Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2024

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT

January 18, 2025


 

Aku menjadi guru sejak tahun 2004. Sekolah yang mula-mula aku menabur bakti mendidik anak bangsa adalah Sk. Tanjong Batu, Sandakan. Setelah lima tahun, aku berpindah ke Sk. Sibugal Besar yang terletak di Sandakan juga. Lima tahun kemudian, iaitu penghunung tahun 2014, aku mendapat pertukaran ke Kedah dan ditempatkan di Sk. Sungai Seluang, dalam daerah Kulim-Bandar Bahru. Selama 10 tahun pula aku berkhidmat di Sk. Sungai Seluang.

Tahun 2024 timbul hasratku untuk membuat permohonan pertukaran untuk masuk ke Daerah Padang Terap, daerah asalku. Mengimbau jangkamasa perkhidmatan dalam satu-satu daerah yang berada dalam period 10 tahun, aku merasakan wajar aku melangkah ke daerah baru setelah 10 tahun. Tugasku dalam perkhidmatan pendidikan berbaki tidka sampai 10 tahun lagi. Eloklah jika aku noktahkan di daerah kelahiranku.

Alhamdulillah, pada bulan 15 Januari 2025 ,hari Rabu, sehari sebelum hari terakhir Sesi pengajian 2024/2025, keputusan egtukar keluar. Aku berserta isteri mendapat tawaran pertukaran masuk ke Daerah Padang Terap. Aku ditempatkan di Sk. Kurung Hitam, manakakal isteri ditempatkan di Sk. Padang Terap.

Pertukaran suami isteri yang aku dan isteri dapat sangat tidak terfikir. Kedua-dua kami adalah Guru Pendidikan Islam dan Daerah Padang Terap pula dikatakan daerah yang paling sukar menerima permohonan pertukaran masuk ke dalamnya. Namun, kami ditakdirkan mendapat pertukaran itu. Siapa sangka? Itulah susunan takdir Allah SWT. 

Tentu ada hikmahnya.

Bermula Sesi pengajian 202/2026, aku akan mula berkhidmat di sekolah baru pula. Selamat tinggal daerah Kulim-bandar Bahru. Perpisahan yang berat yang kurasakan 10 tahun lalu dengan Sandakan, kini aku rasai kembali. Aku akan meninggalkan semua kenangan indah dan manis di Kulim. Lunas, khususnya. Tinggallah Sekolah Sungai Seluang yang indah dan disayang. Tinggallah semua rakan guru yang menjadi keluarga besarku dalam derap langkah menabur khidmat sebagai guru. Tinggallah murid-muridku yang comel dna manis yang menghiburkan hati. Perceraian ini sangat perit. Namun, apa yang ditakdirkan tetap mesti dilalui dengan keyakinan kepada hikmah takdir.

Entahkan ada masa lagi bertemu dengan rakan-rakan setugas di Sk. Sungai Seluang atau perpisahan ini disusuli perpisahan-perpisahan demi perpisahan dalam kehidupan dunia sementara ini. Barangkali, akan ada yang pergi meninggalkan dunia dan berpisah selamanya selepas perpisahan ini.

Aku juga akan menamatkan semua siri kuliahku di masjid-masjid dan surau. Tidaklah mampu aku melunasi lagi peranan dakwah umumku di masjid-masjid. Surau perumahan Awam dengan daurahnya aku tutup tirai pada 15 Januari 2025. Dalam catatanku sebanyak 276 kali aku menyampai Daurah Quran di situ dan jemaahnya telah menjadi serasi dan rapat denganku.

Kuliah di Masjid Taman Sejahtera, Masjid Sungai Seluang , Surau Al-Hana dan Masjd Al-Muqarrabin Taman Angsana...semuanya akan aku tamatkan. Jaraj Padang Terap dengan Kulim adalah jauh dan aku tidak mampu mendatanginya.

Entahkan Allah akan berikan aku peranan baru di daerah Padang Terap atau tidak, aku pasrahkan. Jika ada aku terima. Jika tiada aku telusuri hidup seadanya. Aku mungkin mencari haluan lain dalam meracik semangat keilmuan dan menyuburkannya.

Allahul musta'an...


0 comments:

Post a Comment