Pemilik Blog

Pemilik Blog
Ust Kama (PerenungLangit)

TAQWIM HIJRI

Waktu Malaysia

WAKTU SOLAT

TEACHERS ONLINE

IDME E-OPERASI SPLKM HRMIS EHASIL PenyataGaji apdm NKRA(KEBERHASILAN) FROG VLE Pajsk

PDPR 2021

Blog PDPR PDPR Kedah SpKedah Hantar RPH SKSS

LAMAN ARAB

AL_QARADHAWI Al-Meshkat Islamweb Islam Online LiveIslam Soidul Fawaid Toriqul Islam Al-Islam Islamqa Multaqa Ahlul Hadis Toriqut Taubah Zadul Ma'ad Mausu'ah Al-I'jaz Al-Ilmi Nidaul Iman Lahaonline Sahab.net Al-Sunnah.com Al-Sunnah.com

PORTAL PILIHAN

AKSESORI

Facebook BOX.NET Youtube Imageshack Babylon translation Merriam Webster Online Kamus Online Bahasa Arab Online Dictionary: English-Malay Ujia Kecepatan Menaip Mediafire Rapidshare 4Shared Ziddu Slide Filehippo 2Shared 2Shared PDFChaser MIXPOD Al-Ma'ani EVERNOTE BOX.NET Photobucket Photobucket Photobucket Unit Coverter

Rujukan

LENGGOK BICARA

February 19, 2014

(Ekstrak Daurah 510)

Untuk mengenal seseorang dari negeri mana, cukup untuk kita mendengar lenggok bicaranya. Cara orang Kelantan bercakap tidak sama dengan orang Kedah. Demikian lenggok cakap orang Sabah tidak sama dengan orang Sarawak. Begitulah, ketika kita mendengar percakapan orang yang tinggal di kawasan bandar, tidak serupa engan lenggok percakapan orang yang tinggal di pedalaman, walau dari daerah yang sama.

Perbezaan lenggok bicara, jika dicermati, kita akan mengenali sesorang itu dari mana. Dalam pertembungan jamaah, lenggok bicara seorang yang menyampaikan 'bayan' dari Jama'ah Tabligh tidak serupa dengan seornag penceramah dari jemaah Pas. Dari kalangan penceramah bebas yang banyak bergerak di antara masjid, bila mendengar lenggok bicaranya, kita akan dapat mengenali dari kelompok manakah dia.

Demikianlah makna dari sebuah lenggok bicara.

Bicara orang berilmu dengan orang jahil tidak sama. Sekalipun si Jahil itu cuba menutup kejahilannya, ia akan dapat dikenali tahap keilmuannya hasil dari menilai lenggok bicaranya.

Kerana itulah, Allah SWT telah mendedahkan rahsia ini kepada nabi dalam mengenali orang-orang munafiq di Madinah. Sekalipun kelompok munafiq itu hidup bercampur gaul dengan orang-orang Islam yang beriman, mereka tidak dapat menyembunyikan lenggok bicara mereka.

Allah berfirman:

وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ

" Dan kamu (Muhammad) pasti akan mengenal mereka dari lenggok bicara mereka".
(Surah Muhammad: Ayat 30)

Butir bicara mungkin boleh menipu. Tetapi, lenggok bicara tidak dapat menipu. Allah mendedahkan apa yang disembunyikan orang. Kebohongan nifaq tidak akan dapat disembunyikan miskipun di balik percikan firman atau dilindungi gamis dan jubah serta serban burdah. Tidak akan dapat ditutup di balik nama dan kemasyhuran.

0 comments:

Post a Comment