi alim ulama. Maka dia dimuliakan kerana ilmunya. Lihatlah,,,berapa ramai ulama yang disanjung dan dimuliakan.
Ada juga yang dimuliakan keturunannya. Keturunan paling mulia tentunya keturunan nabi Muhammad SAW. Ramai orang menjadi keturunan Nabi SAW dan itu tidak dimungkiri. Namun, ramai pula yang menisbahkan dirinya secara dusta sebagai keturunan Nabi SAW. Allah yang maha mengetahui. Orang yang dilihat keturunan Nabi SAW dimuliakan oleh kaum muslimin. Kemuliaan itu kerana besarnya kasih dan cinta mereka kepada Nabi SAW.
Ada orang dimuliakan kerana harta, pangkat, rupa paras, kegagahan dan sebagainya.
Semua itu di bawah makna tasyrif. Sesiapa yang mengejar tasyrif atau tidak dikejarnya tetapi tasyrif datang kepadanya melalui jalan-jalannya, maka hendaklah dia tahu bahawa tasyrif tidak datang sendirian. TASYRIF datang bersama TAKLIF!
Taklif erti bebanan yang lebih. Berbanding orang lain dia menanggung beban-beban tertentu yang orang lain tidak tanggung. Beban itu menjadi tanggungjawab dan kewajipan buatnya. Jika dia mengabaikan beban dan tanggungjawab itu, dia menanggung akibatnya. Dia berdosa, mendapat balasan di akhirat atau dicabut tasyrifnya dan digantikan dengan ihanah.
Ambil contoh orang yang dimuliakan kerana ilmunya. Satu perbuatan maksiat yang dibuat oleh orang yang ada ilmu tidak sama dengan maksiat yang sama dibuat oleh orang yang jahil. Orang berilmu ada taklif dan beban tambahan. Untuk mudah faham, jika seorang berilmu hisap rokok dosanya lebih besar daripada orang jahil hisap rokok. Orang berilmu tidak solat, taklifnya membawa dosanya lebih besar berbanding orang jahil yang buat dosa.
Hal yang sama bagi orang yang ditasyrifkan sebab perkaitannya dengan Nabi melalui kekeluargaan. Allah menegaskan dalam Quran untuk isteri-isteri nabi SAW:

















